Sunday, 30 October 2011

Masa-Keluar???

Assalamualaikum wbt




satu perasaan yang membuak-buak. Lagi-lagi dengan laman web hasil titik peluh Mark Zuckerberg, officially saya sekarang rasa jeelleezz tahap Nek Timah pun kalah.

Pasal apa? haa, sila pasangkan tali keleder anda, jika tidak anda pasti akan tercampak keluar tatkala saya mula mendedahkan cerita-cerita panas zaman kini.

Okeh, apa-apa hal, salah muka-buku tuh ok? Sapa suro ada option upload picture. Kan dah saya terkulat-kulat kat sini tengok gambar diorg.

Ni belum masuk lagi dengan gambar-gambar 'panas' mereka di Spain. Ahh!! Saya tak kisah pasal tuh, tapi saya kisah 4 tahun saya duk sana tak sampai plak kat Spain.

Tak pun gambar-gambar mereka di area-area sunyi, kelam lagi berair di Grenoble. Dapat merasa angin pagi je dulu. Tak sama kat sini dan kat sana!

Ok fine, ada jugk la tempat-tempat yang saya dah pergi dari gambar-gambar mereka. Tapi.. tapi... nak jelez gak boleh? *jelir lidah*

Diorg kata, di Malaysia lebih byk lagi tempat-tempat yang unik untuk pergi. Itu saya setuju heeyy.  Anda tidak akan jumpa tempat yang panas di sebelah pagi, dan hujan selebat-lebatnya di sebelah petang yang membolehkan anda berlari-lari di tengah hujan sambil shampoo rambut anda. Serius, kat europah takde hujan cam tuh.

Tapi faktor di sini adalah masa, masa, masa dan masa. Kalau jenis yang tak hambek-peduli-apa-nak-jadi, boleh je amek cuti, start kereta lalu pergi ke tempat yang dituju. hah, boleh? Bila anda student di France anda boleh.. wahaha..

Di Malaysia juga ada penyu, laut berpasir lagi membiru, paya-bakau yang memukau dan hutan belantara yang bermacam haiwan di dalam. Walaupun takde bangunan-bangunan dari era ketamadunan orang, tapi sikit sebanyak melonggarkan otot anda urat tengkuk yang tegang akibat dari stress yang berpanjangan. Untung betul bagi mereka yang bekerja di hujung dunia. Weekend dah boleh keluar panjat bukit jejalan. (wuu.. cam kat Besançon gak...)


To be frank, saya nak pi Langkawi December. Tapi faktor masa-masa-masa dan masa, terpaksa saya tunggu 2 tahun lagi.. wuuu... T_T... nih belum kire bab Gunung Ledang... Gunung Kinabalu.. Jerai..; Gua Tempurung.. Pulau Tioman..TT_TT..


Jadi, sapa tak jelez tgk gambar nih!!



Qiu Ess 2011



Trop injuste.. c'est vraiment trop injuste.. (Nada Calimero)



Simon 'Adam' Malik

No comments: