Saturday, 12 November 2011

Pagi yang hampir 'bercium'

Assalamualaikum





ok, jangan kaget melihat tajuk post ini especeli yang mengenali diri. Jangan capai handset dulu untuk meng'sms' saya dengan nasihat-naasihat yang membakar jiwa.

Ini cerita pagi tadi. Hari ini saya perlu ke Sekinchan, urusan kerja part-time dengan warga UPM.

Janji dengan crew bertolak pukul 7 pagi, terbangun pagi pukul 640pagi. Kelam kabut mandi solat semua sebab lepas kerja perlu pulang ke klang.

Anda tau je la kan sorg driver yang kelambatan. Masa start engin, its already 701am. Kereta tak banyak so boleh lah pecut sikit²

Sampai kat exit nak masuk upm, saya ada potong satu kancil berwarna biru masa time selekoh. Dah nama pun exit, mana la ada kereta datang dari arah bertentangan. Alih-alih ada kereta ù¨*$à0"# muncul dari arah depan.

Terdecit tayar brek. Siap Skid.

Nasib baik tak berlanggar... Dua lane jalan, bulih muat 2 kereta kancil dan sebuah kereta gen2.

Oleh sebab masa driving tuh mmg dah diselubungi perasaan bersalah akan lmbt, masa nak eksiden tak tekan hon, tak maki pun. Siap rasa bersalah lagi padahal member tuh yang masuk no entry.

Bila sampai kat tempat yang perlu ditunggu..

Baru sorg je sampai... =_="


Nasib baik tak eksiden.. kalau tak sia-sia je.



 Moral :

  • Sila set alarm clock dengan bunyi yang paling annoying. Alarm lagu-lagu buat ada terdodoi dan bangun lambat
  • Jangan langgar peratuan jalan. Mungkin awal pagi atau lewat malam anda terasa boleh nak langgar. Bukan nak galakkan, tapi sila langgar bila anda pasti anda tak membahayakan orang lain. 
  • Kalau janji melayu, anda empunya 30 minit masa tambahan dari waktu yang dijanjikan. Janji orang² tarbiyyah je yang on time.

 Simon 'Adam' Malik

4 comments:

nadzwareina said...

enjoy je bace cite ni, esp the morals part hehe. next time sila berhati2 ye :D

Adi said...

so berapa time yg kau clock from 'engine start to destination?'

ikut jln mana?

Simon 'Adam' Malik said...

@raden

dah berhati-hati dah. salah org tuh gak.

Simon 'Adam' Malik said...

@abg D

err... plus 5-6 mins from engin start to upm (kot). hehehe..