Friday, 19 August 2011

Jom pecah otak! Siri 4 (Bonanza Blitz Special)

Assalamualaikum wbt


Kali ini, siri Jom Pecah Otak menghidangkan teka-teki yang bukan perlu pecah otak kerana nak pikir logik, calculus dan logaritma. Kali ini, ada jenis teka teki sempoi yang bertujuaan untuk kenakan orang.. hahaha!!

Bukan itu sahaja, post kali ini menghidangkan bukan satu... bukan 2 tapi TIGA SET teka-teki sekali gus! Hadiahnya pulak cukup lumayan dan sangat-sangat spesel edition! hehehe..


Jap biar saya tayang hadiah apa dulu.



jeng jeng jeng...


Sebalang kuih tart nenas dari saya secara percuma!! hehehe...

bukan laptop tuh ek hadiah nyer...


Untuk memenangi hadiah exclusif nih (mmg exclusif, kalau dekat saya hantar sendrik).. anda perlu jawab ketiga-tiga teka-teki dengan betul! mudah je kan?


Set Teka Teki satu.


Seorang kelasi sedang duduk meminum teh wangi tatkala waktu berbuka puasa di sebuah warung berdekatan dengan sebuah pelabuhan. Tetiba dia bersuara menceritakan pengalamannya menjaga sebuah rumah api di Tanjong Katong.

Dia berkata :  Tiada yang lebih pelik dari peristiwa ini. Sebuah kapal layar sedang menuju ke arah utara.  Asapnya pula bergerak ke arah timur. Tapi dia still ke arah utara...

Dia berkata lagi : Tiada yang lebih menghairankan dari kisah ini. Sebuah kapal boleh memuatkan 37 orang. Pada suatu hari, semasa kapal itu mmpunyai 36 orang, seorang wanita mengandung menaiki kapal tersebut. Kemudian kapal itu tenggelam.


 selesaikan kedua-dua teka teki dari kelasi ini..


 Set Teka teki 2


Suatu hari seorang pemburu Nawanyeto Gédébab pergi ke sebuah padang. Padang tersebut dipenuhi dengan lembu-lembu dan khinzir-khinzir. Semasa dia sedang bersiap untuk mengeluarkan tombak beracunnya, kesemua binatang-binatang itu mula bergerak menuju ke padang ragut yang lebih hijau. Dalam pada mereka berhijrah itu, mereka terpaksa menempuh sebuah sungai yang dipenuhi buaya.

Pemburu ini duk la perati apa yang berlaku sambil macam layan National Geographic. Apabila binatang-binatang itu berjaya melintas sungai, dia terkejut apa yang berlaku.

  • Lembu-lembu kehilangan perut
  • Seekor lembu kehilangan punggung.
  • Kesemua khinzir selamat

bantu mamat ini untuk menerangkan apa yang berlaku pada ketiga-tiga kes



Set teka-teki 3


Pak Sungip Tempang mempunyai sebuah kebun magik. Punya magik,  segala apa jenis buah ke sayur ke, semuanya nyer ada.
Oleh sebab mengelakkan sebarang khurafat dan syirik, kebun itu satu hari terbakar... semuanya musnah kecuali 3 jenis buah.




Apakah buah yg terselamat dan bagitau reason kenapa dia selamat.



Selamat menchoba~~!! ^^



Simon 'Adam' Malik

16 comments:

hantu kak limah said...

teka teki nampaknya makin aneh dan lucu
dan perlu ke tayang gambar tart nenas yang menawan itu -_-"
makcik belajar tak tinggi...

Simon 'Adam' Malik said...

@hantu kak limah

kasi relax otak sikit kali ini.
ala.. cuba je la mak cik. kali ini semua jawapan possible. ^^

mmg la mak cik belajar tak tinggi, tapi mak cik boleh lompat dari atap ke atap.. kire tinggi la tuh.. ahaks!

Anonymous said...

Kalau nak jawab, kena cukup2 Tiga set ke? Ala.. Set 2 je masih garu kepala lagi. Clue tadak?

Anonymous said...

Tekaan semata2 je dulu.

1.kapal layar ada ASAP ke?
.kapal selam mungkin. Tu yang tenggelam.

2. Mana Ada buat sup ekor dgn sup perot pakai Babi. Haram. (tapi apa kemena dengan buaya?? @-@" nak clue lagggiiii)

3. Ni macam pakai teka teki buah je.. Pisang emas, Cempedak, buah keranji. (kalau betul, memang pandai la si pembuat soalan NIH)

Anonymous said...

2. Lembu yg las skali berenang kuak lentang. So, ekor dia je yang kene.

NyOnya said...

Ann 1-2-3 adalah saya ye.

jie said...

stuju ngan jawapan atas...no 1 tu kapal selam n kapal layar x de asap...

2...rasanya buaya tu taw kot khinzir tu haram...hehehe...

3...x taw....

nadzwareina said...

aku mcm dapat jwpn teka teki num 1 ngn 3, tapi teka teki num 2 tu serius aku xtau lgsung.. pecah kepala duk pikir pepagi buta ni... nk klu lagi bole? :D

Simon 'Adam' Malik said...

@Nyonya atau Ann 1-2-3

complete kan jawapan anda dalam satu komen dan bagi reason² jawapan anda! anda sudah hampir layak menerima hadiah!

^^

Simon 'Adam' Malik said...

@Jie


haha.. lagi 2 set lagi bro. Set yang kedua kasi complete jawapan² dia. ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@raden

oho, tiada clue diberikan disini.. hehehe... =p

nadzwareina said...

aloh xde klu? kalau camtu aku hentam je la eh..ni aku try bg jwpn :

set 1 :
1) kapal layar xde asap. so kalau asap die menghala ke timur memang pelik la.
2) kapal yang tenggelam tu kapal selam. xpun sebab prmpuan tu pregnant, so dikira ada 38 org, so dia tenggelam la (boleh gitu? hahaha)

set 2:
lembu2 lain tu dia berenang biasa, so perut diorg kena ngap dari bawah. lembu paling last tu terlambat, so dia buat kuak lentang nak kejar, tu pasal punggung kena ngap. yang khinzir tu haram so buaya2 tu taknak sentuh langsung hehehe :D

set 3:
buah cempedak selamat sebab dia kat luar pagar, pisang emas slamat sebab dibawa belayar,buah keranji pun selamat sebab dia dalam perahu. yg teka teki ni aku dah biasa dengar :D

NyOnya said...

Hah. Sama Aja dengan Cik kak di Atas ni. Penat dah ceq perah otak smalam. ^_^"

Simon 'Adam' Malik said...

@raden


alhamdulillah.. ada jugak yg jawab dengan tepat skali.. hehehe..


so pemenangnyer adalah cik RADEN kiter.. !

nnti aku kontak ko ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@nyonya

aiseyh nyonya, kalau awk jawab soalan set 2 dengan sempurna, sy boleh terima jawapan 'sama mcm cik kak dia atas'... dan melayakkan awk dapat kuih free..

so choba lagi bulan depan year (dan jawab elok² dan tak gopoh.. hehehe..)

^^

nadzwareina said...

wah aku main hentam suka hati je jawapan num 2 tu, tak sangka betul..

Nampknya raya tahun ni dapat satu balang kuih raya extra & free.. Mekasih adam ^^