Saturday, 15 October 2011

Banduan di sebuah penjara minda

Assalamualaikum wbt




Dari semasa ke semasa, hati kita akan tiba-tiba tertnya-tanya. Bertanya soalan yang biasanya kita tak ambil peduli untuk jawab sebab terlalu basic. Sememangnya kita takkan / malas nak jawab sebab kita (sometimes) tak tau jawapan yang sebenarnya. Paling tidak tidak mahu menerima hakikat jawapan yang sebenarnya.


Hari Jumaat sememangnya hari yang sangat diberkati. Badan berjaya recover dari simptom-simptom 'nak demam' pada hari-hari sebelumnya. Alhamdulillah.. badan ini menurut jugak hati yang meminta 'sharpen the saw' walaupun otak membentak-bentak untuk don't stop working, kerja masih banyak tertangguh. Akibatnya, badan ini tertidur lama seperti bayi dengan lampu masih terbuka.


Malam sebelumnya, kepala ini dibotakkan seperti 2 bulan yang lalu. Selain dari mendapat lebih ventilation untuk menyejukkan kepala, ia telah mengingatkan saya siapa diri saya dan siapa yang perlu saya jadi. Satu peringatan ber'image' setiap kali melihat diri di cermin.


Seseorang yang terikut-ikut style orang lain tapi mempunyai peribadi sendiri yang dominant, pasti akan sampai pada point yang saya panggil 'Ripping ourself out'. Point di mana hati berasa keciwa kerana tidak mampu menjadi seperti orang itu dan akhirnya dia telah lupa siapa dirinya termasuk kelebihan-kelebihan yang dia ada dulu.


Kita terlupa akan salah-satu kehebatan sang pencipta, mencipta makhluk yang tak pernah serupa seperti pelanduk kembar. Maksud saya, walaupun kembar tapi masih lagi ada perbezaan. Tanya sahaja tuan/puan doktor biologist, mana ada cap jari manusia yang serupa dalam dunia ini. itu belum dikira susunan salur darah, urat mata, susunan rambut etc etc...

senang citer setiap manusia empunya kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.


Jadi pernah tak anda cuba mendengar keluhan hati anda? Oh, perlu dibezakan antara keluhan nafsu, berserta bisikan syaitan yang licik. Nnti tak pasal-pasal anda mengambil keputusan yang salah.


Ok, tak nak tipu. Saya pun sendiri tak pernah dengar. Tapi saya dapat rasa effectnyer bila kita sambut keluhan itu.


Keluhan yang tidak disambut, biasanya akan timbul rasa 'berat' dan 'beban' di bahu. Rasa tak puas hati membuak-buak lalu down menyendiri. Biasanya bila hati mengeluh pabila we are not being ourselves dan buat kerja/amal dengan mengharapkan balasan dan acknowledgement.


Sewaktu saya menyemak kembali artikel² untuk di link kan di Library, saya terpukul dengan tulisan saya sendiri. Terpukul sebab rasakan yang saya sudah menjadi orang yang berbeza di sini. Terfikir panjang dibuatnya sampai ke solat jumaat memikirkan faktor dan asbab yang lain.


dan semasa saya melangkah keluar dari masjid, Allah meniupkan jawapan. Subhanallah. Tatkala saya sedar dan merungkai penjara minda yang saya sendiri bina, saya rasa seperti melayang-layang. Baru menyedari yang jika kita sememang suka sesuatu/melakukan sesuatu, tiada rasa beban atau stress walau apa jua outcomenya.
Penat fizikal mungkin, tapi hati sentiasa sabar dengan dugaan yang diberi.



Ye, saya terlupa akan rasanya menulis post berjela-jela dengan senang hati walaupun exam round the corner, saya terlupa keajaiban perkara-perkara picisan yang berlaku disekeliling saya, saya terlupa kepuasan mengambil gambar, saya terlupa kebestan banyak perkara sehingga saya terlupa menjadi diri saya sendiri!


If u tried and failed to impress, u'll depress

If u just sincrely express, insyaAllah there'll be path to progress


 Simon 'Adam' Malik




p/s  : Alhamdulillah, library sudah boleh diaccess walau belum semuanya di arkibkan disitu. lawatlah bila wotpog menyepi sekejap utk baca artikel² lama ^^


p/s II : Saya buka tempat baru untuk berkongsi gegambar yg saya amek. Welkam photobucket!

No comments: