Thursday, 29 September 2011

Kaedah menyingkap rahsia hati

Assalamualaikum wbt


Lebih kurang 8 hari yang lalu, cukup sudah setahun untuk sesuatu benda yang saya mulakan tahun lepas. Gapo dio? Ahaa.. bagi mereka yang mengenali saya, mungkin fenomena ini pasti tidak akan anda perasan yang saya buat kecuali anda tidur sebantal dengan saya menempel di sisi saya 24 jam. Wah apakah itu? Well, hanya mereka yang se-batch saya masa di France saja tau akan perangai nih. Dan saya berani cakap yang takde sorg dari mereka baca blog saya nih. wahahaha!!

So apakah perangai yang dikatakan itu sehingga mereka made a joke bout it sepanjang tahun dan perangai 'its so simon' itu?

ok... pernah kan anda mendengar akan individu yang membuat akaun harian. Pernah? In my case, put it to the next level.


Gappooo???



Berkat dari didikan tuanku ayahanda, kami adik beradik diberi mandat besar untuk membuat budget tahunan kami sepanjang kami memakai lencana sekolah dan nyanyi lagu negaraku tetiap senin. Kalau masa tuh kecik  dan masih tak reti ikat tali kasut, biasanya Baginda Bonda yang tolong buatkan budget.

So, apabila nilai yang dikemukan dipersetujui tuanku ayahanda,  kami menerima peruntukan bulanan berdasarkan budget yang kami buat tuh. So takde alasan untuk minta duit lebih except for a very strong reason.

Berkat juga peluang dari Allah swt, semasa saya ke France, saya membawa juga kemahiran akaun yang saya belajar time spm. Di tambah dengan skill unggul yg diturunkan oleh apak saya dulu. Saya sungguh bersemangat sekali hendak menjaga duit saya. Ditambah pula dengan semangat nak kawen bila lepas study, maka bermula kisah hidup saya yang bergelar simon si budget extremist.

Masa tahun pertama, saya terlampau rajin sehingga resit-resit pembelian ditampal pada buku khas. Aliran keluar masuk duit dipantau ketat. Duit perbelanjaan hanya strict pada cash. Setiap kali nak berbelanja benda bukan basic, akan diimbal balik dengan nilai basic. Sebagai contoh, 'betul ke nak beli air kopi express nih yang harga macam sekilo beras?' dan pelbagai lagi imbal balik extrem.. Haha.; punya semangat nak kawen lepas study Kira-kira masa tuh buat secara hardcopy sebab lom reti pakai excel, so tahan 6 bulan je buat full akaunting. Lepas tuh tengok penyata bank je.


4 tahun di sana memerhatikan duit keluar masuk, bila pulang ke Malaysia penyimpanan rekod alhamdulillah lebih baik dan siap dah boleh buat analisis. Haa.. nih yang benda yang saya nak cakap nih, panjang benar mukadimahnyer.


Kalau tanya Inche Gabbana, bila buat analisis kewangan, benda yang paling cepat ditengok adalah kita 'untung' ka 'rugi'? Tak kisah la mana-mana pun, lepas tuh ditengok pula kenapa dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan konklusi tersebut. Then dapat juga kita set sedikit sebanyak financial objektif. Pesoneli, dapat la juga saya yang bukan lagi bekerja untuk survive selama setahun.


Haha.; akaun yang saya bukanlah tahap perlu ada Chartered Accounting punya sijil. Sekadar 3 sheet di excel, satu aliran tunai, satu lagi aliran bank. Sheet ketiga untuk tolak total perbelanjaan dengan total duit masuk. Kalau nak rajin, buat la sheet aset ke apa ke..


Dan alhamdulilah, minggu lepas, telah cukup setahun saya pantau kewangan. Rugi ke untung? Biarlah rahshyya okeeeyy?


Hiasan- Wall street crash 1929 (here)



Selain benefit kita dapat pantai aliran duit kita keluar dan masuk, kita juga dapat pantau ke mana duit kita pergi. Adakah duit yang kita keluarkan itu untuk perut dan diri kita, atau adakah untuk orang lain? Err.. faham tak? Meaning kita dapat tahu yang, duit/elaun/gaji yang kita dapat setiap bulan, berapa banyak untuk orang lain dan berapa banyak untuk diri kita sendiri.


Ya, duit yang kita dapat itu ada hasil peluh ketiak kita. Mmg la patut kita spend utk kita dan hanya kita. Bila ada spare, barulah boleh bagi kat orang.... Well, bagi yang pikir macam tuh, tak perlah. Nak tegur, takut sakit jiwa meroyan terjun bangunan pulak nnti. Padahal dalam quran :


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (2:261)


Ok, sebagaimana yang kita tahu zakat lebih kurang 2.5% bukan? ok.. tak lah banyak.. tapi dalam ayat quran, banyak jer ayat yang menyarankan kita untuk bersedekah dan berinfaq bukan? Nih bukan sekadar belanja singgit dua je ye, tapi minyak kereta, masa,tenaga . Berapa banyak nak bagi? Selagi mampu!



Semasa saya membuat analisis tahunan, saya banyak merujuk pada analisis bulanan dan analisis setiap 3 bulan. Saya mendapati, tempoh yang saya agak 'kedekut' dan byk spend benda pada diri sendiri, kadar duit masyuk kurang dan perbelanjaan basic cam petrol agak tinggi. Ini belum lagi dengan perasaan terjerut dan takut-tak-de-duit-nnti. Betuulll... bulan yang agak kikir tuh, bulan tuh jugak la kereta kena repair la, tetiba kena keluarkan large value dari bank la etc...



Secara tak langsung anda tahu bila iman dan diri anda down and ego dan selfishness bila melonjak. Berapa byk kita spend utk beli minyak wangi Dolce&Gabbana, tapi berapa byk pula kita menghulur kat palestin, surau, anak yatim, member yg memerlukan.. Personal akaun kalau nak tipu value pun takde guna. Sebab itu macam tipu diri sendiri, because we know how much we spend on our selfishness. Bukan tak boleh beli/spend untuk diri kita, tapi biarlah sesuatu yang kita belanjakan itu mempunyai tujuan dan benefit kat orang lain gak. Tak luper juga untuk mencari redha Allah

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (2:265)


Bukan apa, sekarang nih merupakan zaman century of self. Bila kita terbiasa dengan me-me-me and meee, nnti hilang perasaan nasi-nasi-na we-we-we (baca : kekitaan)

Konklusinya, selain dapat anda susun kewangan anda untuk kini dan masa depan anak bini dan mendidik perasaan kebersamaan, ia juga boleh bertindak sebagai wahn detector dan juga syaitan revealer. Ye la, bila tengok value-value yg ada dan hati kita tetiba kata 'eh dah byk dah aku memberi, boleh slow down infaq bulan nih' Ha! bukan itu petanda sayang harta ke?


