Wednesday, 30 November 2011

*Ketuk*Ketuk* Saya December, boleh saya masuk dan cekik awak?

Assalamualaikum wbt


Bulan December, bulan yang paling byk memories dan cabaran setiap tahun. tak kurang juga bulan yang acapkali menjadi titik tolak sesuatu perkara..


This year...  calender bulan december sudah penuh dengan cap² dateline, assignmet dan sebagainya.. oh, ada alat utk panjangkan masa atau berada kat dua tempat dalam satu-satu masa?


Sorry saya belum kesempatan utk update Aku,Videogame. 24 jam rasa sangat pendek, padahal sejak zaman dinosor, Allah bagi 24 jam dalam satu hari.


Ada 2 perkara yang bakal berlaku dengan blog nih.


either, dapat 2 post je publish


 or tetiba dapat publish bebanyak. Ahahaha (simptom blogger pada musim exam, patut baca buku tapi update blog)



Satu benda yang saya belajar masa Camping anjuran NGO kawasan.



Taat campur displin = 'SE'!


Displin biasanya dikaitkan dengan timing, ikut aturan dan menahan diri bermalas-malasan.
Taat tuh.. kena dengar perintah selagi perintah itu tidak membahanakan diri. Kalau perintah dari Yang Maha Hidup, perintah² dari makhluk lain perlu diabaikan.

'SE'! .... Nama group kitrg. (Catchy tak?) oh dont get me wrong, Taat dan displin bukan moto group kitrg. Itu apa yang saya belajar la sepanjang camping tuh.


hehe..



InsyaAllah, doakan saya mengharungi bulan dec tanpa Allah hayunkan hati ini ke arah lain..


amin..




Simon 'Adam' Malik

Monday, 21 November 2011

Photo : After a rain


It was a saturday near a paddy field
a strolling around the muddy path and saw this.
A water lily flower starts to bloom after a long drizzle.
Sekinchan is a popular place on filming a photographing due to its large paddy landscape.
Actually i was there doing part time job. hehe.. ^^

Location : Sekinchan, Selangor

Nov 2011

Sunday, 20 November 2011

Aku, Videogame - Part 1

Assalamualaikum wbt




Sebaik sahaja pulang dari Konferens Riang, saya mmbuka dada akhbar tengok artikel-artikel ayng di tulis. Satu  artikel menangkap perhatian saya dan buat saya tak senang duduk.

Permainan video baik untuk Kanak-Kanak?


I was expecting a reverse psyko artikel or at least a non biase. Sangkaan meleset... *mula berdiri dan mundar-mandir*

Artikel ini begitu memberi kesan pada saya sebab baru sahaja seminggu dua, benda pasal videogame dinaikkan di dalam perbincangan. Secara peribadinya, mmg dah lama saya nak tulis pasal game nih sebab pada pertengahan tahun tak silap saya, ada artikel akhbar yang tulis pasal videogame yang memesongkan akidah.

Ok ok. Rileks. Saya akan cuba tulis artikel (yang mungkin bakal bersiri) ini secara mendalam di mana, saya akan cerita pasal asal usul videogame, perubahan gaya videogame tuh sendiri, camne secara kasar videogame boleh meluas kat malaysia dan pendapat saya mengenai apa itu videogame, dan cara untuk melepas diri dari sumpahan videogame.

Saya tau saya akan menulis  secara terlalu skema. Tapi saya akan cuba utk at-least tidak terlalu emo.


Sejarah Videogame


Pernah kita fikir mana videogame nih datang? Yang kita tau adalah main sampai puas, betul? Dengan serba sedikit ilmu yang cetek ini, biar saya kongsikan kat korg.

The first electronic game was created inside a nuclear lab.

Terkejut? Haha.. betul.. Ia dicipta oleh seorang saintis nuklear dengan mengubahsuai mesin osiloskop. Dah buhsan sangat mengadap dengan kerja diorg, diorg ubahsuai alat diorg dan wujud la game 'Tenis For Two' yang ber'interface'kan alat osiloskop.

