Saturday, 10 December 2011

Nostalgia di'rewind' banyak kali

Assalamualaikum wbt



Pernah tak korg ada tempat yang mempunyai kenangan yang paling indah? Tempat tuh mestilah empunya perasaan yang sangat mendalam dalam diri korg..


Ada?



For sure ada.

Kalau bukan kat umah bonda, parit belakang rumah kan? haha..


Anyways, saya sepatutnya mengadap laptop utk menulis 3 chapter tesis yang perlu saya submit by 24 dec. Nak tulis takde mood. So untuk amik mood menulis, saya menggunakan alasan paling bernas dengan menghapdet blog. haha..


Setiap dari kita for sure empunya tempat yang terpahat sejarah dan nostalgia. Secara common'nya, sekolah rendah, menengah, tempat hang out member-member dan juga tempat kita membesar.  Saya juga empunya tempat nostalgia saya dan demi Allah, saya diberi peluang sekali lagi untuk pergi ke sana setelah hampir 6 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana. Tempat tuh saya telah abadikan dalam blog pertama saya dan repost kembali bila saya bukak blogspot. Post bertajuk Nostalgia sikit sebanyak boleh bantu korg paham kenapa tempat nih saya begitu suka nak pergi.


Tempat yang bernama Tanjung Tuan nih sekarang dah semakin popular, tak macam zaman dulu. Mungkin sebab kes buaya muncul kat pantai or salah satu tempat untuk menurun nombor. Parents saya selalu bawak kitag pi tempat nih untuk makan angin time cuti sekolah. Tak buat apa sangat pun. Duduk-duduk merilekskan fikiran. Tapi bagi saya yang kecik lagi chomel masa tuh, tidak melepaskan peluang untuk berenang dan alih² 'zebra' badan bila gi swimming pool (awas : orang² yang pernah gi berenang pool saje yang faham kosa kata 'zebra' badan. hehehe..)


Ooopp.. family saya bukan la jenis cop duit atau rambut mereka empunya nilai macam pound sterling. Diorg citer yang diorg actually beli saham apa ntah, and diorg dapat these free days kat hotel-hotel kepunyaan syarikat tersebut. gituh la lebih kurang.


Kekerapan saya pergi ke tempat nih sejak saya kenal angka 20 sen lagi. Masa tuh lebih kecil dan lebih chomel dari budak tadika. Kenal 20 sen tuh ada sebab-sebabnya. InsyaAllah akan di reveal dalam "Aku, Videogame part 3". muhehehe...


Yup, tempat nih la saya akan bangun pagi sebelum subuh, sneak out sorg-sorg duduk tepi pantai tengok sunrise. Kat tempat nih la saya berkenalan dengan hablur-hablur dan kristal garam dan quartz. Masa tuh saya pikir garam kat laut yang bentukkan hablur quartz. Dah jd geologist baru tau bukan. Kat tempat nih la juga saya tau yang udang actually straight, sebelum bengkok bila mati. Tempat nih la juga saya kena sengat ngan sembilang laut sampai demam. Kat tempat nih la jugak saya berkenalan dengan selut, umang-umang, belangkas, ketam tangan besar sebelah (eh ada ek?)

Banyak saya belajar dan experience kat tempat nih. kalau nak list out dalam satu malam berjela-jela kot. Until 1998 lebih kurang, family saya dah tak pi tempat tuh lagi sebab company tuh dah sold dier punya share kat company lain. So kitrg dapat tempat lain plak, which.. erm.. tak sedap utk di komen di sini.


Sepanjang saya melekat kat tempat nih, saya ada mengimpikan yang saya datang ke sini kembali dengan rakan-rakan, berkhemah tepi pantai, buat barbeque seafood dan sebagainya.

Demi Allah, Allah telah tunaikan impian saya weekend lepas, dan baru tengahari jumaat tadi saya baru teringat pasa impian saya nih. Saya telah kembali ke Tanjung Tuan bersama-sama hadek-hadek bulatan gembira dan bercamping riang gempita di sana.

Gmbr pool td teaser je.. kitrg camp kat real camp site, tapi ntah camne ada gazeebo in our disposal. hehe



Semasa pemilihan tempat nih, saya tak teringat langsung pasal impian saya. Cumanya bila saya datang buat recce, saya cuma teringat-teringat apa yang berlaku masa dulu2.. Jatuh tersembam kat pantai.. kena kejar ngan monyet.. Trailing dengan apak kat paya bakau.. Jumpa gua umang-umang yang besar-besar..

Call me weird, tapi saya jenis orang yang sangat fond kat tempat yang empunya nostalgia saya dan emosi yang berat. Ada beberapa tempat kat malaysia, satu obviously di luar negara. Pemberitahuan secara umum disini bagaikan membuka pekung di dada maniam. So tak perlu ek?


Hadek² begitu kreatif sekali utk menghasilkan benda² nih hatta brg limit dan guna kayu api


Camping di tanjung tuan nih mmg sangat menarik, jika anda sanggup untuk tahan nature's call atau tak kisah perlu korek lubang untuk melepas. Well, takde masalah kot kalau nak tahan 'yang besar' selama seminggu, para doktor dah jawan dalam post Hello Doctor?

Ada 3 kawasan perkhemahan, tapi anda perlu sanggup carry alatan khemah dan trekking 10-20 minit sebelum sampai tapak khemah. Kawasan hutan di sini diwartakan sebagai hutan simpan dan di bawah penguasaan Jabatan hutan Melaka dan perhilitan. So kalau nak buat apa² aktiviti kat sini, maklumkan kat diorg.



Kalau dulu saya hanya berlegar-legar di kawasan² yang biasa dilalui, tapi minggu lepas saya diizinkan utk teroka hampir seluruh trail dan kawasan hujung tanjung. Itu belum kira yang saya akhirnya dapat lihat pusaran air yang masyarakat duk sebut-sebut dulu. Subhanallah, apa la yang Allah nak tunjukkan pada saya sebenarnya.

Handling hadek-hadek masa camping byk mengalih perhatian saya utk mengelamun dalam memori lama. Saya tak sempat nak berkongsi pengalaman saya dengan diorg. Sampai tak sempat 'membuang' or even tak mandi+pakai baju yg sama selama 48 jam. hehehe.. Tapi insyaAllah, saya telah berikan mereka pengalaman yang terbaik sepanjang diorg kat Tanjung Tuan.


Baru je turun dari LightHouse, selepas hiking dari Pantai Pulau Intan.




Ada sekali je saya mengelamun. Semasa hadek-hadek terdodoi dengan bunyi ombak yang berfrekuensi macam orang bernafas time tidur, saya sempat gaze at the night sky. Indah. Seindah waktu saya gaze dengan abang saya suatu ketikta dulu di sini. Saya sampai pasang niat untuk kembali ke sini dengan DSLR sayang-sayng saya utk amik gambar langit. Ntah bila tak tau.. InsyaAllah diizinkan.


Hadek-hadek saya lanyak utk trailing, survival, and physical stuff. Yang paling tak lupa yang kami set war game dan diorg main dalam hutan. dan tepi pantai. Cuak gak masa tuh takut jadi apa-apa. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami semua.


Nak dijadikan cerita, saya sebenarnya hesitant utk terlibat menjadi urusetia kerana kerja-kerja assignment yang kian menimbun-nimbun macam kain baju tak basuh seminggu. Tapi Allah gerakkan hati saya yang lemah ini utk turut serta menghandle camping hadek2.


Mungkin Allah nak tunjukkan satu perkara.


Tiada perkara yang lebih byk dari pengalaman sejak berumur 2 tahun di Tanjung Tuan. dah macam 2nd home dah. A place that holds a lot of memories and feelings. Bila saya pulang ke hutan batu selepas itu, hati kecil saya tertanya-tanya.

Mengapa Allah tunjukkan memori-memori lama?

Bila saya fikir-fikir balik, it seems like my life going a total reversal right now.

I got back some that i lost, and i lost some that i gained.
I experience things that i experienced before, but each one its not the same.
I louge things i couldn't get, that i already let it go in the past.


I wonder if it is a sign of..


If it is true.. it scare's me because my heart seems uneffected.
Astagfirullah..

Simon 'Adam' Malik

No comments: