Friday, 2 September 2011

Raya '11 with weirdly first-timer

Assalamualaikum wbt



Pekabau semua? Sudah menambahkan lemak-lemak serta spare tayar walaupun berjaya mengempiskan perut bulan lepas? Paling tidak pun, sudahkah anda meleraikan dosa-dosa antara manusia dan mendekatkan mana yang jauh, dan merapatkan yang mana yang dekat sehingga terlanggar. eh?

Di kala saya baru sahaja pulang ke kotaraya, saya terus melepaskan gian untuk meng'on' internet di mana saya tak dapat access sejak pepagi raya lagi. Ramai juge yang dah update. Waahh.. anda semua mmg blogger tegar tahap kritikal.

Rata-rata empunya perasaan tersendiri dan gaya peribadi di hari mentekedarah ketupat rendang serta lemang. Saya? Jugee mmpunyai gaya tersendiri.. hehe.. gaya orang bujang belum dapat kerja tetap hehehe... So, sambil-sambil menyapu bersih balang-balang berisi rempeyek dan kerepek bawang, saya hidang pada anda beberapa peristiwa menarik yang boleh di sharing-maring.



Situasi 1

Hari senin lepas saya bekerja. Maka saya berniat untuk bertemu bonda sahaja di tengah jalan sebelum sama-sama pulang ke kampung. Bukan apa, Serdang nih dah 1/4 perjalanan.. Nak praktikal so dapat save minyak bukan? Lps berbuka murtabak 3 lima hengget, saya pergilah ke masjid putra utk merasa malam raya. Sebab? jeng..jeng..jeng... selama nih saya tak pernah sambut malam raya dengan gaya cool lagi bergaya! ( muka merah malu..). Sebelum nih buat apa? Merembat ketupat di kotak penalti beserta sayur lodeh, kuah kacang serta rendang daging dengan sistematik utk memenuhi ruang perut yg ada.

Bila ke masjid putra, saya mengenakan jubah putih dan ber.. ber... ketayap ek? Ala.. kopiah versi ala² snow cap tuh... Kalau inche gabbana tgk sure kagum. Kagum kerana jubah tersebut mempunyai kesan lipat dalam kotak yg begitu jelas sekali. hehehe..

Saya bertindak melaram sedemikian ( yakni mmg sah di luar kebiasaan saya) sebagai satu simbol kemenangan, misi ramadhan kali ini alhamdulillah, Allah izinkan tercapai. Walaupun tak seberapa berbanding syeikh-syeikh yang lain dan boleh lakukan lagi baik, tapi saya rasa puas. Duduk la saya di majid putra itu bertakbir raya dan mengikuti program malam raya diorg..First time buat solat sunah tasbih ^^v

Sebelum nih camne? Baju melayu separuh, tak pakai headgare sluar biasa. Full set baju melayu tak pernah mencapai 10 jam bila pakai. hehehe..




Situasi 2

First time driving secara solo pulang ke kampung. Hooyeehh!! Saya dah besar! Oh oh, saya pinjam kereta abang ipar ye? Nak mengharapkan kancil tuh.. tak sampai la alamatnya.. Yang bestnya masa nak balik, saya semangat keluar dari Serdang pukul 530 pagi. Niat nak solat raya di kampung sebelah ayah and then tunggu bonda sampai from klang before beraya kat sana

Nak dekat simpang masuk.. 'nih baru pukul 7 nih, plus lagi 30 minit dah sampai umah nenek. Solat raya sana je la'. (bermonolog berseorangan disitu) Hehe.. Saya pun dengan penuh keyakinan terus ke rumah nenek sebelah bonda. Koman-koman dapat makan ketupat kampung di pagi raya dan bersolat raya di surau kecil itu (which also [suprisingly] a first time, hehe)

Nak masuk tengahari sikit baru backtrack ke kampung belah ayah, join dengan famili. hehehe..

Lihat bagaimana hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang kita pegang selama ini, sebagaikan contoh iman, dalam saat-terbelah (baca : split second), kita lepaskan dan berpegang pada benda lain.

subhanallah.. moga Allah tetapkan hati kita setelah ditiupkan hidayah.




Situasi 3

Seperti kebiasaan jika saya berada di kampung, pagi² after subuh either jalan keliling rumah, or duduk kat anjung menikmati deru angin ngan kicauan 1001 burung. Then after sarapan, hitting the old archives. Haa.. mata saya cukup terjegil melihatkan betapa banyaknya buku-buku lama yang boleh di baca. Sila tekankan nada anda utk 'lama' itu. Lama tapi sangat-sangat berharga

Petang-petang, saya akan duduk berjuntai kaki kat titi depan rumah sambil membaca dan melihat jenjang-jenjang pulang petang. Tak pun tengok ayam itik kambing masuk reban. Mmg teruja la arituh bila nampak itik kat rumah mmber bila hantar hadiah jom pecah otak. Terus teringat kampung!

Masuk je malam.. kitrg ada activity lain. Eff-wai-aii, anak-anak serta cucu arwah tok Ah Chan, mmpunyai skill tersendiri untuk memeriahkan lagi malam-malam raya. Kebiasaannya saya join sekaki menjadi ahli big runners. This year? Tak join main pun sebab busy amik gambar! ahaks!

tiada kena-mengena dengan mana-mana situasi.



Situasi 4

Saya beraya kat rumah buah hati intan payung saya. (hoh! mata terbeliak!) Ia menjadi salah satu reason yang saya travel raya solo tahun nih. Bonda ada other plans otill friday sebab dia cuti seminggu. Saya nak pergi rumah nih raya ketiga, dan jumaat saya bekerja.

First time travel to unknown region without any idea selain arah matahari.hehehe.. Tengok gak map kat iphone makcik sebelum travel, tapi map tak complete. So keluar 230 pukul 415 baru sampai. hehehe... sesat 20 minit je, yang lain tuh sebab jarak dan jalan yang agak sesak. (still tak ngaku lagi tuh)

Then bertandang kat rumah urmah dia sampai nak masuk maghrib baru nak balik. hehehe.. Sebagaimana perangai saya, balik saya explore jalan lain, which macam lebih mudah. Tapi bila dah takde matahari nih, mmg cepat terlepas junction kat kampung!

Lama gak saya tak sedar saya miss junction. Lagipun lalu tempat baru, so mmg membantulah pada bahagian tak sedar itu. Alih-alih mulut saya menyebut 'eh??!!! nih macam nak pi Sg Mati jee???!!' Maka, saya pun terkial-kial buat pusingan U di jalan yang sempit dikelilingi ladang kelapa sawit. hehehe.. adventerous sungguh! ^^v


Yang sedihnyer tuh, semua orang, i mean SEMUA ORANG, ingat saya bertandang rumah makwe. Eh hello, saya bertandang rumah sahabat lelaki okey? Siap ada bukti bergambar lagi

Awat saya bersusah payah nak jumper mmber sorg nih? Haa.. Itulah penangan sulung bila masuk bulatan gembira! Tak cayer? Jom join!





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN SERTA ALAM MAYA
JIKA TERKASAR BAHASA TERCUIT RASA




Simon 'Adam' Malik



p/s : dapat merasa rendang landak.

8 comments:

nadzwareina said...

- lawa layout baru :D
- tahniah krn misi ramadhan trcapai :)
- aku trgelak part ko excited tngok itik kat umah member ko tu.. hehe
- serius ko mkn rendang landak? Sedap ke?

Anonymous said...

saya juga serba 1st timer...
taqabbalallahu minna waminkum

nice skin n header!

Simon 'Adam' Malik said...

@raden

a'ah. ada org bagi masa kat kampung. lagi sedap dan lagi lembut dari lembu. ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

setiap hari adalah ruang untuk kita belajar dan merasai benda baru!

jadilah kita makhluk yang bersyukur sebab allah memberi kita peluang tersebut ^^

Anonymous said...

salam..landak?eh?boleh makan eh?
kat upm amek kos ape?masak2?
eid mubarak..kullu 'am wa antum bikhair..i'allah..

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

wasalam. yup, boleh makan.
bekerja sementara je jat upm, dalam proses and food engineering.

InsyaAllah.. Eid mubarak juge~

Anonymous said...

oohh..patutla boleh buat kueh dalam skla SME..mengoptimumkan lab food engineering..=)
neway, keep up the good work..moga diberkati..

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

sampai arini je.. then kembali menjadi student kat ipta laen dalam line asal.

amiinn.. ^^