Tuesday, 23 August 2011

Cerita Pelik Bulan Ramadhan : Serius Pelik

Assalamualaikum wbt





Direct to the point, korg ada tak cerita-cerita pelik di bulan ramadhan? Pelik yang tahap, kalau korg dengar sure korg kata pelik. Ada? Saya juga ada beberapa kisah pelik untuk saya kongsikan bersama. So, cerita dibawah ini adalah benar-benar belaka. Bagi mereka yang membaca artikel ini pada waktu siang, sila bookmark page ini dan kembali sebaik sahaja anda selesai terawih. ^^



Oit bangun!

Yang pastinya bukan Ramadhan tahun lepas, tapi tahun sebelum itu. Seperti biasa saya tidur dengan nyenyaknyer di dalam bilik kecil saya. Tapi senyenyak mana, saya pasti akan terus terjaga kalau ada org bukak pintu sebab pasti akan ada bunyi ‘gedegum’ (sfx susah la kalau nak ditulis..)

Then tetiba saya terdengar pintu bilik saya di buka, dan saya mendengar suara ‘Bangun. Bangun qiam’ sambil badan saya dicuit-cuit. Biasa la lambat react bila ikhwah serumah datang kejut. After a while baru saya bangun ambil wuduk dan qiam secara bersendirian dalam bilik.

Esok pagi saya tanya la roommate saya tuh, dier kejutkan saya qiam ke. Dia jawab tak, dia siap mimpi masyuk lagi. Baru saya sedar, bila saya nak ambil wuduk semalam saya perlu buka pintu bilik.
Pelik tak?



Oit bangun 2011

Yang nih sure tahun nih. Masa nih progam KONSISTEN. Semua warga tenaga kerja kepenatan dan ketiduran dalam bilik setiap hari bila menghandle program nih. So yang turut terkulai atas katil adalah saya juga.

Then saya terperasaan ada orang letak sebotol air kat sebelah saya masa time tidur. Oleh sebab air tuh sejuk mengganggu saya, saya letak la air botol tuh kat bawah. Then tak lama lepas tuh, ada member datang kejut suruh Qiam dan sahur. Cam biasa la react lambat. Then masa bangun, saya pelik la apasal semua orang tidur lagi dan orang tak kecoh-kecoh ambil makanan sahur. Tengok jam, laaa.. pukul 3 pagi rupanya! Then bila esoknya tanya, bangun sapa yg kejut dan sapa bagi air, masing-masing tak ngaku.
Pelik tak?


Sahur ke tak?

Pada suatu malam, saya tertidur dalam pukul 5 pagi. Then alih-alih tersedar dah nak masuk subuh. Punya nak kejar keberkatan sahur, So gi la turun berlari-lari ke dapur nak minum air. Masa duk teguk-teguk tetiba azan. Tersedak jap, dan alih-alih saya sedar saya kat atas katil lagi. Eh, mimpi ke tadi

So masa bersiap nak pegi kerja, cakap ngan bonda yang tak sahur tadi. Tapi bonda kata dia ingat saya turun sahur sebab dengar ada orang turun bawah. Sebab tuh tak kejut.

Hairan tak?


mana datang bau wangi nih?

Suautu hari, ada sorg mamat nih bertandang ke masjid selepas kerja. Dia berazam untuk melaburkan masa ramadhannya dimasjid dengan tadarus dan beri’tikaf sampai berbuka puasa. Masa dia datang singgah tuh, time tuh hujan renyai-renyai; Masa dia masuk ke masjid, dia terperasaan sekujur jenazah dihadapan pintu masuk.

Dia tertny-tny adakah jenazah ini dah disolatkan belum sebab kalau belul dia niat nak solat bersama-sama keluarga si mati. Tapi dia malu nak bukak mulut. So dia pun terus ke tengah masjid lalu bertadarus alquran.
Tak lama lepas tuh, dia tercium bau wangi yang bagai melintas dari belah kiri ke belah kanan nya. Maka dia pn menghidu macam bau itu melintas. Alih-alih ekor matanya menangkap yang qariah masjid sedang bersiap-siap  untuk solatkan jenazah. Lalu dia bangkit cecepat pergi menunaikan niatnya itu.

yang pelik nya, ada je jemaah lain yang sedang baca quran. Tapi apasal diorg tak follow suit?


Now that’s what I call awesome

Mamat yang sama. Oleh sebab dia selalu je datang bertandang pada masjid yang sama saban hari, siap buat macam rumah sendiri, mandi manda, on laptop dan sebagainya; maka dia dapat mengecam jemaah-jemaah yg selalu hadir.

So pada suatu hari semasa dia sedang mengejar objektif ramadhannya di ruang legar di luar masjid, telinganya menangkap bunyi sesuatu.

Dia menoleh lalu tersenyum sambil memikirkan betapa banyaknya pahala orang itu. Ini kerana orang itu sedang berusaha sedaya upaya membaca surah-surah lazim dengan bimbingan tukang mengajinya. Tidak seperti dirinya sendiri yang laju membaca (tapi kurang/tak faham) macam ETS.

Saya yakin ramai yang pelik dengar/tengok sebab tak ramai yang tahu jatuh bangun seorang mualaf sebaik sahaja dia memeluk islam.


