Wednesday, 19 October 2011

The Rock speaks (again)

Assalamualaikum wbt

Photobucket
apa yang berada disitu??


Si pencari batu kembali beraksi!! Setelah melakukan sedikit reconnaisance beberapa minggu lepas di dalam hujan, kali ini saya kembali dengan membawa beberapa teman termasuk lah Inche Prof. Masa Inche Prof bagitau mengenai kawasan yg ditakdirkan utk saya, dia dengan muka bersahaja berkata, 'kami pernah terjumpa a full grown 'maybank'. Of coz la tempat tuh ada sedikit sunyi sebab pernah popular sekejap dengan kejadian orang diletupkan.'

lebih kurang la Inche Prof cakap.

Tapi area saya bukanlah tetengah hutan belantara, tapi tepi hutan belantara! Kawasan ini berdekatan dengan bukit subang, bukit jelutong dan kawasan ini baru sedang dimajukan utk dijadikan kawasan perumahan.


Photobucket
just a plain old rock? hehehe


Kawasan kajian saya dalam ukuran 3km x 1 km. Tapi arituh cuma dapat briefly buat kajian utk kawasan North-west sahaja. Inche Prof hanya bagi guide dan cadangan kaedah penyelidikan. So its up to me nak kaji kawasan tuh betul-betul.



Photobucket
what's that rock?!



Dalam geology malaysia, kawasan saya ini berada dalam kawasan Kenny Hill formation. Kenny Hill Formation ini secara amnya dari utara Lembah Klang sampai la ke selatan Putrajaya (or even futher). Batuan yang menjadi 'penduduk tetap' formation ini adalah jenis metasediment, iaitu Quarzite dan Phylite. Op op, jangan pening dulu! hehehe..


Kawasan kajian saya considered kecik sebenarnya, namun walau yang dua spot lokasi sahaja yang kitrg lawat, dah benda yang menarik giler yakni a fresh Phylite! Member saya yang buat kat tempat lain sebelum ini tak pernah jumpa! Ok ok.. kenapa saya teruja jumpa phylite ygn fresh nih? Malaysia mmpunya kadar weathering yang tinggi dan kami geologist amat pening kepala berhadapan dengan batuan yang telah pun terluluhawa. So bila dapat yang fresh ini.. kira mcm rasa super rasa bersyukur la sebab boleh produce some strong data

Photobucket
ritual untuk mereka yg faham. hehe..


Bila difikirkan balik, kadang-kadang kita punya la nak carik sesuatu atau hendak peroleh sesuatu tapi tak dapat-dapat walau tang mana pun kita cuba, tapi tengok org lain, cuba sikit dah dapat. Dari segi kehidupan seorang geologi, memang kitrg perlu menyerahkan diri dan takdir pada maha berkuasa sebab hanya Allah sahaja yang tahu apa benda kat bawah lapisan bumi ni! Heh, ini sungguh valid bagi pencari fossil.

Maka ini mungkin sedikit sebanyak bantuan Allah untuk saya membanyakkan lagi 'penggorengan' dalam thesis yang perlu saya langsaikan sebelum bulan 6 tahun depan. Bak kata prof, kalau tak dapat buat detail, cerita dari banyak aspek! ^^


Sampai tengahri je kami bertahan. Sebab masing-masing dah start pening kepala kerana heat yang amat sangat. Tak de pokok untuk berteduh, cuma hanya ada topi sahaja. So kami pun pulang dengan kepala rasa denyut-denyut. Tapi hati saya agak cuak disitu.. the 1st three chapter perlu submit sebelum 25 dec! Reading belum habis buat lagi!!oh no!! Proposal lagi by end of this month!


Tapi bila difikirkan balik..; Allah tak pernah menzalimi hambaNya. Maka apa yang Allah beri pada kita adalah benda yang kita sebenar capable to do and capable to handle. Dari menangis tak buat apa better rempuh je, ye tak?

Hiyah! Hiyah! Semangat~!

Photobucket
pulang dgn sedikit buah tgn



Simon 'Adam' Malik


full album at here



No comments: