Saturday, 17 December 2011

Jom pecah otak! Siri 8

Assalamualaikum wbt




Sedar tak sedar dah masuk siri ke 8 dah! pergh! tahniah kepada pemenang-pemenang seblom nih! Bagi yang tak berjaya jawab dan menang, ini adalah peluang anda sekali lagi. Bulan depan saya plan nak buat teka teki yang super pecah otak! Hadiah mmg best la tapi anda perlu pecah kan otak orang lain gak utk memang bulan depan. So bulan nih agak simple, so mai rebut mai jawab! ehehe..

Teka -teki nya :


Alkisah zaman hang tuah masih lagi main galah panjang dengan jebat, ada seorang nenek kebayan nih yang tinggal di sempadan rusia dengan azerbaijan. (eh? diorg bersempadan ke? tak pasti..). Nenek nih dah lama hidup solo kerana ilmu yang bwk dier ke neraka tuh menyebabkan dia tak dapat cari jodoh. Mana la laki beriman nak lekat kalau dah sah-sah berkawan dengan jin ngan setan kan?

So satu hari, oleh sebab dia dengki, dia pi culik 3 orang lelaki kat kawasan sekitar rumah dia. Punya la nak lepas kempunan nak dapat benda chumel dan bunga, dia tukarkan ketiga-tiga laki nih menjadi panda. dan setiap panda nih disihirkan supaya jaga satu pokok mawar seekor. Tau plak nenek nih nak suruh jaga pokok mawar bukan buluh china. kalau tak senyum je panda-panda tuh kan? hehe..

Salah seorg dari lelaki yang telah jadi panda tuh empunya isteri dan anak sorg yang masih merah lagi. So dia gamble utk merayu dengan nenek kebayan nih utk jumpa isteri dan anak nyer. Mungkin sebab panda nih buat muka terlalu chumel, si nenek kebayan nih nih akur dengan permintaan panda nih.

Tapi, dia bagi syarat; Hanya pada satu malam sahaja dan dia hny boleh tengok dari jauh. so daripada tak dapat langsung, panda nih pun setuju. Maka nenek nih meng'teleport'kan panda nih dekat-dekat ngan rumah dia. duduklah panda tuh kat situ memerhatikan isteri dan anaknya dari jauh sambil jaga pokok mawar. masa nak dekat subuh, terbuka la pintu teleport utk pulang..

Bila balik je, panda nih terlupa akan pokok mawarnyer. Punya marah nenek nih. baru nak angkat tangan nak buat backhand, panda nih buat muka chumel. Cair sekali lagi... tak jadi tampar. dengan kuasa majisnya itu dia teleportkan pokok mawar tuh pada jagaan panda tuh balik. Jangan korg tny camne pokok mawar yang ada akar tuh boleh rooted balik kat tanah..

Meanwhile, isteri pada laki nih tau yang lakinya datang tengok dari jauh. hati isteri solehah la katakan. dari jauh dia nmpk lakinya itu dah jadi panda. Dalam hatinya terkejut. 'Wah laki aku jadi kungfu panda la!'

So dia berazam nak selamatkan lakinya itu lalu dia pergi ke rumah nenek kebayan itu seusai solat subuh awal waktu. Sampai-sampai je kat perkarangan rumah nenek kebayan nih, dia nampak ada tiga panda bersama-sama dengan pokok mawar jagaan mereka. obviously la nenek kebayan tuh tengah tidur sebab orang tak beriman tak solat subuh!

Tapi isteri solehah kan kenal suaminya luar dan dalam. So dia tau yang mana satu lakinya. Lalu dia dapat kenal pasti dan mereka pun lari.

Bangun-bangun je nenek nih pelik, camne isteri laki nih kenal panda yang mana satu, padahal setiap panda tuh empunya corak yang sama?


 Serius panjang kali nih..



ada dua possible answer. kalau anda dapat teka kedua-duanya, anda bakal dapat 6 keping kupon buy 1 free 1 kedai RasaMas! kalau dapat jawab 1 je betul, dapat 3 keping je la ek? pemenang ialah orang yang terawal dapat teka kedua-duanya dengan betul! Kalau menang, saya post kan la kupon tuh. hehe..


selamat pecah otak ye?



Simon 'Adam' Malik

12 comments:

nadzwareina said...

gelak sorg2 baca teka teki ni sebab rasa agak lawak.. haha.
tp rasa susah la.. aku pun dh bersara kn so aku tak jwb la teka teki ni eh :D

tp kn, kalau panda tu dapat lari ngan wife die, cmne die nak pulih balik jadi org?

Adi said...

Isteri akan dpt kenal dgn bunga mawar yg tertinggal itu...panda2 mungkin semuanya sama, tapi yg tertinggal itu mungkin berlainan....

Lagipun, si suami sang Panda pasti akan terkinja2 tengok bini dtg rescue, takkan Sang Panda2 yg lain pun terkinja2?

AIX-EN-PROVENCE said...

Sb pokok mawar yg diteleportkn tu empunya si isteri lelaki tu kn?
Jadi isteri tu tahu rasanya yang mana 1 suami dia dengan berpandukan pokok mawar tersebut..

KUCAI...

Simon 'Adam' Malik said...

@raden

err.. apa kejadian selepas tuh, tak dapat dikenal pasti plak.

oh? tak mau dapat hadiah percuma lagi? ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@abg D


nope. bukan itu jawapannya. haha.. malu kot panda tuh nak terkinja-kinja sebab dah jadi panda. =p

Simon 'Adam' Malik said...

@KUCAI


nope, salah jawapan. hahaha..cuba lagi

Anonymous said...

time dia datang suami dia tgh solat subuh then lepas solat dia terdengar suami dia berdoa dgn sebut nama dia. hahaha just trying

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

haha.. nice try! tapi itu bukan jawapanyerr. choba lagi! ^^

AIX-EN-PROVENCE said...

Sb waktu isteri dia datang, suami dia berkungfu.Ye la, suami dia ni dulu pernah belajar kungfu la dikatakan....

Anonymous said...

sbb kan panda tu tertinggal mawar kat umah die..so, isteri die ade nampakla bunga mawar tu..(isteri solehahla katekan)..pastu, bile si isteri ni tengok balik tiga2 panda tu dan bunga2 mawar mereka, so isteri ni taula mane satu suami die berdasarkan bunga mawar pada setiap panda..

takpon...

isteri die istikharah..haha..

Simon 'Adam' Malik said...

@Kucai

sori lmbt respons. err.. salah jugak! terima kasih kerana menchoba ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous


nope nope. clue kat bunga mawar dah kena, tapi jawapan tak tepat disitu.

trimas menchoba

jawapan akan direveal bulan depan, insyaAllah ^^