Tuesday, 30 August 2011

Photo : Lighting Up the Night


Nothing beats the annual fireworks display
Short, but exceptionally awesome.
This is one of my best fireworks picture that i could get during that night.
Hail the tripod maker. ^^

Hari Raya Aidilfitri 2011

Location : Kampung, Malacca

End of August 2011

Monday, 29 August 2011

Nasihat terakhir dari seorang kawan yg istimewa

Assalamualaikum wbt


Sedikit nasihat sebelum Ramadhan meninggalkan kita untuk 1432H...





Bila tengok nih .. memang benar-benar terfikir.. adakah puasaku tahun ini diterima Allah.. adakah amalku sepanjang Ramadhan ini diterima Allah.. Tapi ku rasakan macam takde apa-apa perubahan.. wuwuwuwu (mata mula berair..)

Benar.. aku sudah merindui Ramadhan.. bulan yang boleh membantu diri kita untuk berubah menjalani lebih baik dan menjadi bertakwa sepanjang hidup kita di dunia.


Ya Allah.. pertemukan aku dengan Ramadhan tahun akan datang.. janganlah kau cabut nyawa ku selagi tidak cukup amalku di dunia ini..


Simon 'Adam' Malik

Sunday, 28 August 2011

Spreading Lurve

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah... alhamdulillah..alhamdulillah...

Siapa sangka aku sanggup? Siapa sangka aku berjaya habiskannya semalam. Eheh... Tidak lain dan tidak bukan Projek Ramadhan Giveaway~!


Honestly, masa awal ramadhan saya tak terfikir langsung untuk buat projek nih. Namun Allah menggerakkan hati aku ini ketika kita hampir memasuki penggal terakhir Ramadhan..

Maka, semasa Allah jentik hati kecil serta keras ini untuk berbuat sesuatu. Sesuatu yang boleh diberikan kepada orang lain. Shshh... nak dengar satu rahsia tak? Saya nih jenis, bila discover ssesuatu yang best, hanya akan kongsi dengan member-member rapat je. Terutama benda makan. (malunyer sayeeerrrr!!)

Allah hendak mendidik jiwa ini untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja. Bukannya memilih. Dan perasaan memberi hadiah / sedekah perlu dilakukan dengan perasaan yang kita sebenarnya nak benda tuh, tapi oleh sebab hendak mencari redha Allah, maka benda itu diberikan pada orang lain dengan senang hati. Selain itu, hadiah juga memang alat untuk spread love, macam yang disebut dalam hadis Rasullullah saw ;

"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)


Maka, saya pun mengubah refine balik resipi kueh tat MR7, dan menemui resipi dan langkah-langkah terbaik. Lalu (dengan penuh rasa nak bagi orang rasa), saya pun memulakan projek ini.







Maka, bermulalah sesi penggentelan, pe'nyemprit'an, pengggulangan, dan pembakaran. Untuk tiga batch pertama, saya lakukan dalam environment industrial, di mana guna tray besar... oven besar... So dalam 4 jam dah boleh habiskan satu batch. Err.. timing tak termasuk sesi penggentelan inti. hehe

Batch terakhir buat kat rumah. Lagi susah kot sebab guna oven rumah. Susah nak handle heat yang tak even. Nasib baik ada akak-to-the-rescue ^^. Masa duk buat kueh tuh, saya bertanya la pada akak, bila paling last kita pakai oven yang kitrg pakai sekarang nih. Dia kata since dia sekolah rendah. (mulut ternganga!)

Saya congak-congak.. betul jugak.. Yang saya confirm, dari 2003, oven tak pernah beroperasi sebab bonda pencen awal dari buat kueh. (tak sapa nak tolong sebenarnya). So saya agak di akhir abad ke 20 kot paling last kitrg buat kueh tat. eheh.. kitrg buat kueh nih je.. kueh lain jarang buat.

Dan semalam secara officiallynya, projek ini ditamatkan kerana kehabisan  dough dan inti tat. Dapatlah dalam total of 700+ biji (senyum tunjuk gigi!)

Kebanyakannya dimasukkan dalam balang dan diberikan pada orang. Yang mana yang agak tak jadi, dimasukkan dalam perut ketika berbuka puasa. hehehe.. So bakinya adalah seperti gambar kat bawah yakni untuk kegunaan kuih di rumah. So bagi mereka yang nak merasa / nak makan lagi, boleh la datang beraya rumah saya. Private message saya di adf36@hotmail untuk mendapat alamat rumah saya. (promotion jenis apakah ini...?)



Selamat menjalani hari-hari terakhir bulan puasa!



Simon 'Adam' Malik

Thursday, 25 August 2011

Tinjauan udara unit khas burung pucong

Assalamualaikum wbt




Esok secara rasminya ramai orang akan mula pulang ke kampung untuk menyambut malam-malam terakhir ramadhan bersama keluarga (baru sedap sikit tulis, berbanding menyambut hari raya.. hehe).

Maka bermula juga pada esok hari, lebuhraya-lebuhraya utama berkemungkinan akan sesak sampai la pada pagi 1 syawal dan pada hari-hari seterusnya.  Tambahan dengan cuti persekolahan yang bermula pada hari sabtu, ramai je pelajar² (serta guru) yang ambil cuti awal untuk balik kampung. Lagi bertambah-tambah la lagi jeeemm (sila sebut dengan stress sekali) kat lebuh raya.

Baik, hasil dari kerjasama Unit khas Burung Puchong yang berpangkalan di paya terbiar upm, dan juga kolaborasi mergastua yang lain, diorang memberikan sedikit perkongsian jalan raya daripada tinjauan mereka saban hari.

Maka rancang perjalanan anda dengan bare in mind beberapa perkara yang mereka kongsikan.


Yang pasti Jeeemm

 Kalau ke arah selatan;

  • yang pastinya bermula pada exit elite masuk plus sampai senawang. (boleh jadi dari bangi lagi dah jeemm..)
  • exit alor gajah dan ayer keroh
 Ke utara.

  • Jalan Duta ke arah utara
  • selepas exit Terolak
  • Selepas terowong [tak hengat nama]
  • Masuk je kawasan jelapang.
Ke timur

  • Karak jeemmm time² ginih mmg wajib.


Setiap perkara empunya solusi.

Satu perkataan merumuskan semua. R.A.N.C.A.N.G. Rancang jadual perjalanan anda. Nak mudah travel pada waktu tetengah malam atau pagi-pagi buta. Jalan tak berapa sesak sebab orang banyak kat rumah tidur.

Kalau anda ke selatan dari KL (dan credit Touch&Go banyak), boleh buat slight detour lalu LEKAS sampai senawang, then exit balik kat plus. Kalau anda dari banting or Klang, lalu je jalan pantai. Ye saya tau lagi lambat sampai, tapi at least anda boleh jalan-jalan tengok pekan / kampung orang ^^



Ke arah utara saya kurang familiar.. so sorry la ek? ^^"


Paling tidak pun, 2 jam sebelum bertolak, anda layari LLMTrafik dan check sendiri laluan perjalanan anda.
Kalau sekadar menggunakan sedara-mara 3310, boleh je telefon 1 800 88 77 52 dan borak dengan akak/abang yg bertugas mengenai jalan mana yang jeemm dan jalan alternatif yang ada

oh ye, diorg pun ada keluarkan kaedah perjalanan masa time raya. Tak nak follow boleh, tapi alang-alang diorg dah penat² banci saban tahun, per salah kalau kita ikut je kan? ^^


Utk ke utara-selatan di sini

Utk ke Pantai timur di sini




credit



Memandangkan anda hendak travel meninggalkan bantal buchuk anda dan pergi ke rumah yang ada bantal buchuk yang lain, sini ada sedikit tips dan saranan ketika pulang ke kampung.

