Tuesday, 6 September 2011

Bisik-bisik hantu - Part 1 -

Assalamualaikum wbt


Subjek yang begitu popular di kalangan manusia tak kira peringkat umur, latar belakang masyarakat, budaya mahupun tempat tinggal.


 Saya tertarik untuk menulis pasal subject yang dikira feveret di kalangan director dan penerbit filem. Salah satunya adalah disebabkan oleh dokumentari pasal cerita seram asia yang saya tertonton pada suatu weekend. Di tambah pula dengan kegelojohan stesen-stesen tv untuk tayang cerita hantu masa time-time raya. Akhirnya otak saya yang serba karat nih menyelak segala informasi yang terselit lagi tersembunyi yang saya dapat sepanjang saya bernafas oksigen.


Post (yang jelas berspot light bersiri) ini saya akan kupas dan kopek psikology di belakang kewujudan 'hantu'. Apasal boleh jadi seram sangat bila cerita pasal hantu,dan pandangan peribadi saya mengenai makhluk yang diberi nama hantu.

Okeh, tutup lampu bilik anda, peluk bantal buchuk anda dan bersedia untuk cerita hantu...




Catalog Hantu secara global.

Kita warga malaysia mungkin sudah lali dengan pocong, polong, kopek, raya, toyol dan macam-macam lagi jenis hantu Malaysia. Ini belum lagi hantu dari jepun, china, US dan eropah.

Pernah korg buat perbandingan tak dengan hantu-hantu nih? Tak pernah? Joomm..

  •  Hantu eropah atau lebih dikenal dengan hantu omputih. Perasan tak hantu-hantu diorg berpakaian smart, duduk kat castle-castle besar... Bayangkan je Inche Drakula seronok main mozart ditemani hantu patung kesatria dan sebagainya. Kirenya, hantu diorg ada tahap bangsawan, ada kelas hidup etc etc.. Kalau kelas bawahan nih cam zombie.. ghoul.. digambarkan selekeh, busuk, muka buruk dan sebagainya.

  • Hantu Jepun/korea pulak...? Digambarkan dengan wajah-wajah pelik etc.. Kepala ada air la.. Payung ada mata sebijik la.. Tapi yang kelakarnya kan, bila keluar kat tv, hantu diorg digambarkan sebagai hantu yang mempunyai rambut rebonding, panjang mengurai style emo, lepas tuh suka merangkak-rangkak. Paling tidak pun budak kecik (Ju-on)Oh, tak luper juga yang diorg dah pandai guna gadget-gadget masa kini, main miscall orang (the phone, one miscall)..buat blog.. buat self video (the ring)...

  • Hantu Asia tenggara (including Malaysia) Hantu yang jenis bertenggek atas pokok, rambut panjang menggerbang, gabungan benda mistik, suka main asap kemenyan, ada ability tilik nombor, curi duit, suka lepak kat sekolah asrama dan boleh buat blood contract dengan manusia (aka : saka).

Perbezaan hantu-hantu berdasarkan lokasi dan tempat tinggal sudah ternyata menunjukkan tiada hantu versi global yang satu dunia pakai. So apa tandanya? Jenis hantu diwujudkan daripada sosio-budaya,dan psykology masyarakat tempatan. Kirenya kalau anda kipas-susah-mati pasal hantu dan suka cari hantu, anda takkan jumpa Pocong di Jepun, Banshee di Malaysia dan Kappa di eropah... eh? btul ke nih?

cak! (amek dari sini)


Kenapa cerita hantu best?

Sebab cerita hantu berjaya menyebabkan jantung anda berdegup mcm baru lepas lari 100m dan kemistikan serta kepelikan cerita hantu membuatkan anda rasa takut nak dengar/ tengok tapi nak lagi.


Mmg menjadi lumrah manusia untuk rasa ingin tahu dengan alam dimensi yang tidak mengikuti hukum fizik. Ditambah lagi dengan kemistikan budaya yang tertanam secara subconciously dalam genetik orang asia, cerita hantu mmg menjadi perbualan hangat dan secara tak langsung menjadi pemangkin kepada rating tertinggi tv.


Secara budaya, orang-orang tua sering memomokkan generasi muda terutama kanak-kanak. Yang paling jelas ada hantu itu kat kawasan tuh, ada hantu ini kat kawasan ini, untuk menghalang diorg dari pergi ke sana. Kalau bab, jangan bagi bebudak keluar time maghrib lagi la.... nnti ada hantu sekian-sekian akan culik.. Mana la budak kecik tak takut..


Entah la.. mungkin lebih mudah mengawal kanak-kanak jika diterapkan elemen fear. Which is not good for their intelligent brain yang Allah ciptakan innoncet ibarat  kain putih. Bila dah besar.. seronok tengok citer hantu yang mengarut-ngarut tanpa sebarang elemen pendidikan atau kesedaran. Tak pun, generasi yang takutkan something yang dibuat-buat, tapi tidak takut akan dosa yang juga tak nampak. Maka wujudlah generasi yang berpemikiran serba dangkal. Lebih takut hantu daripada azab sesak neraka.


Fakta yang tidak boleh disangkal

Memang tidak boleh disangkal dengan kewujudan alam dan makhluk lain. Banyak je disebut di dalam al quran mengenai jin dan syaitan. Ada juga hadis menceritakan mengenai Qarin, yakni kembar jin kita sejak kita lahir.

So mmg la ada makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar di dunia nih. Tapi ada ke sampai tahap bunuh orang secara fizikally? Mungkin tidak. Rasuk orang sampai mati itu mungkin ye.

Namun demikian ada juga garis sempadan antara mereka dan kita.


Apakah dia..?


shhh... jangan tengok bawah katil


Simon 'Adam' Malik

2 comments:

pocong dari jepun said...

adakah ni prelude kelab hantu bertaubat?
interesting
somehow, i've heard of a kappa from europe!terer pakai gejet juga.oho~
bizarre jya nai no?
^^v

Simon 'Adam' Malik said...

@pocong dari jepun

err... mungkin? hehe..
oh, ada ek kappa kat europe? ohoho..
eh? di jepun pun pakai kain kapan ye?
^^