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya (2:268)


wallahualam



Simon 'Adam' Malik


p/s : post ini sangat men'zaasss pada diri sendiri T_T

Monday, 26 September 2011

Motivation Monday : Islam and Ego

Assalamualaikum wbt


Came across this video pagi tadi. Zass 38 kali kat hati dan muka rasa merah macam kena tampar berkali-kali

TT_TT






Sharing yang agak lama tapi InsyaAllah, for the benefit of all.




Simon 'Adam' Malik

Thursday, 22 September 2011

hiyarrkhhh!!! Betukar! *ching!*

Assalamualaikum wbt




Salah satu benda yang saya rasa interesting bila (dengan skemanya) membuat sedikit bacaan untuk assignment adalah satu benda yang diceritakan oleh seorang pakcik dalam Handout Geological Model.

Dalam pada dia mengolah dan memperincikan definisi Engineering Geology,  dia ada quote satu pak cik lain yang menquote pasal puisi orang hindu.

Pernah dengar the 6 bling men and the elephant?

It was six men of Indostan
To learning much inclined,
Who went to see the Elephant
(Though all of them were blind),
That each by observation
Might satisfy his mind. 


The First approached the Elephant,
And happening to fall
Against his broad and sturdy side,

At once began to bawl:
"God bless me! but the Elephant
Is very like a wall!"


The Second, feeling of the tusk
Cried, "Ho! what have we here,
So very round and smooth and sharp?
To me 'tis mighty clear
This wonder of an Elephant
Is very like a spear!"


The Third approached the animal,
And happening to take
The squirming trunk within his hands,
Thus boldly up he spake:
"I see," quoth he, "the Elephant
Is very like a snake!"


The Fourth reached out an eager hand,
And felt about the knee:
"What most this wondrous beast is like
Is mighty plain," quoth he;

'Tis clear enough the Elephant
Is very like a tree!"


The Fifth, who chanced to touch the ear,
Said: "E'en the blindest man
Can tell what this resembles most;
Deny the fact who can,
This marvel of an Elephant
Is very like a fan!"


The Sixth no sooner had begun
About the beast to grope,
Than, seizing on the swinging tail
That fell within his scope.
"I see," quoth he, "the Elephant
Is very like a rope!"


And so these men of Indostan
Disputed loud and long,
Each in his own opinion
Exceeding stiff and strong,
Though each was partly in the right,
And all were in the wrong!



 Then pakcik yang sama (dengan imaginasi sinis) berkata

'... so often in our blindness are we ignorant yet unaware of our ignorance...'


Itu la sedikit sebanyak pencerahan dari abstrak nota-nota yang saya terima. Saya ingatkan terus junam dalam pengiraaan dan juga formula. Tapi ada pula yang kena belajar sikit pasal psikology dan falsafah. Haha.. perlu tahu juga la kan, apakah sebenarnya yang kita akan buat dan juga hala tuju. Tak pasal² nanti boleh rasa sesat walaupun jalan yang lurus.

Benda nih berlaku sebab bidang Engineering Geology sering kali dianaktirikan dengan kerja-kerja Geotechnical. Namun kini, warga Engineering Geology sudah mempunyai sedikit kuasa consultancy berbanding dulu, ia di'diktator'kan oleh para civil engineers. hehehe.. Secara mudah, Engineering Geology, Engineering Geophysique, Geotechnician dan Civil Engineer akan work side by side dalam satu-satu projek.

But the thing is, benda yang dikaji adalah benda bawah tanah. Haha.. memang kena direct pada batang hidung dengan poem tuh. Kitrg diibaratkan 'buta' untuk mengkaji bumi, dan setiap sorg dalam kepakaran masing² akan approach dari perspektif berbeza. Kalau masing-masing ego dan tidak mahu menerima data orang lain, jenuh la bertengkar sampai malam. Kirenya, dalam sesuatu projek itu, semua approach akan dikumpulkan kolektifli untuk dibuat kesimpulan dan gerak kerja yang terbaik.


 


Begitulah tingginya kuasa Allah swt, hny Dia sahaja yang mengetahui dari atom-ke-atom bumi ini. Kita hanya tahu sekelumit-bahagi-3 trillion daripada ilmu alah pasal bumi terpaksa menggunakan pelbagai kepakaran untuk (sedikit sebanyak) mengenali bumi.

Pernah menjadi gurauan parent saya yang mengatakan yang menjadi geologist ini adalah seperti menjadi ahli nujum. Teka-meneka menggunakan prinsip dan ilmu yang sedia ada untuk membuat satu kesimpulan. Dengan pelbagai cara saintifik (bukan hembus atau pakai air dalam mangkuk), maka dapatlah kita korek minyak, ambil bijih, meniaga pasir dan sebagainya.

Namun, kita golongan biasa ni tak perlulah kena ada phD dalam setiap bidang sains utnuk kenal tuhan. Padahal banyak tanda-tanda hebat dari Allah yang kita saban hari terlepas pandang. Tak perlu kita kaji segenap jenis batu dan tanah nak kenal tuhan or nak rasa kehadiran tuhan.




Ok.....Tarik nafas dan tenang...




Bukankah sebentar tadi Allah izinkan Oksigen masuk ke dalam peparu anda? Peparu anda pula dalam keadaan lembab memudahkan lagi oksigen masuk di dalam salur darah anda. Allah menjadikan cecair mempunyai ion dan atom-atom mempunyai ion, maka mudah sahaja oksigen untuk masuk.

Atau pun di kala anda membaca blog ini, mata anda yang berkuasa 12 mega pixel (kalau tak silap), sedang menghantar signal-signal ke otak untuk menbaca b...l...o....g.. dan terus dengan pandainya otak anda kata blog. Hebat bukan?



Eh! ada semut kat laptop! Camne la rasa ek berjalan atas jasad yang besar..?



(tengah cari semut jap, nak letak atas lengan lepas tuh goyang². nak test dia pening tak)



Namun kita mempunyai ego tersendiri. Sepatutnya kita, yang tahu pasal penciptaan bumi, dan segenap benda yang memeningkan kepala para ekonomi, hafal mengenai organ badan kita, lebih tunduk dan patuh dengan Allah. Sepatutnya kita lebih cinta dan rindu pada ayat-ayat cinta dari Allah yang diturunkan secara berperingkat 1400 tahun dulu.. Sepatutnya kita lebih takut akan balasan-balasan yang Allah sediakan atas dosa yang kita buat.







TT_TT



Rasa macam nak lempang diri sendiri...

Tapi perkara itu tak berlaku.. para cendekiawan dan ilmuwan bahkan menjauh diri dari tuhan, kerana syaitan-terkutuk itu berjaya menghiasi akal mereka untuk sentiasa berfikir mengenai logik. Mungkin anda belum sampai ke tahap atheist, namun cuba tanya hati kecil kita... siapakah tuhan dalam hati kita? Kalau kita cakap Allah.. adakeh EVERY single thing kita dah patuh dan EVERY single thing kita dah hindar?


... so often in our blindness are we ignorant yet unaware of our ignorance...


Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf? (11:24)


wallahualam


Simon 'Adam' Malik


 p/s : serius, terasa dah lama tak menulis..

Saturday, 17 September 2011

Jom pecah otak! Siri 5

Assalamualaikum wbt



credits





Ia datang lagi!!!!! Post yang membolehkan anda untuk memenangi benda free yang tak seberapa dari sang penulis!

Untuk siri ke 5 ini, kita kembali pada tema logik akai hangpa semua. hehehe...

Sebelum aku beri teka-teki kali nih, pernah tak korg baru sampai dalam sebuah tempat yang korg tak pernah pergi. Masa nak on lampu or kipas mesti tak tau yang mana kan?

hehehe..


Teka-tekinya berbunyi begini.


Anda diberi sebuah mentol yang berfungsi di dalam sebuah bilik.
Di luar bilik tersebut terdapat 3 buah suis yang berfungsi.

Anda berada di luar bilik dan anda nak tau suis mana yang menyalakan mentol itu.

So bagitau bagaimana cara yang paling mudah nak menentukan suis yang mana satu untuk mentol tersebut.

remark, kedudukan suis dan mentol yang jauh tidak membolehkan anda test suis² itu sambil pintu terbukak, sbb anda takkan nampak mentol yang mana menyala



Hadiah?

Anda berpeluang untuk mendapatkan sharing resipi rahsia dari penulis sendiri!! (adakah termasuk dengan kuih tart itu hari? jeng jeng jeng...). No worries, resipi² nih sudah mendapat kelulusan 'sedap' dari Bonda dan para sahabat. hehehe...

Macam tak lumayan? Nak tunggu saya masakkan? Hahaha.. boleh! Tunggu sampai saya abis masters! Your call ^^


Selamat menchoba~!

Simon 'Adam' Malik

Wednesday, 14 September 2011

IF

Assalamualaikum wbt


credits



if you are, you breath,
if you breath, you talk
if you talk, you ask
if you ask, you think
if you think, you search
if you search, you experience
if you experience, you learn
if you learn, you grow
if you grow, you wish
if you wish, you find
and if you find, you doubt
if you doubt, you questioned
if you questioned, you understand
and if you understand, you know
if you know, you want to know more
and if you want to know more, you are alive!



IF -National Geographic-






Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 13 September 2011

Nota kaki : Dis Donc!!

Assalamualaikum wbt


Saya tak tau nak label hari ini sebagai hari yang bagaimana.. Oh well. Saya hari ini penuh semangat untuk kembali ke sekolah. Kelas pada waktu petang. Pagi-pagi dah futher reading subject kuliah dengan penuh nerd-nya.


Seusai saya membaca satu chapter (yang saya agak ada kaitan dgn kelas tghri nih, mungkin) dari buku geology yang dipinjam raya tahun lepas, saya mula tenggelam dalam sesawang inche internet mencari bahan nak baca. Alhamdulilah, internet mmg satu gedung ilmu yang tak boleh dilepaskan!


Berkat didikan dari bulatan gembira, tghri tuh saya dah plan out apa nak buat sebelum gi kelas. Ye, saya manusia juga.. kena beli barang, isi minyak, topup etc etc..

Credits


Arakian menyelesaikan errand, saya parking kat masjid Uni, just nice untuk menjawab seruan solat zohor. Alhamdulillah, semua ikut plan, termasuk tempoh saya berjalan kaki ke kelas yang jaraknya membuatkan akak semalam terbeliak kejap semasa saya bagitau.

Oh ye, menjawab persoalan yang saya tinggalkan semalam. Masa saya, berdiri terpinga-pinga dekat kaunter, telinga saya mendengar '... Puasa 6...' '.. belum..' 'jumpa di... islamik talk'...

Masa tuh mmg dah rasa 'meant to be there'. Department Geo di Uni ini seperti rumah yang mempunyai pelukan hangat, menerima hati-hati yang inginkan suasana islamik.


(ke semua Uni malaysia macam tuh?)


Ingat lagi saya,  masa saya dengan Supervisor kos saya pergi ke Seketariat untuk buat rayuan, setiap orang yang dia jumpa along the way, dia bagi salam. Akak semalam... masa nak saya nak chow, dia cakap yang nak pi solat kat masjid. (Ajakan secara tak langsung). Tapi saya mmg plan dah nk pi, pakai jalan kaki. Tuh yang dia terbeliak jap tuh bila saya cakap 'Uni nih kecik kan?' hehehe... Dan semalam terperasan juga Inche Dekan FST yang baek hati itu berjemaah sekali, tapi tak sempat tegur dier


Saya buat macam nih sebab sepanjang saya belajar di France, aktiviti mengeluarkan peluh mmg jarang dapat dilakukan. Balik Malaysia, jarang-jarang sudah dihapgret menjadi kadang-kadang.
Demi mendapatkan tumbuh badan yang sihat lagi balance dengan saiz otak dan hati, saya berazam untuk park je kat Masjid, then nak pi mana-mana, naik kaki.. hehe..


Back to the story.


Saya sampai ke kelas 10 minit awal. Menjadi orang yang menepati waktu dituntut dalam Islam bukan? Haha.. Mari kita tanggalkan label 'Janji Melayu' sebab orang Melayu tak reti tunai janji. Di France, kelas mula sharp, dan untuk pelajar lambat, Prof ada hak tak bagi masuk kelas.




After 10 minit. Ok, mana pi semua orang? Adakah semuanya ikut Janji Melayu? Hati masih lagi rilek memandangkan saya sekarang di Malaysia (Sarcastic tak ayat nih?)

After 15 minti dari  jadual asal, hati gelisah sebab takut saya tak dapat info kalau kelas tukar. Di France, prof tak masuk selepas 15 minit dikira kelas batal. Saya dah cuak dah.


Dan sememangnya kelas ditukarkan ke waktu pagi, kata Supervisor saya yang muncul seminit kemudian mencari saya.


Ahaha.. takde la down masa dia bagitau. Sebab dia bawak saya pi bilik post-grad, dan meet up dengan Captain kelas, Along. Then saya berkenalan dengan meja 31. Weeee!!! Saya ada meja saya sendiri!!!!  Ini keterujaan yang sungguh melompat tingkap! Siap ada soket 3 buah dan internet cable lagi!


JUMP!!! (taken here)



(ok tenang). Actually, saya tak rasmi lagi dapat meja tuh, tapi lantak, kapiten kata saya dapat, saya dapat la. haha.. Masa balik tuh, saya dapat rasakan yang actually being a postgrad adalah menjadi seorang student supersenior di Uni, tak terikat selain kelas, dan ada hubungan extra dengan pekerja depatment. Siap ada undergrad senyum dan tegur. Then, ada sekali tuh, ada undergrad siap tanya direction pi Library. Padahal saya student baru gak macam dier!

Adakah disebabkan cara saya jalan yg laju macam tau nak pi mana padahal tak? Atau imej separa otai-skema yang boleh menyebabkan certain² manusia mendapat sawan sederhana? (peluh)

By the way, masa undergrad tanya tuh, saya sendiri kurang pasti. Tapi saya dgn yakinnya cakap, 'adik pi depan, pi masuk kat PUSANIKA tuh, abg gerenti ada jalan gi library' then saya continue berjalan.

(Gelak kejam). Saya bukannya bagi salah direction. PUSANIKA tuh mmg sebelah library tapi not the same building. So mesti ada jalan punya pi sana kan? (peace)

Esok kelas, dan diri ini, Alah masih lagi meniupkan rasa teruja untuk jadi student master ^^

Tapi tak boleh  terlalu gembira, jika semuanya takde masalah, mesti sebenarnya ada masalah di hati yang kita tak tau..




Simon 'Adam' Malik



p/s : masa saya berdiri sebelah Along, saya yang sedia pendek dari Inche Gabbana terasa teramat rendang sekali

Monday, 12 September 2011

Nota kaki :C'est comme ça?

Assalamualaikum wbt

 
Masuk je kelas tadi.. Dah rasa macam spesis terancam. Nak kata semua ex tempat nih, sorg je yang angkat tangan tadi bila lecturer tanya.. Rata-rata mmg bukan dari uni nih.

Jap, nih bukan masalah being alien di kalangan masyarakat kini. Saya lebih prefer jadi alien to be frank. The thing is... em... em.. em.... (telinga dah merah)

Then bila habis kelas, telinga dah menangkap perkataan.. 'mini-project' 'kena daftar' 'dah jumpa supervisor' 'ko dah jumpa tajuk lom'.



Ok, saya panik






Nih la sebabnya bila terlebih pandai... Ada proper orentasi, gi buat orentasi sendiri naik keta pusing-pusing sendiri. (peluh)


Kuliah hari ini, ramai yang dari course lain. Nak tanya hal² course sendiri.. err... So ambil keputusan utk jumpa prof yang handle pendaftaran itu hari kat Bangunan Geo


Sampai je kaunter, ada seorang akak menyapa '1st year?' Mungkin sebab muka tengah terpinga-pinga kot dan panik pasal subjek project research tadi.

Nasib baik la yang menyapa tuh adalah student master research, final sem. Habis akak tuh kena interrogate habis-habis.

In the end, kepala otak saya membuat konklusi... 'Oohh... macam tuh ke cara pembelajaran kat local...'. Di France dulu, Uni saya membentuk silibus all-rounded tapi lebih kepada pembelajaran teori melalui kuliah. Kirenya dalam kepala kami disumbatkan dengan pure knowledge geology dan benda-benda yang sama waktu dengannya.

Selain itu, kami ada gak field trip, dan hanya sekadar laporan ringkas je yang kami buat. Project? Di buat pada tempoh praktikal di mana kami boleh pilih untuk praktikal di syarikat luar or buat project bawah universiti. Pengguna softaware pun limited. Sebab untuk masters sahaja baru nak speciallize.

So bila tau kena buat assignment, mini project dan sebagainya kat sini, macam rasa... eh..? Cukup masa ke? Beruntungnya saya tidak melalui zaman degree locally yang penuh dengan subject-subject mengarut yang wajib amik. Bila masters nih, mungkin lebih lapang.. tapi kelapangan itu untuk kitrg membaca..membaca.. gi library baca... dan seterusnya membaca...


Mataku bulau ok?


Tapi satu benda yang saya rasa best. Saya rasa puas hati pilih uni saya sekarang nih dan kos yang saya amik. Ini sbb saya rasa saya meant to be kat situ.

Nak tau kenapa?

InsyaAllah saya citer kendian. ^^



Simon 'Adam' Malik


P/s : dah tak boleh spend time lelama tulis blog...

Saturday, 10 September 2011

Sesedap Paddle-Pop Pelangi

Assalamualaikum wbt

dicilok dari sini



Sapa ingat lagi rasa ais-krim Paddle-pop Pelangi? Saya berani jamin, dalam fikiran anda sekrang 'aah... dah lama tak makan ais krim tuh'. Hehe.. Sebenarnya nak post something bila diriku kanak-kanak ribena ini kepingin untuk makan ais krim pelangi itu. Namun, satu benda yang menyebabkan saya berfikir panjang ala roti john bila tangan ini menghulurkan duit sengget kat pak cik kaunter.


Otak saya yang serba karat ini menjerit. Eh? Bukan harganya dulu 60sen ke? Kerana tahun 2001 (or 2002), saya ada beli aiskrim ini ntuk akak saya. Ye la kan, masa tuh kire hingusan lagi. Tak tau nak beli apa dengan 3 hengget.. Tapi Akak kesayangan bakal menerbangkan diri ke Negara Vodka utk medic. Tak tau nak bagi apa. So belanja dia ais krim Paddle-pop pelangi.. sungguh sweet bukan? (meter loya tiba-tiba naik)


Wah.. that same aiskrim meningkatkan harga dirinya ke singgit! Dan saiznya juga makin kecil berbanding dulu. Eventhough rasanya masih lagi sama sejak munculnya Singa Paddle-pop di kaca tv, namun kenaikan ini buat saya berfikir sesuatu setelah melihat satu situasi yang berlainan ketika raya.



Perkaitannya disini...

Ok, ketika mood raya di kampung-yang-bas-takde, berkumpulnya ahli-ahli keluarga di ruang tamu. Ketika itu ada sesi salam-salam, nak minta diri. Then bila anak sedara saya salam seseorang, mata saya melihat sesuatu di tangan kecilnya itu. Hatiku menjerit 'UIHHH!!! BESOnya DUET TUH!'''



Mungkin anda menganggap saya kepingin duit raya. Ye, secara jujurnya, saya memang nak duit raya (confession of a broken person). Haha! Ye la, org dah expect kerja, tapi diri nih tak keje-keje. Maka terliur la tengok kanak-kanak mendapat duet free... *muka merah sebab hati tetiba wahan*

Actually saya memikirkan saiz duit tuh. Jika di zaman saya, saya tidak pernah mendapat saiz berkenaan dari orang yang bagi pada anak sedara sedara tuh. Actully pernah je dapat saiz tuh kat satu rumah ini. Then after that tiap-tiap tahun minta parent singgah.. muhahahaha!!!


(....bunyi cengkerik....)


*koff*


Akal ini memujuk hati dengan berkata, kekuatan duit zaman dulu lebih tinggi berbanding dengan sekarang. So mmg patutlah dia dapat saiz tuh. Dan pujukan ini berkaitan dengan kenaikan harga diri sebatang ais krim paddle-pop pelangi.



Dunia semakin ke depan.

Bagi mereka yang sudah berkira-kira pasal duit, sudah pasti mereka menyedari kenaikan taraf hidup berbanding zaman-zaman kita hingusan dulu. Bawak 2 hengget ke sekolah tuh kire dah mewah tahap naga gaban dah. Tapi kita tak boleh direct compare dengan zaman-zaman kita dulu, sebab cara hidup masyarakat negara bergantung dengan kadar kemajuan negara.

Kalau dulu, rumah member yang ada piring astro, kita dah rasa teruja dan suruh bapak kita pasang gak. Sekarang nih, seburuk-buruk rumah atap bocor tinggal nak runtuh pun ada gak piring astro tuh. Itu belum masuk citer handphone, extra gadget dan sebagainya.

Peningkatan cara hidup dari aspek materialistik boleh kita banggakan. Memudahkan banyak benda. Dah boleh bayar bill online, tengok jadual bas, buat gathering/meeting secara tergempar. Per barang nak pakai nokia 3-3-sekupang tuh. Sekarang adalah BB, aku-telepon-4, aku-kajang (di ambil dari test pad = kertas kajang) dan segala macam tuk nenek punya gedget. Harga pun 'murah' kan?


cilok di sini



Dengan kemudahan yang super ini, anda dapat menghantar informasi ke serata dunia dengan sekelip mata.  Kalau anda time travel pergi zaman dulu bawak teknologi nih, anda pasti dilabel tuk pembela jin angin sebab dapat hantar surat ke Congo dalam sekelip mata.

Kenapa sampai boleh dilabel sedemikian? Sebab ketika zaman tuh, kita kena upah tukang hantar surat. Paling tidak pun guna merpati yang tidak dijamin sampai esok. So on that era, berita-berita panas, info-info sensasi sangat lambat bergerak. Untuk satu kampung tahu pun pasal sesuatu perkara, kena ambil masa sehari.


Inche Dee dan Miss Tee, boleh catch-up kah?


Dengan dunia yang serba pantas nih, adakah iman kita dapat catch-up? Kalau dulu rasullullah saw terpaksa guna utusan or wakil kabilah spread maklumat dan dakwah, he only took 23 years to establish a strong foothold kat jazeera arab. Despite the lame-super-slow way of communicating.

Bayangkan la, mana ada dulu aku-kajang untuk salin nota, or wireless transfer untuk share. Mana ada laptop untuk skype dengan hadek terchenta yang berjuta batu berjauhan. Mana ada projektor nak tayang itu dan ini bagi memudahkan visualisasi. Everything back then was done manually. But just ponder at the end result. A society that shook the world history and pioneered the very basic of our present knwoledge. 


Kita nih sebenarnya mempunyai kemudahan untuk meningkatkan lagi level keimanan dan pengetahuan dengan adanya kemudahan-kemudahan yang Allah sediakan ini. Kemudahan ini juga memudahkan lagi perbincangan dengan rakan-rakan lain mengenai kesahihan ilmu tersebut. Tapi lagi best kalau bertemu lutut dan bincang. Dapat kongsi kehangatan bersahabat sebagai extra pakage kan? Sebab zaman sekarang nih, mereka yang sengal itu sengaja nak memeningkan mereka yang mencari kebenaran. Kalau cari secara solo, mmg mudah je terbabas sbb takde orang guide..



Cik Natijah berkata..


Marilah kita meningkatkan kualiti iman dan ilmu dalam diri kita. Bahkan dengan kemudahan seperti ini, lebih mudah anda menjadi seorang muslim yang sememangnya all-rounded. Haters mahupun kita memisahkan kehidupan dan agama. Menjadi tukang reka rumah atau cikgu bahasa afrika tapi mempunyai ilmu kalah student azhar adalah satu yang asing? Tapi bukan beruntung ke jadi orang-orang asing?

(tunjuk tanda aman)





Simon 'Adam' Malik

Wednesday, 7 September 2011

Job : Research Assistant

Assalamualaikum wbt


cilok dari sini



Ramai yang empunya mukabuka saya, sudah mengetahui berita sensasi ini. Lebih hangat dari kes Bukit Kepong yang diselak baru-baru ini. Berita tak lain dan tak bukan, seorang nenek yang pergi beli ubi mati dilanggar beca. eh? Bukaaaann... Saya officially off dari menjadi seorang pekerja makan gaji, dan kembali jadi kanak-kanak ribena pergi ke kelas saban hari. oooHH yeeahhh!!!


Bila dibuat perbandingan dengan course yang bakal yang saya amik dengan kerja saya masa jadi Research Assistant (RA), amatlah berbeza.. Macam ayam percik dengan rendang landak. So apa yang saya buat sepanjang saya jadi kuli kepada seorang profesor selama 6 bulan?


Secara normally macam normalnya anda bernafas secara tenang ketika solat, RA kerjanya banyak di dalam makmal. Tengok la apa job descriptionnya. Rata-rata macam  data entry, collect data, susun data, bermain-main dengan data.. Kire anda menjadi pembantu untuk satu-satu penyelidikan itu. Fulsetop. Anda punch kad (eh, pakai thumb print dah skrg), then duk dalam lab buat kerja-kerja anda sampai bulau biji mata.. Jiak anda teruskan lagi jika anda seorang yang giler kerja dan suka pakai cermin mata tebal-tebal.


Namun, REALITInya, menjadi RA ini lebih dari itu. Anda empunya masa untuk menghabiskan semua level Angry Birds, habiskan semua video-video inianwarhadi mahupun mahupun anda boleh membaca dengan penuh emosi post-post inche gabbana. Well, tengok jenis project dan supervisor la. Ada yang strict dan cerewet. Ada yang rilek tapi nak kita siapkan kerja on time. Ada sekali tuh saya singgah kat lab member kat bahagian aeronautik. Siap ada meja carom dan pingpong! Perghh...! Mataku bulat takleh terima!



Alhamdulillah, sepanjang 6 bulan saya jadi RA, saya tidak melangok di dalam lab. Oh ye, saya tak de ofis, so saya akan ke lab setiap hari. Jika saya dilihat sepanjang hari DUDUK di dalam lab, itu tanda saya takde kerja. Kalau saya berdiri, berjalan-jalan, berlari-lari, kejap ada kejap takde kat lab, itu tanda saya ada kerja. Berlainan dengan RA yang lain, saya lebih menjadi kepada Personal Assistant (PA).


Apa kerja? Make calls, deal dengan orang, beli barang, angkat barang, buatkan poster, buat surat, translate poster, booking kenderaan, angkat-turun mesin, ambil barang kat penguasaha.. Itu belum masuk part extra seperti buat video promosi, jadi promoter mesin masa event-event invention dan reka poster. Takde kaitan dengan makan ok?


Itu actually kerja sampingan. Kerja utama adalah buat resipi dough kuih tart nenas, test pada mesin dengan control variable yang ada dan cari mana resipi yang sesuai untuk mesin tuh. Selesai, sila basuh mesin tersebut.


Serius. (Jap, why so serius?). Ok, secara tak seriusnya, saya berjaya mendapat pelbagai pengalaman sepanjang 6 bulan. Terutamanya bab human communication skill dan softskill. Ye la kan,  dulu communication dengan batu. Susah tau nak assume apa yang batu nak cerita. Tapi masa jadi RA, amek ko sebijik upper-cut, 1001 rempah babas punya perangai dan orang.


Bab kata ganti nama.. bab nak pinjam barang.. bab ambil hati.. bab buat muka tak bersalah.. hehehe...

dicilok dari sini


Subhanallah, saya tak pernah rasa 6 bulan saya terbuang. Macam-macam pengalaman (dan juga makanan) yang saya rasa. Ini termasuk melihat sendiri kehidupan seorang pensyarah, suasana belajar di ipta tempatan, prosedur menjadi warga universiti dan tak lupa juga, kehidupan seorang kuli cacai separa professional pekerja gomen.

Itu belum kire karenah biokrasi, protokol dan politik dalam department... haish... benda-benda nih adalah street knowledge. Takde dalam buku. Saya percaya, Allah bagi ini tailor-made untuk saya. Sebab hanya Dia je yang tahu isi hati hempedu pankreas saya luar dan dalam.

Sekali lagi, Saya percaya, setiap jalan kehidupan yang kita lalui, tak kesah la ia bukan yang anda suka pada asalnya; Yakinlah bahawa Allah sedang men'ready'kan anda  untuk cabaran yang bakal datang yang hanya Allah je yang tau bila dan bentuknya bagaimana nanti.

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)

So bacalah seruan-to-me-ekspeseli ini, bersyukurlah! Sebab Allah masih lagi peduli lagi pada kita. Allah masih lagi mahu men'training' kita.

InsyaAllah, bermula isnin depan, saya kembali menjadi seorang student secara tempatan. Samakah cabarannya berbanding di luar negara, Adakah ia lebih menguatkan iman atau iman saya gugur jatuh monyet dibelai angin sempoi-sempoi bahasa? Nauzubillah... tak mau saya.


Doakan yang saya dapat keputusan-kaler-terbang untuk Masters saya nih, insyaAllah..



Simon 'Adam' Malik


p/s : sok shopping back-to-skol.. hahaha..

Tuesday, 6 September 2011

Bisik-bisik hantu - Part 1 -

Assalamualaikum wbt


Subjek yang begitu popular di kalangan manusia tak kira peringkat umur, latar belakang masyarakat, budaya mahupun tempat tinggal.


 Saya tertarik untuk menulis pasal subject yang dikira feveret di kalangan director dan penerbit filem. Salah satunya adalah disebabkan oleh dokumentari pasal cerita seram asia yang saya tertonton pada suatu weekend. Di tambah pula dengan kegelojohan stesen-stesen tv untuk tayang cerita hantu masa time-time raya. Akhirnya otak saya yang serba karat nih menyelak segala informasi yang terselit lagi tersembunyi yang saya dapat sepanjang saya bernafas oksigen.


Post (yang jelas berspot light bersiri) ini saya akan kupas dan kopek psikology di belakang kewujudan 'hantu'. Apasal boleh jadi seram sangat bila cerita pasal hantu,dan pandangan peribadi saya mengenai makhluk yang diberi nama hantu.

Okeh, tutup lampu bilik anda, peluk bantal buchuk anda dan bersedia untuk cerita hantu...




Catalog Hantu secara global.

Kita warga malaysia mungkin sudah lali dengan pocong, polong, kopek, raya, toyol dan macam-macam lagi jenis hantu Malaysia. Ini belum lagi hantu dari jepun, china, US dan eropah.

Pernah korg buat perbandingan tak dengan hantu-hantu nih? Tak pernah? Joomm..

  •  Hantu eropah atau lebih dikenal dengan hantu omputih. Perasan tak hantu-hantu diorg berpakaian smart, duduk kat castle-castle besar... Bayangkan je Inche Drakula seronok main mozart ditemani hantu patung kesatria dan sebagainya. Kirenya, hantu diorg ada tahap bangsawan, ada kelas hidup etc etc.. Kalau kelas bawahan nih cam zombie.. ghoul.. digambarkan selekeh, busuk, muka buruk dan sebagainya.

  • Hantu Jepun/korea pulak...? Digambarkan dengan wajah-wajah pelik etc.. Kepala ada air la.. Payung ada mata sebijik la.. Tapi yang kelakarnya kan, bila keluar kat tv, hantu diorg digambarkan sebagai hantu yang mempunyai rambut rebonding, panjang mengurai style emo, lepas tuh suka merangkak-rangkak. Paling tidak pun budak kecik (Ju-on)Oh, tak luper juga yang diorg dah pandai guna gadget-gadget masa kini, main miscall orang (the phone, one miscall)..buat blog.. buat self video (the ring)...

  • Hantu Asia tenggara (including Malaysia) Hantu yang jenis bertenggek atas pokok, rambut panjang menggerbang, gabungan benda mistik, suka main asap kemenyan, ada ability tilik nombor, curi duit, suka lepak kat sekolah asrama dan boleh buat blood contract dengan manusia (aka : saka).

Perbezaan hantu-hantu berdasarkan lokasi dan tempat tinggal sudah ternyata menunjukkan tiada hantu versi global yang satu dunia pakai. So apa tandanya? Jenis hantu diwujudkan daripada sosio-budaya,dan psykology masyarakat tempatan. Kirenya kalau anda kipas-susah-mati pasal hantu dan suka cari hantu, anda takkan jumpa Pocong di Jepun, Banshee di Malaysia dan Kappa di eropah... eh? btul ke nih?

cak! (amek dari sini)


Kenapa cerita hantu best?

Sebab cerita hantu berjaya menyebabkan jantung anda berdegup mcm baru lepas lari 100m dan kemistikan serta kepelikan cerita hantu membuatkan anda rasa takut nak dengar/ tengok tapi nak lagi.


Mmg menjadi lumrah manusia untuk rasa ingin tahu dengan alam dimensi yang tidak mengikuti hukum fizik. Ditambah lagi dengan kemistikan budaya yang tertanam secara subconciously dalam genetik orang asia, cerita hantu mmg menjadi perbualan hangat dan secara tak langsung menjadi pemangkin kepada rating tertinggi tv.


Secara budaya, orang-orang tua sering memomokkan generasi muda terutama kanak-kanak. Yang paling jelas ada hantu itu kat kawasan tuh, ada hantu ini kat kawasan ini, untuk menghalang diorg dari pergi ke sana. Kalau bab, jangan bagi bebudak keluar time maghrib lagi la.... nnti ada hantu sekian-sekian akan culik.. Mana la budak kecik tak takut..


Entah la.. mungkin lebih mudah mengawal kanak-kanak jika diterapkan elemen fear. Which is not good for their intelligent brain yang Allah ciptakan innoncet ibarat  kain putih. Bila dah besar.. seronok tengok citer hantu yang mengarut-ngarut tanpa sebarang elemen pendidikan atau kesedaran. Tak pun, generasi yang takutkan something yang dibuat-buat, tapi tidak takut akan dosa yang juga tak nampak. Maka wujudlah generasi yang berpemikiran serba dangkal. Lebih takut hantu daripada azab sesak neraka.


Fakta yang tidak boleh disangkal

Memang tidak boleh disangkal dengan kewujudan alam dan makhluk lain. Banyak je disebut di dalam al quran mengenai jin dan syaitan. Ada juga hadis menceritakan mengenai Qarin, yakni kembar jin kita sejak kita lahir.

So mmg la ada makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar di dunia nih. Tapi ada ke sampai tahap bunuh orang secara fizikally? Mungkin tidak. Rasuk orang sampai mati itu mungkin ye.

Namun demikian ada juga garis sempadan antara mereka dan kita.


Apakah dia..?


shhh... jangan tengok bawah katil


Simon 'Adam' Malik

Monday, 5 September 2011

Rendang SemiAuto

Assalamualaikum wbt



Hampir seminggu kita meninggalkan bulan madrasah. Dan hampir saban hari kita membedal ketupat, rendang ayam, sayur lodeh, kuah kacang. Nak up sket, laksa johor, satay, ayam bakar. Nak up lagi... erm.. tak pernah dapat, so tak tau. hehe.


Beruntung bagi mereka yang sempat merasa Aidilfitri bersama keluarga terchenta. Ada yang baru first time rasa since belajar luar negara, dan ada juga yang fly jugak tapi tahun nih still merasa beraya di Malaysia.


Kendatipun, lauk² yang sebutkan sebentar tadi memang biasanya dihidangkan ketika demam aidilfitri dan jarang sungguh dijumpai pada waktu lain. Maka, benda² ini juga yang pasti akan dimasak ketika raya di luar negara, betul?


Jika anda tinggal berdekatan dengan famili malaysia atau makcik / cik kak yang gemar memberi makan sedap-sedap, anda patut buat sujud syukur bagi anda yang personali tak reti masak. Takkan nak makan maggi ke pagi raya kot? hehe..


Berkat pengusaha bidang makanan dan hasil perah otak saintis-sainstis tempatan, maka muncullah pek-pek segera lauk raya di pasaraya-pasaraya mega tempatan. Kononnya utk mereka yang malas nak bau bawang or tangan terkena kunyit, tapi akhirnya mereka yang hendak ke luar negara pula yang mengebas benda-benda nih di rak-rak makanan.


Secara peribadinya, saya setiap kali balik summer mmg pasti akan restock 'lauk raya' saya. Antara yang saya akan bawak adalah :


  • Rendang instant
    Kuah kacang instant
  • Kerisik
  • Pek ketupat segera

Benda-benda inilah yang (at least) boleh menyelamatkan anda dari terkena sawan akibat rindu lauk raya yang melampau. Lagi-lagi kalau anda sorang-sorang tercampak di negeri orang. Nak cari nasi, roti baguette je yang jumpa. T_T


Never fear, Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Sifat-sifat warga asia timur yang gemar merantau dan berniaga menyebabkan anda boleh memperolehi bahan-bahan asia. Guane? Dah kalau diorg bukak kedai asia menjual serai, daun pandan dan sebagainya? Tak ke korg boleh makan masakan malaysia dengan best sekali? (senyum tunjuk gigi)


Tapi bila kita masak benda spesel, takkan kita nak mentekedarah sensorang? Kena gak ajak adek-adek serta kawan-kawan lain. Mana tau ada yang tersangkut bila mencandat. Tapi untuk menambat hati-hati manusia nih dalam bab² makan nih, kita must fake it till we make it. Anda perlu masak rendang instant tuh tapi orang kata bukan instant.

So anda perlu sediakan
  • Kerisik (bwk dari malaysia)
  • Serai, halia, lengkuas, daun limau (boleh cari)
  • susu or santan (boleh cari)
  • daun kunyit (korg lipat elok² dengan s/khabar, then simpan dalam freezer)

Masak rendang seperti biasa... Korg tau kan? Tengok je belakang pack instant tuh... Dalam pada korg menumis pes rendang tuh, campakkan daun limau, serai, lengkuas dan halia yang dititik. Then masukan susu/santan ikut kadar lemak yang anda mahu gain, then masukkan kerisik. Kacau perlahan dan perlahankan api. Kacau sekali sekala supaya tak hangus kat dasar dan biarkan mereneh sampai kering.


Kalau korg masak ayam, jangan korg kacau macam jet ski. Hancur takde rupa ayam nnti. Beruang terencat pun takut nak makan. hehehe...Agak-agak dah separuh kering, korg hiris daun kunyit then masukkan. Bila dah kering, sediakan perut yang kosong dan hadek-hadek yang kelaparan.


Hidang bersama-sama, ketupat kuah satay, sayur lodeh dan serunding. InsyaAllah, tak berkelip mata diorg memakan air tangan abang-abang yang sanggup masak untuk diorg. Walaupun mungkin masa tuh belum raya lagi, tapi diorg pasti merasa suasana raya dah insyaAllah. ehehe.. Bukan dari perut naik ke hati ke? (tunjuk tanda aman)

buat masa puasa tahun lepas, beberapa hari sebelum balik msia for good. Nak merasa 'raya' di perantauan buat kali terakhir (kononnya).. ahaha..


Oh ye, saya bukan la tukang masak professional. Sekadar untuk isi perut je.. ^^




Simon 'Adam' Malik



p/s : apa? nak sayur lodeh? InsyaAllah..

Friday, 2 September 2011

Raya '11 with weirdly first-timer

Assalamualaikum wbt



Pekabau semua? Sudah menambahkan lemak-lemak serta spare tayar walaupun berjaya mengempiskan perut bulan lepas? Paling tidak pun, sudahkah anda meleraikan dosa-dosa antara manusia dan mendekatkan mana yang jauh, dan merapatkan yang mana yang dekat sehingga terlanggar. eh?

