Sunday, 20 November 2011

Aku, Videogame - Part 1

Assalamualaikum wbt




Sebaik sahaja pulang dari Konferens Riang, saya mmbuka dada akhbar tengok artikel-artikel ayng di tulis. Satu  artikel menangkap perhatian saya dan buat saya tak senang duduk.

Permainan video baik untuk Kanak-Kanak?


I was expecting a reverse psyko artikel or at least a non biase. Sangkaan meleset... *mula berdiri dan mundar-mandir*

Artikel ini begitu memberi kesan pada saya sebab baru sahaja seminggu dua, benda pasal videogame dinaikkan di dalam perbincangan. Secara peribadinya, mmg dah lama saya nak tulis pasal game nih sebab pada pertengahan tahun tak silap saya, ada artikel akhbar yang tulis pasal videogame yang memesongkan akidah.

Ok ok. Rileks. Saya akan cuba tulis artikel (yang mungkin bakal bersiri) ini secara mendalam di mana, saya akan cerita pasal asal usul videogame, perubahan gaya videogame tuh sendiri, camne secara kasar videogame boleh meluas kat malaysia dan pendapat saya mengenai apa itu videogame, dan cara untuk melepas diri dari sumpahan videogame.

Saya tau saya akan menulis  secara terlalu skema. Tapi saya akan cuba utk at-least tidak terlalu emo.


Sejarah Videogame


Pernah kita fikir mana videogame nih datang? Yang kita tau adalah main sampai puas, betul? Dengan serba sedikit ilmu yang cetek ini, biar saya kongsikan kat korg.

The first electronic game was created inside a nuclear lab.

Terkejut? Haha.. betul.. Ia dicipta oleh seorang saintis nuklear dengan mengubahsuai mesin osiloskop. Dah buhsan sangat mengadap dengan kerja diorg, diorg ubahsuai alat diorg dan wujud la game 'Tenis For Two' yang ber'interface'kan alat osiloskop.

Tennis For Two


The early electronic game hanyalah permainan biasa. Ada tic-tac-toe dan sebagainya. Bahkan ada yang diciptakan before Tennis For Two, sebab masa tuh mmg konsep amusement. Namun, game-game ini hanya terdapat kat lab-lab computer yang diciptakan oleh genius-genius MIT sebagai hobby. Maksudnyer, orang awam tak tau pasal kewujudan electronic game! Kirenyer, masa tuh, masyarakat maintain main konda-kondi, batu seremban... eh? orang US main benda-benda nih ke?

Mungkin pada masa pasca WWII, ramai orang depresse tengok tv. Asyik-asyik citer pasal tentera amerika. Asyik-asyik roket nak mai datang. Seorang mamat electric enginneer mengubah suai satu alat utk dimembolehkan orang berinteraktif dengan tv via playing game. Maka, wujudlah the first video console yang boleh dimainkan kat rumah. Siap ada controler yang best untuk dihandle lagi.


Tak cukup dengan tuh, wujud permainan bernama 'Pong' yang menjadi hit satu US. Siap ada yang versi arcade kat bar lagi, so that orang-orang yang datang minum boleh main sekali. Oleh sebab perlunya guna alat cam ala-ala tv, maka wujudlah videogame, di mana orang pun duk main. Tauke-tauke bar pun suka beli arcade nih so orang banyak datang kat kedai dier. Dah minum-minum, dia tak henti-henti masukkan syiling nak main. Siapa yak senyum weh dapat duit free!!

Wujudnya Pong, was around 1975. Tak pasti masa tuh dah wujud colour tv ke belom. Tapi yang pastinya, Satu TV satu kampung dan biasanya dimiliki oleh Penghulu Kampung. Kire mmg bebudak malaysia masa tuh tak tau wujudnya game-game² camnih kecuali yang pi luar negara la.

Technology progress dengan cepatnya. Game console sudah masuk versi yang cucuk-catridge dan tak kurang juga yang diarcade. Oh, tak lupa juga yang versi Game&Watch. Dan ia berubah dan diupgrade seiring dengan kemajuan teknologi dalam computer hardware. Sampailah ke tahap DVD, boleh connect dengan player dari hujung negara lagi. Perinsipnya tak ubah, Bagi orang rasa best.

