Monday, 5 September 2011

Rendang SemiAuto

Assalamualaikum wbt



Hampir seminggu kita meninggalkan bulan madrasah. Dan hampir saban hari kita membedal ketupat, rendang ayam, sayur lodeh, kuah kacang. Nak up sket, laksa johor, satay, ayam bakar. Nak up lagi... erm.. tak pernah dapat, so tak tau. hehe.


Beruntung bagi mereka yang sempat merasa Aidilfitri bersama keluarga terchenta. Ada yang baru first time rasa since belajar luar negara, dan ada juga yang fly jugak tapi tahun nih still merasa beraya di Malaysia.


Kendatipun, lauk² yang sebutkan sebentar tadi memang biasanya dihidangkan ketika demam aidilfitri dan jarang sungguh dijumpai pada waktu lain. Maka, benda² ini juga yang pasti akan dimasak ketika raya di luar negara, betul?


Jika anda tinggal berdekatan dengan famili malaysia atau makcik / cik kak yang gemar memberi makan sedap-sedap, anda patut buat sujud syukur bagi anda yang personali tak reti masak. Takkan nak makan maggi ke pagi raya kot? hehe..


Berkat pengusaha bidang makanan dan hasil perah otak saintis-sainstis tempatan, maka muncullah pek-pek segera lauk raya di pasaraya-pasaraya mega tempatan. Kononnya utk mereka yang malas nak bau bawang or tangan terkena kunyit, tapi akhirnya mereka yang hendak ke luar negara pula yang mengebas benda-benda nih di rak-rak makanan.


Secara peribadinya, saya setiap kali balik summer mmg pasti akan restock 'lauk raya' saya. Antara yang saya akan bawak adalah :


  • Rendang instant
    Kuah kacang instant
  • Kerisik
  • Pek ketupat segera

Benda-benda inilah yang (at least) boleh menyelamatkan anda dari terkena sawan akibat rindu lauk raya yang melampau. Lagi-lagi kalau anda sorang-sorang tercampak di negeri orang. Nak cari nasi, roti baguette je yang jumpa. T_T


Never fear, Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Sifat-sifat warga asia timur yang gemar merantau dan berniaga menyebabkan anda boleh memperolehi bahan-bahan asia. Guane? Dah kalau diorg bukak kedai asia menjual serai, daun pandan dan sebagainya? Tak ke korg boleh makan masakan malaysia dengan best sekali? (senyum tunjuk gigi)


Tapi bila kita masak benda spesel, takkan kita nak mentekedarah sensorang? Kena gak ajak adek-adek serta kawan-kawan lain. Mana tau ada yang tersangkut bila mencandat. Tapi untuk menambat hati-hati manusia nih dalam bab² makan nih, kita must fake it till we make it. Anda perlu masak rendang instant tuh tapi orang kata bukan instant.

So anda perlu sediakan
  • Kerisik (bwk dari malaysia)
  • Serai, halia, lengkuas, daun limau (boleh cari)
  • susu or santan (boleh cari)
  • daun kunyit (korg lipat elok² dengan s/khabar, then simpan dalam freezer)

Masak rendang seperti biasa... Korg tau kan? Tengok je belakang pack instant tuh... Dalam pada korg menumis pes rendang tuh, campakkan daun limau, serai, lengkuas dan halia yang dititik. Then masukan susu/santan ikut kadar lemak yang anda mahu gain, then masukkan kerisik. Kacau perlahan dan perlahankan api. Kacau sekali sekala supaya tak hangus kat dasar dan biarkan mereneh sampai kering.


Kalau korg masak ayam, jangan korg kacau macam jet ski. Hancur takde rupa ayam nnti. Beruang terencat pun takut nak makan. hehehe...Agak-agak dah separuh kering, korg hiris daun kunyit then masukkan. Bila dah kering, sediakan perut yang kosong dan hadek-hadek yang kelaparan.


Hidang bersama-sama, ketupat kuah satay, sayur lodeh dan serunding. InsyaAllah, tak berkelip mata diorg memakan air tangan abang-abang yang sanggup masak untuk diorg. Walaupun mungkin masa tuh belum raya lagi, tapi diorg pasti merasa suasana raya dah insyaAllah. ehehe.. Bukan dari perut naik ke hati ke? (tunjuk tanda aman)

buat masa puasa tahun lepas, beberapa hari sebelum balik msia for good. Nak merasa 'raya' di perantauan buat kali terakhir (kononnya).. ahaha..


Oh ye, saya bukan la tukang masak professional. Sekadar untuk isi perut je.. ^^




Simon 'Adam' Malik



p/s : apa? nak sayur lodeh? InsyaAllah..

2 comments:

Anonymous said...

Takpa.. Adam masak sedap. Takda masalah punya.

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

eh? pernah rasa ke? =p