Saturday, 2 July 2011

Reveal : Year 3

Assalamualaikum wbt


 Jejak je kaki ke tanah tumpahnya kuah dan nasi, pengalaman Year 3 pun bermula. Masa nih, semangat untuk melihat masyarakat dan keadaan. Habis satu malaysia pusing untuk menjernihkan kembali ikatan yang agak-agak keruh macam sungai Klang sebelum ni.

Then Allah mencabar aku pada bulan Ogos (aik ogos lagi?). Masa nih, saya dah plan dengan member nak ke jelajah Brunei dan Borneo. Tiket dah beli dah. Tapi tetiba dapat tau ada Kem Bahasa Arab kat area gombak. Masa tuh tetiba teruja nak belajar bahasa Arab.

Bukan apa, masa kat France, rata-rata yang pergi ke Masjid tuh mampu berbahasa arab dengan baik. Khutbah solat jumaat pun dalam bahasa arab. Masa tu, mmg nak sangat faham apa ygn diorg katakan. Padahal French masa tuh masih lagi terkial-kial.

credit



So masa pergi kem tuh, saya cam rasa... oh ok.. I'm outside my comfort zone' Sebagaimana yang ditulis dalam Year 2, saya macam rasa, ala.. jadi islam moderate la.. wat pe nak extreme sampai jemaah dan baca quran tiap hari.


Well, masa tuh baca quran tiap hari boleh terima. Tapi tetiba bila faci cakap 'Ok, para peserta boleh baca almathurat ek sementara tunggu dinner, insyaAllah..',

Jap! Apekebenda al mathurat nih??

Serius.. itu yang lahir dari hati saya. Dah la suroh hafal masa tuh. Mmg tak nak commit benda-benda macam nih. Tak nampak sebab musabab dia. Rasa nak angkat kaki dah masa tuh. Sebab masa nih tak faham bagaimana sebenarnya menjadi seorang muslim yang mantap lagi power.


 Tapi Allah pandai menye'park'kan macam spark plug curiosity dalam beberapa hal. So saya banyak join and observe. And somehow hati berjaya dilembutkan dan jubah kegelapan mula tak selesa dipakai.


Pulang sahaja ke France, trip ketuk batu (field trip untuk rock hunting) terus bermula pada hari ke dua semester baru. Masa tuh bulan puasa. Azab la jugak hiking, naik turun bukit, pikul rock sample sampai balik dan sebagainya tanpa setitik air yang boleh diminum.


Ego masa nih. Ego tak nak buka padahal boleh je sebenarnya. Tapi ada baiknyer pula saya ego. Sebab rata-rata masyarakat French tahu yang semua umat islam sudah masuk ke Bulan Ramadhan dan mereka berpuasa. Saya pula (atas reason admin) bersama 3 orang warga french yang lain di jadikan satu team utk kawasan 5 kilometer persegi. So takkan saya nak rilek shoka hati makan tengahari dengan diorg. Macam-macam pula diorg soal nnti. Dah la tak power french nak terang pasal rukhsah. So berlapar je la kat situ... hehehe..


Trip selama 4-5 hari tuh amat menyeksakan. Saya nih dah la jenis cepat pening kalau tak cukup air. Full story kat 'Longest Week ever'. Err.. kalau nak baca boleh.. tapi sediakan beg plastik dan air secawan untuk membasuh mulut kerana pening-pening dan muntah. Detail sangat saya cerita trip ketuk batu tuh...


Oleh sebab saya di Malaysia, saya sudah biasa lepak dengan golongan-golongan yang baik-baik. Bila kat France rasa rindu pulak nak lepak dalam suasana orang baik-baik. Tapi still tak nak bermesra la, just nak berada dalam keadaan tuh je. Maka kat France ssaya pun selalu la ke Masjid. Actually kan, tak jauh pun, setahun dah duduk situ, baru tahun nih selalu gi. Ish penyesalan sungguh disitu. Again, Allah mmg pandai rancang.

Bila saya selalu ke masjid, jemaah pula boleh ramah tanya dan borak-borak, which u all know yang saya kalau boleh nak elak conversation. Tapi nak buat camne kan? Redah dan borak je la. So in a way, saya dapat improve conversation skill dengan beborak dengan para jemaah selain dapat makan kuskus free, mahupun ayam panggan versi sedap bukan kepalang.

credit


Somehow suasana di France yang situasinya tidak menyebelahi kehidupan sebagai seorang muslim, menyebabakan saya mengambil keputusan untuk terus dalam bi'ah (suasana) yang best, harmoni lagi mengenyangkan. Macam kat France ni, CERTAIN institusi pendidika, mahupun syarikat koperat tidak membenarkan pekerjanya memakai tudung.  Kirenya undang-undang yang digariskan oleh admin institusi tuh sendiri.

So kalau nak belajar certain Uni tuh, mmg terpaksa bukak. Tapi mostly, mereka akan minta tukar la. Tapi yang paling kesian adalah di sekolah menengah. Rata-rata mmg tak boleh, sampai masyarakt islam kat sana terpaksa buat sekolah private untuk membolehkan anak-anak diorg belajar dan menutup aurat.

Uni yang saya pergi nih alhamdulillah tak de masalah. Cuma bab solat tuh kot yang payah.

Eh terpanjang pulak.. jap jap ada satu lagi cerita.


Akhir sem kitrg kena pergi ke unknown terrain, untuk buat 9 days research and field investigation. Kitrg ke France-Spain border dan pengalaman selama 9 hari telah saya tuliskan secara panjang lebar dalam siri 'A tale from rouffiac; sebanyak 9 post. Kalau larat nak baca silakan, tahun 2009 bulan Jun, first post sampai 'The Farewell'

Ringkasnya,sepanjang 9 hari, saya hidup serumah dengan 9 orang warga french. Rumah nih jauh dari perkampungan batch. So merasa la jugak hidup orang perancis nih. Perhatikan juga diorg breakfast macam mana. Bangun tidur macam mana. Budaya arak diorg macam mana..

(jap selak-selak entry lama sat)

 korg baca je la kat situ ek? maleh nak citer pepanjang. hehe..nih untuk post 1.

Tak detail sangat, boleh makan kerepek sambil baca


Final year nnti akan break into beberapa part, sebab Allah memberi ujian berperingkat. Dapat survive tak agaknye?


 Simon 'Adam' Malik

4 comments:

Puding Karamel said...

indah kan, different races, tapi disatukan bawah kalimah tauhid, dan bahasa arab. Berkobar nak brush up balik bhs arab yg agak berkarat.

bila tgk ujian pengorbanan muslimat french yg nak belajar/bekerja, never fail untuk rasa simpati, again n again. dan airan dengan diri ini kenapa boleh gagal mensyukuri nikmat bertudung dan bersekolah agama yang telah Allah kurniakan dulu T_T

susah sangat ke nak master french?english medium ye?wonder, bcoz i've always loved foreign language^^

Simon 'Adam' Malik said...

jenis yang susah nak belajar language. English form 2 baru ok. Sekolah rendah ada belajar chinese sampai dejah 4, lepas tuh tak nak amik lagi.

then sekolah agama, ada bahasa arab. obviously markah paling rendah..

kat sana semua benda in french, as in SEMUA benda. english mmg tak pakai langsung..

Puding Karamel said...

eh, then how on earth did u memorizek all those geology texts?in french la kan...
so ur french must be brilliant tahap text book la kan ^^

Simon 'Adam' Malik said...

sekadar boleh hidup dan boleh survice dalam simple conversation..

ye.. its such a hard time those days..

memandangkan kitrg 3 orang je malaysian dalam Uni, kitrg diberi keistimewaan utk tidak ditolak markah atas kesalahan bahasa..