Saturday, 10 September 2011

Sesedap Paddle-Pop Pelangi

Assalamualaikum wbt

dicilok dari sini



Sapa ingat lagi rasa ais-krim Paddle-pop Pelangi? Saya berani jamin, dalam fikiran anda sekrang 'aah... dah lama tak makan ais krim tuh'. Hehe.. Sebenarnya nak post something bila diriku kanak-kanak ribena ini kepingin untuk makan ais krim pelangi itu. Namun, satu benda yang menyebabkan saya berfikir panjang ala roti john bila tangan ini menghulurkan duit sengget kat pak cik kaunter.


Otak saya yang serba karat ini menjerit. Eh? Bukan harganya dulu 60sen ke? Kerana tahun 2001 (or 2002), saya ada beli aiskrim ini ntuk akak saya. Ye la kan, masa tuh kire hingusan lagi. Tak tau nak beli apa dengan 3 hengget.. Tapi Akak kesayangan bakal menerbangkan diri ke Negara Vodka utk medic. Tak tau nak bagi apa. So belanja dia ais krim Paddle-pop pelangi.. sungguh sweet bukan? (meter loya tiba-tiba naik)


Wah.. that same aiskrim meningkatkan harga dirinya ke singgit! Dan saiznya juga makin kecil berbanding dulu. Eventhough rasanya masih lagi sama sejak munculnya Singa Paddle-pop di kaca tv, namun kenaikan ini buat saya berfikir sesuatu setelah melihat satu situasi yang berlainan ketika raya.



Perkaitannya disini...

Ok, ketika mood raya di kampung-yang-bas-takde, berkumpulnya ahli-ahli keluarga di ruang tamu. Ketika itu ada sesi salam-salam, nak minta diri. Then bila anak sedara saya salam seseorang, mata saya melihat sesuatu di tangan kecilnya itu. Hatiku menjerit 'UIHHH!!! BESOnya DUET TUH!'''



Mungkin anda menganggap saya kepingin duit raya. Ye, secara jujurnya, saya memang nak duit raya (confession of a broken person). Haha! Ye la, org dah expect kerja, tapi diri nih tak keje-keje. Maka terliur la tengok kanak-kanak mendapat duet free... *muka merah sebab hati tetiba wahan*

Actually saya memikirkan saiz duit tuh. Jika di zaman saya, saya tidak pernah mendapat saiz berkenaan dari orang yang bagi pada anak sedara sedara tuh. Actully pernah je dapat saiz tuh kat satu rumah ini. Then after that tiap-tiap tahun minta parent singgah.. muhahahaha!!!


(....bunyi cengkerik....)


*koff*


Akal ini memujuk hati dengan berkata, kekuatan duit zaman dulu lebih tinggi berbanding dengan sekarang. So mmg patutlah dia dapat saiz tuh. Dan pujukan ini berkaitan dengan kenaikan harga diri sebatang ais krim paddle-pop pelangi.



Dunia semakin ke depan.

Bagi mereka yang sudah berkira-kira pasal duit, sudah pasti mereka menyedari kenaikan taraf hidup berbanding zaman-zaman kita hingusan dulu. Bawak 2 hengget ke sekolah tuh kire dah mewah tahap naga gaban dah. Tapi kita tak boleh direct compare dengan zaman-zaman kita dulu, sebab cara hidup masyarakat negara bergantung dengan kadar kemajuan negara.

Kalau dulu, rumah member yang ada piring astro, kita dah rasa teruja dan suruh bapak kita pasang gak. Sekarang nih, seburuk-buruk rumah atap bocor tinggal nak runtuh pun ada gak piring astro tuh. Itu belum masuk citer handphone, extra gadget dan sebagainya.

Peningkatan cara hidup dari aspek materialistik boleh kita banggakan. Memudahkan banyak benda. Dah boleh bayar bill online, tengok jadual bas, buat gathering/meeting secara tergempar. Per barang nak pakai nokia 3-3-sekupang tuh. Sekarang adalah BB, aku-telepon-4, aku-kajang (di ambil dari test pad = kertas kajang) dan segala macam tuk nenek punya gedget. Harga pun 'murah' kan?


cilok di sini



Dengan kemudahan yang super ini, anda dapat menghantar informasi ke serata dunia dengan sekelip mata.  Kalau anda time travel pergi zaman dulu bawak teknologi nih, anda pasti dilabel tuk pembela jin angin sebab dapat hantar surat ke Congo dalam sekelip mata.

Kenapa sampai boleh dilabel sedemikian? Sebab ketika zaman tuh, kita kena upah tukang hantar surat. Paling tidak pun guna merpati yang tidak dijamin sampai esok. So on that era, berita-berita panas, info-info sensasi sangat lambat bergerak. Untuk satu kampung tahu pun pasal sesuatu perkara, kena ambil masa sehari.


Inche Dee dan Miss Tee, boleh catch-up kah?


Dengan dunia yang serba pantas nih, adakah iman kita dapat catch-up? Kalau dulu rasullullah saw terpaksa guna utusan or wakil kabilah spread maklumat dan dakwah, he only took 23 years to establish a strong foothold kat jazeera arab. Despite the lame-super-slow way of communicating.

Bayangkan la, mana ada dulu aku-kajang untuk salin nota, or wireless transfer untuk share. Mana ada laptop untuk skype dengan hadek terchenta yang berjuta batu berjauhan. Mana ada projektor nak tayang itu dan ini bagi memudahkan visualisasi. Everything back then was done manually. But just ponder at the end result. A society that shook the world history and pioneered the very basic of our present knwoledge. 


Kita nih sebenarnya mempunyai kemudahan untuk meningkatkan lagi level keimanan dan pengetahuan dengan adanya kemudahan-kemudahan yang Allah sediakan ini. Kemudahan ini juga memudahkan lagi perbincangan dengan rakan-rakan lain mengenai kesahihan ilmu tersebut. Tapi lagi best kalau bertemu lutut dan bincang. Dapat kongsi kehangatan bersahabat sebagai extra pakage kan? Sebab zaman sekarang nih, mereka yang sengal itu sengaja nak memeningkan mereka yang mencari kebenaran. Kalau cari secara solo, mmg mudah je terbabas sbb takde orang guide..



Cik Natijah berkata..


Marilah kita meningkatkan kualiti iman dan ilmu dalam diri kita. Bahkan dengan kemudahan seperti ini, lebih mudah anda menjadi seorang muslim yang sememangnya all-rounded. Haters mahupun kita memisahkan kehidupan dan agama. Menjadi tukang reka rumah atau cikgu bahasa afrika tapi mempunyai ilmu kalah student azhar adalah satu yang asing? Tapi bukan beruntung ke jadi orang-orang asing?

(tunjuk tanda aman)





Simon 'Adam' Malik

8 comments:

Anonymous said...

'Kalau cari secara solo, mmg mudah je terbabas sbb takde orang guide..'

Mcmana nk convince adik yg nk drop out dr hlqh,dgn alasan; bizi, n banyak lg cara utk dekat kpd Allah?
jzkk

Anonymous said...

nak tanya
batu apa yg paling hitam,paling keras?ada tak scuh thing?
sori,soalan aneh,out of blues

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 1

susah nak jawab soalan nih. Sbb pengalaman di sana mcm sedikit syadid. kami tak mau? zaass kena cantas. O_O


Tapi bila dah balik nih ada gak dapat dari sharing² org. Basically apa yg saya dapat, bila diorg dah dropout pun, hubungan kena jaga. sampai ke tahap, eventho diorg solo cari ilmu, apa² persoalan diorg tanya kita.


seposen dari saya..
saya bukan syeikh tarbiyyah.. T_T

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 2


haha..by nature, diamond paling keras. Kalau nak yang pure black tapi macam kaca je, obsidianne.

kalau nak dua²...


hati manusia ^^


peace~

Anonymous said...

ekzekli my point T_T
entah kenapa, somehow, batu represent me best,i think
JZKK

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 2

kalau macam tuh, tukar nama kepada Batu Konkrit. Degil mempertahankan apa di dalam ( err.. boleh terima ke?)


Ok ok.. apa yang saya belajar, naturally tiada batu yang absolute sebab diorg sentiasa terdedah dengan agent perubahan.


kalau anda kata anda batu, maksudnya anda masih lagi ada ruang untuk berubah.

positif dan sentiasa berdoa ye? ^^

Anonymous said...

TT_TT
2:74
minta izin kongsi d blog ye?
JZKK

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 2

boleh.. boleh.. silakan ^^

waiyyakum