Thursday, 18 August 2011

Hey! hey! Happy Anniversary!

Assalamualaikum wbt




Bagi saya 17 of ogos adalah tarikh yang banyak significant (pada diri saya of course). Satunya adalah kes lama yang saya (alhamdulillah) sudah angkat dan buang jauh-jauh. Cukup la saya meroyan secara dalaman selama 3 tahun. Itu kes lama, tak perlu dibuka file-file lapuk. Buat sakit jiwa anda bagi yang bersusah payah cuba merentap jahiliyyah yang berakar umbi di dalam hati.

 Next.. pada tarikh yang sama, saya hampir tak boleh naik kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Balik secara Bee-Eff-Gee (Back for good). Tak boleh naik sebab luggage dan hand carry overweight secara melampao.. hehehe

Sudah genap setahun, saya meninggalkan negara yang mengajar saya banyak benda. Saya jamin, saya tak pernah belajar sebelum ke France. Pada tarikh yang sama juga, saya meninggalkan medan yang banyak mengajar dan mendidik saya mengenai perasaan tanggungjawab dan peribadi sebenar sebagai penyelamat masyarakat dunia. Pada tarikh yang sama juga, saya meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan yang sebelum itu dah pun takde kat rumah sebab balik summer... Kire saya bagi farewell kat rumah diorg je la.

Genap setahun di malaysia, where reality is the main character, banyak juga yang saya belajar. Terutama bab food. ehehe.. Di Malaysia is a different story. Tak sehayun penuh (full swing) seperti di France. Dengan internet slow nyer.. dengan public transport yang serba tak mesra alam nya, dan bermacam-macam 'dengan' yang penuh contradiction dengan negara yang memisahkan antara agama dengan kehidupan.

Cukup mukadimah saya yang meleret-leret.. ada lagi satu anniversary yang patut saya kongsikan kepada kamu. Satu yang hangat diperkatakan semalam dan semalam je. Eh? korang tak tau ke? Ruginyer...



Promotion-super-gempak-tak-ingat-kedai-perabot-rotan-pak atan..



wahahaha.. best gak buat lawak ini. (peluh, sebab budget ada orang gelak)



Ok, pasang seat belt anda, kita akan time travel!!



624 AD, Yalyal Valley


Pengembaraan masa kita melalui mesin cahaya masa membawa anda semua ke sebuah padang pasir. Di sebelah barat lembah ini, terdapat sebuah bukit yang agak besar... Di sini tercatatnya sebuah peristiwa yang begitu agung sekali.

Ia tercatat di dalam quran. Ia mendapat jolokan agung (great) walaupun jika di bandingkan dengan mana-mana skala zaman kini, perhimpunan tshirt kuning lagi ramai.

Di sinilah di mana, Allah membezakan pihak yang benar dan pihak yang batil.
Di sinilah matinya kebanyakan tokoh pentadbiran pihak musuh dengan sekali pertemuan.
Di sinilah, Rasullullah saw mengangkat tangannya ke langit ketika berdoa kerana risaukan masa depan islam.
Di sinilah, bertemunya dua pasukan secara head on, Pasukan Islam Madinah dan Pasukan Quraisy mekah.

Di sinilah.. berlakunya The Great Battle of Badr.


....jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Al-Anfal : 41)



Tiada surah yang lebih banyak menkomentarkan perang Badar Al-Kubra daripada Surah Al-Anfal. Perang Badar adalah perang yang agung, dan saya pasti semua orang bergelar muslim mengetahui (at least) apa yang berlaku dan pengajaran-pengajaran yang boleh kita kutip daripadanya.

Kisahnya bermulanya, tatkala seruan hijrah daripada Rasullullah saw. Penduduk islam mekah, dengar dan taat pada baginda terus berhijrah tanpa membawa sebarang periuk nasi LG, oven serta pinggan mangkuk Royal Albert. Mereka berhijrah  dengan penuh rasa berserah pada Allah swt kerana tidak tahu apakah nasib mereka kelak.

Namun, di Madinah, Rasullullah saw mempersaudara mereka dengan dasar akidah. Tiada penerimaan yang sehebat ini yang berlaku sekarang. Ruh persauudaraan ini lebih dari ikatan darah. Bahkan ada yang sanggup untuk memberikan salah satu daripada isterinya kepada saudara Muhajirinnya.

2 tahun kemudian, penduduk Islam Madinah mengetahui ada sebuah rombongan dagang mekah yang sedang perjalanan pulang dari Syam. Rombongan yang diketuai oleh Abu Sufyan membawa 1000 ekor unta yang sarat dengan hasil dagangan dan hanya dikawal oleh 40 orang. Hasil-hasil ini adalah daripada jualan barangan tinggalan penduduk islam mekah yang berhijrah ke Madinah.

Atas dasar untuk merampas kembali harta mereka, seramai lebih kurang 313 tentera islam, gabungan orang muhajirin dan ansar bertolak untuk mengejar kafilah ini. Namun tindakan ini sebenarnya mampu menggugat nama Islam yang baru sahaja hendak naik di semenanjung arab. Jika Allah mengizinkan mereka dapat intercept kafilah ini, sudah tentu para orientalis yang bertuhan taghut memperlekeh tindakan Rasullullah. Mereka pasti akan mendakwa, Islam mengajar kita untuk merompak.

Di bahagian Mekah pula, Abu Sufyan mengetahui yang kafilahnya menjadi sasaran, maka dia pun menghantar utusan ke Mekah untuk meminta Reinforcement. Maka, keluarlah lebih kurang 1300 tentera quraisy mekah, siap dengan kelengkapan perang dan pasukan berkuda dan unta.

Abu Sufyan pula, membawa kafilahnya mengikuti jalan yang lain agar tidak bertemu dengan pasukan Islam di tengah jalan. Kafilah ini akhirnya berjaya melarikan diri dan menghantar satu lagi utusan untuk memberitahu pasukan mekah yang barang dagangan selamat.



Namun Abu Jahal berkeras hati untuk march forward. Sebagai pemimpin mekah yang kaya raya itu, dia perlu menunjukkan taring Mekah pada seluruh kabilah lain supaya hormat dengan Kaum Quraisy. Strategically, Tentera mekah mmpunyai advantage.. Jika mereka bertembung, mereka yakin mereka akan menang kerana jumlah mereka lebih ramai. Jika tentera islam berundur, Quraisy mendapat tactical advantage dari segi penguasaan jalan dan kawasan. Dua kabilah berundur dari ketumbukan ini, maka tinggal 1000 orang sahaja yang meneruskan perjalanan.


Ya benar.. Mekah dan kaum Quraisy dihormati dan ditakuti oleh kabilah² lain di semenanjung arab. Ini kerana Mekah memberi perlindungan dan makanan untuk kafilah dagang dan juga jemaah haji. Kedudukan mekah yang berada di tengah-tengah jalan dagang, menyebabkan para pedagang selesa untuk singgah disitu (kenapa macam familiar je rasanya bila sebut 'tengah-tengah jalan dagang?)

Padahal itu merupakan nikmat yang Allah berikan pada mereka. Namun mereka 'salah konsep' ketuhanan dan menyembah berhala..


Tentera islam yang pada asalnya terbayangkan harta-harta dari 1000 ekor unta, namun Allah gantikan 1000 ekor unta itu dengan 1000 orang tentera quraisy siap dengan kelengkapan perang. Di sini Allah hendak menguji iman mereka...


Rasullullah saw mengadakan meeting untuk decide, nak teruskan atau tidak, memandangkan majoriti yang ikut perang ini adalah orang ansar. Apabila berubahnya niat asal untuk merampas harta, orang-orang ansar ada hak untuk tidak mengikuti konfrantasi ini. Namun mereka begitu taat pada rasullullah. Mereka tetap bersama baginda untuk berhadapan dengan musuh. Tiada orang sebegini lagi hari ini.. boleh je kita jadi..? diorg manusia juga...


Dan syura memutuskan untuk berperang dengan Quraisy mekah kerana tidak mahu mereka mengusai kawasan yang berhampiran dengan madinah. Lalu berangkatlah mereka menuju ke telaga badar dengan serba serbi tak lengkap, kuda pun ada dua ekor, unta naik gilir²...


Tiba sahaja di lembah ini, beberapa strategy dilakukan bagi persiapan untuk menghadapi peperangan seperti bertahan di hadapan telaga badar dan menimbus telaga yang satu lagi, kedudukan khemah Baginda dan sebagainya... Maka tanggal 17 Ramadhan,  bertemulah dua pasukan.


Natijahnya... tidak perlu saya ceritakan disini... kerana kalau berlaku sebaliknya, nama anda sekarang mungkin Maria Lambogini ataupun Carlos Santiago Barthez.


Jika tidak kerana yakinnya dengan kebenaran agama islam, sudah tentu mereka telah angkat kaki bila mendengar jumlah musuh lebih tinggi
Jika tidak kerana ukhwah dan kesabaran yang ampuh tentera-tentera islam, sudah tentu barisan mereka lemah dan dapat ditembus oleh syaitan yang membisik.
Jika tidak kerana keikhlasan hati dan taqwa mereka yang kelas pertama,  sudah tentu mereka putus harapan tatkala melihat kelengkapan musuh.


Namun, Bilal berhadapan dengan tuannya dulu
Abu Ubaidah clash swords dengan ayahnya
Dua remaja mengejar bersungguh-sungguh Abu Jahal.


Semangat jenis apakah ini...?
Semangat spesis apa yang merasuk mereka ini?

Kita empunya semangat sebegitu hari ini...?






Bersyukurlah dengan nikmat iman kita sekarang..
Bersyukurlah yang Allah telah menamakan kita seorang muslim.
Bersyukurlah yang kita mewarisi legasi Rasullullah saw dan para sahabat.

Mereka berperang demi survivability islam dan dakwah.
Demi generasi masa depan. Demi kita merasa tertegaknya syiar islam di seluruh dunia.







Jom muhasabah sambil pulang naik cahaya masa..





Simon 'Adam' Malik

4 comments:

boku said...

kisah perang badar never fail untuk men-terharu-kan diri ini

terkadang, bila membandingkan diri ini dengan mereka, bila membandingkan kesusahan diri ini dengan mereka, bila membandingkan pengorbanan diri ini dengan mereka, terlalu tinggi jurang perbezaannya

semoga Allah memberikan,setidaknya setengah dari kekuatan mereka, kepada sy,dan kita semua.
amin

Anonymous said...

MasyaAllah. Tarikhnya sama juga dengan Nuzul Quran tahun ini. =)

Simon 'Adam' Malik said...

@boku

amin... itu antara keinginan kita semua.. mempunyai (at least) separuh..


tapi belum lagi bab mereka dugaa mereka ketika peerang ahzab...

*insaf*

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

tarikh apa ye? nuzul quran malaysia mmg set 17 ramadhan..