Friday, 11 November 2011

Saya pun tak nak terlepas gak

Assalamualaikum wbt






Sebelas-sebelas-tahun sebelas, pukul sebelas sebelas malam.


bila diangkakan, 11/11/11, 11:11pm

Saya baru je masuk dalam keta usai bulatan gembira yang serba ringkas tapi terkesan.

Surah yang ditaddabur, adalah surah yang kita duk baca setiap kali tamat majlis ilmu.

Memang kena sangat.

Aset yang paling berharga yang Allah berikan pada kita adalah masa. Aset ini tidak boleh dicarikan kepada mana-mana nilai. Jumlahnya telah ditentukan bagi setiap orang dan nilainya pasti menyusut setiap tahun.

sebelas,sebelas,sebelas.

Memang cantik angka satu-satu yang berderet-deret tuh. Hanya muncul setiap 100 tahun. Sesuai untuk dijadikan tarikh peristiwa istimewa padahal tarikh lain pun istimewa gak. Kirenya, yang lahir pada hari ini, perlu menghadapi 100 tahun untuk dapat tarikh lahirnya semula. eh? faham ke?

100 tahun tuh cukup panjang kan bila dengar? Tapi rata-rata kita hidup lebih kurang 60-70 tahun. Jika sekarang anda berumur 24 tahun, 18 tahun daripadanya anda tidur, belajar merangkak, berjalan, bercakap, mengeja, gi tadika, jawab exam, amik upsr, gi asrama, pass spm dan masuk U.

Tambah lagi 4-5 tahun anda kat Uni, study lagi.

So baru setahun dua anda 'hidup' di dunia nih. Ada lagi 2/3 tahun lagi utk hidup insyaAllah.

Jap, aku dah buat apa ek setahun nih? Bermanfaat utk sejagat atau sekadar aku hepi sudahlah?


hhmm.... hati terketuk mengenang di akhirat adalah 4eva.


(start engin kereta dan pulang ke rumah)            



11:12pm



Simon 'Adam' Malik

No comments: