Thursday, 17 November 2011

Jom pecah otak! Siri 7

Assalamualaikum wbt


Satu benda yang mengejutkan. Teka teki bulan lepas takde sapa boleh jawab. Muka terkejut disitu. hoh! Bila semak dalam archive, categori keras (hard) rupanya... hehehe..

Let's move on to our teka-teki of da month yang boleh buat anda mengalami kecederaan otak yang parah.


Teka-tekinya berbunyi.





Tukiman sedang mengadap sebuah tingkap pada tingkat ke 60 Menara Berkembar Kuala Lumpur Tengok-tengok. Sebagai mana yang anda tau, suasana kerja di sini amat menyakitkan hati dan kehidupan anda menjadi takde kehidupan.

Tukiman tak sabar lagi dengan keadaannya sekarang. Lalu dia membuka tingkap lalu terjun buat gaya terjun tiruk. Semua orang yang berada di tingkat yang sama mata terbeliak dan terkejut tidak berkata apa-apa. Mak cik cleaner pengsan, cik semah tukang buat air histeria bagai nak gila.

Yang peliknya Tukiman selamat plak landing. Tak cedera parah mahupun mengalami bijik mata dan peparu yang kembang. Terus keluar kat paper metro, 'Keturunan darah jawa selamat lompat tingkap Tingkat 60'

So camne Tukiman nih selamat?


Hadiah kali ini merupakan hadiah misteri. Tapi ia memerlukan alamat surat menyurat anda! ^^


Selamat menchoba~



Jawapan utk teka-teki bulan lepas :


Sebab teh pakcik tuh masih manis.

Explaination : sebagaimana bila anda memesan teh / kopi di restaurant ala-ala secret resipi, gulanya tidak bercampur dengan teh. Pak cik tuh sedar ada lalat bila dia masukkan gula dalam tehnya. So bila dia dapat balik tehnya tuh, alih² rasa manis, so dia tau la teh yang sama. ^^ v

kepada sang anonymous, jawapan² anda hampir tepat sebab ada kaitan dengan deria rasa. sbb tuh saya takleh kasi clue. hehehe.. ^^ Tahniah, jawapan anda yang hampir tepat tapi tak tepat. wah-ha-ha.


p/s : saya tidak bertggjwb atas percubaan anda utk melompat melalui tingkap.


 Simon 'Adam' Malik

23 comments:

Anonymous said...

hm, apakah tukiman itu sebenarnya tak terjun keluar tingkap pun? sebab takde pun perkataan 'KELUAR TINGKAP' kat atas tu, hehe. 'Keturunan darah jawa selamat lompat tingkap Tingkat 60' so dia cuma lompat je la tapi bukan keluar tingkap kan? mungkin tingkap dia kat tengah2 bangunan tu je kan? hehe . sory ni cuma guess yang agak bodo sebab taktau jawapan. nk klu lagi boleh? :D

suka teka teki said...

em boleh tak nak teka macam ni.. dia sebenarnya bukan dalam menara berkembar tu, dia cuma menghadap tingkap tingkat 60 tu..mungkin dia sebenarnya kat bangunan lain yang bernama 'Tingkat 60' dan kat tingkat bawah.. tu yg die terjun tingkap 'tingkat 60' tu selamat je.. hahahah :P

SARAH ZULAIKHA said...

sudah tentu akhbar perlu mengeluarkan tajuk yang sensasi 'keturunan darah jawa selamat lompat tingkap Tingkat 60' untuk menarik pembaca, padahal cerita sebenarnya Tukiman hanya melompat di tingkap bernama Tingkat 60 dan dia hanya mengadap bangunan bernama Menara Berkembar Tengok-tengok. Lagi satu, jangan pelik n tanya kenapa Tukiman xmati atau cedera parah andai benar dia terjun dari tingkat 60. Semua tu kuasa Allah. Andai dah sampai ajal, jatuh 2,3 anak tangga je da mati, kalu belum sampai ajal, jatuh dari helikopter berKM sekalipun, xkan mati atau even cedera. Manusia ni, kadang2 pasti nak mencari logik jgk disebalik sesuatu. Padahal ape2 pun bole jadi dibawah kuasaNya.