Artikel ganjil

Suatu hari, ada seorang manusia baru sahaja menunaikan solat sunat tarawih di masjid. Oleh sebab dia internet addict, sebaik sahaja dia pulang, dia membuka internet lalu membuka blogger dan facebook. Dia terperasaan ada artikel baru dari blogger yang dia follow.

Dia punya la baca sehingga saat ini, dia sendiri tak rasa pelik kenapa dia membaca artikel yang begitu tidak menambahkan iman itu word by word. Bila dia ke blog satu lagi, yang penulisannya berbenda keagamaan, dia rasa begitu pelik sekali dan terus melompat ke perenggan terakhir untuk membaca komen.

hehe... ^^




Kesimpulan.

Sebenarnya benda yang pelik adalah bergantung pada pentaksiran pemikiran seseorang. Dahulunya, basikal bergerak dikatakan ada jin yg menolak. Minda masyarakat nusantara begitu fanatic dengan benda-benda pelik sehingga mereka lebih mencari kepelikan itu dari mempelajari ibrah dari peristiwa itu.

Asal berkaitan dengan malam, tak kisah la malam yang masih ada lagi hantu jembalang, mahupun malam yang kebaikan bersamaan seribu bulan, ada je cerita ajaib dan pelik datang menghiasi.

3 cerita pertama sebenarnya boleh diexplain :

  •  Saya, sampai certain tahap, tidak dapat membezakan antara mimpi dan realiti. Bunyi dari luar, kadang kala otak saya akan proses dan beri taksiran sendiri dan gambarkan dalam mimpi saya ketika itu. itu yang kadang kala saya yakin saya dah solat, padahal saya masih atas katil lagi.
  • Orang lain pun lebih kurang gak. Mungkin dia sleep walking. Die begitu mahu menjaga ruhi antara kami, tuh sampai badan dier pun bergerak sekali tuh. Yang pasal botol air tuh, kawan saya misplace tatkala dia mamai dalam gelap.
  • Bonda juga serupa, dia mendengar bagai saya keluar bilik, padahal (mungkin) mak tertidur time tuh.

Cerita yang seterusnya adalah suasana pelik zaman kini. Sepatutnya suasana inilah yang patut kita tumpukan kepelikannya agar tidak menjadi pelik. Manakala, benda-benda jahiliyah yang common seperti... erm.. apa-apa la, menjadi pelik suatu hari nnti bila dilakukan.



Itu belum lagi bab penerusan bacaan quran walaupun dah habis ramadhan. Adakah kita akan dianggap pelik jika kita tetap meneruskan tabiat ramadhan kita sepanjang tahun?

Ataupun, walaupun kita golongan professional / pelajar, namun kita tetap meenjaga ibadat kita, macam bulan ramadhan, dan seterusnya menjadi individu muslim yang super cool lagi kacak bergaya?

Adakah pertembungan / pencampuran dua itu satu benda yang pelik? Adakah being a true muslim adalah pelik?

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadith riwayat Muslim

Islam datang di kalangan orang mekah yang begitu unfamiliar dengan tuhan yang esa. Kini, a person dipandang ganjil jika tak ke kelab malam, ada couple, jaga adab, tak membazir kerana menjaga Islamnya. But then, beruntunglah mereka yang pelik-pelik ni.

So siapakah anda?

Masyarakat madani atau golongan pelik yang bakal merubah dunia?



Simon 'Adam' Malik


P/s :
proud to be pelik
P/s :
Pudingu-san, apa beza aneh dan pelik ek? sama ke?

8 comments:

Anonymous said...

Kalau naik train lepas program, mesti mcm obvious org tengok sampai ada adik kata, "Apsal semua tengok2 kita ni akak? Pakai baju cukup je kain.." kmudian Ada yg menjawab, "Ghuraba, Ghuraba". Best apa jadi ghuraba. Biar aneh. Jangan pelik. Eh, ke sama?

Anonymous said...

kurang paham ape yg berlaku ngan anta psal tdo..x taw sammada nta nak bg analogi ke..but if u face the same prob again and again, u need to consult the doc..mb ade sleeping disorder..

hahah..kalu ana salah paham asif..tp get the point u seterusnya

Inche gabbana said...

syaikh, yg kat konsisten tu, abduh mesir la yg tlg kejutkan.. ^^"

pudingu-san said...

pelik itu anda, aneh itu saya
-_-"

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous 1

benar best jadi ghuraba'. tapi jangan misconcept plak. jgn jadikan ghuraba menimbulkan perasaan angkuh kita ditarbiyyah tapi yg lain belum lagi..

wallahualam..

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymoys 2

no, ia adalah satu andaian saya untuk peristiwa² pelik itu berlaku berdasarkan pada karakter dan sifat semulajadi badan.

bab mimpi tuh, tak lihat sebagai sleeping disorder.. sebab minda mmg suatu ketika akan aktif bila tidur, sebab itu menghasilkan mimpi.

yg part, sampai takleh beza realiti or mimpi tuh bila penat sangat.. hehe

wallahualam

Simon 'Adam' Malik said...

@inche gabbana yg naik kereta merah menyala

haa.. sebab tulah setiap benda yang kita anggap pelik itu sentiasa ada explaination. ana tau sebenarnya, tapi ana tak nmpk plak dier qiam memana. so ana assume dia sleep walking. hehehe.. ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@pudingu-san

oo.. kalau macam tuh, mmg sah-sah lain. ^^