Siapa tak tertarik dengan bunyi-bunyi yang begitu menarik sekali keluar bila kita main game tuh. Ye, it gave a
sense of control. Dan dalam pada kita main tuh, adrenalin, semangat cemas keluar semua. Saya pernah jadi kaki game, saya tau la! *muka merah padam*

Maka sekarang Videogame telah menjadi salah-satu industri hiburan setanding dengan Movie, lagu, teater dan sebagainya selain ia ada satu bisnez. Kan movie, lagu dan sebagainya tuh buat anda rasa best, so game nih jatuh pada kategori yang sama. Satu benda yang anda mungkin tak perasan. Dulu, shopping mall (eve skrg) mesti ada tempat orang main arcade kan? Sekarang, kat phone ada. Kat tenet ada... Kiri kanan atas bawah mesti ada game. Itu belum tambah dengan hiburan yang lain. Nampak sangat manusia bangun² tidur je dah tension, tidur balik pun tension.

Mungkin generasi zaman sekarang adalah generasi videogame. Saya yakin, mereka yang lahir tahun 80-90an melihat transisi dari game lama ke game canggih masa zaman sekolah dulu.

Saya masih ingat lagi. Masa kecik-kecik, kedai masih menjual gasing, guli dan mmg majoriti kami main benda-benda tuh masa time rehat or time balik sekolah. Tapi ada mmber yang kaya sikit, bawak game tetris. Yang kaya tak ingat, boleh tayang gameboy. Meleleh-leleh air liur kitrg. Minta mak bapak mmg kena penampar la. So our time masa ada lagi game kampung. Sekarang nak cari gasing? Erm.... boleh tunjukkan kedai yang mana? BeyBlade bukan gasing ek?

Raya bebaru ini, saya tengok adik-adik kecik berebut nak main game. kalau tak dapat pinjam mak cik nyer laptop, pak ngah punya iphone pun jadilah. Handset yang masih ada butang terselamat sebab dilihat ketinggalan zaman.. kehkehkeh.. So nampak sangat yang game nih sudah menjadi benda yang 'perlu ada' bagi generasi zaman sekarang. Which for me ada negative nyer. Saya akan reveal pada post² akan datang.

Ok, cukup sekadar intro. Saya biarkan hentaman-hentaman saya dalam post-post yang akan datang. hehe.


Next, perubahan gaya videogame.


wallahualam 


Simon 'Adam' Malik


Sumber :

Rise of the Videogame : Discovery Channel
Wikipedia
Pengalaman kaki game since umur 4 tahun hingga 21 tahun.

6 comments:

Anonymous said...

en adam malik, sy secara jujurnya bersetujudengan anda. malah,perkara ni perah dikongsi oleh rakan sy yang beranank empat.dia pun anti anak-anakmain videogama n byk tgktv ni, wlpn diax penah involve inanykind of tarbiyyah. but,she believe taht children should be play and interact actively with nature and learn the beauty of the games especially permaianan tradisional.Sebab, kat situ,fizikal mereka berkembang, emosi pun berkembang baik sebab adanya interaksi yang sihat antara para pemain.
teringat zaman dulu-dulu main galah pjg, teng teng, polis tan three( ye ke ni namanya) dan main hujan (ini yang terbaik!)

sian anak-anak zaman sekarang. zaman mereka hanya dirasai dengan sentuhan hujung jari sahaja. Rugi..rugi...

apa2 pun waiting for ur next post tobe spread kat akak2 kat opis. tengs encik!

Anonymous said...

polis sentri, one two jaga, polis mati pencuri jaga

Adi said...

Baru hari semalam Abg Adi dan geng2 ofis bercerita psl Brick Game, Game Boy....teringat la pulak zaman kecik2 ada Game And Watch Jenama Casio mcm Beam Wars, Western Bar, Heli Battle, ....perghhh....high score mesti 9999.

Tapi cerita psl games nih, ada certain game hanya certain users ajer yg boleh rasa keseronokannya seperti Tie Fighter yg memerlukan Joystick, Keyboard, Speaker Adlib dan yg paling penting....'Force' ....hiargggghhh!!!!

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

benar²!

tapi itu dulu di mana kemudahan mmg takde. So dengan kemajuan yang serba hebat sekrang ini, adakah main videogame ini dikire sama mcm permainan kanak² utk diorg rasa hepi?

nnti kan... hehe

doakan saya untuk terus semangat untuk menulis ye?

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 2

actually, nyanyian tuh berbunyi 'police and theif'

tapi lidah kita tak reti nak sebut 'and thief' betul², jadi dah bunyi 'sentry'. haha ^^

pepsi cola pernah dengar?

Simon 'Adam' Malik said...

@abg D

of coz, hny certain² game sahaja, mereka yang mempunyai 'force' dapat betul² enjoy.. hehehe..


tapi zaman dulu, mereka yg ada 'force' nih at least ada gak aktiviti luar

but now, gua rasa ramai je dah ada 'force' tapi dah overloaded dah sampai tak leh pakai. hehe.. percaya tak cakap gua?