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

oh taakkk.... dia mmg lompat lalu tingkap. kan dia buat gaya terjun tiruk?

Simon 'Adam' Malik said...

@suka teka-teki

nope. dia mmg berada di tingkat 60 menara KLCC or Kuala Lumpur Tengok-tengok.

choba lagi

Simon 'Adam' Malik said...

@sarah zulaikha

sebagaimana yg dijelaskan pada komentar² seblum nih, dia mmg berada di tingkat 60.

oh jangan risau.. teka-teki dalam simpanan mmg disemak semula supaya tiada timbul isu syirk dan mahupun +18.

thanks for the advice

Anonymous said...

hmm... dapat lompat tingkat 60 dengan selamat. mesti die pakai payung terjun nihhh... kan? kan? hahaha

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

takde keje kot gi keje ada bekal parachute.. hehehe..

choba lagi

Anonymous said...

susah weh... bak mai la klu lagi haha

awa said...

nak try teka eh.. tapi rase2 confem salah ni... tibe2 rasa macam maybe kot/blazer yang die pakai tu (kalau dia pakai) ada tolong die landing dengan slamat kut...ke?

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

hish.. cuba baca teka teki tuh bebetul. byk klue dah dlm tuh

kalau tak, tak nama pecah otak ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@awa

wau.. cam ala-ala james bond ek?

hahaha!!

salah! cuba lagi

nadzwareina said...

susahnyeeee.... tapi nk try jugak la eh.. mungkin betul dia keluar dan terjun melalui tingkap di tingkat 60, tapi tak pulak dinyatakan landing dengan selamat kat tingkat paling bawah. maybe kat tingkat 59 tu ada atap lain so die selamat? hehe. ok konfem salah ni.

Simon 'Adam' Malik said...

@raden

percubaan yang bagus! anda mmg betul yang anda konfem salah!

hehe.. choba lagi!

Anonymous said...

ala kat luar tingkap tu ada balkoni sebenarnya kan? hahahah.

Anonymous said...

apelah yg sebenarnya Tukiman itu bukan sorg manusia tetapi sebenarnya seekor burung? O___O

nadzwareina said...

aku repair yg kat ats ni ye..haha agak dh salah... tapi kan, lepas baca nama Tukiman ni tiba2 terpikir mungkin dia bukan kerja kat dlm KLCC tu, tp maybe sorg pndatang asing indon yg kerja cuci tingkap kat KLCC tu..

so sebenarnya time die terjun tu dia bukan dari dalam ke luar, tapi dari luar ke dalam.. so die slamat la.. sbab tu makcik2 kat situ trkejut tiba2 ade org luar masuk ikut tgkap..

hm, tapi rase salah lagi nih. mcm bukan teka teki je kalau jwb cmni. hahaha.

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

kat KLCC ada beranda ek?

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous (2)?

kalau Tukiman burung, dia terbang bukan lompat.

Simon 'Adam' Malik said...

@raden


tiada yang lebih tepat dari jawapan anda!~

Anda berjaya mencipta record bolot hadiah dari JPO sebanyak 2 kali. pergh! tahniah!

bak mai alamat. Akan saya hantar habuan anda insyaAllah.

nadzwareina said...

eh?? betul? aku ingat konfem salah lagi.. eh kalau kali ni memang lagi takpe ke?

kalau pos nanti kena byr mahal pulak. kalau susahkan ko nak pos takyahla pos, hantar kat umah je pun takpe.. aku pun takde kat umah dah.. anyway mekasih :)

sang anonymous yang lepas said...

la, tu je jwapan dia...:)

Simon 'Adam' Malik said...

@sang anonymous

ye.; itu jawapanyer. amacam, bersepai tak otak anda? =p