Tuesday, 25 October 2011

Mari Gigit Batu

Assalamualaikum wbt


setiap hari khamis merupakan subjek Rock Engineering di mana kami belajar untuk lebih mengenali ciri-ciri mekanikal batuan dan bagaimana nak berkenalan dengan batu dengan betul. Actually siapa nak berkenalan dengan mereka, either mereka disepak ditepi jalan atau dibiarkan sahaja ditepi jalan. Lain la kalau di Palestin, diorg berterbangan ke muka-muka penjahanam dunia.

Ada satu experiment, dinamakan dengan Point load test. Secara prinsipnya, sebiji batu, digigit dengan 2 biji 'gigi besi' sampai pecah. haha.. boleh bayang tak?


Lebih kurang 8 kali kitrg 'gigit' batu-batu yang kami ada. Sorg sekali sebab sorg empunya sebiji batu yang sama jenis tapi berlainan ciri dari segi mekanikal. Daripada 8² tuh, saya yang paling cepat pecah. Kire paling cepat pecah tuh paling lemah la batu tuh kan?


Secara amnya, sebuah batuan granit (korg kenal ke granit?) adalah batuan yang keras. Oleh sebab terdedah dengan luluhawa, maka kekuatannya semakin kurang sehingga sampai satu tahap dah tak panggil batu dah, orang panggil tanah granit.



Semasa saya mengalisis batu saya nih, saya agak terkejut dengan betapa rendahnya kekuatannya walhal kat luar nampak chanteque sekali. 1 jawapan, air telah berjaya menyisip masuk ke dalam batu saya walaupun kadar sisip batu granit sangat rendah secara azalinya. Dengan itu telah terjadinya proses luluhawa yang menguraikan keutuhan mineral-mineral granite sekaligus melemahkan kekuatan sturktur batuan.


zaappp!!! sesuatu yang terlintas dalam pale otak saya.



Ada 2 keadaan, yang korg boleh bygnya. Batu granit tadi dianalogikan dengan hati manusia dan satu lagi keutuhan iman dan tarbiyyah manusia.


Kes 1 ----- Hati manusia

Sekeras mana hati manusia, dengan bujukan dan curahan tarbiyyah yang disaluti kasih sayang lama kelamaan akan melembutkn hati manusia. Memang patutlah, untuk sentiasa memastikan hati kita ini in tender state, perlukan di basahi dengan zikrullah dan peringatan-peringatan dari para sahabat di sekeliling kita. Tak perlu citer panjang kot bab nih, ramai sudah dikire tahap phD (PowerHouseDaie) bab mengubah hati-hati manusia


Kes 2 ---- Iman dan Tarbiyyah manusia

Mantop solid molid baek punya! Utuh tak bergegar bila tercampak ke mana-mana. Itulah iman dan tarbiyyah seorang manusia. Biasa kita akan judge dari luarnya kerana apa yg zahir diluar itu adalah lahir dari dalam.

Namun, jika dibiarkan ia terdedah dengan jahiliyyah tanpa apa-apa perlindungan, jahilliyyah akan menyerap masuk, memamah dari dalam. So nmpak gah dari luar, sekali jentik dah bergegar lalu berderai. Nauzubillah.. mohon dijauhkan. Kita sendiri tak tau sejauh mana iman dan tarbiyyah kita boleh really withstand the heat of jahillliyyah which lead to the blazing black flame of hell. Kita rasa cam elok je sebab amal-amal besar kita masih belum terjejas. But believe me, petanda di mana kita sedang lemah sentiasa ada. Tinggal kita sendiri untuk menyedarinya.


Serius.. bebelan saya ini lebih saya terasa berbandaing dengan bebelan orang lain. Siapa tak terasa bila kena tegur dengan diri sendiri!



Simon 'Adam' Malik

No comments: