Monday, 31 October 2011

Motivation Monday : This is seriyes~!

Assalamualaikum wbt





the talk start dalam minit ke-3 camtuh.. Subhanallah.. habis kolar baju saya basah... dush! dush!




Simon 'Adam' Malik

Sunday, 30 October 2011

Masa-Keluar???

Assalamualaikum wbt




satu perasaan yang membuak-buak. Lagi-lagi dengan laman web hasil titik peluh Mark Zuckerberg, officially saya sekarang rasa jeelleezz tahap Nek Timah pun kalah.

Pasal apa? haa, sila pasangkan tali keleder anda, jika tidak anda pasti akan tercampak keluar tatkala saya mula mendedahkan cerita-cerita panas zaman kini.

Okeh, apa-apa hal, salah muka-buku tuh ok? Sapa suro ada option upload picture. Kan dah saya terkulat-kulat kat sini tengok gambar diorg.

Ni belum masuk lagi dengan gambar-gambar 'panas' mereka di Spain. Ahh!! Saya tak kisah pasal tuh, tapi saya kisah 4 tahun saya duk sana tak sampai plak kat Spain.

Tak pun gambar-gambar mereka di area-area sunyi, kelam lagi berair di Grenoble. Dapat merasa angin pagi je dulu. Tak sama kat sini dan kat sana!

Ok fine, ada jugk la tempat-tempat yang saya dah pergi dari gambar-gambar mereka. Tapi.. tapi... nak jelez gak boleh? *jelir lidah*

Diorg kata, di Malaysia lebih byk lagi tempat-tempat yang unik untuk pergi. Itu saya setuju heeyy.  Anda tidak akan jumpa tempat yang panas di sebelah pagi, dan hujan selebat-lebatnya di sebelah petang yang membolehkan anda berlari-lari di tengah hujan sambil shampoo rambut anda. Serius, kat europah takde hujan cam tuh.

Tapi faktor di sini adalah masa, masa, masa dan masa. Kalau jenis yang tak hambek-peduli-apa-nak-jadi, boleh je amek cuti, start kereta lalu pergi ke tempat yang dituju. hah, boleh? Bila anda student di France anda boleh.. wahaha..

Di Malaysia juga ada penyu, laut berpasir lagi membiru, paya-bakau yang memukau dan hutan belantara yang bermacam haiwan di dalam. Walaupun takde bangunan-bangunan dari era ketamadunan orang, tapi sikit sebanyak melonggarkan otot anda urat tengkuk yang tegang akibat dari stress yang berpanjangan. Untung betul bagi mereka yang bekerja di hujung dunia. Weekend dah boleh keluar panjat bukit jejalan. (wuu.. cam kat Besançon gak...)


To be frank, saya nak pi Langkawi December. Tapi faktor masa-masa-masa dan masa, terpaksa saya tunggu 2 tahun lagi.. wuuu... T_T... nih belum kire bab Gunung Ledang... Gunung Kinabalu.. Jerai..; Gua Tempurung.. Pulau Tioman..TT_TT..


Jadi, sapa tak jelez tgk gambar nih!!



Qiu Ess 2011



Trop injuste.. c'est vraiment trop injuste.. (Nada Calimero)



Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 25 October 2011

Mari Gigit Batu

Assalamualaikum wbt


setiap hari khamis merupakan subjek Rock Engineering di mana kami belajar untuk lebih mengenali ciri-ciri mekanikal batuan dan bagaimana nak berkenalan dengan batu dengan betul. Actually siapa nak berkenalan dengan mereka, either mereka disepak ditepi jalan atau dibiarkan sahaja ditepi jalan. Lain la kalau di Palestin, diorg berterbangan ke muka-muka penjahanam dunia.

Ada satu experiment, dinamakan dengan Point load test. Secara prinsipnya, sebiji batu, digigit dengan 2 biji 'gigi besi' sampai pecah. haha.. boleh bayang tak?


Lebih kurang 8 kali kitrg 'gigit' batu-batu yang kami ada. Sorg sekali sebab sorg empunya sebiji batu yang sama jenis tapi berlainan ciri dari segi mekanikal. Daripada 8² tuh, saya yang paling cepat pecah. Kire paling cepat pecah tuh paling lemah la batu tuh kan?


Secara amnya, sebuah batuan granit (korg kenal ke granit?) adalah batuan yang keras. Oleh sebab terdedah dengan luluhawa, maka kekuatannya semakin kurang sehingga sampai satu tahap dah tak panggil batu dah, orang panggil tanah granit.



Semasa saya mengalisis batu saya nih, saya agak terkejut dengan betapa rendahnya kekuatannya walhal kat luar nampak chanteque sekali. 1 jawapan, air telah berjaya menyisip masuk ke dalam batu saya walaupun kadar sisip batu granit sangat rendah secara azalinya. Dengan itu telah terjadinya proses luluhawa yang menguraikan keutuhan mineral-mineral granite sekaligus melemahkan kekuatan sturktur batuan.


zaappp!!! sesuatu yang terlintas dalam pale otak saya.



Ada 2 keadaan, yang korg boleh bygnya. Batu granit tadi dianalogikan dengan hati manusia dan satu lagi keutuhan iman dan tarbiyyah manusia.


Kes 1 ----- Hati manusia

Sekeras mana hati manusia, dengan bujukan dan curahan tarbiyyah yang disaluti kasih sayang lama kelamaan akan melembutkn hati manusia. Memang patutlah, untuk sentiasa memastikan hati kita ini in tender state, perlukan di basahi dengan zikrullah dan peringatan-peringatan dari para sahabat di sekeliling kita. Tak perlu citer panjang kot bab nih, ramai sudah dikire tahap phD (PowerHouseDaie) bab mengubah hati-hati manusia


Kes 2 ---- Iman dan Tarbiyyah manusia

Mantop solid molid baek punya! Utuh tak bergegar bila tercampak ke mana-mana. Itulah iman dan tarbiyyah seorang manusia. Biasa kita akan judge dari luarnya kerana apa yg zahir diluar itu adalah lahir dari dalam.

Namun, jika dibiarkan ia terdedah dengan jahiliyyah tanpa apa-apa perlindungan, jahilliyyah akan menyerap masuk, memamah dari dalam. So nmpak gah dari luar, sekali jentik dah bergegar lalu berderai. Nauzubillah.. mohon dijauhkan. Kita sendiri tak tau sejauh mana iman dan tarbiyyah kita boleh really withstand the heat of jahillliyyah which lead to the blazing black flame of hell. Kita rasa cam elok je sebab amal-amal besar kita masih belum terjejas. But believe me, petanda di mana kita sedang lemah sentiasa ada. Tinggal kita sendiri untuk menyedarinya.


Serius.. bebelan saya ini lebih saya terasa berbandaing dengan bebelan orang lain. Siapa tak terasa bila kena tegur dengan diri sendiri!



Simon 'Adam' Malik

Wednesday, 19 October 2011

The Rock speaks (again)

Assalamualaikum wbt

Photobucket
apa yang berada disitu??


Si pencari batu kembali beraksi!! Setelah melakukan sedikit reconnaisance beberapa minggu lepas di dalam hujan, kali ini saya kembali dengan membawa beberapa teman termasuk lah Inche Prof. Masa Inche Prof bagitau mengenai kawasan yg ditakdirkan utk saya, dia dengan muka bersahaja berkata, 'kami pernah terjumpa a full grown 'maybank'. Of coz la tempat tuh ada sedikit sunyi sebab pernah popular sekejap dengan kejadian orang diletupkan.'

lebih kurang la Inche Prof cakap.

Tapi area saya bukanlah tetengah hutan belantara, tapi tepi hutan belantara! Kawasan ini berdekatan dengan bukit subang, bukit jelutong dan kawasan ini baru sedang dimajukan utk dijadikan kawasan perumahan.


Photobucket
just a plain old rock? hehehe


Kawasan kajian saya dalam ukuran 3km x 1 km. Tapi arituh cuma dapat briefly buat kajian utk kawasan North-west sahaja. Inche Prof hanya bagi guide dan cadangan kaedah penyelidikan. So its up to me nak kaji kawasan tuh betul-betul.



Photobucket
what's that rock?!



Dalam geology malaysia, kawasan saya ini berada dalam kawasan Kenny Hill formation. Kenny Hill Formation ini secara amnya dari utara Lembah Klang sampai la ke selatan Putrajaya (or even futher). Batuan yang menjadi 'penduduk tetap' formation ini adalah jenis metasediment, iaitu Quarzite dan Phylite. Op op, jangan pening dulu! hehehe..


Kawasan kajian saya considered kecik sebenarnya, namun walau yang dua spot lokasi sahaja yang kitrg lawat, dah benda yang menarik giler yakni a fresh Phylite! Member saya yang buat kat tempat lain sebelum ini tak pernah jumpa! Ok ok.. kenapa saya teruja jumpa phylite ygn fresh nih? Malaysia mmpunya kadar weathering yang tinggi dan kami geologist amat pening kepala berhadapan dengan batuan yang telah pun terluluhawa. So bila dapat yang fresh ini.. kira mcm rasa super rasa bersyukur la sebab boleh produce some strong data

Photobucket
ritual untuk mereka yg faham. hehe..


Bila difikirkan balik, kadang-kadang kita punya la nak carik sesuatu atau hendak peroleh sesuatu tapi tak dapat-dapat walau tang mana pun kita cuba, tapi tengok org lain, cuba sikit dah dapat. Dari segi kehidupan seorang geologi, memang kitrg perlu menyerahkan diri dan takdir pada maha berkuasa sebab hanya Allah sahaja yang tahu apa benda kat bawah lapisan bumi ni! Heh, ini sungguh valid bagi pencari fossil.

Maka ini mungkin sedikit sebanyak bantuan Allah untuk saya membanyakkan lagi 'penggorengan' dalam thesis yang perlu saya langsaikan sebelum bulan 6 tahun depan. Bak kata prof, kalau tak dapat buat detail, cerita dari banyak aspek! ^^


Sampai tengahri je kami bertahan. Sebab masing-masing dah start pening kepala kerana heat yang amat sangat. Tak de pokok untuk berteduh, cuma hanya ada topi sahaja. So kami pun pulang dengan kepala rasa denyut-denyut. Tapi hati saya agak cuak disitu.. the 1st three chapter perlu submit sebelum 25 dec! Reading belum habis buat lagi!!oh no!! Proposal lagi by end of this month!


Tapi bila difikirkan balik..; Allah tak pernah menzalimi hambaNya. Maka apa yang Allah beri pada kita adalah benda yang kita sebenar capable to do and capable to handle. Dari menangis tak buat apa better rempuh je, ye tak?

Hiyah! Hiyah! Semangat~!

Photobucket
pulang dgn sedikit buah tgn



Simon 'Adam' Malik


full album at here



Monday, 17 October 2011

Jom pecah otak siri 6

Assalamualaikum wbt


Ok this month punya teka-teki agak mudah. Begini...


Suatu hari seorang waiter di sebuah tempat minum di Paris dipanggil oleh seorang customer. So dia datang la nak amik order. Masa dia nak nak ambil order tuh, ekor mata dier sempat memerhatikan pelanggannya itu. Lelaki, berjnaggut, berkaca mata hitam, tongkat jalannya tersandar berhampiran dan ada buku Quran in Braille.


So pakcik nih order la secawan teh..

Mamat waiter nih pun buatkan teh dan serve dia seperti pelanggan² biasa. Sesudah itu dia kembali ke post nya.

Selang beberapa minit kemudian, dia dipanggil semua oleh customer yang sama. Pak cik nih mengadu ada lalat dalam teh dia, so minta tukar teh (camne dia boleh tau ada lalat tuh, wallahualam)

Waiter tuh obviously la tak nmpk ada lalat terapung² buat kuak lentang dalam cawan teh tuh masa serve. Masa dia sampai dia dah nampak lalat tuh terkulai kat piring cawan.

So dia ambil dia teh tuh dan kembali ke post. Tapi hati dia jahat. dia buang kan je lalat tuh dan panas kan semula guna microwave. ingat dia boleh tipu la pakcik tuh.. kesian pak cik tuh..


Baru je dia nak happy yang dia berjaya tipu customernyer, dirinya dipanggil oleh pak cik tersebut.


Pak cik tuh cakap, 'Awak tak tukar teh saya lagi'.


Haik? camne pak cik tuh tau?


------------------------------------------

ok, memandangkan teka-teki kali ini amat lah mudah, maka hadiahnyer dikire 'mudah' la kan? wah-ha-ha..

Hadiahnya adalah ::: anda boleh bertanya ANYTHING but ONLY ONE question pada penulis wotpog, dan saya akan jawab sepanjang yang boleh. Mana tau mungkin anda semua ada persoalan yang ingin kemukakan tapi asyik lupa dan sebagainya. Ingatnyer adik-adik para pembaca ANYTHING. Untuk buat lagi best, pemenang boleh pilih untuk either mahu soalan itu dijawab secara private email atau dikongsikan di post wotpog.

logik la kan hadiah camni? hehe.. selamat 'cuba' pecah otak ^^





 Simon 'Adam' Malik

Sunday, 16 October 2011

Kesilapan Teknikal

Assalamualaikum wbt


Dear readers of wotpog,


mungkin semalam anda ingin cuba membaca Banduan Di sebuah penjara minda namun, anda sampai ke page yang mengatakan page tuh tak wujud.


 Sebenarnya ada kesilapan teknikal semasa mengepost entry tuh. Maafkan kesilapan saya ini yang mmbuatkan anda (mungkin) terlintas perkara-perkara yang negatif.


link ke post sebenar di sini. Happy reading! ^^



Simon 'Adam' Malik

Saturday, 15 October 2011

Banduan di sebuah penjara minda

Assalamualaikum wbt




Dari semasa ke semasa, hati kita akan tiba-tiba tertnya-tanya. Bertanya soalan yang biasanya kita tak ambil peduli untuk jawab sebab terlalu basic. Sememangnya kita takkan / malas nak jawab sebab kita (sometimes) tak tau jawapan yang sebenarnya. Paling tidak tidak mahu menerima hakikat jawapan yang sebenarnya.


Hari Jumaat sememangnya hari yang sangat diberkati. Badan berjaya recover dari simptom-simptom 'nak demam' pada hari-hari sebelumnya. Alhamdulillah.. badan ini menurut jugak hati yang meminta 'sharpen the saw' walaupun otak membentak-bentak untuk don't stop working, kerja masih banyak tertangguh. Akibatnya, badan ini tertidur lama seperti bayi dengan lampu masih terbuka.


Malam sebelumnya, kepala ini dibotakkan seperti 2 bulan yang lalu. Selain dari mendapat lebih ventilation untuk menyejukkan kepala, ia telah mengingatkan saya siapa diri saya dan siapa yang perlu saya jadi. Satu peringatan ber'image' setiap kali melihat diri di cermin.


Seseorang yang terikut-ikut style orang lain tapi mempunyai peribadi sendiri yang dominant, pasti akan sampai pada point yang saya panggil 'Ripping ourself out'. Point di mana hati berasa keciwa kerana tidak mampu menjadi seperti orang itu dan akhirnya dia telah lupa siapa dirinya termasuk kelebihan-kelebihan yang dia ada dulu.


Kita terlupa akan salah-satu kehebatan sang pencipta, mencipta makhluk yang tak pernah serupa seperti pelanduk kembar. Maksud saya, walaupun kembar tapi masih lagi ada perbezaan. Tanya sahaja tuan/puan doktor biologist, mana ada cap jari manusia yang serupa dalam dunia ini. itu belum dikira susunan salur darah, urat mata, susunan rambut etc etc...

senang citer setiap manusia empunya kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.


Jadi pernah tak anda cuba mendengar keluhan hati anda? Oh, perlu dibezakan antara keluhan nafsu, berserta bisikan syaitan yang licik. Nnti tak pasal-pasal anda mengambil keputusan yang salah.


Ok, tak nak tipu. Saya pun sendiri tak pernah dengar. Tapi saya dapat rasa effectnyer bila kita sambut keluhan itu.


Keluhan yang tidak disambut, biasanya akan timbul rasa 'berat' dan 'beban' di bahu. Rasa tak puas hati membuak-buak lalu down menyendiri. Biasanya bila hati mengeluh pabila we are not being ourselves dan buat kerja/amal dengan mengharapkan balasan dan acknowledgement.


Sewaktu saya menyemak kembali artikel² untuk di link kan di Library, saya terpukul dengan tulisan saya sendiri. Terpukul sebab rasakan yang saya sudah menjadi orang yang berbeza di sini. Terfikir panjang dibuatnya sampai ke solat jumaat memikirkan faktor dan asbab yang lain.


dan semasa saya melangkah keluar dari masjid, Allah meniupkan jawapan. Subhanallah. Tatkala saya sedar dan merungkai penjara minda yang saya sendiri bina, saya rasa seperti melayang-layang. Baru menyedari yang jika kita sememang suka sesuatu/melakukan sesuatu, tiada rasa beban atau stress walau apa jua outcomenya.
Penat fizikal mungkin, tapi hati sentiasa sabar dengan dugaan yang diberi.



Ye, saya terlupa akan rasanya menulis post berjela-jela dengan senang hati walaupun exam round the corner, saya terlupa keajaiban perkara-perkara picisan yang berlaku disekeliling saya, saya terlupa kepuasan mengambil gambar, saya terlupa kebestan banyak perkara sehingga saya terlupa menjadi diri saya sendiri!


If u tried and failed to impress, u'll depress

If u just sincrely express, insyaAllah there'll be path to progress


 Simon 'Adam' Malik




p/s  : Alhamdulillah, library sudah boleh diaccess walau belum semuanya di arkibkan disitu. lawatlah bila wotpog menyepi sekejap utk baca artikel² lama ^^


p/s II : Saya buka tempat baru untuk berkongsi gegambar yg saya amek. Welkam photobucket!

Thursday, 13 October 2011

Kenangku dalam doamu

Assalamualaikum wbt


Benar orang kata, never underestimate the power of doa. Especially from those who prayed for you in silence.


Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada, yang tertinggi melangit peringkat ke 18, itsar, mengutamakan orang lain lebih dari dirinya.


but for me, seseorang yang mendoakan sahabatnya adalah makhluk manusia yang empunya hati yang ikhlas. Biasa la kalau kita berdoa (bagi yg berdoa dalam bm), mohon ampun dosa-sendiri, biar dapat result gempak-sendiri, biar dapat isteri/suami mantap-sendiri.

Maka secara awamnya, mmg sangat susah kita mendoakan utk orang lain. Kalau lah doa ampunkan ibu bapa tuh tak selalu diulang-ulang oleh tuk imam, rasanya ramai je kot tak doakan utk mereka. maybe la kan?

Jadi for those yang utamakan orang lain dalam doa mereka, yang meletakkan nama orang lain lebih depan dari nama mereka sendiri... mereka is just awesome.

Bagai satu tukang penghantar surat yang bersusah payah berjumpa Allah, dan sampaikan hasrat orang lain. Padahal dia berpeluang utk minta direct untuk dirinya sendiri.


Again


They are so awesome... payah nak cari mereka nih di zaman nih, dan saya sangat bersyukur Allah bagi saya peluang untuk ketemu dengan mereka.


Simon 'Adam' Malik


p/s : Jazakumullahukhairankatira bagi mereka yang tampil membantu secara depan-depan dan senyap-senyap. Semoga Allah memudahkan urusan korg dan memakbulkan doa dan hasrat korg

Saturday, 8 October 2011

(no title)

Assalamualaikum wbt



Nampak sangat saya tidak mampu meng'ekspresi' dengan baik. Ramai yang salah tafsir.. Lepas nih lebih baik saya diam membatu





Mungkin sebab tak ramai dalam bidang yang berkaitan dan ramai dari seberang laut.

Yang pastinya, ramai yang terlepas pandang satu ayat pada post terdahulu. dan juga post-post zaman-zaman tok kaduk dulu.


Lupakan.

Siapalah seorang ilmuwan. Mereka adalah beras melukut di tepi gantang. (giler emo ayat nih!!)


I'm just being human. Voicing out.

This is not about, assignment bertimpa-timpa or tak cukup minyak dalam keta.

Just a simple understanding on person who just love science and knowledge and happened to be a prefectionist. (dan juga lambat dlm semua perkara)

Thank you for listening.



Simon 'Adam' Malik

Thursday, 6 October 2011

(tiada tajuk)

Assalamualaikum wbt



This maybe the first time ever yang blog nih ditinggalkan  selama seminggu.  Biasanya tempat inilah saya nak kongsi idea, buah fikiran dan yang penting benda² yang sikit dua banyak menjentik hati.

Ahh.. itu sekadar ideal.. teori jawapan skema seorang penulis yang empunya masa


Hidupku ternyata berubah. Assignment datang bertimpa-timpa. Ye saya tau itu sekadar alasan.. tapi anda bukan saya. Anda tak tau apa manusia jenis apakah saya bila tiba pasal knowledge.

Pagi, selepas subuh dua hari lepas, saya mengalami perasaan yang sama ketika Januari 2010 yang membuatkan saya 'melarikan diri' sejauh 3000km di dalam france. Saya tidak memberitahu sesiapa mana destinasi saya kecuali orang yang saya nak jumpa di tempat itu. (tapi saya bagitau Tuan Bulatan la mana saya pergi, mana boleh tak bagitau...)


Perasaan itu seperti :

Nak nak atas tempat tinggi, lepas tuh jerit sekuat hati... kalau boleh sampai runtuh bukit-bukit yang lain.
Then nak nanges di bawah hujan.
Akhir sekali nak pergi ke 'tempat tuh' time winter untuk duduk termenung sensorg.


serius.. saya percaya, difikiran anda sekarang, penulis blog-budget-power nih adalah sorg yang emo.


lantak apa yang korg nak pikir.


Ada sorg member yang bukan dalam DnT menegur, 'rilek la baru je sem 1 dah tensi ke'? Ye, saya rasa tense anda ada masalah?


Namun Allah ada empunya cara.. terubat jua hati sedikit sebanyak buat fieldwork, belajar mengenal ciptaanNya. Mungkin lepas nih anda nampak saya sudap bermuka gelap. Tanned skin org panggil. Tapi mungkin juga sebab hati saya gelap pada masa tuh..



Tempat menulis ini bakal slow down dari segi penulisannya.. sebab masters saya demand a dedicated time on study+buat research in a year. Pack saya tau. Kalau sponsored boleh la nak extent,



tapi , (ayat ini telah ditapis)



Simon 'Adam' Malik