Wednesday, 7 September 2011

Job : Research Assistant

Assalamualaikum wbt


cilok dari sini



Ramai yang empunya mukabuka saya, sudah mengetahui berita sensasi ini. Lebih hangat dari kes Bukit Kepong yang diselak baru-baru ini. Berita tak lain dan tak bukan, seorang nenek yang pergi beli ubi mati dilanggar beca. eh? Bukaaaann... Saya officially off dari menjadi seorang pekerja makan gaji, dan kembali jadi kanak-kanak ribena pergi ke kelas saban hari. oooHH yeeahhh!!!


Bila dibuat perbandingan dengan course yang bakal yang saya amik dengan kerja saya masa jadi Research Assistant (RA), amatlah berbeza.. Macam ayam percik dengan rendang landak. So apa yang saya buat sepanjang saya jadi kuli kepada seorang profesor selama 6 bulan?


Secara normally macam normalnya anda bernafas secara tenang ketika solat, RA kerjanya banyak di dalam makmal. Tengok la apa job descriptionnya. Rata-rata macam  data entry, collect data, susun data, bermain-main dengan data.. Kire anda menjadi pembantu untuk satu-satu penyelidikan itu. Fulsetop. Anda punch kad (eh, pakai thumb print dah skrg), then duk dalam lab buat kerja-kerja anda sampai bulau biji mata.. Jiak anda teruskan lagi jika anda seorang yang giler kerja dan suka pakai cermin mata tebal-tebal.


Namun, REALITInya, menjadi RA ini lebih dari itu. Anda empunya masa untuk menghabiskan semua level Angry Birds, habiskan semua video-video inianwarhadi mahupun mahupun anda boleh membaca dengan penuh emosi post-post inche gabbana. Well, tengok jenis project dan supervisor la. Ada yang strict dan cerewet. Ada yang rilek tapi nak kita siapkan kerja on time. Ada sekali tuh saya singgah kat lab member kat bahagian aeronautik. Siap ada meja carom dan pingpong! Perghh...! Mataku bulat takleh terima!



Alhamdulillah, sepanjang 6 bulan saya jadi RA, saya tidak melangok di dalam lab. Oh ye, saya tak de ofis, so saya akan ke lab setiap hari. Jika saya dilihat sepanjang hari DUDUK di dalam lab, itu tanda saya takde kerja. Kalau saya berdiri, berjalan-jalan, berlari-lari, kejap ada kejap takde kat lab, itu tanda saya ada kerja. Berlainan dengan RA yang lain, saya lebih menjadi kepada Personal Assistant (PA).


Apa kerja? Make calls, deal dengan orang, beli barang, angkat barang, buatkan poster, buat surat, translate poster, booking kenderaan, angkat-turun mesin, ambil barang kat penguasaha.. Itu belum masuk part extra seperti buat video promosi, jadi promoter mesin masa event-event invention dan reka poster. Takde kaitan dengan makan ok?


Itu actually kerja sampingan. Kerja utama adalah buat resipi dough kuih tart nenas, test pada mesin dengan control variable yang ada dan cari mana resipi yang sesuai untuk mesin tuh. Selesai, sila basuh mesin tersebut.


Serius. (Jap, why so serius?). Ok, secara tak seriusnya, saya berjaya mendapat pelbagai pengalaman sepanjang 6 bulan. Terutamanya bab human communication skill dan softskill. Ye la kan,  dulu communication dengan batu. Susah tau nak assume apa yang batu nak cerita. Tapi masa jadi RA, amek ko sebijik upper-cut, 1001 rempah babas punya perangai dan orang.


Bab kata ganti nama.. bab nak pinjam barang.. bab ambil hati.. bab buat muka tak bersalah.. hehehe...

dicilok dari sini


Subhanallah, saya tak pernah rasa 6 bulan saya terbuang. Macam-macam pengalaman (dan juga makanan) yang saya rasa. Ini termasuk melihat sendiri kehidupan seorang pensyarah, suasana belajar di ipta tempatan, prosedur menjadi warga universiti dan tak lupa juga, kehidupan seorang kuli cacai separa professional pekerja gomen.

Itu belum kire karenah biokrasi, protokol dan politik dalam department... haish... benda-benda nih adalah street knowledge. Takde dalam buku. Saya percaya, Allah bagi ini tailor-made untuk saya. Sebab hanya Dia je yang tahu isi hati hempedu pankreas saya luar dan dalam.

Sekali lagi, Saya percaya, setiap jalan kehidupan yang kita lalui, tak kesah la ia bukan yang anda suka pada asalnya; Yakinlah bahawa Allah sedang men'ready'kan anda  untuk cabaran yang bakal datang yang hanya Allah je yang tau bila dan bentuknya bagaimana nanti.

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)

So bacalah seruan-to-me-ekspeseli ini, bersyukurlah! Sebab Allah masih lagi peduli lagi pada kita. Allah masih lagi mahu men'training' kita.

InsyaAllah, bermula isnin depan, saya kembali menjadi seorang student secara tempatan. Samakah cabarannya berbanding di luar negara, Adakah ia lebih menguatkan iman atau iman saya gugur jatuh monyet dibelai angin sempoi-sempoi bahasa? Nauzubillah... tak mau saya.


Doakan yang saya dapat keputusan-kaler-terbang untuk Masters saya nih, insyaAllah..



Simon 'Adam' Malik


p/s : sok shopping back-to-skol.. hahaha..

10 comments:

Anonymous said...

Segala puji bagi allah
penantian yang tak pernah sia-sia
apparently,ada yang lebih baik Dia save untuk hambaNya,sooner or later. kan.
master in geology?
barakallahu fik

Anonymous said...

Salam, Allah sangat tahu apa yang Adam perlukan, lebih dari diri Adam sendiri, inikan orang lain. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan sambung study. Selamat berjihad di jalan study sekali lagi.

Sepuluh jari disusun meminta maaf atas segala kekhilafan diri. Selamat Eidul Fitr.

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 1

nope, a mix between geology and civil engineering. ala2 geoteknik. may allah bless

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 2

wasalam. buat masa nih, peluang untuk belajar balik Allah beri. pernah sampai satu tahap yang dah tak tau nak pi mana. InsyaAllah..

Minta ampun juga jika terkasar bahasa tercuit rasa. Selamat Hari Raya aidilfitri

Still an undergrad. hepi wth life :) said...

salam

bleh x cerita nt, pengalaman/ perasaan sambung study di Msia. Apa lain dgn study ovc dulu. berminat nak tau dari perspektif grad. ovc ^^

btw jd RA ni adakah bleh jadi batu loncatan dpt scholarship sambung study?

medic student said...

Sekali lagi, Saya percaya, setiap jalan kehidupan yang kita lalui, tak kesah la ia bukan yang anda suka pada asalnya; Yakinlah bahawa Allah sedang men'ready'kan anda untuk cabaran yang bakal datang yang hanya Allah je yang tau bila dan bentuknya bagaimana nanti

kata-kata inche adam boost smgt sy..tkt bila nak msuk tempat baru.ngan kata laen suasana dnt disana...rasa cm x ready pun ade sebab x pernah menyangka akan tercampak di sana dlm masa yg terdekat...

Allah,..saya nak blaja redha..

Anonymous said...

nice point
specially tailored tarbiyah
sebelum ni belajar communicate dengan batu
then belajar communicate dengan superiors n colleague
n also inferiors (adik2 bulatan gembira)at the same time
preparation for daie all rounder

oye,masih hutang untuk cerita bagaimana anda mewarnakan bulatan gembira anda.
geoteknik @.@... whatever dat is, may u strive for excellence macam kisah ke-3
jzkk
may allah bless

Simon 'Adam' Malik said...

@still an undergrad. hepi with life

wasalam

insyaAllah, bila saya berkesempatan saya akan tulis. nntikan kemunculannya ye?

jadi RA nih sebenarnya membantu utk course yang kita amik. for example kita amik master research kaji lereng bukit. then as part time RA, projek ada kaitan dengan lereng bukit.

so bila nak sambung phd, kita sudah save time dan byk gather data semasa jadi RA tuh.

other than that, jd RA bagi kita pengalaman as a researcher.

wallahualam

Simon 'Adam' Malik said...

@medic student

well, Allah tak akan membebani hambaNya something yang lebih dari limit org tuh. Meaning; kalau Allah bagin tuh tanda kita mampu strive, insyaAllah

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 'yg-sy-tau-siapa'

hoho.. insyaAllah.. tapi cara saya warnakan, amat biasa saje.. tak seperti syeikh-syeikh kabir yang lain di luar sana..

insyaAllah.. saya akan ingat kes-3 tuh. waiyyakum

may allah bless