Thursday, 29 September 2011

Kaedah menyingkap rahsia hati

Assalamualaikum wbt


Lebih kurang 8 hari yang lalu, cukup sudah setahun untuk sesuatu benda yang saya mulakan tahun lepas. Gapo dio? Ahaa.. bagi mereka yang mengenali saya, mungkin fenomena ini pasti tidak akan anda perasan yang saya buat kecuali anda tidur sebantal dengan saya menempel di sisi saya 24 jam. Wah apakah itu? Well, hanya mereka yang se-batch saya masa di France saja tau akan perangai nih. Dan saya berani cakap yang takde sorg dari mereka baca blog saya nih. wahahaha!!

So apakah perangai yang dikatakan itu sehingga mereka made a joke bout it sepanjang tahun dan perangai 'its so simon' itu?

ok... pernah kan anda mendengar akan individu yang membuat akaun harian. Pernah? In my case, put it to the next level.


Gappooo???



Berkat dari didikan tuanku ayahanda, kami adik beradik diberi mandat besar untuk membuat budget tahunan kami sepanjang kami memakai lencana sekolah dan nyanyi lagu negaraku tetiap senin. Kalau masa tuh kecik  dan masih tak reti ikat tali kasut, biasanya Baginda Bonda yang tolong buatkan budget.

So, apabila nilai yang dikemukan dipersetujui tuanku ayahanda,  kami menerima peruntukan bulanan berdasarkan budget yang kami buat tuh. So takde alasan untuk minta duit lebih except for a very strong reason.

Berkat juga peluang dari Allah swt, semasa saya ke France, saya membawa juga kemahiran akaun yang saya belajar time spm. Di tambah dengan skill unggul yg diturunkan oleh apak saya dulu. Saya sungguh bersemangat sekali hendak menjaga duit saya. Ditambah pula dengan semangat nak kawen bila lepas study, maka bermula kisah hidup saya yang bergelar simon si budget extremist.

Masa tahun pertama, saya terlampau rajin sehingga resit-resit pembelian ditampal pada buku khas. Aliran keluar masuk duit dipantau ketat. Duit perbelanjaan hanya strict pada cash. Setiap kali nak berbelanja benda bukan basic, akan diimbal balik dengan nilai basic. Sebagai contoh, 'betul ke nak beli air kopi express nih yang harga macam sekilo beras?' dan pelbagai lagi imbal balik extrem.. Haha.; punya semangat nak kawen lepas study Kira-kira masa tuh buat secara hardcopy sebab lom reti pakai excel, so tahan 6 bulan je buat full akaunting. Lepas tuh tengok penyata bank je.


4 tahun di sana memerhatikan duit keluar masuk, bila pulang ke Malaysia penyimpanan rekod alhamdulillah lebih baik dan siap dah boleh buat analisis. Haa.. nih yang benda yang saya nak cakap nih, panjang benar mukadimahnyer.


Kalau tanya Inche Gabbana, bila buat analisis kewangan, benda yang paling cepat ditengok adalah kita 'untung' ka 'rugi'? Tak kisah la mana-mana pun, lepas tuh ditengok pula kenapa dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan konklusi tersebut. Then dapat juga kita set sedikit sebanyak financial objektif. Pesoneli, dapat la juga saya yang bukan lagi bekerja untuk survive selama setahun.


Haha.; akaun yang saya bukanlah tahap perlu ada Chartered Accounting punya sijil. Sekadar 3 sheet di excel, satu aliran tunai, satu lagi aliran bank. Sheet ketiga untuk tolak total perbelanjaan dengan total duit masuk. Kalau nak rajin, buat la sheet aset ke apa ke..


Dan alhamdulilah, minggu lepas, telah cukup setahun saya pantau kewangan. Rugi ke untung? Biarlah rahshyya okeeeyy?


Hiasan- Wall street crash 1929 (here)



Selain benefit kita dapat pantai aliran duit kita keluar dan masuk, kita juga dapat pantau ke mana duit kita pergi. Adakah duit yang kita keluarkan itu untuk perut dan diri kita, atau adakah untuk orang lain? Err.. faham tak? Meaning kita dapat tahu yang, duit/elaun/gaji yang kita dapat setiap bulan, berapa banyak untuk orang lain dan berapa banyak untuk diri kita sendiri.


Ya, duit yang kita dapat itu ada hasil peluh ketiak kita. Mmg la patut kita spend utk kita dan hanya kita. Bila ada spare, barulah boleh bagi kat orang.... Well, bagi yang pikir macam tuh, tak perlah. Nak tegur, takut sakit jiwa meroyan terjun bangunan pulak nnti. Padahal dalam quran :


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (2:261)


Ok, sebagaimana yang kita tahu zakat lebih kurang 2.5% bukan? ok.. tak lah banyak.. tapi dalam ayat quran, banyak jer ayat yang menyarankan kita untuk bersedekah dan berinfaq bukan? Nih bukan sekadar belanja singgit dua je ye, tapi minyak kereta, masa,tenaga . Berapa banyak nak bagi? Selagi mampu!



Semasa saya membuat analisis tahunan, saya banyak merujuk pada analisis bulanan dan analisis setiap 3 bulan. Saya mendapati, tempoh yang saya agak 'kedekut' dan byk spend benda pada diri sendiri, kadar duit masyuk kurang dan perbelanjaan basic cam petrol agak tinggi. Ini belum lagi dengan perasaan terjerut dan takut-tak-de-duit-nnti. Betuulll... bulan yang agak kikir tuh, bulan tuh jugak la kereta kena repair la, tetiba kena keluarkan large value dari bank la etc...



Secara tak langsung anda tahu bila iman dan diri anda down and ego dan selfishness bila melonjak. Berapa byk kita spend utk beli minyak wangi Dolce&Gabbana, tapi berapa byk pula kita menghulur kat palestin, surau, anak yatim, member yg memerlukan.. Personal akaun kalau nak tipu value pun takde guna. Sebab itu macam tipu diri sendiri, because we know how much we spend on our selfishness. Bukan tak boleh beli/spend untuk diri kita, tapi biarlah sesuatu yang kita belanjakan itu mempunyai tujuan dan benefit kat orang lain gak. Tak luper juga untuk mencari redha Allah

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (2:265)


Bukan apa, sekarang nih merupakan zaman century of self. Bila kita terbiasa dengan me-me-me and meee, nnti hilang perasaan nasi-nasi-na we-we-we (baca : kekitaan)

Konklusinya, selain dapat anda susun kewangan anda untuk kini dan masa depan anak bini dan mendidik perasaan kebersamaan, ia juga boleh bertindak sebagai wahn detector dan juga syaitan revealer. Ye la, bila tengok value-value yg ada dan hati kita tetiba kata 'eh dah byk dah aku memberi, boleh slow down infaq bulan nih' Ha! bukan itu petanda sayang harta ke?


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya (2:268)


wallahualam



Simon 'Adam' Malik


p/s : post ini sangat men'zaasss pada diri sendiri T_T

2 comments:

PembacaSetia said...

Assalamualaikum,

mencucuk-tercucuk baca post ni. Timing baik; masa duit baru keluar.

Pernah ada orang tanya,"u ni , shopping pun banyak, jalan pun banyak,tapi selalu nampak macam banyak sangat duit padahal kita dapat scholar sama saja".

Pada masa kita tidak kedekut untuk berbelanja di jalan Allah, sungguh sangat ringan tangan kita memberi, dan masyaAllah! berkat wang sama banyak itu sungguh terasa macam ada lagi segunung dalam bank. tak luak.Itu pun ganjaran lagi Allah nak bagi di akhirat.

Tapi apabila kita dibayangi dengan ketakutan duniawi yang sentiasa tidak cukup, maka akan terasalah sangat tidak cukupnya.

Mari sama2 tidak kedekut ya Adam.

wallahualam.

Simon 'Adam' Malik said...

waalakumsalam


Amin..


semoga allah mempermudah