  • Pastikan semua suis dan plug telah di off dan di cabut. Nnti ada yang hangus disambar petir nnti..
  • Bagitau jiran mengenai ketiadaan anda dirumah.
  • Sebelum keluar pastikan ada wuduk dan pastikan baca doa naik kenderaan.
  • Kunci rumah sebaiknya dan tinggalkan rumah dengan penuh rasa berserah dan tawakkal pada Allah untuk menjaganya.
  • Berdoa benda-benda yang baik kerana doa orang bermusafir adalah mustajab.
  • kalau jeemm, sila sabar x100².. ambil masa ini untuk berborak-borak dengan penumpang dalam kereta dan spend qualiti time talking dengan orang.
  • Optimumkan perjalanan. Berehat 20 minit untuk setiap 2 jam perjalanan.
  • dan akhir sekali, bagi mereka yang suka bawak laju dan menyelit, sila tanggalkan apa² sticker Enn-Gee-Oh dan seangkatan dengannya. (wahahahaha...)

Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 23 August 2011

Cerita Pelik Bulan Ramadhan : Serius Pelik

Assalamualaikum wbt





Direct to the point, korg ada tak cerita-cerita pelik di bulan ramadhan? Pelik yang tahap, kalau korg dengar sure korg kata pelik. Ada? Saya juga ada beberapa kisah pelik untuk saya kongsikan bersama. So, cerita dibawah ini adalah benar-benar belaka. Bagi mereka yang membaca artikel ini pada waktu siang, sila bookmark page ini dan kembali sebaik sahaja anda selesai terawih. ^^



Oit bangun!

Yang pastinya bukan Ramadhan tahun lepas, tapi tahun sebelum itu. Seperti biasa saya tidur dengan nyenyaknyer di dalam bilik kecil saya. Tapi senyenyak mana, saya pasti akan terus terjaga kalau ada org bukak pintu sebab pasti akan ada bunyi ‘gedegum’ (sfx susah la kalau nak ditulis..)

Then tetiba saya terdengar pintu bilik saya di buka, dan saya mendengar suara ‘Bangun. Bangun qiam’ sambil badan saya dicuit-cuit. Biasa la lambat react bila ikhwah serumah datang kejut. After a while baru saya bangun ambil wuduk dan qiam secara bersendirian dalam bilik.

Esok pagi saya tanya la roommate saya tuh, dier kejutkan saya qiam ke. Dia jawab tak, dia siap mimpi masyuk lagi. Baru saya sedar, bila saya nak ambil wuduk semalam saya perlu buka pintu bilik.
Pelik tak?



Oit bangun 2011

Yang nih sure tahun nih. Masa nih progam KONSISTEN. Semua warga tenaga kerja kepenatan dan ketiduran dalam bilik setiap hari bila menghandle program nih. So yang turut terkulai atas katil adalah saya juga.

Then saya terperasaan ada orang letak sebotol air kat sebelah saya masa time tidur. Oleh sebab air tuh sejuk mengganggu saya, saya letak la air botol tuh kat bawah. Then tak lama lepas tuh, ada member datang kejut suruh Qiam dan sahur. Cam biasa la react lambat. Then masa bangun, saya pelik la apasal semua orang tidur lagi dan orang tak kecoh-kecoh ambil makanan sahur. Tengok jam, laaa.. pukul 3 pagi rupanya! Then bila esoknya tanya, bangun sapa yg kejut dan sapa bagi air, masing-masing tak ngaku.
Pelik tak?


Sahur ke tak?

Pada suatu malam, saya tertidur dalam pukul 5 pagi. Then alih-alih tersedar dah nak masuk subuh. Punya nak kejar keberkatan sahur, So gi la turun berlari-lari ke dapur nak minum air. Masa duk teguk-teguk tetiba azan. Tersedak jap, dan alih-alih saya sedar saya kat atas katil lagi. Eh, mimpi ke tadi

So masa bersiap nak pegi kerja, cakap ngan bonda yang tak sahur tadi. Tapi bonda kata dia ingat saya turun sahur sebab dengar ada orang turun bawah. Sebab tuh tak kejut.

Hairan tak?


mana datang bau wangi nih?

Suautu hari, ada sorg mamat nih bertandang ke masjid selepas kerja. Dia berazam untuk melaburkan masa ramadhannya dimasjid dengan tadarus dan beri’tikaf sampai berbuka puasa. Masa dia datang singgah tuh, time tuh hujan renyai-renyai; Masa dia masuk ke masjid, dia terperasaan sekujur jenazah dihadapan pintu masuk.

Dia tertny-tny adakah jenazah ini dah disolatkan belum sebab kalau belul dia niat nak solat bersama-sama keluarga si mati. Tapi dia malu nak bukak mulut. So dia pun terus ke tengah masjid lalu bertadarus alquran.
Tak lama lepas tuh, dia tercium bau wangi yang bagai melintas dari belah kiri ke belah kanan nya. Maka dia pn menghidu macam bau itu melintas. Alih-alih ekor matanya menangkap yang qariah masjid sedang bersiap-siap  untuk solatkan jenazah. Lalu dia bangkit cecepat pergi menunaikan niatnya itu.

yang pelik nya, ada je jemaah lain yang sedang baca quran. Tapi apasal diorg tak follow suit?


Now that’s what I call awesome

Mamat yang sama. Oleh sebab dia selalu je datang bertandang pada masjid yang sama saban hari, siap buat macam rumah sendiri, mandi manda, on laptop dan sebagainya; maka dia dapat mengecam jemaah-jemaah yg selalu hadir.

So pada suatu hari semasa dia sedang mengejar objektif ramadhannya di ruang legar di luar masjid, telinganya menangkap bunyi sesuatu.

Dia menoleh lalu tersenyum sambil memikirkan betapa banyaknya pahala orang itu. Ini kerana orang itu sedang berusaha sedaya upaya membaca surah-surah lazim dengan bimbingan tukang mengajinya. Tidak seperti dirinya sendiri yang laju membaca (tapi kurang/tak faham) macam ETS.

Saya yakin ramai yang pelik dengar/tengok sebab tak ramai yang tahu jatuh bangun seorang mualaf sebaik sahaja dia memeluk islam.


Artikel ganjil

Suatu hari, ada seorang manusia baru sahaja menunaikan solat sunat tarawih di masjid. Oleh sebab dia internet addict, sebaik sahaja dia pulang, dia membuka internet lalu membuka blogger dan facebook. Dia terperasaan ada artikel baru dari blogger yang dia follow.

Dia punya la baca sehingga saat ini, dia sendiri tak rasa pelik kenapa dia membaca artikel yang begitu tidak menambahkan iman itu word by word. Bila dia ke blog satu lagi, yang penulisannya berbenda keagamaan, dia rasa begitu pelik sekali dan terus melompat ke perenggan terakhir untuk membaca komen.

hehe... ^^




Kesimpulan.

