Tuesday, 1 November 2011

Cara Albert Einstein menulis?

Assalamualaikum wbt




Setiap orang empunya cara untuk menyampaikan apa yang berada di dalam otak / hati mereka. Salah satunya adalah dari seni persilatan menulis. tak kisahlah melalui cara-cara yang mampu anda mendapat royalti mahupun secara percuma di laman-laman sesawang. namun, setiap penulis ada juga dia punya ciri-ciri tersendiri dan gaya peribadi ketika menulis. Ada yang mudah dan senang dibaca, ada yang kena baca berkali-kali, ada yang jenis berjela-jela tapi point utamanya mesti ayat yang terakhir.



ok, ini berlaku semalam. Semalam saya menerima kembali draf proposal yang saya hantar pada supervisor. Mostly yang patut ditukar adalah 'sweeping statement' yang mendominasi proposal saya itu. hehe... dah terbiasa tulis blog, hambek sebijik.

Tapi, itu bukan benda yang saya nak cerita. perkara yang berlaku seterusnya lebih menarik. Saya bagilah batchmate utk bagi komen proposal saya. Bila sedap-sedap dia baca, tetiba... dia ketawa besar.

Terpinga jap.

Then tanya la kenapa dia ketawa.

Dia tunjuk saya apa yang saya tulis. Memula saya tak faham, tapi bila cakap 'cubalah ko tulis gaya saintis. Ini gaya nak tulis karangan ni'

-peluh-

Saintis ada gaya meulis gak ke....

Well, rupanya saintis menulis jenis direct, takde mukadimah kiri dan kanan. Ayat perlu seketul-seketul fakta dan sejibik-jibik frasa. Haha.. ini la sebab bila terlalu bersilat di alam blog yang bebas gaya menulis.

Padanlah ramai tak suka membaca fakta. Sebab penulis fakta sains (mahupun mana-mana knowledge pun), menulis direct dari pengetahuan di dalam otak mereka tanpa menggunakan ayat berbunga kekwa mahupun tahi ayam.

Tak ramai ilmuwan fakta dapat menyampaikan dengan cara diminati oleh masyarakat. Mungkin ada yang boleh terima, tapi bila lihat dengan gaya hidup kini, cara saintis adalah cara orang skema. (wahahah)

Amat susah untuk membaca satu-satu jurnal atau published paper yang sememangnya berselirat dengan graf, angka-angka serta formula yang membulau bijik mata, tapi ayatnyer begitu tidak skema sekali, bahkan menusuk jiwa.


Korg semua ada jumpa paper camtuh? Kalau ada sila bagitau saya. ^^


  Simon 'Adam' Malik


p/s : Kalau anda rasa saya menulis nih dah cukup skema, ayat saintis perlu lagi skema.

2 comments:

Budak offtask kena hantar research proposal esok TT___TT said...

Ada. lecturer saya punya paper, ayat dia senang faham. antara research paper yg saya x rasa nak bakar bila baca. Hmmm.. nak bg link dl pun, student sini je bleh access. Tapi lecturer saya tu mmg dia purposely buat paper dia reader friendly.

So, as a researcher, marilah menulis academic writing yg reader n masyarakat friendly.

Simon 'Adam' Malik said...

Betul-betul. tapi bukan senang nak sampaikan kefahaman dan fakta yang masyarakat sekarang suka baca. InsyaAllah kita sesama berusaha menulis dengan cara tak buhsan bila baca


Generasi Z zaman sekarang nih tak main dah skema-skema nih.