Saturday, 17 September 2011

Jom pecah otak! Siri 5

Assalamualaikum wbt



credits





Ia datang lagi!!!!! Post yang membolehkan anda untuk memenangi benda free yang tak seberapa dari sang penulis!

Untuk siri ke 5 ini, kita kembali pada tema logik akai hangpa semua. hehehe...

Sebelum aku beri teka-teki kali nih, pernah tak korg baru sampai dalam sebuah tempat yang korg tak pernah pergi. Masa nak on lampu or kipas mesti tak tau yang mana kan?

hehehe..


Teka-tekinya berbunyi begini.


Anda diberi sebuah mentol yang berfungsi di dalam sebuah bilik.
Di luar bilik tersebut terdapat 3 buah suis yang berfungsi.

Anda berada di luar bilik dan anda nak tau suis mana yang menyalakan mentol itu.

So bagitau bagaimana cara yang paling mudah nak menentukan suis yang mana satu untuk mentol tersebut.

remark, kedudukan suis dan mentol yang jauh tidak membolehkan anda test suis² itu sambil pintu terbukak, sbb anda takkan nampak mentol yang mana menyala



Hadiah?

Anda berpeluang untuk mendapatkan sharing resipi rahsia dari penulis sendiri!! (adakah termasuk dengan kuih tart itu hari? jeng jeng jeng...). No worries, resipi² nih sudah mendapat kelulusan 'sedap' dari Bonda dan para sahabat. hehehe...

Macam tak lumayan? Nak tunggu saya masakkan? Hahaha.. boleh! Tunggu sampai saya abis masters! Your call ^^


Selamat menchoba~!

Simon 'Adam' Malik

22 comments:

PembacaSetia said...

Assalamu'alaikum,

Adinda saya kata....

safiyyah said...

guna cctv. hehe

Anonymous said...

teoritkus ambo~
1. pakai cermin pemantul chy dr bilik sehingga ke suis
2. tengok suis yg paling buruk antara 3 suis tu, kompem tu suis mentol
3. tanya tuan rumah, direct, sonang

Simon 'Adam' Malik said...

@Pembaca Setia

waalaikumsalam

ye..? adinda anda jawab apa?

Simon 'Adam' Malik said...

@safiyyah

menarik! cuma by the time nak install, cara yang paling mudah sudah bagi jawapan. hehehe ^^

salah, choba lagi

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous (abé am ke, hehe)

1. trajektori cahaya tak sampai ke suis. by the time nak calibrate angle, cara paling mudah dah bagi jawapan.
2. imej tidak melambangkan peranan. hehe..
3. wahahaha!!!


tiga² salah! choba lagi!

fanramli said...

i'm a bit confuse. dalam bilik tu ada satu mentol ke ada tiga mentol? awal paragraph aku ingat ada satu mentol je. tapi akhir paragraph 'sbb anda takkan nampak mentol yang mana menyala'. so aku assume, dalam bilik tu ada 3 mentol.


mari aku namakan mentol A, mentol B dan mentol C. aku nak tau mana satu suis qui correspond mentol A. boleh?


cadangan 1 :

aku letak 3 dslr di setiap mentol. aku set timer kamera selama 10 saat, 15 saat dan 20 saat lepas tu aku lari sambil stopwatch aku berdetik serentak keluar bilik, aku tekan setiap suis 10 saat, 15 saat dan 20 saat. lepas tu figure out melalui gambar.

tapi susah sbb ada 3 possibilities. paling kurang pun kena try 3 kali.

cadangan 2:

aku tekan dua suis. aku tunggu 1 minit agak² sampai mentol panas. pahtu aku tutup satu antara suis tu. then masuk bilik. so ada 3 mentol, satu tgh menyala, dua tengah tutup tapi antara dua ni ada satu yang panas. so dapatlerr aku teka.

tapi tak bernas kalau mentol tu lembap panas atau mentol tu terbakaq.

cadagan 3:

entahhh aku tunggu org lain bg jawapan je laa. hahahha.

Simon 'Adam' Malik said...

@fanramli

sapa suro ko tukar soalan? wahaha..

cadangan 1

pergh! nih mmg engineering solution nih! by the time ko nak setup dslr, cara yang paling mudah dah bagi jawapan.

cadangan 2

sapa suro ko tukar soalan? kan jadi tak betul dah. haha

cadangan 3

haha..!! ko dah bagi jawapan dah sebenarnyer!!

-so we have a winner-!

Simon 'Adam' Malik said...

the answer.

soalan - 1 mentol, 3 suis berfungsi.


cara

on suis no 1 tunggu 1-5minit dan off kan.

on pula suis no 3, then pergi ke bilik tersebut.

-kalau menyala, maka suis no3 utk mentol tuh
-kalau tak menyala tapi panas, maka suis no1
-kalau tak menyala dan tak panas, maka suis no2

amacam, ada pecah otak? hehehe..

Anonymous said...

x aci...kata cara yg paling mudah.
klo ikot cara tu perlu 5 minit.
baik sms je tuan rumah tanya,lagi cepat,hehe..

anonymous yg bukan abe am

PembacaSetia said...

MasyaAllah.. Aseef, terpost comment yang tak letak jawapan.

Ish ish.. Tak sangka.

Ada juga adinda yang lain cakap tengok suis mana yang menyebabkan mentol panas. Ada juga yang suruh letak cermin. Ada juga yg suruh, testlah malam2, bukak pintu.

Sebab setiap kali enche buat soalan pecah otak, saya kumpulkan semua adinda dan keluarga dirumah tolong pikirkan sekali. Jadi aktiviti keluarga terus. ^_^

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous bukan abé am

haha.. anda mempunyai kepastian yang tuan rumah akan reply sms dalam masa 5 minit? ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@pembaca setia

ooohhh...!! hingga menjadi aktiviti keluarga? begitu sekali?

terima kasih atass sokongan anda ^^

nadzwareina said...

alamak, tak terpikir lgsung jwpn tu. asal soalan logik je aku mesti out... asyik terpikir jwpn tak logik je, tu yg xberani jwb hehe.

Simon 'Adam' Malik said...

@raden

tak salah dalam menchoba~

safiyyah said...

tekan suis 1 tgu mentol menyala dah 5 minit. lepas tu tekan suis 3 dan nak pegi masuk bilik campur test mana panas mana tidak dah ambil masa 5 minit. total 10 minit. kita tak perlukan cctv pun. guna video camera sudah. letak dalam bilik dan start recording. tekan suis 1, 2 dan 3 cepat-cepat pastu tengok video. rasanya tak sampai 5 minit kot.

amacam? :D

safiyyah said...

tak pon guna handphone je :)

Simon 'Adam' Malik said...

@safiyyah

haha!! ada yg tak puas hati lagi tuh!

ok ok, amik pengiraan anda utk tempoh masa ke bilik, yakni 4 minit.

nak pi letak kamera = 4 minit
nk balik ke suis dan test = 4 minit
nk gi amik kamera n tengok = 4 minit

total 12 minit!

still jawapan saya tercepat, muhahaha ^^v

Anonymous said...

ok,ok

kalau pekik je kat tuan rumah 'suis mana wey?'
dia jawab dengan pekikan tak kurang bingit 'yg paling kiri'
x sampai seminit.

kalau tekan suis, jalan masuk bilik tengok= 1 min
salah, tekan lagi suis jalan kaki masuk bilik= 1 minit
salah lagi, kompem suis ke3
cuma 2 minit

kalo x pasti tuan rumah balas sms, call jer beliau. hmm..x sampai 30 saat.rugi 10 sen ar

kalau hantar adik kite masuk suh tolong tengokkan, dan pekik bile mentol nyala, mgkn 15 saat

haha...
amacam,berabuk x otak ambo?

-still buke abe am-

Simon 'Adam' Malik said...

@ bukan abe am

1. kalau anda tau siapa tuan rumahnya or tuan rumahnya wujud.

2. 1 minit tuh bukan jalan, tapi lari ala osain bolt!. terpendek tapi bukan termudah. end of experiment, jantung anda putus. hehehe..

3. jap, ada gak ek org call tuan rumah utk tny suis mana satu? tak valid sebab anda tak pasti tuan rumah akan angkat dan ada risiko lain cam tak cukup kredit dan handphone abis bateri

4. sapa suro bawak adik? T_T


awat ramai sgt nak alter soalan ini? wwuuuu...

p/s : anda baru je dapat gelaran bukan abe am, sila pakai gelaran ini ini komen² akan datang. thx ^^

Anonymous said...

Tuan hamba yang budiman

1.musti la tau tuan rumah, mana boleh pakai ceroboh masuk je kan?hehe

2. rasa dalam istana pon jarak suis ke mentol tade la sampai 500m kan?apatah lagi rumah biasa

3. mesti la masuk ngan tuan rumah.tapi say tuan rumah bagi kunci jer,apa boleh buat. berbalik kepada poin ke2.

4. Tak kate pon takleh gune anggota tentera tambahan.Jadi dgn syoknye saya nak bawak adik atau mungkin nenek sekali ^^"

ni musti kes pening sbb terlalu banyak enonimus bermaharajalela di blog ni smpi kne bagi nick sorang2 eh?hoho.. bukan x suke nick tu, tapi kasihan dgn abe am yg pasti tersedak setiap kali namanya ditaip.Sile pecahkan otak anda setiap kali melihat komen anonymous, to guess which is which.

Jangan marah, nanti kene jual.u'll know my trademark.peace^^

-kan dah ghoyak buke abe am-

Simon 'Adam' Malik said...

Tuan Anonymous yg dihormati

dah nama teka teki kot.. -_-"

haha; ternyata anda tak pueh hati sebab lmbt jwb or segan² pemalu nak jawab asalnyer. hehe.. so next tyme choba secepat mungkin ye?

cam boleh agak sapa, tapi kurg pasti.

thx for ur support ^^