Sunday, 10 July 2011

Dasar pelestarian pertanian.. ( jap, lestari tuh amende?)

Assalamualaikum wbt


Dalam pada hari jumaat 8 julai, saya memasang niat untuk merebut air-time percuma di bandar KL pada hari esoknya atau, dapat menanggalkan daki di kulit sebab ada air pancut. tetiba bonda mengeluarkan titah yang pendek via es-em-es

diperlukan di Kampung besok.



Jarang benar dapat msg seringkas lagi direct dari bonda. Sure hal besar..

Memang besar..

Rupa-rupanya bonda ingin meneruskan 'projek bersama' di kampung yg tertangguh sejak 3 tahun lepas, dan saya sebagai pembersih semak dan penggali lubang kubor.



Kalau korg ada terbaca post zaman 2008, Rambutan, di situ saya ada bagitau mengenai niat untuk menanam anak pokok rambutan. Tangguh punya tangguh, saya dah abis belajar setahun dah, baru nak tanam.

Banyak dah saya tulis pasal kampung saya, cuma tak buat as a main theme dalam artikel. ehehe..

Saya dari kecik, punya seronot teruja balik kampung nih especially time raya. haha.. Masa kecik mmg la hanya reti have fun dan tak sedar akan kepenatan driving, mengharung jem dan gigilan tangan bayar tol dan minyak.

Somehow kan, saya tengok adik beradik bonda, tak kisah pun balik selalu. Ye la, suasana kampung yang serba aman damai, langit membiru, daun menghijau, sungai mengalir, ayam berkokok, orang menyapa, kenduri bersama, mana ada kat bandar..




InsyaAllah, by Ogos mereka akan kekuningan


Mantis yg solat Praying mantis yg super besar..Animal also pray, have u pray?




Masa balik itu hari, ada sorg pakcik saya (yg balik ke kampung juga) ada ajak hang-out gi kenduri dengan dia. Ef-wai-ai, pakcik tuh adalah hated-uncle masa saya kecik-kecik sebab suka sakat saya.. huhu... beso nih lepak je la kan? hehehe..  Oh ye, lawak/cara cakap uncle saya nih, kalau tak biasa, mmg tak tahan dan boleh kecik hati. Tahap lawaknya seperti berikut.

Sepupu saya bertanya ' Abah, kalau Man buat macam nih, agak-agak ikan cukup oksigen tak?'

Abahnya jawab, 'Cuba ko masukkan kepala ko kat dalam. Kalau boleh nafas, ok  la tuh.'



Hahaha!! Saya gelak besar bila teringat kes nih. Mmg obvious yang family bonda agak kasar dan LO-UD.. Dah negeri tuh pun orang selalu kait lawak sarcasm plus kasar. Masa kat kenduri tuh, ada budak tanya, anak ke? Dia lepak buat muka dan jawab 'Eh bukan. Nih anak cina nih!' (wahaha!!)

Bonda saya pernah cerita yang abang ipar saya terkejutz bila first time balik raya kat sini. Siap tanya akak, diorg mmg cakap stail macam tuh ke?' Takper, sekarang nih dia dah ok dah.. hhehe


Pohon kedua yg baru di tanam. Yang rimbun kat belakang tuh, apak tanam suatu ketika dulu..


Balik ke kampung dengan bonda, mesti ada crash course benda-benda pertanian. Ala yang simple-simple je. 2 tahun lepas, bonda mengajar meng'trim' pokok sambil petik rambutan. Tahun nih, menanam. Besok lusa.. ntah.. lom tau lagi.

Masa nak masuk rumah balik, saya pergi la ke pohon yang buahnya ada yg masak awal. Beza tau rasa buah rambutan yang hampir masak, dan yg betul-betul optimum masak.

Dalam tangan saya pantas memetik buah, mulut tak behenti-henti membersihkan isi dari biji, otak saya rancak berfikir...

Memetik buah yang belum betul-betul masak, biasanya pada pekebun yang kurang sabar untuk mengecap hasilnya. Membiarkan buah sampai terlebih masak, biasanya pada pekebun yang pemalas.

Di alam kehidupan nih, kita mungkin ada apprentice dan satu hari apprentice kita itu perlu melakukan tugas yang kita biasa buat (kalau tak, tak ambil sebagai apprentice). Tapi bila timenya kita tahu yg dia dah matang dan ready to take stand alone?

Tercepat... tak optimum dan tak dapat hasil yg kita inginkan.
Terlambat.. alamat susah nak survive sebab tak reti berdiri sendiri. Pun tak optimum gak

So guane?

Cuba anda fikir-fikirkan sambil makan durian rambutan.



Simon 'Adam' Malik

4 comments:

Puding Karamel said...

saya rasa,kene latih apprentice itu supaya kenal baik2 mana yang elok dan mana yang tidak. Supaya semua pihak menkmati keuntungannya.It became better with knowledge and experience, wif few trian n errors.

Dalam kehidupan?
hidup ini cuma ladang, nanti tuai di akhirat.
untuk hasil yang TERbaik, bersabarlah, sebelum menuai yang sebenar-benarnya.

ilmu alam anda sungguh luas.geology,pertanian,tart nenas.

saya said...

'mentadak mentaduk macam mana X tido?'

teringat pulak time kecik2 nyanyi lagu ni...

peace

Simon 'Adam' Malik said...

@puding karamel

yaa betol. Memula kena seiring dengannya, dan bagi tunjuk ajar yg cukup.tak kurang juga praktikal training. in the mean time, patience.. sampai tiba masanya utk diorg terbang sendrik.

tak ingat sapa yang kata, tapi ayatnya bunyi mcm

'super-giler-gempak-tak ingat dalam bidang sendri, tapi still knowledgable dalam bidang lain'


lebih kurang kot..

Simon 'Adam' Malik said...

@saya


sebenarnya dia muncul kat meja luar dan 'mengejar' kamera yang sibuk amik gambar dia.

Yang bebetul jadi gmbr tuh je, selepas lepaskan dia kat satu pokok.

Masa dia lepak kat tangan, tak pulak tanya.