Saturday, 2 July 2011

Reveal : Final Year (Part 1)

Assalamualaikum wbt

credit


Tahu tak yang kehidupan kita nih, kita diberi cabaran secara berperingkat. Kat sekolah, soalan addmath yang memecahkan kepala tidak akan diberi pada adik-adik dejah 1. So bila melangkah masuk ke final year nih, Allah berikan cabaran yang saya rasa, kalau dapat masa awal-awal dulu, agak menggelabah jugak la.

Kes 1


Seperti yang diceritakan sebelum nih, permulaan Sem dimulakan dengan Field Trip. Kali ini duration 3 minggu dan setiap group mendapat kawasan dalam 20-25km².

Masa awal field trip, perlu diharungi masa bulan puasa. Dah merasa tahun lepas; so ada kekuatan la jugak nak tempoh tahun ni. Kemudian masuk sahaja minggu kedua trip, saya dah boleh start lunch sebab raya pada weekend sebelumnya.

so ada mmber nih tanya la,


'C'est fini le Ramadhan?' (Dah tak payah posa ke?)

'Oui' (ya)

'Tu peut manger pendant midi alors?' (so ko boleh makan tengahari la nih?)

'Oui' (ya)

Standard saya cara menjawab soalan untuk mengelakkan conversation yang panjang. ehehe..

Sekali tuh, boleh pula sorg lagi member nih nak tanya soalan mengenai Islam dan hak kewanitaan. Ok, for a start, mamat nih lelaki la.

Saya membuka bicara dengan cakap 'Saya mungkin akan salah explain sebab french saya tak power, tapi saya choba'

Ok, dia tanya kenapa Islam macam tidak memberi banyak kebebasan kepada wanita. Sebagai contoh, dari sudut pemakaian. Ef-wai-Ai, France ada bumi fesyen. So wanita diorg byk melaram (kecuali batch geologist)

So saya jawab dalam skop fesyen, yang sebenarnya Islam melindungi wanita dengan menggariskan peraturan sebegitu. Keindahan diorg perlu dicover dari pandangan orang. So takde la diorg diexploitasikan atau diadili berdasarkan kecantikan.

Dia balas, kenapa pulak ada certain tempat diorg opress perempuan. Si isteri ada terlanggar batas aurat, keluar dengan terpakai jean ketat. Si suami dibolehkan mendera dan seksa isteri sesedap rasa.

(Masa nih , saya tak tau ada dalam quran yang tidak boleh memukul wanita di muka). Saya pun jawab la. Sebenarnya perlulah si isteri menjaga hak suami. Mana suami tak bengang kalau kecantikan dan keindahan isterinya dilihat orang. Something that so precious to you, ada you nak tunjuk semua orang?

Dia terus jawab itu sudah Individualistik!

Saya terus mati akal masa tuh. Saya tau yang saya dah dead lock. Lepas nih apa jua yang saya jawab yang datangnya dari islam, sure ke balas balik sebab realitinya ia adalah berlawanan sekali!

Tapi Allah tolong masa nih. Tak sampai satu minit, kawan yang ramah mesra dengan saya awal-awal tadi menyampuk, 'ala bukan semua orang tahu dan ikut peraturan agama diorg. Macam kita, bukannya tau cover to cover bible. Mana la member kita ni nak bagitau jawapan yang memuaskan. Awak tak baca alquran cover to cover kan?

masa nih, saya tunduk dan teruskan makan baki lunch-in-a-tin. Dalam hati, saya mmg dah habis baca berkali-kali. Tapi paham semuanya belum lagi..

AaaaaaaaarrrrrRRRRrggggggggggGGhhhhhhHHHH!!!!


Seriyes saya begitu malu nak cakap apa dah masa tuh..


Kes 2



Saya mungkin banyak meloloskan diri dari banyak ditanya mengenai islam disebabkan wajah saya. Berkat dari wajah baginda bonda dan tuanku ayahanda, muka anaknya yang sorang nih takde tipical orang yang menganut islam. Kalau di Malaysia, bukan muka melayu. Di eropah, orang duk perli-perli 'ni hao ma-ni hao ma'. Tak pon 'hait-hait'.

So, orang agak saya nih beragama Buddha. Lagipun banyak je asian people lain kat France. Ada sorg member tuh ingat saya Buddha sampai tahun la ke tahun Final. Member yang tanya kenapa saya berpuasa masa Year 3. Hehehe..

seriyes.. masa form 4 dan form 5, saya rapat dengan member sebelah meja saya yang chindian. So mukanya secara hukum alamnya adalah muka melayu yang rata-rata islam. Pernah sekali tuh bila tengah jaga koperasi sesama, ada la orang minta derma datang. So orang tuh, bagi salam kat dia.. dan dia penoh selambadak menjawab salam dan act macam orang islam gak.

