Sunday, 17 July 2011

Jom pecah otak! Siri 3

Assalamualaikum wbt







Alhamdulillah, masuk sudah siri 3 dan kali ini, anda diberi peluang sekali lagi untuk merebut ganjaran sebagaimana Inche Gabbana lakukan bulan lepas!


Teka tekinya berbunyi..


Seorang pekebun hendak memulakan bisnez menanam pokok limau. Untuk permulaan, dia ada 10 biji benih limau.

Oleh sebab dia nak berjaya jadi tokeh limau, maka dia pun selak-selak buku panduan menanam pokok limau.
Dikatakan yang , pokok limau hanya akan tumbuh maksimum jika ditanam 4 pokok dalam satu batas. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. (ini sekadar teka teki, tiada fakta seperti ini secara reality)

Selain fakta yang agak mengarut itu, dalam satu-satu kebun limau, hanya ada boleh 5 batas sahaja, tak boleh lebih tak boleh kurang. (nih mmg serius mengarut)

Pekebun ini dah pecah otak nak pikir camne nak tanam. sebab dia nak habiskan kesemua biji benih itu apa masa yang sama sambil mengikuti arahan-arahan di dalam buku tuh..


So, anda semua dikekehendaki mencari solusi utk pekebun ini...


Ganjaran : Memandangkan kita nak puasa dah, Hadiah kali ini merupakan buka puasa bersama dan tanggungan penuh juadah buka puasa di pasar malam. Bagi mereka yang berjauhan, anda boleh 'collect points' dan tebus ganjaran anda bila-bila masa anda berjumpa saya. Kalau anda perempuan.. bab buka puasa bersama tak dapat kecuali saya hantar pasukan merisik dulu. hehehe..




Simon 'Adam' Malik

10 comments:

Abe Am said...

kalo ade chatbox pun best jogak nak menyibuk..

wuuhuhuhuhu

Hantu Kak Limah said...

haha...memang mengarut...

tapi kan nak, makcik belajar tak tinggi...perah dan pecah otak,x dpt jg jumpe jawapan.

So,ape kata survey?

Simon 'Adam' Malik said...

@abe Am

nnti la buboh.. ke lebey mesra alam kalau bubuh? hehe..

Simon 'Adam' Malik said...

@Hantu Kak Limah

mmg la makcik blaja tak tinggi, tapi belajar jauh kan? hehe..

ada org telah menchoba via email, and somehow solve the Qs, tapi bukan jawapan yang saya carik. hehe..

tunggu sampai Siri 4, baru saya reveal jawapan. ^^

sempat jugak mak cik singgah sini sebelom balik rumah? =p

Hantu Kak Limah said...

ala nak ooi...mak cik ade break keje jugak,setelah berasap memeriksa client bsama2 tangkal2 yang bertujuan untuk menghalau kaum makcik

lepas tu, hantu kak limah balik rumah la.haha

Peace

Simon 'Adam' Malik said...

fuiyo, tangkal yang biasanya effect kaum makcik tuh, tak de kesan plak kat mak cik ek?

power gilerr

haha..

Hantu Kak Limah said...

kelebihan mak cik menjoin kelab hantu bertaubat. tangkal tak ngefek~~ ^^

Adi said...

susun batas pokok rupa bintang! wohooo!!!

Simon 'Adam' Malik said...

@Hantu Kak Limah
hahaha.. ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@Adi

looks like we have a winner !! ^^

kat kawasan umah ada pasar malam? ke nak yg klang punya? hehehe