Tuesday, 26 July 2011

Bukanputeragunungtahan







Mungkin post semalam agak vague sekali. Entah, aku rasa nak tulis, nak luahkan tapi still aku nak rahsiakan sebahagian cerita..

Mungkin aku bukan orang yang pandai menyusun kata. Apa yang aku mahu gambarkan, tidak semudah mereka yang mendengar untuk menggambarkan benda yang sama...

Baik lah.. bagi yang rasa-rasa tak tau hujung pangkal cerita.. boleh cari post 'the call'..

Seusai itu.. mulalah hidup aku mengharapkan keputusan yang aku ambil adalah yang terbaik.. Segala permohonan ke arah teknikal semuanya tertolak kecuali satu.. dan aku fikir mungkin tuhan mahu tunjukkan arah ke University.. Dari mereka hanya sokongan kosong diberi.

Maka borang pun dihantar.. lokasi juga dipilih dengan teliti agar tidak menyusahkan tenaga orang lain untuk mengcover kawasan yang kosong.. Pengharapan yang baik aku pohon..

Setahun menunggu, bermacam-macam benda aku buat. Aku tidak rasa satu kerugian.. bahkan aku lebih banyak belajar benda yang aku tak pernah chance untuk belajar dan alami.

Namun tidak orang lain disekeliling aku.. aku dianggap pemalas, tak reti berdiri atas kaki sendiri, membuang masa, lebih byk menunggu dan tak mau kejar cita-cita..
Saranan untuk bekerja di ruang teknikal aku penuhi, untuk menjaga hati... interview aku buat apa yang boleh tapi nampak sangat rezeki aku bukan ke sana..

Menghampiri bulan untuk jawapan dari Uni, ada satu job aku tolak kerana gaji yang begitu rendah sekali lagipun, aku nak sambung dalam Uni.. Melenting orang-orang itu..

Entah macam mana, aku begitu yakin yang Allah hendak membuka jalan ke University.. berdasarkan penutupan rezeki di bahagian-bahagian lain.. aku redha... orang-orang yang lebih aku percayai mengatakan itu yang paling baik..


Namun semalam.. jawapan yang tidak aku sanggup dengar aku dengari. Alasan kerana tak cukup khaul bila dicovert secara direct ke CGPA..  rasa belajar 4 tahun sia-sia


Lost.. despair.. aku semalam dah rasa takde hala tuju dah... Teringang² bentakan dan agakan orang itu yang aku takkan dapat masuk uni..


Setahun aku bersabar dalam kekaburan masa depan.. genap setahun, kekaburan bertukar gelap.


Mungkin inilah perasaan seorang sahabat yang bertanyakan mana pertolongan allah..
Mungkin inilah perasaan apabila iman digoncangkan hingga ke halkum...
Mungkin inilah perasaan Yunus a.s ketika dia membawa diri..



Ya Allah.. aku tidak tahu apa perancanganMu terhadap aku..
Kuatkan jiwa ku untuk berhadapan dengan orang itu..
Orang yang sama dengan lelaki yang bersungguh² mengejar Abu Ubaidah semasa Badar..

Terima kasih pada yang memberi komen pada post yg lepas.. saranan dan nasihat anda paling saya hargai ketika ini.. Dulu saya diatas, dan sekarang giliran untuk berada di bawah..



Doakan hati kecil dan rapuh ini tsabat..




Simon 'Adam' Malik

4 comments:

Adi said...

salam bro, sama2 kita bersabar dan berikthtiar.... usia mu masih muda, kuderat masih kuat, belum ada extra luggages...univ pun bukannya satu, bumi Allah ini luas..perhaps kau akan balik ke France, mana tahu?

Puding Karamel said...

firman allah, jangan berputus asa dengan rahmat allah

Dan Allah sendiri tak pernah berputus asa dgn kita.buktinya pintu taubat luas terbuka, rahmatNya melimpah kurnia.

never lose hope in Allah,n also,in urself
always remember beauty and the bliss
kata alim, dengan memperbaiki hubungan dengan allah,segala urusan lain akan dipermudahkan.

ganbarimashou, kappa san

nadzwareina said...

aku cuba nak tulis ayat2 yg boleh bagi kau semangat, tapi tak terkarang. mungkin aku belum betul2 faham macam mana sakit yg ko rasa skrg..mintak maaf banyak2.

tapi ingatlah yang sesungguhnya Allah tu sebaik2 perancang. Yakinlah dengan setiap keputusanNya. Ada sesuatu yg lebih baik Allah dah plan untuk ko, cuma mungkin belum smpai masanya ko tahu apa dia. Doa bnyak2 adam, mintak petunjuk & kekuatan ye.

Simon 'Adam' Malik said...

to everyone :

Thank you very much with all ur support and encouragement.

i'm doing better now.. ^^