Sunday, 11 December 2011

Aku, Videogame - Part 2

Assalamualaikum wbt


Game pada asalnya hanya sekadar berkonsepkan amusement or dalam cakap orang-orang marhein, suka-suka. Main dan dapatkan high score. Game-game yang lama ini menerajui zaman-zaman 70an seperti Pong, Alien Invaders dan Pac Man. At least korg pernah main Pac Man yang kerjanya makan-makan sambil elak dari kejaran hantu-hantu.

Oleh sebab potensi gaming ini satu dunia (erm.. dlm dunia maju la masa tuh), maka syarikat-syarikat yang dulunya sekadar jual plastesin / card game bertukar arah dan mula explore bidang gaming nih. Contoh, Nintendo.

Oh ye semasa tu, oleh kerana nak bring to the next level, gaming sudah mula berkonsepkan ada watak and jalan cerita. Ini sebenarnya nak bagi satu sense yang entertainment yang empunya perspektif berbeza dari sekadar panggung wayang gamar. Yang paling awal menerajui konsep ini adalah seorg plumber berkumis lebat bernama Mario yang cuba menyelamatkan Puteri dari orang jahat yg bermuka buruk. Simple. Main game nih mesti ke arah kanan dan lompat².sampai juga Tuan Puteri.





Langkah awal ini dilakukan kerana dalam diam para pengusaha dan syarikat game tahu, yang satu-satu kesukaan masyarakat pasti akan menurun. Kerana manusia tidak pernah puas dan demand satu benda yang baru. Ia berlaku pada industri gaming ini awal² dulu di mana industri ini hampir berkubur dan masa tuh tinggal dua syarikat je yang belum gulung tikar.

Bagi mengelakkan benda ini berlaku., gaming meneruskan konsep ber'tema' dan memanipulasi sebaik mungkin peningkatan bidang elektronic time tuh. So game developper berpendapat, adalah lebih baik utk mencipta game yang mampu memberikan emosi macam filem dan lagu.

Wujud lah Zelda, game yang dikategorikan sebagai Role Playing Game (RPG). Game macam nih biasanya empunya jalan cerita yang panjang sebab pemain akan mengambil masa utk membina character dalam game tuh disamping memberikan perasaan 'meneroka ke alam baru'.

Ya, game Zelda nih datang dari otak yang cipta Mario bila dia bersiar-siar di dalam hutan yang dia belum teroka. To be frank, the first RPG game yang saya main adalah Pokemon selepas UPSR (i think la). Sebelum tuh saya tak pernah terdedah dengan game camnih atas sebab-sebab yang akan didedahkan dalam part-part akan datang. hehe..

To me, keseronokan itu datang bila kita bina character kita sikit demi sikit, dari takde apa-apa sampai ke tahap power. Di tambah pula dengan campuran rasa berdebar-debar, cemas, pergi ke tempat baru (dlm game tuh) berjumpa, berinteraksi dengan character lain dalam tuh... tuh belum masuk part ada emosi marah, rasa berani dan sebagainya Tuh yang berjam-jam saya main game tuh sampai nak cair adapter. hehehe... geliga betul otak-otak game developper nih ye sampai terpukau seorang anak muda?





Zelda (pada zaman kemunculannya) mungkin tidaklah memberi impak sebagaimana Pokemon dan game-game RPG zaman ini, tapi pada zaman tuh ia sudah cukup memberi kesan pada mereka (terutama kanak-kanak) yang rasa puas melihat hasil usaha gigih diorg depan game nmpk depan mata dalam kadar yang singkat! Ia mungkin berkaitan dengan perasaan manusia untuk mendapat pencapaian dan reawrd. Jika anda seorang penanam pokok, anda tentu faham perasaan bila anda melihat pokok anda berbuah setelah bersusah payah baja, siram dan jaga pokok tuh sungguh².


Akhirnya, game sudah empunya jalan cerita dan tema. Kiranya, tukang main bagaikan mencipta sejarah atau jalan cerita mereka tersendiri dengan tidak melupakan element² perasaan dan susunan lagu dan bunyi latar.

Ini lebih direalisasikan dengan sebuah game super mengarut yang saya anggap punca permasalahan sosial mendadak secara spontan. Gama hasilan RockStar, bernama Grand Theft Auto mula memperkenalkan permainan game secara free-roaming dan free-interaction. Game ini, anda menjadi seorang penjenayah kecil-kecilan dan membina empayar jenayahnya tersendiri. Well, sekali pandang nampak macam sekadar game, tapi game yang ratingnya+18 nih saya nampak, parent tak kisah sangat belikan. Kesilapan yang besar untuk game ini dimain oleh muda remaja.