Sebenarnya benda yang pelik adalah bergantung pada pentaksiran pemikiran seseorang. Dahulunya, basikal bergerak dikatakan ada jin yg menolak. Minda masyarakat nusantara begitu fanatic dengan benda-benda pelik sehingga mereka lebih mencari kepelikan itu dari mempelajari ibrah dari peristiwa itu.

Asal berkaitan dengan malam, tak kisah la malam yang masih ada lagi hantu jembalang, mahupun malam yang kebaikan bersamaan seribu bulan, ada je cerita ajaib dan pelik datang menghiasi.

3 cerita pertama sebenarnya boleh diexplain :

  •  Saya, sampai certain tahap, tidak dapat membezakan antara mimpi dan realiti. Bunyi dari luar, kadang kala otak saya akan proses dan beri taksiran sendiri dan gambarkan dalam mimpi saya ketika itu. itu yang kadang kala saya yakin saya dah solat, padahal saya masih atas katil lagi.
  • Orang lain pun lebih kurang gak. Mungkin dia sleep walking. Die begitu mahu menjaga ruhi antara kami, tuh sampai badan dier pun bergerak sekali tuh. Yang pasal botol air tuh, kawan saya misplace tatkala dia mamai dalam gelap.
  • Bonda juga serupa, dia mendengar bagai saya keluar bilik, padahal (mungkin) mak tertidur time tuh.

Cerita yang seterusnya adalah suasana pelik zaman kini. Sepatutnya suasana inilah yang patut kita tumpukan kepelikannya agar tidak menjadi pelik. Manakala, benda-benda jahiliyah yang common seperti... erm.. apa-apa la, menjadi pelik suatu hari nnti bila dilakukan.



Itu belum lagi bab penerusan bacaan quran walaupun dah habis ramadhan. Adakah kita akan dianggap pelik jika kita tetap meneruskan tabiat ramadhan kita sepanjang tahun?

Ataupun, walaupun kita golongan professional / pelajar, namun kita tetap meenjaga ibadat kita, macam bulan ramadhan, dan seterusnya menjadi individu muslim yang super cool lagi kacak bergaya?

Adakah pertembungan / pencampuran dua itu satu benda yang pelik? Adakah being a true muslim adalah pelik?

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadith riwayat Muslim

Islam datang di kalangan orang mekah yang begitu unfamiliar dengan tuhan yang esa. Kini, a person dipandang ganjil jika tak ke kelab malam, ada couple, jaga adab, tak membazir kerana menjaga Islamnya. But then, beruntunglah mereka yang pelik-pelik ni.

So siapakah anda?

Masyarakat madani atau golongan pelik yang bakal merubah dunia?



Simon 'Adam' Malik


P/s :
proud to be pelik
P/s :
Pudingu-san, apa beza aneh dan pelik ek? sama ke?

Monday, 22 August 2011

Dua-Tiga

Assalamualaikum wbt


Dua-Tiga

Vingt-Deux


Saat post ini ditulis, jam menunjukkan 2300
Malam ini malam ke 23..


Bagi diri saya yang gemar 'visiting-the-past'.. tarikh 23 Ramadhan adalah yang paling saya kerap kali miss (secara sedar) untuk benar-benar muhasabah kembali, saat dan tahun yang saya lalui.

 23.. nombor adalah nombor.
Asal lebih dari satu sudah dikira banyak..
23 adalah nombor perdana (prime numbers)
Bila dihitung kembali, tiada yang lebih dikesali
Dari masa yang dilalui tanpa hak Ilahi.


Subuh nnti..
genap 23 tahun
selepas saya mmbuat mak meraung, minta perut dibelah..
... haih.. belum apa-apa dah menyusahkan mak...
Bertuah punya anak..




Simon 'Adam' Malik

Friday, 19 August 2011

Jom pecah otak! Siri 4 (Bonanza Blitz Special)

Assalamualaikum wbt


Kali ini, siri Jom Pecah Otak menghidangkan teka-teki yang bukan perlu pecah otak kerana nak pikir logik, calculus dan logaritma. Kali ini, ada jenis teka teki sempoi yang bertujuaan untuk kenakan orang.. hahaha!!

Bukan itu sahaja, post kali ini menghidangkan bukan satu... bukan 2 tapi TIGA SET teka-teki sekali gus! Hadiahnya pulak cukup lumayan dan sangat-sangat spesel edition! hehehe..


Jap biar saya tayang hadiah apa dulu.



jeng jeng jeng...


Sebalang kuih tart nenas dari saya secara percuma!! hehehe...

bukan laptop tuh ek hadiah nyer...


Untuk memenangi hadiah exclusif nih (mmg exclusif, kalau dekat saya hantar sendrik).. anda perlu jawab ketiga-tiga teka-teki dengan betul! mudah je kan?


Set Teka Teki satu.


Seorang kelasi sedang duduk meminum teh wangi tatkala waktu berbuka puasa di sebuah warung berdekatan dengan sebuah pelabuhan. Tetiba dia bersuara menceritakan pengalamannya menjaga sebuah rumah api di Tanjong Katong.

Dia berkata :  Tiada yang lebih pelik dari peristiwa ini. Sebuah kapal layar sedang menuju ke arah utara.  Asapnya pula bergerak ke arah timur. Tapi dia still ke arah utara...

Dia berkata lagi : Tiada yang lebih menghairankan dari kisah ini. Sebuah kapal boleh memuatkan 37 orang. Pada suatu hari, semasa kapal itu mmpunyai 36 orang, seorang wanita mengandung menaiki kapal tersebut. Kemudian kapal itu tenggelam.


 selesaikan kedua-dua teka teki dari kelasi ini..


 Set Teka teki 2


Suatu hari seorang pemburu Nawanyeto Gédébab pergi ke sebuah padang. Padang tersebut dipenuhi dengan lembu-lembu dan khinzir-khinzir. Semasa dia sedang bersiap untuk mengeluarkan tombak beracunnya, kesemua binatang-binatang itu mula bergerak menuju ke padang ragut yang lebih hijau. Dalam pada mereka berhijrah itu, mereka terpaksa menempuh sebuah sungai yang dipenuhi buaya.

Pemburu ini duk la perati apa yang berlaku sambil macam layan National Geographic. Apabila binatang-binatang itu berjaya melintas sungai, dia terkejut apa yang berlaku.

  • Lembu-lembu kehilangan perut
  • Seekor lembu kehilangan punggung.
  • Kesemua khinzir selamat

bantu mamat ini untuk menerangkan apa yang berlaku pada ketiga-tiga kes



Set teka-teki 3


Pak Sungip Tempang mempunyai sebuah kebun magik. Punya magik,  segala apa jenis buah ke sayur ke, semuanya nyer ada.
Oleh sebab mengelakkan sebarang khurafat dan syirik, kebun itu satu hari terbakar... semuanya musnah kecuali 3 jenis buah.




Apakah buah yg terselamat dan bagitau reason kenapa dia selamat.



Selamat menchoba~~!! ^^



Simon 'Adam' Malik

Thursday, 18 August 2011

Hey! hey! Happy Anniversary!

Assalamualaikum wbt




Bagi saya 17 of ogos adalah tarikh yang banyak significant (pada diri saya of course). Satunya adalah kes lama yang saya (alhamdulillah) sudah angkat dan buang jauh-jauh. Cukup la saya meroyan secara dalaman selama 3 tahun. Itu kes lama, tak perlu dibuka file-file lapuk. Buat sakit jiwa anda bagi yang bersusah payah cuba merentap jahiliyyah yang berakar umbi di dalam hati.