Tennis For Two


The early electronic game hanyalah permainan biasa. Ada tic-tac-toe dan sebagainya. Bahkan ada yang diciptakan before Tennis For Two, sebab masa tuh mmg konsep amusement. Namun, game-game ini hanya terdapat kat lab-lab computer yang diciptakan oleh genius-genius MIT sebagai hobby. Maksudnyer, orang awam tak tau pasal kewujudan electronic game! Kirenyer, masa tuh, masyarakat maintain main konda-kondi, batu seremban... eh? orang US main benda-benda nih ke?

Mungkin pada masa pasca WWII, ramai orang depresse tengok tv. Asyik-asyik citer pasal tentera amerika. Asyik-asyik roket nak mai datang. Seorang mamat electric enginneer mengubah suai satu alat utk dimembolehkan orang berinteraktif dengan tv via playing game. Maka, wujudlah the first video console yang boleh dimainkan kat rumah. Siap ada controler yang best untuk dihandle lagi.


Tak cukup dengan tuh, wujud permainan bernama 'Pong' yang menjadi hit satu US. Siap ada yang versi arcade kat bar lagi, so that orang-orang yang datang minum boleh main sekali. Oleh sebab perlunya guna alat cam ala-ala tv, maka wujudlah videogame, di mana orang pun duk main. Tauke-tauke bar pun suka beli arcade nih so orang banyak datang kat kedai dier. Dah minum-minum, dia tak henti-henti masukkan syiling nak main. Siapa yak senyum weh dapat duit free!!

Wujudnya Pong, was around 1975. Tak pasti masa tuh dah wujud colour tv ke belom. Tapi yang pastinya, Satu TV satu kampung dan biasanya dimiliki oleh Penghulu Kampung. Kire mmg bebudak malaysia masa tuh tak tau wujudnya game-game² camnih kecuali yang pi luar negara la.

Technology progress dengan cepatnya. Game console sudah masuk versi yang cucuk-catridge dan tak kurang juga yang diarcade. Oh, tak lupa juga yang versi Game&Watch. Dan ia berubah dan diupgrade seiring dengan kemajuan teknologi dalam computer hardware. Sampailah ke tahap DVD, boleh connect dengan player dari hujung negara lagi. Perinsipnya tak ubah, Bagi orang rasa best.

Siapa tak tertarik dengan bunyi-bunyi yang begitu menarik sekali keluar bila kita main game tuh. Ye, it gave a
sense of control. Dan dalam pada kita main tuh, adrenalin, semangat cemas keluar semua. Saya pernah jadi kaki game, saya tau la! *muka merah padam*

Maka sekarang Videogame telah menjadi salah-satu industri hiburan setanding dengan Movie, lagu, teater dan sebagainya selain ia ada satu bisnez. Kan movie, lagu dan sebagainya tuh buat anda rasa best, so game nih jatuh pada kategori yang sama. Satu benda yang anda mungkin tak perasan. Dulu, shopping mall (eve skrg) mesti ada tempat orang main arcade kan? Sekarang, kat phone ada. Kat tenet ada... Kiri kanan atas bawah mesti ada game. Itu belum tambah dengan hiburan yang lain. Nampak sangat manusia bangun² tidur je dah tension, tidur balik pun tension.

Mungkin generasi zaman sekarang adalah generasi videogame. Saya yakin, mereka yang lahir tahun 80-90an melihat transisi dari game lama ke game canggih masa zaman sekolah dulu.

Saya masih ingat lagi. Masa kecik-kecik, kedai masih menjual gasing, guli dan mmg majoriti kami main benda-benda tuh masa time rehat or time balik sekolah. Tapi ada mmber yang kaya sikit, bawak game tetris. Yang kaya tak ingat, boleh tayang gameboy. Meleleh-leleh air liur kitrg. Minta mak bapak mmg kena penampar la. So our time masa ada lagi game kampung. Sekarang nak cari gasing? Erm.... boleh tunjukkan kedai yang mana? BeyBlade bukan gasing ek?

Raya bebaru ini, saya tengok adik-adik kecik berebut nak main game. kalau tak dapat pinjam mak cik nyer laptop, pak ngah punya iphone pun jadilah. Handset yang masih ada butang terselamat sebab dilihat ketinggalan zaman.. kehkehkeh.. So nampak sangat yang game nih sudah menjadi benda yang 'perlu ada' bagi generasi zaman sekarang. Which for me ada negative nyer. Saya akan reveal pada post² akan datang.

Ok, cukup sekadar intro. Saya biarkan hentaman-hentaman saya dalam post-post yang akan datang. hehe.


Next, perubahan gaya videogame.


wallahualam 


Simon 'Adam' Malik


Sumber :

Rise of the Videogame : Discovery Channel
Wikipedia
Pengalaman kaki game since umur 4 tahun hingga 21 tahun.

Thursday, 17 November 2011

Jom pecah otak! Siri 7

Assalamualaikum wbt


Satu benda yang mengejutkan. Teka teki bulan lepas takde sapa boleh jawab. Muka terkejut disitu. hoh! Bila semak dalam archive, categori keras (hard) rupanya... hehehe..

Let's move on to our teka-teki of da month yang boleh buat anda mengalami kecederaan otak yang parah.


Teka-tekinya berbunyi.





Tukiman sedang mengadap sebuah tingkap pada tingkat ke 60 Menara Berkembar Kuala Lumpur Tengok-tengok. Sebagai mana yang anda tau, suasana kerja di sini amat menyakitkan hati dan kehidupan anda menjadi takde kehidupan.

Tukiman tak sabar lagi dengan keadaannya sekarang. Lalu dia membuka tingkap lalu terjun buat gaya terjun tiruk. Semua orang yang berada di tingkat yang sama mata terbeliak dan terkejut tidak berkata apa-apa. Mak cik cleaner pengsan, cik semah tukang buat air histeria bagai nak gila.

Yang peliknya Tukiman selamat plak landing. Tak cedera parah mahupun mengalami bijik mata dan peparu yang kembang. Terus keluar kat paper metro, 'Keturunan darah jawa selamat lompat tingkap Tingkat 60'

So camne Tukiman nih selamat?


Hadiah kali ini merupakan hadiah misteri. Tapi ia memerlukan alamat surat menyurat anda! ^^


Selamat menchoba~



Jawapan utk teka-teki bulan lepas :


Sebab teh pakcik tuh masih manis.

Explaination : sebagaimana bila anda memesan teh / kopi di restaurant ala-ala secret resipi, gulanya tidak bercampur dengan teh. Pak cik tuh sedar ada lalat bila dia masukkan gula dalam tehnya. So bila dia dapat balik tehnya tuh, alih² rasa manis, so dia tau la teh yang sama. ^^ v

kepada sang anonymous, jawapan² anda hampir tepat sebab ada kaitan dengan deria rasa. sbb tuh saya takleh kasi clue. hehehe.. ^^ Tahniah, jawapan anda yang hampir tepat tapi tak tepat. wah-ha-ha.


p/s : saya tidak bertggjwb atas percubaan anda utk melompat melalui tingkap.


 Simon 'Adam' Malik

Saturday, 12 November 2011

Pagi yang hampir 'bercium'

Assalamualaikum





ok, jangan kaget melihat tajuk post ini especeli yang mengenali diri. Jangan capai handset dulu untuk meng'sms' saya dengan nasihat-naasihat yang membakar jiwa.

Ini cerita pagi tadi. Hari ini saya perlu ke Sekinchan, urusan kerja part-time dengan warga UPM.

Janji dengan crew bertolak pukul 7 pagi, terbangun pagi pukul 640pagi. Kelam kabut mandi solat semua sebab lepas kerja perlu pulang ke klang.

