Tuesday, 13 September 2011

Nota kaki : Dis Donc!!

Assalamualaikum wbt


Saya tak tau nak label hari ini sebagai hari yang bagaimana.. Oh well. Saya hari ini penuh semangat untuk kembali ke sekolah. Kelas pada waktu petang. Pagi-pagi dah futher reading subject kuliah dengan penuh nerd-nya.


Seusai saya membaca satu chapter (yang saya agak ada kaitan dgn kelas tghri nih, mungkin) dari buku geology yang dipinjam raya tahun lepas, saya mula tenggelam dalam sesawang inche internet mencari bahan nak baca. Alhamdulilah, internet mmg satu gedung ilmu yang tak boleh dilepaskan!


Berkat didikan dari bulatan gembira, tghri tuh saya dah plan out apa nak buat sebelum gi kelas. Ye, saya manusia juga.. kena beli barang, isi minyak, topup etc etc..

Credits


Arakian menyelesaikan errand, saya parking kat masjid Uni, just nice untuk menjawab seruan solat zohor. Alhamdulillah, semua ikut plan, termasuk tempoh saya berjalan kaki ke kelas yang jaraknya membuatkan akak semalam terbeliak kejap semasa saya bagitau.

Oh ye, menjawab persoalan yang saya tinggalkan semalam. Masa saya, berdiri terpinga-pinga dekat kaunter, telinga saya mendengar '... Puasa 6...' '.. belum..' 'jumpa di... islamik talk'...

Masa tuh mmg dah rasa 'meant to be there'. Department Geo di Uni ini seperti rumah yang mempunyai pelukan hangat, menerima hati-hati yang inginkan suasana islamik.


(ke semua Uni malaysia macam tuh?)


Ingat lagi saya,  masa saya dengan Supervisor kos saya pergi ke Seketariat untuk buat rayuan, setiap orang yang dia jumpa along the way, dia bagi salam. Akak semalam... masa nak saya nak chow, dia cakap yang nak pi solat kat masjid. (Ajakan secara tak langsung). Tapi saya mmg plan dah nk pi, pakai jalan kaki. Tuh yang dia terbeliak jap tuh bila saya cakap 'Uni nih kecik kan?' hehehe... Dan semalam terperasan juga Inche Dekan FST yang baek hati itu berjemaah sekali, tapi tak sempat tegur dier


Saya buat macam nih sebab sepanjang saya belajar di France, aktiviti mengeluarkan peluh mmg jarang dapat dilakukan. Balik Malaysia, jarang-jarang sudah dihapgret menjadi kadang-kadang.
Demi mendapatkan tumbuh badan yang sihat lagi balance dengan saiz otak dan hati, saya berazam untuk park je kat Masjid, then nak pi mana-mana, naik kaki.. hehe..


Back to the story.


Saya sampai ke kelas 10 minit awal. Menjadi orang yang menepati waktu dituntut dalam Islam bukan? Haha.. Mari kita tanggalkan label 'Janji Melayu' sebab orang Melayu tak reti tunai janji. Di France, kelas mula sharp, dan untuk pelajar lambat, Prof ada hak tak bagi masuk kelas.




After 10 minit. Ok, mana pi semua orang? Adakah semuanya ikut Janji Melayu? Hati masih lagi rilek memandangkan saya sekarang di Malaysia (Sarcastic tak ayat nih?)

After 15 minti dari  jadual asal, hati gelisah sebab takut saya tak dapat info kalau kelas tukar. Di France, prof tak masuk selepas 15 minit dikira kelas batal. Saya dah cuak dah.


Dan sememangnya kelas ditukarkan ke waktu pagi, kata Supervisor saya yang muncul seminit kemudian mencari saya.


Ahaha.. takde la down masa dia bagitau. Sebab dia bawak saya pi bilik post-grad, dan meet up dengan Captain kelas, Along. Then saya berkenalan dengan meja 31. Weeee!!! Saya ada meja saya sendiri!!!!  Ini keterujaan yang sungguh melompat tingkap! Siap ada soket 3 buah dan internet cable lagi!


JUMP!!! (taken here)



(ok tenang). Actually, saya tak rasmi lagi dapat meja tuh, tapi lantak, kapiten kata saya dapat, saya dapat la. haha.. Masa balik tuh, saya dapat rasakan yang actually being a postgrad adalah menjadi seorang student supersenior di Uni, tak terikat selain kelas, dan ada hubungan extra dengan pekerja depatment. Siap ada undergrad senyum dan tegur. Then, ada sekali tuh, ada undergrad siap tanya direction pi Library. Padahal saya student baru gak macam dier!

Adakah disebabkan cara saya jalan yg laju macam tau nak pi mana padahal tak? Atau imej separa otai-skema yang boleh menyebabkan certain² manusia mendapat sawan sederhana? (peluh)

By the way, masa undergrad tanya tuh, saya sendiri kurang pasti. Tapi saya dgn yakinnya cakap, 'adik pi depan, pi masuk kat PUSANIKA tuh, abg gerenti ada jalan gi library' then saya continue berjalan.

(Gelak kejam). Saya bukannya bagi salah direction. PUSANIKA tuh mmg sebelah library tapi not the same building. So mesti ada jalan punya pi sana kan? (peace)

Esok kelas, dan diri ini, Alah masih lagi meniupkan rasa teruja untuk jadi student master ^^

Tapi tak boleh  terlalu gembira, jika semuanya takde masalah, mesti sebenarnya ada masalah di hati yang kita tak tau..




Simon 'Adam' Malik



p/s : masa saya berdiri sebelah Along, saya yang sedia pendek dari Inche Gabbana terasa teramat rendang sekali

9 comments:

Anonymous said...

Salam,

Tahniah Adam..sudah menjadi student supersenior! Bukan main suka dapat meja sendiri.

Mesti berdebar-debar sambung kat Malaysia.

Anonymous said...

adakah disiplin french seperti japanese?

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 1

wasalam. No, keterujaan dapat meja tuh sebab tak pernah dapat

dan no, bukan berdebar-debar, tapi teruja-ness!

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 2

pun bukan gak.

displin orang france itu kawasan. sebab dulu duduk near german dan kawasan timur, orang-orang di sana mmg ikut time

orang-orang selatan, mmg jenis berlambat-lambatan.

area lain tak pasti..

^^

Simon 'Adam' Malik said...

*ralat*

displin orang france ikut kawasan


-penyakit typo telah kembali-

Anonymous@Pembaca Setia said...

Biar Adam sentiasa teruja. Kena istiqamah tu! Alhamdulillah, lagi-lagi bila buat benda yang betul-betul minat.

Wsalam.

Simon 'Adam' Malik said...

InsyaAllah mudah-mudahan. Amin

Anonymous said...

ni apehal ade perkataan ALONG nih
alergik aku
by the way
as kapitan kelas
ur are senior here
z payah masuk
kelab alpha beta gama ntah ape2 mengarut kat luar negara tu..
welcome to the club
abiskan assigment
jangan dok tido!
aaite!

-perisikan kapitan kelas-
ALONG!

Simon 'Adam' Malik said...

@Perisikan Kapitan Kelas

Wah! tak sangka ko singgah ke teratak budget-power nih!

salah tuh, patut 'abiskan assigment, jangan dok mengadap laptop!'

(eh? kalau tak mengadap laptop camne nak buat assgment?)

Wah-ha-ha-ha