Di kala saya baru sahaja pulang ke kotaraya, saya terus melepaskan gian untuk meng'on' internet di mana saya tak dapat access sejak pepagi raya lagi. Ramai juge yang dah update. Waahh.. anda semua mmg blogger tegar tahap kritikal.

Rata-rata empunya perasaan tersendiri dan gaya peribadi di hari mentekedarah ketupat rendang serta lemang. Saya? Jugee mmpunyai gaya tersendiri.. hehe.. gaya orang bujang belum dapat kerja tetap hehehe... So, sambil-sambil menyapu bersih balang-balang berisi rempeyek dan kerepek bawang, saya hidang pada anda beberapa peristiwa menarik yang boleh di sharing-maring.



Situasi 1

Hari senin lepas saya bekerja. Maka saya berniat untuk bertemu bonda sahaja di tengah jalan sebelum sama-sama pulang ke kampung. Bukan apa, Serdang nih dah 1/4 perjalanan.. Nak praktikal so dapat save minyak bukan? Lps berbuka murtabak 3 lima hengget, saya pergilah ke masjid putra utk merasa malam raya. Sebab? jeng..jeng..jeng... selama nih saya tak pernah sambut malam raya dengan gaya cool lagi bergaya! ( muka merah malu..). Sebelum nih buat apa? Merembat ketupat di kotak penalti beserta sayur lodeh, kuah kacang serta rendang daging dengan sistematik utk memenuhi ruang perut yg ada.

Bila ke masjid putra, saya mengenakan jubah putih dan ber.. ber... ketayap ek? Ala.. kopiah versi ala² snow cap tuh... Kalau inche gabbana tgk sure kagum. Kagum kerana jubah tersebut mempunyai kesan lipat dalam kotak yg begitu jelas sekali. hehehe..

Saya bertindak melaram sedemikian ( yakni mmg sah di luar kebiasaan saya) sebagai satu simbol kemenangan, misi ramadhan kali ini alhamdulillah, Allah izinkan tercapai. Walaupun tak seberapa berbanding syeikh-syeikh yang lain dan boleh lakukan lagi baik, tapi saya rasa puas. Duduk la saya di majid putra itu bertakbir raya dan mengikuti program malam raya diorg..First time buat solat sunah tasbih ^^v

Sebelum nih camne? Baju melayu separuh, tak pakai headgare sluar biasa. Full set baju melayu tak pernah mencapai 10 jam bila pakai. hehehe..




Situasi 2

First time driving secara solo pulang ke kampung. Hooyeehh!! Saya dah besar! Oh oh, saya pinjam kereta abang ipar ye? Nak mengharapkan kancil tuh.. tak sampai la alamatnya.. Yang bestnya masa nak balik, saya semangat keluar dari Serdang pukul 530 pagi. Niat nak solat raya di kampung sebelah ayah and then tunggu bonda sampai from klang before beraya kat sana

Nak dekat simpang masuk.. 'nih baru pukul 7 nih, plus lagi 30 minit dah sampai umah nenek. Solat raya sana je la'. (bermonolog berseorangan disitu) Hehe.. Saya pun dengan penuh keyakinan terus ke rumah nenek sebelah bonda. Koman-koman dapat makan ketupat kampung di pagi raya dan bersolat raya di surau kecil itu (which also [suprisingly] a first time, hehe)

Nak masuk tengahari sikit baru backtrack ke kampung belah ayah, join dengan famili. hehehe..

Lihat bagaimana hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang kita pegang selama ini, sebagaikan contoh iman, dalam saat-terbelah (baca : split second), kita lepaskan dan berpegang pada benda lain.

subhanallah.. moga Allah tetapkan hati kita setelah ditiupkan hidayah.




Situasi 3

Seperti kebiasaan jika saya berada di kampung, pagi² after subuh either jalan keliling rumah, or duduk kat anjung menikmati deru angin ngan kicauan 1001 burung. Then after sarapan, hitting the old archives. Haa.. mata saya cukup terjegil melihatkan betapa banyaknya buku-buku lama yang boleh di baca. Sila tekankan nada anda utk 'lama' itu. Lama tapi sangat-sangat berharga

Petang-petang, saya akan duduk berjuntai kaki kat titi depan rumah sambil membaca dan melihat jenjang-jenjang pulang petang. Tak pun tengok ayam itik kambing masuk reban. Mmg teruja la arituh bila nampak itik kat rumah mmber bila hantar hadiah jom pecah otak. Terus teringat kampung!

Masuk je malam.. kitrg ada activity lain. Eff-wai-aii, anak-anak serta cucu arwah tok Ah Chan, mmpunyai skill tersendiri untuk memeriahkan lagi malam-malam raya. Kebiasaannya saya join sekaki menjadi ahli big runners. This year? Tak join main pun sebab busy amik gambar! ahaks!

tiada kena-mengena dengan mana-mana situasi.



Situasi 4

Saya beraya kat rumah buah hati intan payung saya. (hoh! mata terbeliak!) Ia menjadi salah satu reason yang saya travel raya solo tahun nih. Bonda ada other plans otill friday sebab dia cuti seminggu. Saya nak pergi rumah nih raya ketiga, dan jumaat saya bekerja.

First time travel to unknown region without any idea selain arah matahari.hehehe.. Tengok gak map kat iphone makcik sebelum travel, tapi map tak complete. So keluar 230 pukul 415 baru sampai. hehehe... sesat 20 minit je, yang lain tuh sebab jarak dan jalan yang agak sesak. (still tak ngaku lagi tuh)

Then bertandang kat rumah urmah dia sampai nak masuk maghrib baru nak balik. hehehe.. Sebagaimana perangai saya, balik saya explore jalan lain, which macam lebih mudah. Tapi bila dah takde matahari nih, mmg cepat terlepas junction kat kampung!

Lama gak saya tak sedar saya miss junction. Lagipun lalu tempat baru, so mmg membantulah pada bahagian tak sedar itu. Alih-alih mulut saya menyebut 'eh??!!! nih macam nak pi Sg Mati jee???!!' Maka, saya pun terkial-kial buat pusingan U di jalan yang sempit dikelilingi ladang kelapa sawit. hehehe.. adventerous sungguh! ^^v


Yang sedihnyer tuh, semua orang, i mean SEMUA ORANG, ingat saya bertandang rumah makwe. Eh hello, saya bertandang rumah sahabat lelaki okey? Siap ada bukti bergambar lagi

Awat saya bersusah payah nak jumper mmber sorg nih? Haa.. Itulah penangan sulung bila masuk bulatan gembira! Tak cayer? Jom join!





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN SERTA ALAM MAYA
JIKA TERKASAR BAHASA TERCUIT RASA




Simon 'Adam' Malik



p/s : dapat merasa rendang landak.