Anda tau je la kan sorg driver yang kelambatan. Masa start engin, its already 701am. Kereta tak banyak so boleh lah pecut sikit²

Sampai kat exit nak masuk upm, saya ada potong satu kancil berwarna biru masa time selekoh. Dah nama pun exit, mana la ada kereta datang dari arah bertentangan. Alih-alih ada kereta ù¨*$à0"# muncul dari arah depan.

Terdecit tayar brek. Siap Skid.

Nasib baik tak berlanggar... Dua lane jalan, bulih muat 2 kereta kancil dan sebuah kereta gen2.

Oleh sebab masa driving tuh mmg dah diselubungi perasaan bersalah akan lmbt, masa nak eksiden tak tekan hon, tak maki pun. Siap rasa bersalah lagi padahal member tuh yang masuk no entry.

Bila sampai kat tempat yang perlu ditunggu..

Baru sorg je sampai... =_="


Nasib baik tak eksiden.. kalau tak sia-sia je.



 Moral :

  • Sila set alarm clock dengan bunyi yang paling annoying. Alarm lagu-lagu buat ada terdodoi dan bangun lambat
  • Jangan langgar peratuan jalan. Mungkin awal pagi atau lewat malam anda terasa boleh nak langgar. Bukan nak galakkan, tapi sila langgar bila anda pasti anda tak membahayakan orang lain. 
  • Kalau janji melayu, anda empunya 30 minit masa tambahan dari waktu yang dijanjikan. Janji orang² tarbiyyah je yang on time.

 Simon 'Adam' Malik

Friday, 11 November 2011

Saya pun tak nak terlepas gak

Assalamualaikum wbt






Sebelas-sebelas-tahun sebelas, pukul sebelas sebelas malam.


bila diangkakan, 11/11/11, 11:11pm

Saya baru je masuk dalam keta usai bulatan gembira yang serba ringkas tapi terkesan.

Surah yang ditaddabur, adalah surah yang kita duk baca setiap kali tamat majlis ilmu.

Memang kena sangat.

Aset yang paling berharga yang Allah berikan pada kita adalah masa. Aset ini tidak boleh dicarikan kepada mana-mana nilai. Jumlahnya telah ditentukan bagi setiap orang dan nilainya pasti menyusut setiap tahun.

sebelas,sebelas,sebelas.

Memang cantik angka satu-satu yang berderet-deret tuh. Hanya muncul setiap 100 tahun. Sesuai untuk dijadikan tarikh peristiwa istimewa padahal tarikh lain pun istimewa gak. Kirenya, yang lahir pada hari ini, perlu menghadapi 100 tahun untuk dapat tarikh lahirnya semula. eh? faham ke?

100 tahun tuh cukup panjang kan bila dengar? Tapi rata-rata kita hidup lebih kurang 60-70 tahun. Jika sekarang anda berumur 24 tahun, 18 tahun daripadanya anda tidur, belajar merangkak, berjalan, bercakap, mengeja, gi tadika, jawab exam, amik upsr, gi asrama, pass spm dan masuk U.

Tambah lagi 4-5 tahun anda kat Uni, study lagi.

So baru setahun dua anda 'hidup' di dunia nih. Ada lagi 2/3 tahun lagi utk hidup insyaAllah.

Jap, aku dah buat apa ek setahun nih? Bermanfaat utk sejagat atau sekadar aku hepi sudahlah?


hhmm.... hati terketuk mengenang di akhirat adalah 4eva.


(start engin kereta dan pulang ke rumah)            



11:12pm



Simon 'Adam' Malik

Thursday, 10 November 2011

A researcher's day offf

Assalamualaikum wbt


Minggu lepas (dah dekat seminggu baru nak cerita), saya mengambil keputusan untuk mengambil satu hari mati, eh, 1 day-off sebagai seorang researcher. Kenapa saya tampak seperti orang yang bekerja bagai nak mati padahal kerjanya hanyalah baca journal, attend lecture dan buat assignment. Percayalah, kalau anda berada di tempat saya, anda rasa macam nak pi kerja balik. (valid hanya di Malaysia)


Hari sabtu pagi, saya pun menonong-nonong pergi ke Sunway Pyramid. Brought along my camera of course. Pergi ke sana untuk melepas gian nak memanah. Tak ambil gambar masa main sebab tak siapa nak tolong hambikkan. hehehe..

Secara jujurnya, saya baru je berjinak manja dengan memanah. Tahun lepas bulan Oktober kalau tak silap. Itu pun selepas terkesima bila tertengok satu siri reality tv kat History Channel. Oleh sebab paling last saya main adalah bulan April lepas, tergigil-gigil tangan lepas main. Mana taknya, siap diminta beralih ke kotak target yang lain sebab dah penuh panah.

Habis je memanah, rush ke Masjid Shah Alam untuk solat zohor. Lama tak solat kat sini. Kalau ke sini mesti ada perasaan teruja yang tenang. Pun tak amik gambar juga sebab tak boleh amik gambar kat situ.

After that, saya ke Bukit Cahaya Seri Alam atau nama manjanya Bukit Cherakah (Thx to my dear friend who suggested this). To be honest, this is only the second time i came here. The first one i think on 1994, masa tu ada pameran ikan or something. On that time, Bukit Cherakah was clearly visible from the NKVE highway.

So apa lagi! I did what I do best!








Again, its been a while since a rode a bike. Paling last was March this year i think. Masa keluar ambil shots kat Taman Botanic Putrajaya. Kat sana tanah flat. Sini, mana rasa nak tercabut lutut rasanya mengayuh. hehe.. Nasib baik kecik-kecik dah merempit sini sana naik basikal. Boleh la lagi tahan lutut. Dulu keluar beli surat khabar pukul 8 pagi, 10 pagi tak tentu balik. hehehe... Dah besar, nak tendang start motor pun tak reti. wah-ha-ha..

Balik tuh, bonda pesan utk beli kek kat Resipi Rahsia. Konon nak treat diri sendiri after tunaikan hajat mak, tapi bila bukak dompet keluar segala macam kupu-kupu dan kelkatu. Tempting woh bila tengok New York Cheese mahupun Indulgence membujuk rayu diminta beli.


Belum masuk pukul 6 ptg, saya dah terpacak depan rumah. Malam raya la katakan.

So kat sini saya nak membenarkan kata orang, kita perlu duduk mengasah gergaji. Gergaji yang tumpul memakan tenaga yang lebih dan menyakitkan hati. eh?


Simon 'Adam' Malik


Full album here

Thursday, 3 November 2011

A shout-out to November babies

Assalamualaikum wbt


Bulan November... bulan yang pernuh... erm... 'Kelahiran'.


Semestinya kelahiran yang saya kenali. Mereka yang lahir dalam bulan ini (yang saya kenal) empunya sejarah tersendiri dengan saya. Itu belum masuk jumlah mereka yang saya kenali yang lahir dalam bulan ini.

ehem.. ehem... sila jangan fikirkan yang bukan-bukan ye pasal sejarah tersendiri tuh.

Ok, fair enough. Saya jenis yang tak pernah kadang-kadang menerima rai bila hari lahir. Kena la terima yang hakikatnya umur sudah tua, tidak perlu kek dan hadiah dari orang. Oleh sebab sejarah hidup yang kurang rai, maka saya pun kurang rai / tak reti nak rai. Haha.. tak caya?

Kalau kes ini berlaku 6 tahun dulu mungkin kot. Kami di sekolah menengah pantang dengar 'Birthday'. Memang kami bagi hadiah 'lauk' cukup-cukup. Kami tepungkan dan telurkan, kemudian pukul sampai sebati. Haih.. itu zaman saya bersekolah budak jahat.

But then, perkara boleh berubah.

Ada satu tahun tuh, saya menerima sebuah hadiah wallet dari kenalan saya. Terkezut bukan kepalang dapat hadiah camtuh. Sampai la nih pakai. Dia yang bagi, happened to be born November. Masa tuh saya membalas dengan t-shirt limited edition, yang saya yakin tak sampai 50 helai kat dunia nih.

Then masa tuh seronok pulak rasa bagi hadiah. Maka dengan first timenya saya buat kek sempena birthday sahabat saya, Mr Prez! Ada saya abadikan dalam blog ini, korg pepandai la cari ek? He also born November.

Ada lagi orang-orang lain yang saya kenal born this month. Tak larat nak tulis kat sini. Meleret-leret nanti dari tajuk utama.

The best part of this month is.. 5 person from my family born November:

  • My just-grad sister
  • My step-brother
  • Little Sarah
  • Little Sofia
  • And a new comer...




 Little Aina Suraya, Sofia's sister
4 Zulhijjah 1432
1/11/11
4.40am



well, this means i need to moved out from my sis house



  • Oh yeah.. Sarah's little sister also, by end of this month, insyaAllah.. ^^



So... Happy birthday for those who born November~!




Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 1 November 2011

Cara Albert Einstein menulis?

Assalamualaikum wbt




Setiap orang empunya cara untuk menyampaikan apa yang berada di dalam otak / hati mereka. Salah satunya adalah dari seni persilatan menulis. tak kisahlah melalui cara-cara yang mampu anda mendapat royalti mahupun secara percuma di laman-laman sesawang. namun, setiap penulis ada juga dia punya ciri-ciri tersendiri dan gaya peribadi ketika menulis. Ada yang mudah dan senang dibaca, ada yang kena baca berkali-kali, ada yang jenis berjela-jela tapi point utamanya mesti ayat yang terakhir.



ok, ini berlaku semalam. Semalam saya menerima kembali draf proposal yang saya hantar pada supervisor. Mostly yang patut ditukar adalah 'sweeping statement' yang mendominasi proposal saya itu. hehe... dah terbiasa tulis blog, hambek sebijik.

Tapi, itu bukan benda yang saya nak cerita. perkara yang berlaku seterusnya lebih menarik. Saya bagilah batchmate utk bagi komen proposal saya. Bila sedap-sedap dia baca, tetiba... dia ketawa besar.

Terpinga jap.

Then tanya la kenapa dia ketawa.

Dia tunjuk saya apa yang saya tulis. Memula saya tak faham, tapi bila cakap 'cubalah ko tulis gaya saintis. Ini gaya nak tulis karangan ni'

-peluh-

Saintis ada gaya meulis gak ke....

Well, rupanya saintis menulis jenis direct, takde mukadimah kiri dan kanan. Ayat perlu seketul-seketul fakta dan sejibik-jibik frasa. Haha.. ini la sebab bila terlalu bersilat di alam blog yang bebas gaya menulis.

Padanlah ramai tak suka membaca fakta. Sebab penulis fakta sains (mahupun mana-mana knowledge pun), menulis direct dari pengetahuan di dalam otak mereka tanpa menggunakan ayat berbunga kekwa mahupun tahi ayam.

Tak ramai ilmuwan fakta dapat menyampaikan dengan cara diminati oleh masyarakat. Mungkin ada yang boleh terima, tapi bila lihat dengan gaya hidup kini, cara saintis adalah cara orang skema. (wahahah)

Amat susah untuk membaca satu-satu jurnal atau published paper yang sememangnya berselirat dengan graf, angka-angka serta formula yang membulau bijik mata, tapi ayatnyer begitu tidak skema sekali, bahkan menusuk jiwa.


Korg semua ada jumpa paper camtuh? Kalau ada sila bagitau saya. ^^


  Simon 'Adam' Malik


p/s : Kalau anda rasa saya menulis nih dah cukup skema, ayat saintis perlu lagi skema.