 Next.. pada tarikh yang sama, saya hampir tak boleh naik kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Balik secara Bee-Eff-Gee (Back for good). Tak boleh naik sebab luggage dan hand carry overweight secara melampao.. hehehe

Sudah genap setahun, saya meninggalkan negara yang mengajar saya banyak benda. Saya jamin, saya tak pernah belajar sebelum ke France. Pada tarikh yang sama juga, saya meninggalkan medan yang banyak mengajar dan mendidik saya mengenai perasaan tanggungjawab dan peribadi sebenar sebagai penyelamat masyarakat dunia. Pada tarikh yang sama juga, saya meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan yang sebelum itu dah pun takde kat rumah sebab balik summer... Kire saya bagi farewell kat rumah diorg je la.

Genap setahun di malaysia, where reality is the main character, banyak juga yang saya belajar. Terutama bab food. ehehe.. Di Malaysia is a different story. Tak sehayun penuh (full swing) seperti di France. Dengan internet slow nyer.. dengan public transport yang serba tak mesra alam nya, dan bermacam-macam 'dengan' yang penuh contradiction dengan negara yang memisahkan antara agama dengan kehidupan.

Cukup mukadimah saya yang meleret-leret.. ada lagi satu anniversary yang patut saya kongsikan kepada kamu. Satu yang hangat diperkatakan semalam dan semalam je. Eh? korang tak tau ke? Ruginyer...



Promotion-super-gempak-tak-ingat-kedai-perabot-rotan-pak atan..



wahahaha.. best gak buat lawak ini. (peluh, sebab budget ada orang gelak)



Ok, pasang seat belt anda, kita akan time travel!!



624 AD, Yalyal Valley


Pengembaraan masa kita melalui mesin cahaya masa membawa anda semua ke sebuah padang pasir. Di sebelah barat lembah ini, terdapat sebuah bukit yang agak besar... Di sini tercatatnya sebuah peristiwa yang begitu agung sekali.

Ia tercatat di dalam quran. Ia mendapat jolokan agung (great) walaupun jika di bandingkan dengan mana-mana skala zaman kini, perhimpunan tshirt kuning lagi ramai.

Di sinilah di mana, Allah membezakan pihak yang benar dan pihak yang batil.
Di sinilah matinya kebanyakan tokoh pentadbiran pihak musuh dengan sekali pertemuan.
Di sinilah, Rasullullah saw mengangkat tangannya ke langit ketika berdoa kerana risaukan masa depan islam.
Di sinilah, bertemunya dua pasukan secara head on, Pasukan Islam Madinah dan Pasukan Quraisy mekah.

Di sinilah.. berlakunya The Great Battle of Badr.


....jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Al-Anfal : 41)



Tiada surah yang lebih banyak menkomentarkan perang Badar Al-Kubra daripada Surah Al-Anfal. Perang Badar adalah perang yang agung, dan saya pasti semua orang bergelar muslim mengetahui (at least) apa yang berlaku dan pengajaran-pengajaran yang boleh kita kutip daripadanya.

Kisahnya bermulanya, tatkala seruan hijrah daripada Rasullullah saw. Penduduk islam mekah, dengar dan taat pada baginda terus berhijrah tanpa membawa sebarang periuk nasi LG, oven serta pinggan mangkuk Royal Albert. Mereka berhijrah  dengan penuh rasa berserah pada Allah swt kerana tidak tahu apakah nasib mereka kelak.

Namun, di Madinah, Rasullullah saw mempersaudara mereka dengan dasar akidah. Tiada penerimaan yang sehebat ini yang berlaku sekarang. Ruh persauudaraan ini lebih dari ikatan darah. Bahkan ada yang sanggup untuk memberikan salah satu daripada isterinya kepada saudara Muhajirinnya.

2 tahun kemudian, penduduk Islam Madinah mengetahui ada sebuah rombongan dagang mekah yang sedang perjalanan pulang dari Syam. Rombongan yang diketuai oleh Abu Sufyan membawa 1000 ekor unta yang sarat dengan hasil dagangan dan hanya dikawal oleh 40 orang. Hasil-hasil ini adalah daripada jualan barangan tinggalan penduduk islam mekah yang berhijrah ke Madinah.

Atas dasar untuk merampas kembali harta mereka, seramai lebih kurang 313 tentera islam, gabungan orang muhajirin dan ansar bertolak untuk mengejar kafilah ini. Namun tindakan ini sebenarnya mampu menggugat nama Islam yang baru sahaja hendak naik di semenanjung arab. Jika Allah mengizinkan mereka dapat intercept kafilah ini, sudah tentu para orientalis yang bertuhan taghut memperlekeh tindakan Rasullullah. Mereka pasti akan mendakwa, Islam mengajar kita untuk merompak.

Di bahagian Mekah pula, Abu Sufyan mengetahui yang kafilahnya menjadi sasaran, maka dia pun menghantar utusan ke Mekah untuk meminta Reinforcement. Maka, keluarlah lebih kurang 1300 tentera quraisy mekah, siap dengan kelengkapan perang dan pasukan berkuda dan unta.

Abu Sufyan pula, membawa kafilahnya mengikuti jalan yang lain agar tidak bertemu dengan pasukan Islam di tengah jalan. Kafilah ini akhirnya berjaya melarikan diri dan menghantar satu lagi utusan untuk memberitahu pasukan mekah yang barang dagangan selamat.



Namun Abu Jahal berkeras hati untuk march forward. Sebagai pemimpin mekah yang kaya raya itu, dia perlu menunjukkan taring Mekah pada seluruh kabilah lain supaya hormat dengan Kaum Quraisy. Strategically, Tentera mekah mmpunyai advantage.. Jika mereka bertembung, mereka yakin mereka akan menang kerana jumlah mereka lebih ramai. Jika tentera islam berundur, Quraisy mendapat tactical advantage dari segi penguasaan jalan dan kawasan. Dua kabilah berundur dari ketumbukan ini, maka tinggal 1000 orang sahaja yang meneruskan perjalanan.


Ya benar.. Mekah dan kaum Quraisy dihormati dan ditakuti oleh kabilah² lain di semenanjung arab. Ini kerana Mekah memberi perlindungan dan makanan untuk kafilah dagang dan juga jemaah haji. Kedudukan mekah yang berada di tengah-tengah jalan dagang, menyebabkan para pedagang selesa untuk singgah disitu (kenapa macam familiar je rasanya bila sebut 'tengah-tengah jalan dagang?)

Padahal itu merupakan nikmat yang Allah berikan pada mereka. Namun mereka 'salah konsep' ketuhanan dan menyembah berhala..


Tentera islam yang pada asalnya terbayangkan harta-harta dari 1000 ekor unta, namun Allah gantikan 1000 ekor unta itu dengan 1000 orang tentera quraisy siap dengan kelengkapan perang. Di sini Allah hendak menguji iman mereka...


Rasullullah saw mengadakan meeting untuk decide, nak teruskan atau tidak, memandangkan majoriti yang ikut perang ini adalah orang ansar. Apabila berubahnya niat asal untuk merampas harta, orang-orang ansar ada hak untuk tidak mengikuti konfrantasi ini. Namun mereka begitu taat pada rasullullah. Mereka tetap bersama baginda untuk berhadapan dengan musuh. Tiada orang sebegini lagi hari ini.. boleh je kita jadi..? diorg manusia juga...


Dan syura memutuskan untuk berperang dengan Quraisy mekah kerana tidak mahu mereka mengusai kawasan yang berhampiran dengan madinah. Lalu berangkatlah mereka menuju ke telaga badar dengan serba serbi tak lengkap, kuda pun ada dua ekor, unta naik gilir²...


Tiba sahaja di lembah ini, beberapa strategy dilakukan bagi persiapan untuk menghadapi peperangan seperti bertahan di hadapan telaga badar dan menimbus telaga yang satu lagi, kedudukan khemah Baginda dan sebagainya... Maka tanggal 17 Ramadhan,  bertemulah dua pasukan.


Natijahnya... tidak perlu saya ceritakan disini... kerana kalau berlaku sebaliknya, nama anda sekarang mungkin Maria Lambogini ataupun Carlos Santiago Barthez.


Jika tidak kerana yakinnya dengan kebenaran agama islam, sudah tentu mereka telah angkat kaki bila mendengar jumlah musuh lebih tinggi
Jika tidak kerana ukhwah dan kesabaran yang ampuh tentera-tentera islam, sudah tentu barisan mereka lemah dan dapat ditembus oleh syaitan yang membisik.
Jika tidak kerana keikhlasan hati dan taqwa mereka yang kelas pertama,  sudah tentu mereka putus harapan tatkala melihat kelengkapan musuh.


Namun, Bilal berhadapan dengan tuannya dulu
Abu Ubaidah clash swords dengan ayahnya
Dua remaja mengejar bersungguh-sungguh Abu Jahal.


Semangat jenis apakah ini...?
Semangat spesis apa yang merasuk mereka ini?

Kita empunya semangat sebegitu hari ini...?






Bersyukurlah dengan nikmat iman kita sekarang..
Bersyukurlah yang Allah telah menamakan kita seorang muslim.
Bersyukurlah yang kita mewarisi legasi Rasullullah saw dan para sahabat.

Mereka berperang demi survivability islam dan dakwah.
Demi generasi masa depan. Demi kita merasa tertegaknya syiar islam di seluruh dunia.







Jom muhasabah sambil pulang naik cahaya masa..





Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 16 August 2011

Oh, saya rindu sehingga terlupa (boleh ke?)

Assalamualaikum wbt





Sudah pasti anda semua tertanya-tanya, ke manakah perginya penulis wotpog yang tetiba tidak mengeluarkan sebarang post hampir seminggu. Nak tau jawapannya? Nah... tengok gambar kat atas kalau tak tengok lagi.

Haha.. patut keluarkan satu post semalam, namun dengan  kerja yang menimbun-nimbun untuk dikejar dateline sebelum raya plus, misi ramadhan yang tidak boleh dikompromi walau apa jua sekali pun, waktu untk berada di hadapan laptop amatlah sikit sekali. Ini membawa kepada satu perasaan hormat pada mereka yang boleh istiqomah mengeluarkan post bermutu hampir setiap hari walaupun diorg sebusy macam mana pun...

Baik... program yang ceritakan sebentar tadi merupakan anjuran salah satu cabang dalam EnGeeOh, merupakan konferens-mega-super-gempak-tak-ingat yang mengumpulkan hampir 700 peserta dari.... jap kira jap.... (membilang jari).. 18 buah negara. (OMG!)

Bersyukur saya dapat menumpang kat konferens nih sebab saya hadir bukan menjadi peserta... Namun saya rasa saya cukup bertuah dipilih Allah swt untuk berada di sepanjang program dan merasai nikmat ukhwah yang terjalin atas dasar akidah.

Series... semasa konferens-eropah dulu, saya rasa dah cukup banyak dah. Ini kan pula pengumpulan dari negera-negara lain. Oh, saya rasa cukup bertuah memakan umpan ayam golek suatu ketika dulu dan akhirnya membawa saya ke titik ini.

Mungkin ramai yang tidak faham konsep ukhwah yang terjalin atas dasar akidah. Ia adalah satu jalinan hubungan antara dua hati, yang tiada perasaan lain selain sayangnya hati-hati itu kerana Allah swt. (Eleh.. jawapan skema).

So kirenya, tiada niat untuk take advantage, mendapat kontek number untuk memperluas peniagaan mahupun untuk menambahkan jumlah kawan di MukaBuka untuk showw-off. Faham ke....? Saya sendiri pun susah nak terang sebab ia begitu kompleks-yet-simple. So saya ajak anda untuk sendiri merasainya. Maka private message saya atau datang terus pada saya untuk nak tau lebih lanjut. ^^

Satu benda yang saya boleh explain...anda bertemu dengan seseorang ini. Anda tak pernah tengok orang itu, anda tidak pernah bercakap dengan orang itu apatah lagi kenal dengan orang itiu. Tapi bila berjumpa, orang yang tidak faham akan konsep ini mengatakan anda telah lama berkawan baik dengan orang itu... (gituh la lebih kurang)


Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Al-Anfaal:63)



walaupun ada yg blurr.. but this is picture perfect.



Nak je saya kongsikan apa yang saya dapat ketika saya-masih-lagi-dalam-tempoh-sedar-sebelum-terlentuk-ketika-pengisian. Tapi saya hold on dulu.. takut tersalah kongsi nnti, naya je...

Maka saya nak sharing perasaan saya ketika beberapa peristiwa sepanjang program yang saya kira benar-benar mengecas bateri yang akhir-akhir ini sentiasa tak cukup cas.


  • Indah juga langit di Malaysia : Masa nih time nak solat subuh. Oleh sebab bilangan peserta begitu ramai, peserta lelaki solat di basketball court. So masa nak solat itu hari, langit begitu clear sehingga saya boleh melihat Bintang Seven Sisters, salah satu gugusan bintang yang membentuk buruj Taurus. Mengindahkan lagi solat yang rapat-rapat, bertemu bahu dan jari kelingking kaki. Terasa kehangatan ukhwah. Paling tidak pun terlentuk kat belakang sahabat tatkala tertidur time tazkirah subuh. hehehe..

  • Kereta cukup syarat menjadi rumah : sebagai bukan peserta, kitrg sentiasa ada post-motem setiap hari. So pada suatu malam tuh, saya antara yang terakhir balik ke bilik. Alih-alih bilik berkunci dari dalam. Maka merasa la saya tidur di dalam kereta pinjamku itu. Heh.. teringat dua tahun lepas, kejadian hampir sama berlaku. Nak telefon, tak mao ganggu diorg tidur. Kalau tidak kerana ukhwah, sorg pun tak sedar ada orang tidur dalam kereta yang ditutup dengan embun malam. hehehe...

  • Tertidurnya saya bukan kebetulan : Banyak kali ketika pengisian bermula, saya tertidur di dalam control room mahupun di barisan belakang main auditorium. Ini adalah salah satu benda yang perlu dibayar sebagai bukan peserta. Takper insyaAllah ada rekording. hehehe.. Terbangun nyer saya di mana-mana part of the ceramah, adalah bukan satu kebetulan, bak kata Inche Gabbana yang menjadi EmCee-adHoc pada suatu hari.  Itu yang Allah mahu saya dapat, (buat masa ini)

  • Saya nak jadi mertua kamu : Pada suatu hari juga, ketika menunaikan solat terawih pada rakaat pertama...Bila saya mendengar suara imam masjid UIA... such a heavenly voice. barulah terawih membawa maksud terawih yakni rehat. Terasa melayang-layang time solat. Kalau saya ada anak dara, mmg saya kejar imam itu... ehehe... Bukan apa, saya tak empunya suara sedap didengar macam inche gabbana, yang mampu melemahkan lutut para adik-adik bila mendengar.

  • Tak sedap sehingga muntah : Pada suatu malam yang balik lewat juga. Tinggal sejam lebih sebelum qiam. Saya rasa kalau saya tidur, saya boleh tak bangun. Maka saya pun membaca quran di luar bilik ditemani dengan seekor kucing jalanan... dalam pada saya membaca agak kuat dan slow and steady.. tetiba saya berhenti melihat sesuatu.. Kucing tersebut menggigil² lalu muntah. Begitu terukkah bacaanku sehingga kucing pun muntah..? wuwuwuw.... TT_TT


Banyak je lagi saya nak kongsi.. insyaAllah bila saya kelapangan untuk menulis lagi ye?


Sesungguhnya saya antara yang paling gembira melihat wajah-wajah mereka.
Wajah yang Allah tiupkan hidayah ke dalam hati mereka
Hati yang teguh berpegang pada taliNya
Tali yang membawa kepada kebenaran
Kebenaran yang bakal tertegak kembali


Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 9 August 2011

Sayur~sayur~....seram-nih!

Assalamualaikum wbt


Bubur Lambok Power, resipi Mak Jamu

Air Soya Mantop, menggunakan air tapisan bio-oksi

Nasi Goreng Man Jawa, telur dibasuh


Itulah antara benda-benda yang saya nampak ketika saya berjalan-jalan di Bazar Ramadhan Pantai Dalam.

Alhamdulillah, ahad lepas saya dikurnia sedikit masa dan tenaga untuk saya melakukan ziarah ke rumah abg saya. It was a hectic sunday since i travelled dari pagi to sunway-Pj-serdang-bangsar. Then around 300 baru la sempat jumpa. Oh itu belum masuk saya sengaja sesatkan diri untuk cuba jalan itu dan ini untuk ke rumahnya.. hehehe.. The last time saya ziarah was.. tak ingat bila tapi it was a Jumaat.


Selain niat untuk berjumpa abg saya sekeluarga dan juga anak sedara yang super chomel itu, saya ingin melunaskan hadiah Jom Pecah Otak siri 3 yang dimenangi oleh abang saya. Bersungguh-sungguh dia cuba bulan lepas. Dapat juga dia merasa benda-benda bazaar yg free.. hehe..


So petang tuh, after seminggu berpuasa, baru lah saya menjejakkan kaki di Bazaar ramadhan tahun 2011.  Usha-usha sikit apa yang orang biasa beli... air.. kuih.. lauk nak makan... then usha plak gerai yang menjual ... tak ubah menu di mana-mana... ayam percik, nasi goreng, 1001 jenis kuih, air cendol, soya, nasi lemak ayam berempah..


Banyak peniaga. Sangat respek pada semangat mereka untuk meniaga walaupun terpaksa bersaing secara sihat dikalangan peniaga lain.


So camne nak tarik perhatian pembeli?


Antaranya..

  • Laungan anda perlu mempunyai pitching yang sedap di dengar daripada abg dari dua gerai sebelah
  • Banner anda perlu tampak gah dan tiada tolok banding dengan gerai belakang
  • Nama produk yang dijual perlu ear and eye catching walaupun realitinya rasanya sama dengan gerai depan
  • Penambahan 'extravagansa' pada nama seperti, telur dibasoh, ayam diperam 24 jam, resipi turun temurun, dan sebagainya walau sekadar gimik, tapi still boleh menarik perhatian
  • wajibul sedap.


credits



sebagai contoh, semasa saya berjalan-jalan memperhatikan gerai-gerai di kiri dan kanan, saya terdengar


sayur~ sayur~.... mari bang mari! sayur~ sayur~..... seram-nih! (italic melambangkan suara gedik buat-buat habis)


Perhatian saya dicuri. Sejak bila Bazar ramadhan jual sayur?...... Then suara pitching pulak datang dari brader yg agak besar berkaca mata, bertopi dan bersinglet.


Yang buat lagi tertarik.. kenapa ada 'Seram-nih'?


Maka saya dan abang saya menyelit-nyelit merapati ke gerai tuh..


Laaa.... bunga hati rupanya.. (saya tak typo ek?)


Lihat bagaimana abang itu menarik perhatian saya untuk ke gerainya. Walaupun benda yang dijual itu, tak boleh dimakan dan sememangnya membakar duit, tapi gaya si penjual memperomot benda itu sangat menarik perhatian. To be honest, saya memang terasa nak bakar duit, tapi sebab duit saya tak cukup banyak untuk dibakar, maka tak jadi saya nak beli. ehehehe..



Begitu juga dalam kita memperomot siapa kita as a muslim dan juga deen kita.



Kita tahu dan yakin, manual of life yakni Al-quran cukup lengkap untuk digunapakai oleh manusia. Agama Islam juga kita yakin adalah agama yang lengkap dan melengkapi. Tak kurang juga dengan sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Rasul yg kita cintai, semuanya boleh dipakai oleh manusia, bukannya beruk mahupun cipan liar.


But the thing is... adakah Ah Long Bukit Beruntung tahu yang yang kita mempunyai 'produk' yang membebaskan pemikiran manusia daripada pelbagai belenggu? Adakah Muthu si penjual putu piring tahu yang 'produk' kita mempunyai ilmu pengetahuan serba lengkap?  Adakah Johnny Depp juga tahu yang 'produk' kita mampu menyelamatkan dunia sekaligus membolehkan anda mengecapi keseronokan altimet di akhirat kelak?


Mengapa boleh mereka tak tau...? Adakah kita sengaja tutup pintu masjid atau tak cukup duit nak buat annual dinner secara percuma pada mereka?




Tepuk dada tanya perut tanya iman. Siapa yang patut lebih dipersalahkan daripada si penjual produk jika produk tidak laku?


Ia seperti.. Popiah basah yang anda ingin jual. Anda yakini tersedap di nusantara, tapi semasa menjual anda hanya duduk kibas-kibas lalat tak pun main sms..


Yaa.. dalam kita menjual 'produk' kita yang mampu menyelamatkan dunia.. pertama-tama sekali anda perlu tahu (paling at least) adalah basic knowledge mengenai produk anda.


Sedikit sharing.. ketika saya baru bekerja di Donut-Epal-Besar suatu zaman dulu, jenuh saya nak menghafal 32 jenis donut yang ada, including apa intinya dan juga rasanya. Natijahnya, saya tampak terkial-kial menjawab persoalan customer yang mana satu kurang manis atau yang mana satu yang ada capocinno cheese.


This is applicable to us, a muslim apabila kita ditanya soal basic-basic mengenai agama yang kita sayangi ini. Or at least answering it in a simple and understandable way. Kalau tak reti jawab, sila lakukan harakiri / terjun bangunan dari tingkat 40.


Next is.. how we ourself represent ourself as muslims.. Adakah cara kita berpakaian, cakap dan segala macam diri anda melambangkan seorang muslim? Jika ya, adakah orang lain yang bukan islam mendekati anda atau buat dunno dengan kewujudan anda? Bahkan lebih teruk, menjauhkan diri daripada anda?


Ia boleh dianalogikan seperti meniaga nasi lemak ayam berempah di bazaar ramadhan. Terdapat juga gerai-gerai lain yang menjual nasi lemak yang sama. Jadi apa yang boleh anda lakukan utk menarik pembeli or at least, mereka jengah ke gerai anda? Sudah tentu peromocion yang catchy, nama yang tertarik-menarik-dabomb, si penjual yang sentiasa tersenyum dan peramah. Dan paling penting harga yang sesuai.


Entah macam mana, menjadi seorang individu muslim yang sejati pada zaman fitnah ini dilihat sebagai skema dan tidak cool bergaya. Itu merupakan persepsi yang salah yang perlu kita betulkan. Caranya? Jadikan diri kita approachable terlebih dahulu. Biar orang lain tahu yang being a muslim is being a proper living human. ^^


Saya tak reti art design, melukis mahupun mewarna.. tapi saya kagum dengan orang yg lukis lawa (credits to nayzak)



Namun perlu diingat.. dalam pada kita mahukan diri kita senang untuk bercakap dan fun to be with, kita tak boleh menggadaikan prinsip-prinsip asal dan akhlak-akhlak sebagai seorang muslim. Adalah satu benda yang pelik yang kita katakan yang kita perlu jadi orang tak solat untuk rapat orang yang tidak solat agar mereka melakukan solat.


Dan yang terakhir.. pembuktian apa yang kita claim to be.


Andai kata ayam percik anda sedap dan anda claim sedap semasa menjual. Itu dari mulut anda. Biasanya pembeli akan kurang percaya sebab dan-dan peniaga nak barangnya laku. Tapi jika ia datang dari mulut Mak Cik Timah Tingkat 8 atau Joyah Ground floor yang hidup mereka takde kena-mengena dengan ayam percik anda, pembeli akan lebih percaya. Dan keyakinan itu bertambah-tambah jika ada artis seperti Zizan Raja Lawak juga admit ayam percik anda sedap sehingga menjilat siku.


Bab pembuktian ini sangat panjang untuk diskus. Saya kecilkan scopenya pada diri kita sendiri terlebih dahulu. Apa yang kita katakan yang 'produk' ini mampu, perlu kita lahirkan pada diri kita. Adalah kita orang yang tidak membazir ketika beriftar? Adakah kita menjaga tutur cara ketika bercakap? Adakah kita menyimpan keburukan orang lain?


Jika kita seronok beli macam-macam utk iftar tapi akhirnya ke tong sampah, sumpah-seranah bermaki hamun ketika bercakap, jual dan jaja keburukan orang dan in the same time kita claim kita menganut agama yang boleh menyelamatkan dunia... anda akan dilihat sebagai orang yang syok sendiri dan cakap tak serupa bikin.


Camne la orang tak pergi ke gerai lain... lepas tuh dengki suruh orang raid sebab ramai singgah ke gerai sana..


So salah 'produk' ke salah penjual?












jom muhasabah diri!









Simon 'Adam' Malik

Saturday, 6 August 2011

The Art of baking 'Tat bergulung nenas terunggul'

Assalamualaikum wbt



Kuih tat yg dibikin sendiri bulan April lalu.. masih ingat lagikah rasanya Inche Gabbana?




Tinggal sebulan lagi untuk saya bermain-main dengan dough kuih tat nenas. Lepas nih, entah ada lagi tak rezeki saya untuk menguli tepung secara suka-suka buat eksperimen di makmal.


Baik.. oleh sebab sekarang nih, butter dan tepung menjadi barangan yang cepat habis di kedai-kedai runcit, maka saya dengan rendah dirinya terasa nak berkongsi la sedikit sebanyak ilmu bagaimana nak buat kita punya kuih tat nenas tersendiri.


Pernah tak korg terfikir, bila kita masak, bahan dan resipi yang digunakan still sama tapi result akhir lain orang lain rasa. Haha.. itu la dia kunci dalam membuat sesebuah resipi sendiri plus kuasa keberkatan hati yang ikhlas memasak. (ceewaah!)



Baik, korg tahukan bahan-bahan nak buat dough tat nenas. Yang saya kongsi nih adalah bahan dari MR7.. hehe.. Ye.. saya tau ia adalah resipi rahsia saya. Tapi saya dah terfikir untuk alter lagi, Sebab tuh rilek je kongsi ngan korg.. ahahaha.


  • tepung (tak kisah la cap sauh mahupun kereta kebal)
  • mentega (jangan confuse dengan marjerin)
  • gula icing 
  • tepung jagung
  • kuning telur

Kekuatan dan kesedapan kuih tat bergantung pada keberkatan air tangan anda. hehe.. itu antaranya.. Yang paling penting adalah nisbah bahan-bahan tersebut yang anda gunakan. ^^

Bahan di atas tuh tak semestinya pakai semua sebab bergantung pada citer rasa. Ada orang tak pakai tepung jagung.. ada orang tambah vanilla essence. Apa-apa la, yang penting ada mentaga dan tepung.


Ok jom; tengok camne nak bikin ini dough.

  1.  Pukul mentega dan gula icing sampai kembang. Kembang disini bermaksud adunan sudah berwarna putih kekuningan.
  2. Masukkan kuning telur. Kalau masukkan telur sebenarnya ada beza, tapi biasanya kerja-kerja baking pakai kuning telur je.
  3. Then masuk kan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil melahirkan doa pada Allah dalam hati supaya dough menjadi.
  4. Then voila! dough dah menjadi. bagi adunan rehat dalam setengah jam gituh sebelum anda buat benda lain pada dough tuh.





     Ok, bab buat inti nenas pun ada rahsia dan seninya. Masing-masing punya cara-cara terahsia. hehe.. Saya? Start kereta beli kat kedai. (gelak)


    Tak sanggup la nak bazirkan inti nenas yang penat-penat kita masak. Lepas test kat mesin, perlu buang... Nak mudah dan save kos, sepanjang saya di UPM nih, saya beli je inti nenas tuh. Tapi ada jugak la sedut sana sini cara-cara terahsia para pembikin kueh tat. ehehehe... biasanya kerja-kerja sedutan secara diam-diam dilakukan ketika berborak dengan para pembuat kueh tat yg berminat dgn mesin saya time expo. (gelak kejam)



    Berdasarkan memory lapuk saya ketika membantu bonda buat kueh tat pada zaman pak kadok dulu, biasanya nenas yang hampir masak diparut. Kemudian diperah untuk keluarkan jusnya. Then dimasak dengan gula sehingga kering.. berapa kali putar senduk lawan arah jam? itu saya tak kira berapa.. tapi yang penting kena kacau selalu supaya tak hangus kat bawah. Serius anda boleh mandi peluh selepas itu. Sebab tuh mak dah lama pencen nak buat bila saya masuk sekolah menengah! (wuuuu...)


    Oh ye, nak jugak kongsi dua tiga benda yang saya dapat dari pembelajaran via sms dan fesbuk bersama rakan-rakan saya yang buat course baking/cooking.


    • Tepung jagung untuk menjadikan dough tuh crispy bila dibakar
    • Kuning telur adalah binding agen
    • Nisbah mentega dan tepung adalah crucial bagi mendapat outcome yang serba sedap.
    • temperature dan tempoh bakar perlu sesuai dengan dough, kalau tak jadi batu. (di mana geologi pulak amik alih)


    Setelah hampir 6 bulan bergelumang dengan kuih tat nenas, sedikit sebanyak saya belajar mengenai psikology dan impoten key bagi menghasilkan kuih yang budak kecik pun berzikir 'nak lagi nak lagi'.


    Ia adalah kombinasi rasa masam dan manis. Kombinasi inilah menjadi kunci pada resipi Kueh tat anda tersendiri. Rasa masam nenas yg ala-ala manis di'counterbalance'kan dengan manis-manis flat dough (ok ,saya sedang merepek.. saya cuma graduan geology.. ahaha)


    Bagi bonda, dough MR7 yang saya buat agak manis. Inti yg saya beli kat kedai, lekit gulanya agak kurang dan rasanya ada masam-masam nenas lagi (nenas muda kot diorg pakai). Di sini la saya membuat konklusi yg merepek kerepek tersebut.


    Nevertheless.. saya cam nak buat satu resipi tat sendiri. Saya nak tau camne inti nenas bonda yg sampai la nih saya tak tau. Tapi saya tau sedap sampai Pak cik saya sanggup dtg jejauh dan abiskan sebalang...( setelah dapat, saya bakal alter lagi, muhahaha) dan doughnyer saya akan pakai saya punyer resipi yang akan di alter dari MR7. ehehehe... Bila boleh release? InsyaAllah.. doakan dalam masa terdekat.


    Buat kueh nih best bila kita buat untuk kerja-kerja mencandat sotong atau menjala. Tak pun sekadar membuat bonda dan orang terchenta bertambah-tambah kasih dan sayang. Paling tidak pun untuk isi perot sendiri. (peluh...) Yang penting, hati kena ikhlas untuk membakar kuih beserta tangan anda pun kena bersih. Nnti tak pasal-pasal ada yang berkerut kening bila makan kueh anda... kan dah haru tuh?


    Last but not least.. memasak / baking nih ada basic laws and regulation. selebihnya adalah 'agak-agak' dan 'ikut rasa' bak kata seorang mak cik di N9.


    Selamat membuat kuih tat versi anda sendiri! ^^



    Simon 'Adam' Malik

    Friday, 5 August 2011

    Kelas Photography di petang Jumaat

    Assalamualaikum wbt








    Yaa... sebelum tuan-puan dan mak-encik bersedia dengan kamera masing-masing dan nak belajar macam mana nak ambil gambar secara power,  jom kita layan dulu gambar-gambar suasana ramadhan di seluruh dunia.


    Ramadan begins - The Big Picture - Boston.com



    Alangkah amazingnya, bulan ramadhan ini. Kebanyakan gambar, walaupun bisu seribu bahasa tapi ia mempunyai story tersendiri memberitahu kita yang betapa istimewanya bulan ramadhan ini.

    Bulan ramadhan perlu dilihat special bukan kerananya adalah buffet-buffet mahal mengarut, mahupun kuih-kuih yang muncul setahun sekali di Bazaar Ramadhan. Bulan ini perlu dilihat sebagai bulan yang penuh keberkatan dan kita semua patut kejar sungguh-sungguh macam kerja bas yang perlahan-lahan meninggalkan anda.


    A picture worth a thousand words.


    1000 perkataan, cukup untuk menceritakan segala-galanya. Cukup lightening, perspektif dan angel yang tersendiri, barulah sesebuah gambar itu empunya suara untuk bercerita. Kalau tak, ia sekadar snap shots, cepat sahaja mata beralih melihat gambar lain.


    Seperti bulan ramadhan juga.. ada ibadah-ibadah yang perlu kita lakukan. Ibadah tersebut perlu kita lakukan dengan niat yang baik, demi keredhaan Allah dan bukannya buat syarat. Tak salah kalau kita rasakan wajib kita lakukan bagi mendapatkan outcome yang canteque di hujung ramadhan nanti, insyaAllah.


    Antaranya, ada ditunjukkan lebih 50% daripada gambar-gambar tadi.



    So...anda dah bertadarus belum airni? ^^




    Simon 'Adam' Malik

    Kelas Sempua di pagi jumaat

    Assalamualaikum wbt










    sejak akhir-akhir ini, masa menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk duduk melayan penulisan di wotpog.


    Tugasan rasmi, en-gee-oh dan personal datang bagai lemon-lemon yang jatuh dari langit.


    ini sekadar untuk menghilangkan habuk 3 hari tidak menulis.

    Benar kata-kata tuk pujangga,  masa bagai mata pedang, jika tidak dihandle dengan baik, mati terlukalah diri sendiri.






    sebut pasal masa kan, teringat satu benda.



    katakan 1 saat = RM 1. maka manusia diberi RM86400 untuk spend dalam satu hari. Nilai itu pasti habis, dan tak boleh bring forward. So everyday kita dapat dapat nilai RM86400 (je) untuk kita spend untuk cari saham masuk syorga.

    Katakan kita diperuntukkan sebanyak RM 5 184 000... (serius dah boleh beli rumah dan tanah)... agak-agak budget kita sekarang ada baki brapa?  dan sudah pastinya kita nak spend kesemuanya untuk pelaburan berganda bagi mendapatkan nilai yang cukup untuk masuk syurga. Lagi-lagi bonanza month nih! ^^


    Tapi masalahnya kita tak tau, budget yang Allah beri pada kita dan perlu diingat, Allah mmg beri cukup budget untuk kita semua untuk spend. (tak ingat dalam quran ayat yang mana...)


    So guane kita?



    wallahualam



    Simon 'Adam' Malik

    Tuesday, 2 August 2011

    Misi TPLTN : Episod 1

    Assalamualaikum wbt


    credit to taiko-taiko besar BrotherhoodArts dan KITA production yang terdiri daripada student² medic... (seriyes... korg silap kos la.. =p )



    enjoy this 1st episode yang dah macam 'Laskar Pelangi' dah...


    Memang saya respek dan tabik spring Hilux  lah  kat korg










    Simon 'Adam' Malik


    p/s : mmg tabik la tukang bikin background music.. bikin sendiri tuh..

    Monday, 1 August 2011

    Menghitung hari

    Assalamualaikum wbt


    Selesai 24 jam.. tinggal 29 hari lagi untuk kita meninggalkan bulan ramadhan. Aik? belum apa-apa dah start guna tinggal?

    reverse psikology... kita akan rasa lebih sayang dengan ramadhan jika kita guna tinggal berbanding 'tamat hari pertama puasa'..

    Muhasarawaksabah hari pertama... tahap kemengantukan yg melampau padahal rilek je bangun 5 pagi tadi siap mandi-mandi..

    Dua kali landing... sekali dalam kereta menunggu lab bukak dan sekali lagi time tengahri di hadapan laptop di dalam lab walaupun bising ada bunyi sonic untuk mengembangkan roti..

    Nih bukan mengantuk tak cukup tidur, tapi mengantuk minda penat. (alasanos)

    Alhamdulillah. namun. plan untuk menempuh petang hingga isyak berjalan dengan lancar. Harapnya hati sentiasa istiqamah meruntuni rancangan ramadhan ke-22.


    Rasa-rasa dapat ke kita capai sasaran ramadhan kita kali ini, atau hanya hot-hot chicken crap?


    Kekal kah semangat ramadhan kita untuk 10 hari pertama Ramadhan ini...?


    Smack ur chest, ask ur iman yo!







    Simon 'Adam' Malik