Thursday, 10 November 2011

A researcher's day offf

Assalamualaikum wbt


Minggu lepas (dah dekat seminggu baru nak cerita), saya mengambil keputusan untuk mengambil satu hari mati, eh, 1 day-off sebagai seorang researcher. Kenapa saya tampak seperti orang yang bekerja bagai nak mati padahal kerjanya hanyalah baca journal, attend lecture dan buat assignment. Percayalah, kalau anda berada di tempat saya, anda rasa macam nak pi kerja balik. (valid hanya di Malaysia)


Hari sabtu pagi, saya pun menonong-nonong pergi ke Sunway Pyramid. Brought along my camera of course. Pergi ke sana untuk melepas gian nak memanah. Tak ambil gambar masa main sebab tak siapa nak tolong hambikkan. hehehe..

Secara jujurnya, saya baru je berjinak manja dengan memanah. Tahun lepas bulan Oktober kalau tak silap. Itu pun selepas terkesima bila tertengok satu siri reality tv kat History Channel. Oleh sebab paling last saya main adalah bulan April lepas, tergigil-gigil tangan lepas main. Mana taknya, siap diminta beralih ke kotak target yang lain sebab dah penuh panah.

Habis je memanah, rush ke Masjid Shah Alam untuk solat zohor. Lama tak solat kat sini. Kalau ke sini mesti ada perasaan teruja yang tenang. Pun tak amik gambar juga sebab tak boleh amik gambar kat situ.

After that, saya ke Bukit Cahaya Seri Alam atau nama manjanya Bukit Cherakah (Thx to my dear friend who suggested this). To be honest, this is only the second time i came here. The first one i think on 1994, masa tu ada pameran ikan or something. On that time, Bukit Cherakah was clearly visible from the NKVE highway.

So apa lagi! I did what I do best!








Again, its been a while since a rode a bike. Paling last was March this year i think. Masa keluar ambil shots kat Taman Botanic Putrajaya. Kat sana tanah flat. Sini, mana rasa nak tercabut lutut rasanya mengayuh. hehe.. Nasib baik kecik-kecik dah merempit sini sana naik basikal. Boleh la lagi tahan lutut. Dulu keluar beli surat khabar pukul 8 pagi, 10 pagi tak tentu balik. hehehe... Dah besar, nak tendang start motor pun tak reti. wah-ha-ha..

Balik tuh, bonda pesan utk beli kek kat Resipi Rahsia. Konon nak treat diri sendiri after tunaikan hajat mak, tapi bila bukak dompet keluar segala macam kupu-kupu dan kelkatu. Tempting woh bila tengok New York Cheese mahupun Indulgence membujuk rayu diminta beli.


Belum masuk pukul 6 ptg, saya dah terpacak depan rumah. Malam raya la katakan.

So kat sini saya nak membenarkan kata orang, kita perlu duduk mengasah gergaji. Gergaji yang tumpul memakan tenaga yang lebih dan menyakitkan hati. eh?


Simon 'Adam' Malik


Full album here

2 comments:

PembacaSetia said...

Salam,

before 'here', tak perlu 'at'.

Simon 'Adam' Malik said...

wasalam


tak kesedaran di situ

trimas