Friday, 15 July 2011

Guna.Pasti.Sesat. - Part 1 -

Assalamualaikum wbt




Apa yang terlintas dalam otak anda yang serba geliga itu?


Ilmu bomoh untuk meraih undi menyeru duit?
Tangkal pelindung supaya tikam tak mati tolak bala?

Nak je saya tulis pasal benda-benda khurafat yang sedia maklum berakar umbi kentang dalam masyarakat. Actually, nak tulis pasal sesuatu yang saya sendiri beri jolokan Guna.Pasti.Sesat. Rasanya belum ada yang beri jolokan ini memana..

Yaaa...! Tuan-tuan dan cik puan sekalian. Nama sebenarnya ialah Global Positioning System atau secara ringkas Guna.Pasti.Sesat (GPS)

Sebelum anda semua mengetahui saya agak anti dengan GPS, meh saya open story sikit macam mana GPS nih berfungsi.

Anda tau Bumi nih lebih kurang sfera kan? Orang-orang bijaksana zaman dulu telah menciptakan koordinaat longitude dan latitude untuk menentukan kedudukan kita atas map.

Time moved fast, berkat ilmu Allah yang diberikan pada kita yang bergelar manusia nih, kita dapat menghantar satelit-satelit di luar atmosfera bumi. So secara tak langsung dapat bird view dari bumi kan? Maka lebih mudah untuk mengetahui kedudukan dengan adanya mesin yang boleh lihat dari atas. Ringkasnyer, dengan minimum 4 bijik satelit, kita dapat tau kedudukan kita kat mana secara tepat.



Ok, macam mana pula Mak cik Tom Tom tau camne nak pegi destinasi kalau pada asalnya GPS sekadar bagi kedudukan?

This is where enters the weakness of GPS...

Kuli cacai syarikat pemetaan kerajaan dan swasta di sesuatu tempat tuh perlu, start engin kereta, pasang kat atap kereta mesin positioning yang separa sfera bersaiz agak besar, kemudian dia kena lalu setiap jalan, lorong, lebuhraya yang ada. So mesin positioning tadi emits dan record kedudukan GPA every single second ketika kereta sedang bergerak atas jalan raya

So bila diorg ke balik pejabat; filter punya filter; susun punya susun data-data yang diorg dapat, maka wujudlah satu record informasi yang boleh diguna pakai oleh syarikat-syarikat GPS seperti Mak Cik Tom Tom dan sebagainya.

Camne dia cari direction tuh, dia punya sistem kira ala-ala connect-the-dots. Sebab tuh la, kalau terlepas junction, dia boleh kira balik dari lokasi tuh ke destinasi. Teruje je kan..? Tu yang sampai anda yang rasa, kalau tak Guna.Pasti.Sesat.

Itu kalau system informasi diorg tuh selalu update, siap ada lokasi stesen minyak, hotel bagai..

Cuba kalau system tuh tak diupdate? muncullah ayat-ayat feveret seperti;

Unable to find location

atau

Error, unable to calculate route to destination.

jengjengjeng.. mulalah tangan anda mencapai telipon kesayangan anda dan mula spam kat kawan-kawan anda atau calling member minta direction.

Cuba masa tuh abis credit atau takde bateri.

Menangis tepi jalan kah anda?

Jadi mari kita kembali kepada assolah.. the old school style.  Meh selak Quran jap,

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui. (Al - An'am : 97)

Pedoman / petunjuk. Nak tau apa ruh pada perkataan nih?

hah? apa dia?

ya betul... reference / Point of reference.

Kalau di atas map, point of reference nih biasanya 'you are here' kat mana-mana shopping komplek. So senang la anda nak gi cari surau / tandas kan? Memudahkan kita nak navigate ke mana²

So dalam ayat tuh, Allah jadikan bintang-bintang  point of reference untuk para pengembara dan para pelayar. ketika di malam hari.

Jap, chop, wait semenet.

Kalau malam, berjuta bintang kot kat langit. Kalau nak jadikan satu bintang as a point of reference semalam, sure ke kita tengok bintang yang sama hari ini? Plus, bumi nih berputar dengan paksi yang condong sikit dan semestinya berputar mengikut orbit.

So secara tak langsung, kedudukan bintang semalam tak sama dengan bintang hari ni, kan? kan?


Camne pulak nak apply dengan kita yang tengah sesat nih? (di tangan handset abih credit, muka dah risau giler sebab dah rasa sesat)


pening dah....


eh eh.. bersambung la pulak


Simon 'Adam' Malik

2 comments:

Hantu Pizza said...

^^
ingatkan nak sambung pos ttg tangkal zaman moden pula...

Guna.Pasti.Sesat?
haha...sgt inovatif
tapi sy lebih memilih tak gune dan pasti sesat. malas nak beli...yg ptg ada mobile charger ^^ utk call GPS bergerak.

rasa pernah nampak bintang tuh,tiga pingitan, dia lain dan kene sederet kan?

Simon 'Adam' Malik said...

haha.. cuba charger tuh takde, and handphone anda abis bateri.. ^^


diorg mmg sederet di langit, dan orang putih panggil diorg Oriion's Belt.


ada post pasal diorg. Tahun 09, februay. tajuk dia lebih kurang .. bintang yang 'hilang'..