Ahahaha.. pernah je ajak dier gi solat. (niat perli masa tuh)

Bila teringat pasal dier.. ada satu benda menarik pasal dia. Masa sekolah, saya selalu bersaing subject sejarah dengan dia. Berlomba-lomba nak borak pasal world history.

Berkat susunan subject sejarah, dia begitu berminat sekali dengan sejarah Islam dari mekah sampai la bab kegemilangan tamadun islam; Minat dier diperkukuh dengan munculnya watak-watak seperti askar janissari dalam game kegemarannya yang ditampilkan sebagai askar yang gagah berani. Dia juga sangat-sangat teruja dengan keberanian dan ke'best'an perwatakan rasullullah saw dan Khalifah ar-rasyidin.

High Members of the 25th La Sallian Scout Troop


Dah ajak dier masuk islam... versi gurau-gurau pun ada bagi gak. tapi masa tuh ajakan mungkin tak sampai ke hati la. Dah la masa tuh ilmu masa tuh dengkel, peribadi pun lebih kurang. Dan saya begitu pasti, dier berpendapat, masuk islam nih jadi melayu yang terkenal dengan sikap malas, tak berdisplin, miskin dan sempit.

Dia bagi alasan yang bukannya dia tak minat dengan islam. Tapi sejarah famili dier membantutkan niatnya. Dia famili beragama buddha. Masa atuknya sedang sakit tenat, ada pendakwah kristian selalu datang rumah dan berjaya convertkan atuknya sebelum mati. So ayahnya sangat-sangat terkilan dengan peristiwa nih.

Jason (nama member nih), pula seorang yang sangat mementingkan honour, dignity, jujur dan menghormati orang lain. Above all, dia sangat menghormati keluarganya terutama ayahnya. So untuk tidak mengecewakan hati bapanya, dia tak meneruskan niatnya.

Erm.. alahai.. sayang betul.. Masa nih tak tau pulak pasal Abu Ubaidah Ar-Jarrah... kalau tak sure dier kagum.. (or bertambah pelik sebab sanggup bunuh orang yang membesarkannya..)

opsss.. terpanjang la pulak citer pasal Jason nih.. hehe.. So nntikan kemunculan Part terakhir untuk final year di mana saya, di attack habis-habisan ketika makan malam di dalam dewan makan

Simon 'Adam' Malik

6 comments:

Puding Karamel said...

hmm.. tu mmg feveret Qs nonmuslim kan...knp pakai tudung, kenapa terrorist,knp kawin byk n d list goes...
Saya 1st hadapi di UK,isu tudung,masa drj 4.terkial2 nk jelaskn dlm bhs omputih (samala kte,haha)sungguh siksa.

Tetapi bile dh tua bangka mcm ni, allah bg ujian yg lebih berat skt (macamana anda katakan allah mentarbiyah scr berperingkat)...

err..sbb entry anda bersambung, maka komen sy pon akn bersambung...^^

nadzwareina said...

agaknya mmg student muslim yang belajar oversea mcm kat uk, us, russia, mmg akan kena soalan wajib cmtu kan? most of member aku mmg akan kena soalan mcmtu at least skali..

but still u did well dlm mnjwb soalan yg 1st. look forward utk next part :)

Simon 'Adam' Malik said...

@puding karamel

aik? comment pun boleh sambung2? Dejah 4 kat UK? Nih mesti stok dah boleh berenglish macam orang sana dah nih. ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@raden

yup, sebab biasanya yang tanya tuh, tak percaya dengan apa yang media cakap pasal islam. so diorg nak tanya first hand pada orang islam.

tapi ada yang bertanya nak tau, ada yang bertanya nak kondem.depends..

susah nak jawab sebab dalam french.. vocab tak bnyk plus ekspresi kurang.. huhu..

Puding Karamel said...

oh~
pembetulan.darjah 4 SAHAJA d uk. for 6 mth
balik sambung makan nasi dan kari
jadi, english oxford hanya tinggal kenangan dalam kamus oxford.
pernah dengar kebebasan bersuara?well, i guess ade jugak kebebasan berkomen?^^

Simon 'Adam' Malik said...

ooo.. tapi boleh je anda berbahasa inggeris kan? tak dapat slang queen pun ok wat?

oo.. ada ek? =p