Ya, sampai tahap ini, game-game pun mempunyai rating seperti +18, PG dan sebagai. Mungkin sebagai seorang dewasa, kita concern anak-anak muda utk tonton filem-filem berating, tapi bahagian game biasanya kita terlepas pandang. Jujurnya saya pernah main game nih zaman-zaman dulu. Mula-mula mmg la rasa ackward bila ada mission minta kita hentak kepala orang sampai mati. tapi bila didedahkan terlalu lama, minda dan jiwa kita somehow find it 'used to'.

tapi apa yang saya lihat sekarang, rating hanya sekadar rating je. Citer yang patut classified 18 tak diclassified. Kalau kut ye pun, tokeh wayang jual je kat sapa-sapa. Nak untung laa.. apa nak jadi kat korg apa aku kisah, yang penting perut aku kenyang.

Saya main game nih masa form 4 tak silap saya. Ada member saya pernah berkongsi rasa yang, benda² yang kita buat dalam game tuh (memandu secara berbahaya, tak ikut peraturan, being rude etc) terbawa-bawa ke alam realiti. Oh teruknya zaman aku dulu..


Cuba bayangkan game seperti ini didedahkan pada umur yang lebih muda.


Meremang bulu roma.


Game sudah mula bukan sekadar hiburan bahkan ia satu platform untuk anda menjadi orang yang anda mahu. Andalah yang mehidupkan watak tersebut, dan segala macam yang anda lakukan dalam game tuh, adalah diri anda, game tuh tak acukan pistol kat kepala anda ketika anda bermain.


Meremang bulu roma sekali lagi.


Industri game maju setapak demi setapak seiring dengan kemajuan teknologi. Rekaan watak lebih real dengan CGI, jalan cerita yang begitu mengasyikkan berbandaing dengan movie dan yang paling penting adanya platform dan komputer yang berupaya utk handle requirement game-game ini. Mana taknyer, kita boleh berkhayal dan tenggelam dalam dunia game berjam-jam tanpa sedar.


Itu belum cukup lagi. Dengan kemajuan internet connection yang semakin laju, industri game melangkah satu lagi tapak. Game direka utk bermain secara beramai-ramai secara online.


Game secara online nih pada awalnya adalah jenis RPG yang saya sebut tadi. bila bermain secara beramai-ramai, ia dikategorikan sebagai Mass-Multiplayer-Online-Role-Playing-Game (MMORPG). Game yang saya sendiri pernah terkancah adalah Ragnarok.



kalau, RPG biasanya ada ending, MMORPG nih nih adalah endless. Dan yang paling menakutkan adalah bila ia dianggap sebagai dunia kedua pemain. yang jahanam tuh, ada plak developper yang create game macam Second Life di mana, kita boleh create personality kita sendiri apa yang kita mahu secara virtual. Untungnya game-game macam nih tak begitu popular di malaysia kerana kadar kelajuan internet yang slow. terima kaseh tmnet (ini bukan sarcastic ye?)


Sekarang, hampir majoriti jenis game mengutamakan mass-playing via internet. Paling tidak pun game paling bodoh kat facebook la. At least mesti ada suruh anda ajak kawan lain utk main sekali bukan?

Namun, tak semua orang boleh handle complicated, long duration game. Bak kata Abg D, orang-orang yang ada 'force' je yang boleh tahan.

Maka sekarang nih, wujud balik game-game for fun yang simple dan boleh main secara percuma di internet dan juga di telefon-telefon mahal anda utk kater orang-orang sebegini. Sad to say, orang-orang macam nih byk satu dunia sebab diorg aim orang-orang yang tak empunya cukup masa untuk duduk main game lama-lama.

Kenal dengan Burung-Burung Amarah? Satu fenomena tornado bukan? Satu dunia kenal dan even fanatic about it. Sbb semua jenis orang termasuk tuk nenek cucu cicit boleh main game nih.


So anda telah lihat peringkat demi peringkat peningkatan indsutri game ini kerana ia juga adalah satu perniagaan hiburan macam filem dan lagu. Setiap peringkat umur dan latar belakang mereka target. Kepesatan mereka dijangkakan akan melangkaui bidang perfileman sendiri dan industri music. Secara jujurnya, banyak game-game yang popular diadaptasikan ke wayang sebab mereka tau, orang pasti akan pi tengok sebab popularnya game itu. Maka secara tak langsung ia juga satu alat propaganda dan juga alat perang saraf yang berbahaya. Lebih berbahaya dari movie.




Ok, next hentaman, The game empire at Malaysia using myself as the penanda aras.






wallahualam



Simon 'Adam' Malik


Sumber:
Rise of videogame : Discovery channel
Wikipedia
Self experience since 4 years old till 21


p/s : Kopi sudah mula mendapat tempat di hati... bakal bertukar menjadi panda berkungfu

No comments: