Saturday, 30 July 2011

*Ketuk Ketuk* Siapa tuh?






Assalamualaikum wbt




Bulan penuh bonanza akan tiba tak lama lagi. Segenap lapis mak nenek atau bapak budak, kesemuanya mempunyai interpretasi tersendiri terhadap bulan ini. Tidak kurang juga semangat yang terbakar berapi. Tak kisah la walau ia semangat untuk menyambut duit free di akhir bulan tersebut atau kekaguman sport rim baru dan tv flat 43 inci..

Jadi, pasang tali pinggang keledar anda kerana kita akan merentas dimensi masa untuk melihat sendiri reality dan ilusi bulan bonanza ini



Dari kaca mata kanak-kanak

Bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Asbabnya.. selepas 30 hari berpuasa, boleh minta duit free kat orang dewasa atau bertandang ke rumah sesapa demi tabung terchenta.

Namun demikian, semasa berpuasa, mereka juga mahu berpuasa. Dapat separuh hari pun jadilah la kan? Time sekolah pagi boleh claim dengan kengkawan yang kita posa.. Balik rumah tengahri boleh cari nasi. (peluh)

Terdapat juga sesi berlumba-lumba untuk siapa yang paling banyak akan berpuasa tahun itu.. Tak kurang juga dengan sesi main kejar-kejar dalam masjid semasa orang dewasa khusyuk solat terawih.

Akhir bulan, baju baru, sampin baru dan segala macam benda baru diorg akan dapat. Seronok betul diorg kan?

Innocent.. diorg mmg akan follow apa yg org dewas buat. Jika org dewasa berpuasa bulan ramadhan, maka diorg dengan penuh taatnya akan follow suit.



Dari visor motor pelajar menengah dan University


Gugurnya kelayakan untuk berpuasa separuh hari, dan hukum wajib sudah dijatuhkan ke atas mereka. Mana yang kurang kefahaman dan ruh iman, bulan puasa adalah bulan paling seksa. Tak dapat nak makan atau minum secara open, nak hisap rokok perlu menyorok dalam tandas atau di siling-siling bangunan.

Tidak kurang juga yang bijak pandai, mula mempersoalkan ibadah berpuasa nih.. kenapa perlu diorg berpuasa? Jawapan tuhan suruh, merupakan jawapan kanak-kanak dan mereka mahukan jawapan yang lebih konkrit. Jika diambil enteng, kemungkinan besar bab solat pun boleh gugur.

Remaja masih lagi eyeing for hari raya. Eyeing untuk pulang ke kampung setelah berjauhan dari rumah  menuntut ilmu demi segulung ijazah. Waktu-waktu diisikan dengan acara tidur, atau yang lebih tidak bermanfaat, menganyam ketupat.

Tak kurang juga yang melihat bulan puasa merupakan bulan untuk mencari duit lebih. Maka muncullah industri pembuatan kuih dan pasar malam yg banyak macam cendawan lepas hujan, dan kemudiannya lesap lepas raya macam chipsmore kejap ada kejap takde.

Biasanya, pada peringkat umur ini, berbuka puasa secara ramai-ramai digantikan dengan acara berbuka di mamak. Terawih pun entah ke mana (berdasarkan pemerhatian di masjid taman)



Dari balikan cermin belakang kereta dewasa.


Suasana bulan ramadhan sudah berada pada peringkat yang berlainan. Kalau dulu, belajar sambil bepuasa, tapi kali ini mereka bekerja-bekerja sambil berpuasa.

Sebagaimana yg anda tau, ada pelbagai jenis kerja yang ada. Bagi mereka yang bekerja di sektor service, terutamanya Food and Beverage, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mencabar iman. Tak kurang juga dengan mereka yang banyak dealing with client. Nak bincang projek juta-juta biasanya di meja makan.

Di sini, org dewasa memikul satu cabaran yakni perpepsi persepsi orang bukan islam terhadap orang islam yang berpuasa. Jika productivity dan semangat kita turun semasa bulan puasa, secara tak langsung kita sudah menimbulkan fitanah ke atas agama kita sendiri.

Mana tak nye? kalau bulan ramadhan je.. ramai yang tidur.. lemah gemalai.. Secara tak langsung, mereka akan rasa, bulan ramadhan nih adalah bulan orang islam paling tak berkualiti kerja. Surau-surau yang biasanya kosong di waktu tengahri, mula dipenuhi dengan mayat-mayat hidup bergelimpangan.

Selain itu,  bagi golongan dewasa, bulan puasa merupakan bulan yang paling senak. Senak kerana terpaksa mengira-ngira duit langsir baru, baju raya anak bini, duit raya anak sedara, sport rim baru. Kalau raya bulan 12, di mana baru nak naik sekolah, makin senak la mereka memikirkan duit yang bakal mengalir keluar.

Itu kes yang kurang mampu.. yang mampu? Bulan puasa adalah bulan untuk melantak dan menyenakkan perut dengan buffet-buffet berbuka puasa yang tak masuk akal. Paling tidak pun, pembelian secara melampau dari bazaar ramadhan yang akhirnya mengenyangkan tong-tong sampah.

Peringkat dewasa ini, biasanya takde masalah untuk berpuasa. Lagipun rakyat islam malaysia lebih dididik untuk berpuasa berbanding solat, betul? Cumanya, bila sudah tahap dewasa, ruh berpuasa itu sudah hilang dan dari ibadat yang serba power menjadi adat.





Ilusi yang perlu direalitikan.



perasaan untuk mendapatkan ganjaran yang dilipat kali gandakan. Pernah dengar 'happy hour'? So bulan ramadhan ini merupakan 'happy month' untuk kita memperbanyak amal seperti bacaan quran, ibadah sunat, bersedekah, dan sebagainya.

Itu belum masuk dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan...

Biarlah hati kita look forward dengan bulan ramadhan, bulan tarbiyyah, bulan yang penuh keberkatan. Paling tidak.. cuba kita imbas kembali perasaan kita masa kecil-kecil, betapa kita tak sabarnya bulan puasa.

Kita yang dah besar panjang nih patut rasa malu dengan kesucian hati mereka bukan? So berazamlah yang Ramadhan kali ini lebih awesome dari tahun lepas, insyaAllah. ^^



Selamat Ramadhan~!


Simon 'Adam' Malik

Friday, 29 July 2011

Enlightment

Assalamualaikum wbt



Minggu yang aku berjaya untuk tidak tidur di sarang utama.

Kalau korg nak bertanya.. 'Apa khabar..?' 'Camne dah skrg..?' atau 'Ok ke...?' Aku akan senyum dan jawab alhamdulillah..

Mungkin juga korg agak terkejut, kenapa seperti tidak apa-apa yang berlaku padahal tempoh hari, aku frust menonggeng.

Di kala aku tidur di dalam sebuah training centre di tingkat paling atas yg selalu bocor bersama 20 org dari france atau kawasan hutan pinggiran Putrajaya bersama-sama 50 org dari pelbagai negara, aku banyak bermuhasabah diri.

Korg mesti tertanya-tanya, kenapa sorg yang sudah beratus-ratus kali apply keje dan applicationnya tidak dijawab/reject/tak lepas interview begitu frust bagai putus chenta apabila applicationnya direject oleh sebuah Uni akibat cgpa tak cukup padahal result aku tak pakai cgpa.. kalau direct conversion.. memang la aku dapat 2.0 je..


*amaran : baca kat bawah nih dengan nada tenang dan bersahaja ek?*

Mungkin sebab ketidakstabilan hormon pada minggu sebelumnya dan juga sesi penukaran pendapat secara kurang terkawal pada hari ahad. Di mana salah satu hujah dan agakan terkena batang hidung sendiri bila aku tepon Uni...

So rasa macam ironik la... tu yang down-down-down.. tuh..

Ok.. semasa aku menulis Status mode : Recovery... masa tuh aku banyak menempel pada konferens riang sahabat-sahabat luar negara. Alhamdulillah.. kehadiran diorg disekeliling aku, seperti charger panasonic bervoltan tinggi. Betul.. mereka tak sedikit pun menyedari permasalahan aku.. tapi senyum tawa diorg bagai ubat untuk aku kembali bersemangat dan berfikir macam orang ikut tarbiyyah. Cuma ada sorg hadek yg datang menegur kerana dia juga pembaca blog ini.. hehe..


Yang paling banyak mengetuk pintu-pintu otak dan emosi adalah pada hari rabu malam khamis, apabila aku menempel mendengar perkongsian sempoi dari Presiden Aqsa Syarif. Alaaa... yang selalu duk keluar kat awani cerita pasal palestin tuh..


 



Pengisian sempoi Dr Hadfizi nih aku idamkan sejak 2 tahun lepas. So planning utk menempel di pinggiran putrajaya tuh mmg aku dah plan since aku tau dia akan bagi minggu nih. Tertunai juga kempunan aku untuk memiliki buku-bukunya.. cam biasa la kalau hantu beli buku.. tak kisah harga berapa sure beli punya.. hehehe..

Berkongsi sedikit mengenai pengisian sempoinya yang memakan masa 1 hari lebey-lebey..Dia ada menyebut yang Allah sudah menentukan keadaannya untuk akan datang di mana, kebenaran pasti berdiri megah akhirnya.. namun Allah sentiasa melihat USAHA dan TAWAKAL mereka untuk masa depan. Dan sebuah kemenangan yang agung itu, biasanya akan menghadapi ber'round-round kekalahan, sebelum dapat memberikan pukulan K.O..


Gedebush... Mungkin aku terlalu memikirkan pejalanan masa depan dan tidak bersangka baik dengan Allah. Patutnya aku sedar yang Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.. Itu lah yang aku duk cakap dengan hadek-hadek yang bakal ke luar negara... Amek.. kena kat muka aku sejibik.

Dan malam semalam aku mengembara rohani di training centre yang lain bersama rakan-rakan bulatan gembira. Ketika sesi membaca secara masyuk sebelum subuh.. aku menyambung bookmark tilawah aku. Tengah duk sedap-sedap baca.. bacaan aku melalui ayat albaqarah 155-156. Ayat begitu terkena dengan situasi aku sekarang..

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Dan bila aku membaca ayat yang terakhir di page tersebut.. mata aku bergenang.. setelah bertahun-tahun kering..

Serius.. kes tempoh hari benar-benar mengegar iman aku dimana aku hampir menyalahkan takdir. Aku benar-benar lupa betapa kasihnya Allah dan betapa sayang allah pada hambaNya... dan aku tidak mahu menjadi orang itu yang menyalahkan takdir dan tuhan kerana tidak dapat fly.



Alhamdulillah...  berkat doa korg, aku masih lagi disini...



Terima kasih kepada pemberi-pemberi komen yang mahukan aku kembali bersemangat dan minta maaf aku tidak membalas komen-komen korg...

Komen² korg seperti suara-suara semangat dari jauh.. dan ada satu tuh membuatkan aku tergelak kejap di kala aku berduka...


U all got my personal thanks..


and thank you lord for giving me the chance meeting you all..






Simon 'Adam' Malik


Kempunan rendang Si Raja Lumu,

Dayangnya sibuk menganyam ketupat
Berikan nama org diatas mu
Lebih dari kuih tat yg kau dapat

Wednesday, 27 July 2011

Status Mode : Recovery






Bersyukur aku dan sentiasa bersyukur padaMu kerana mempunyai kamu.


Ya Kamu. Siapa lagi?


Walau tak benar-benar merasa apa yang aku rasa.
Mahupun tak tau aku ada masalah dikala berjumpa.


Tetapi melihat wajah kamu, sudah cukup mengubati
Cukup memujuk, cukup menasihati.


Aku bersyukur aku digerakkan hati untuk bersama kamu semalaman
Walau hny sekadar menempel kehadiran
Walau hny sekadar menumpang dulang makan


Tetapi semangat kamu menyedarkan aku.
Mengapa aku berada disitu.
Mengapa perlu aku disitu.
Dan mengapa perlu aku berbuat sebegitu..



 Aku bersyukur kerana aku masih empunya kehadiran kamu.



 Jazakumullahu khairan kathira...



Pada mereka yang membantu, memberi kata-kata semangat, atau hny sekadar wujud dalam hidupku.



Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 26 July 2011

Bukanputeragunungtahan







Mungkin post semalam agak vague sekali. Entah, aku rasa nak tulis, nak luahkan tapi still aku nak rahsiakan sebahagian cerita..

Mungkin aku bukan orang yang pandai menyusun kata. Apa yang aku mahu gambarkan, tidak semudah mereka yang mendengar untuk menggambarkan benda yang sama...

Baik lah.. bagi yang rasa-rasa tak tau hujung pangkal cerita.. boleh cari post 'the call'..

Seusai itu.. mulalah hidup aku mengharapkan keputusan yang aku ambil adalah yang terbaik.. Segala permohonan ke arah teknikal semuanya tertolak kecuali satu.. dan aku fikir mungkin tuhan mahu tunjukkan arah ke University.. Dari mereka hanya sokongan kosong diberi.

Maka borang pun dihantar.. lokasi juga dipilih dengan teliti agar tidak menyusahkan tenaga orang lain untuk mengcover kawasan yang kosong.. Pengharapan yang baik aku pohon..

Setahun menunggu, bermacam-macam benda aku buat. Aku tidak rasa satu kerugian.. bahkan aku lebih banyak belajar benda yang aku tak pernah chance untuk belajar dan alami.

Namun tidak orang lain disekeliling aku.. aku dianggap pemalas, tak reti berdiri atas kaki sendiri, membuang masa, lebih byk menunggu dan tak mau kejar cita-cita..
Saranan untuk bekerja di ruang teknikal aku penuhi, untuk menjaga hati... interview aku buat apa yang boleh tapi nampak sangat rezeki aku bukan ke sana..

Menghampiri bulan untuk jawapan dari Uni, ada satu job aku tolak kerana gaji yang begitu rendah sekali lagipun, aku nak sambung dalam Uni.. Melenting orang-orang itu..

Entah macam mana, aku begitu yakin yang Allah hendak membuka jalan ke University.. berdasarkan penutupan rezeki di bahagian-bahagian lain.. aku redha... orang-orang yang lebih aku percayai mengatakan itu yang paling baik..


Namun semalam.. jawapan yang tidak aku sanggup dengar aku dengari. Alasan kerana tak cukup khaul bila dicovert secara direct ke CGPA..  rasa belajar 4 tahun sia-sia


Lost.. despair.. aku semalam dah rasa takde hala tuju dah... Teringang² bentakan dan agakan orang itu yang aku takkan dapat masuk uni..


Setahun aku bersabar dalam kekaburan masa depan.. genap setahun, kekaburan bertukar gelap.


Mungkin inilah perasaan seorang sahabat yang bertanyakan mana pertolongan allah..
Mungkin inilah perasaan apabila iman digoncangkan hingga ke halkum...
Mungkin inilah perasaan Yunus a.s ketika dia membawa diri..



Ya Allah.. aku tidak tahu apa perancanganMu terhadap aku..
Kuatkan jiwa ku untuk berhadapan dengan orang itu..
Orang yang sama dengan lelaki yang bersungguh² mengejar Abu Ubaidah semasa Badar..

Terima kasih pada yang memberi komen pada post yg lepas.. saranan dan nasihat anda paling saya hargai ketika ini.. Dulu saya diatas, dan sekarang giliran untuk berada di bawah..



Doakan hati kecil dan rapuh ini tsabat..




Simon 'Adam' Malik

Saturday, 23 July 2011

Pujukan di tengah malam?

Assalamualaikum wbt





Semalam merupakan antara hari yang tersangat busi. Kalau saya tak duduk kat lab, itu tanda saya busi. Tak duduk diam bekejaran ke sini ke sana, making phone calls dan sms'ing.. (dah macam keje PA la plak kan?)

Malam tuh after je meeting, drive balik ke Klang.

sejak dua tiga hari ini saya dapat rasakan yang ada satu benda yang 'tak kena'. Darah dan perasaan asyik bergolak.

Antara petanda yang obvious adalah... cara saya driving..

mereka yg pernah menaiki kereta pinjam saya itu, sudah tentu tahu, drivernya akan selalu berada di lane paling kiri. Apa tah lagi memandu pada had maxima yang dibenarkan. Meter tak cecah angka.. Selit menyelit lagi la..

Tapi saya cakap juga, saya kalau driving sorg, takde la saya drive macam mak nenek. Tapi bab cucuk mencucuk mmg tak buat. Nak jimat minyak la katakan... kena la konstan speed of driving..

Akan tetapi, bukan akhir-akhir ini.. walaupun tangan kiri saya belum 'auto-horn' bila orang lain buat salah.. tapi.. saya menyelit, mencucuk, potong belah kiri dan tukar laluan tanpa signal. Bab laju tuh apa lagi... seb baik cc tak power.. kalau tak dah berdesup-desup..

astagfirullah.. (nasib baik takde sticker NGO..)

Mmg lain.. cara saya respons dalam perbualan.. byk la.. where benda-benda ini merisaukan saya sebenarnya.. takut kembali pada character lama..

Sampai je di rumah.. suasana dah gelap dah.. taman perumahan yang ditemani hutan simpan yang tinggal seco'ot

Masuk je dalam rumah.. beg baju kotor., kamera di letakkan atas sofa.

Then ternampak something warna putih atas meja..

hikhikhik

Benda putih tuh siap ada kaler merah-merah lagi..

hikhikhik

Saya tak turunkan beg galas lagi nih.. curious.. saya pun amik gunting mak berdekatan

Saya datang dekat kat benda putih tuh, saya gunting-gunting benda tuh



hikhikhik

Then benda warna hijau pulak keluar dari benda warna putih tuh tadi..



senyum sampai tunjuk gigi..




tekesima kejap tengok...










Tau tak yang biasanya Allah akan 'pujuk' kita in time in needs.. walaupun bukan directly, tapi cara indirectly pun sbenarnya leave a great impact.

Mcm wajah anak time tidur ke.. sure hilang stress keje..

Saya tempah buku nih minggu lepas.. tak sangka kehadirannya di rumah, menyebabkan saya tersengih-sengih time nak tidur.. hehe


Saya sayang tuhan saya..




Simon 'Adam' Malik


p/s : adakah perasaan ini sama dengan wanita yang shopping boleh hilangkan stress?? saya harap bukan..

Friday, 22 July 2011

Luahan hati Inche Simon Malik

Assalamualaikum wbt





pendek..




tak mau tulis panjang-panjang.



biar direct.. takde konar-konar




saya sudah jatuh chenta.




entah macam mana boleh tetiba berminat.



walaupun sudah lama berada di sisi..



lama sangat di bawah aircond semasa menjaga booth event PRPI upm...?



bukan satu faktor.. otak saya masih lagi waras.





adakah ia adalah punca yang menyebabkan hati dan darah saya bergolak tak keruan?



tapi yang pastinya



sudah 3 hari saya menatap setiap kali saya pulang bekerja



dan menyebabkan 3 Siri wotpog tergendala sebentar kerana ia...


Bisik-bisik hantu...
Rahsia celah fakta..
dan satu siri yg takde nama..

Tergendala.. stop.. terganggu.. tapi bukan berhenti


Apakah gerangan yang berlaku ini?



Oh.. aku sudah jatuh beskal cinta



duhai buku karangan Muzaffar Iqbal



Simon 'Adam' Malik


 p/s : ada mereng sikit tak tau apsal.. tapi yang pastinya buku The Making of Islamic Science telah menyebabkan saya slow down nak menulis... ahaha..

Thursday, 21 July 2011

Ceritera : Samad dan Atuk

Assalamualaikum wbt


'Aduh'! Samad terjatuh lutut dahulu. Kucing yang dikejarnya sudah hilang ke mana. Perlahan-lahan Samad bangun sambil menepuk-nepuk lutunya membuang pasir. Matanya berair menahan sakit.

'Maatt..! Mandii....!. Dah nak maghrib nih.....!' laung suara ibunya dari arah dapur. Cukup jelas. Walaupun ibunya berada di dalam dapur dan Samad berada di hadapan rumah. Samad tidak menyahut, namun seorang budak yang berumur 3 setengah tahun perlu mendengar arahan dari ibu. Dia mula melangkah menuju ke arah soyok yang terletak di berdekatan dengan dapur dan bilik mandi. Melopong kejap sambil mendongak melihat sekumpulan bangau-bangau pulang petang.

Suasana petang di Kampung Batu Gajah amat sunyi sekali. Tiada hiruk-pikuk kenderaan. Hanya burung-burung pulang terbang langit kemerahan dan sekali-sekala ada deruman motor si pekebun tua. Samad berhenti melangkah. Sayup-sayup dia ternampak atuknya berhampiran kandang kambing yang terletak lebih jauh di hujung tanah 2 ekar.

Atuknya baru sahaja selesai mengikat daun-daun nangka di dalam kandang dan kini sedang menyalakan asap di bawah kandang. Samad jarang sekali melihat kambing hidup. Apatah lagi seorang pengusaha kambing yang sudah berumur tapi gagah melakukan kerja-kerja sebagai pengembala.

'Apa lagi tercegat tuh? Cepat tanggal baju seluar.' arah ibu Samad bercekak pinggang di pintu dapur. 'Baaiikkk...!' Samad cuba meniru suara Shin Chan. Sakit lututnya sudah dilupakan.

***

'Nganga mulut.'

Samad tidak membantah. Perutnya lapar dan lauk ikan kembung goreng serta sawi goreng sungguh menyelerakan. Tambahan pula dia hanya perlu membuka mulut kemudian kunyah sahaja. Ibunya mengesat mulut dan pipi Samad yang bernasi. Pipinya tembam dan bulat ditambah lagi dengan nasi yang sedang dikunyahnya.

Kedengaran suara imam membaca surah al-fatihah di surau yang tidak sampai 200meter dari rumah. Sedap bacaannya.

'Suara siapa tuh mak?' Samad yang pertama kali menyedari walaupun berkali-kali pulang ke kampung. Matanya tepat pada ibunya dan mulutnya mengunyah penuh.

'Atuk kamu... Sedapkan?' jawab ibu Samad sambil mengeluarkan isi ikan dan digaul bersama nasi putih yang suam. Diambilnya sedikit sayur sawi lalu dijemput sedikit, menunggu Samad menelan. Bagi Samad perkataan sedap hanya untuk benda yang boleh dimakan seperti KFC atau jajan. Mungkin ada perkataan lain yang boleh memberi makna dengan tepat alunan indah bacaan atuknya.

Sambil berteleku, Samad sedang menyelak-nyelak majalah Tatih di hadapannya. Hanya gambar yang besar-besar dan ayat mudah sahaja yang dia fahami. Ibunya pula menonton televisyen di antara suapan Samad. Samad beralih ke arah televisyen apabila menyelak muka surat yang penuh perkataan sahaja. Kelihatan seorang penunggan motosikal sedang berlumba dan sedang membuat aksi wheelie.

'Fuuyo. Dia terbang mak!' Samad terpegun dengan aksi pelumba haram tersebut. Mulutnya yang sudah tiada makanan terlopong sedikit.

'Betul la tuh. Naik motor macam beruk. Atuk kamu yang dah tua tuh boleh naik basikal dengan baik.' tangannya menyuap nasi ke dalam mulut Samad. Dikunyah penuh selera. Dalam fikirannya kosong seketika. Betul cakap ibu.

***

Samad mengejar lagi kucing siam di dalam rumah. Itu aktiviti kegemarannya kerana sepupu-sepupunya tidak pulang ke kampung. Terkial-kial dia mengejar sampai ke pintu keluar di dapur.

'Uchin!' dia berteriak. Kedua tangannya mendepa ke depan sambil mengejar.

Tiba-tiba dia berhenti mengejar sebaik sahaja kakinya melangkah di luar. Kucing siam yang dikejarnya terus berlari menyorok di bawah soyok. Samad terpaku melihat atuknya sedang duduk mengadap beberapa orang muda. Semuanya berbaju melayu dan tangan mereka memegang al-quran. Mereka terkejut melihat Samad yang tiba-tiba muncul.

'Samad.. Mari duduk dengan atuk' pelawa lembut atuknya. Samad mengikut. Perlahan-lahan dia menuju ke arah atuknya dan duduk di atas riba atuknya. Matanya memandang ke bawah sedikit malu dengan orang luar.

'Mat nanti subuh ikut atuk pergi surau ye?' kata atuk sambil mengucup lembut pipi Samad yang mongel tuh.

'Ok..' Jawab Samad yang masih tunduk. Masih malu dengan abang-abang di hadapannya yang memandang dengan penuh senyuman.

'Atuk buat apa?' tanya Samad yang ingin menghilangkan rasa malu. Matanya masih yang tertunduk.

'Baca Quran. Samad nak baca alquran sekali?' tanya atuknya lagi. Samad tidak menjawab. Masih lagi malu. Malu untuk memberitahu yang dia masih lagi tahap Iqra' bukan seperti abang-abang di depannya.

'Di mana kita tadi? oh ye. Mataa'un qoliil.. 'Atuknya tiba-tiba menyambung percakapan yang terhenti.

'Maksudnya adalah itu hanyalah kesenangan sementara. Berdasarkan ayat sebelumnya iaitu ayat 196 surah al-imran, allah berpesan supaya kita tidak memandang tinggi kehebatan dan kesenangan orang kafir. sehinggakan kita sanjung dan angkat mereka kerana mereka empunya kekuatan terutamanya dalam ketenteraan dan ekonomi. Padahal itu adalah...? ' Atuk Samad bertanya kepada pemuda-pemuda tersebut.

'Kesenangan yang sementara...' jawab mereka dengan nada rendah dan tidak serentak. Ada yang terangguk-angguk setuju.

'Dan Allah berjanji yang mereka akan...'

'Uchin!!'

Samad berteriak sambil melompat dari riba atuknya. Kucing yang baru sahaja keluar dari tempat persembunyian terpaksa melarikan diri kerana dikejar Samad. Yang lain tertawa melihat.

***

Samad merasakan yang ada orang memegang kakinya dengan lembut. Dia membuka matanya perlahan-lahan. di dalam kelam di melihat atuknya.

'Jom Samad kita subuh sama-sama' Atuknya mempelawa.

Wow! Diajak Subuh oleh atuk! Suatu yang julung-julung kali diperolehi. Matanya terus segar dan cepat-cepat bangkit. Atuknya yang sudah bersiap masuk ke salah satu bilik dan keluar bersama sebuah ketayap kecil..

Samad biasanya tidur sehingga pukul 9 pagi. Belum pernah dia diajak pergi subuh bersama-sama di surau. Dia agak teruja bila dipakaikan ketayap oleh atuknya. Perasaan seperti dikalung pingat kebesaran oleh orang yang dihormati!

Akhirnya mereka berdua keluar menerusi pintu dapur dan melangkah meredah kelam pagi menuju ke surau berdekatan. Bunyian cengkerik masih giat manakala daun-daun pula sudah mula berembun. Samad yang jarang sekali merasi hening pagi mengikut sahaja pimpinan atuknya.

***

'Mat ikut je atuk ye?'

Samad mengangguk. Atuknya berjalan ke hadapan di tempat imam. Dari atuknya, Samad berdiri paling kanan sekali. Tidak ramai. Hanya 7 orang termasuk dirinya yang berdiri di belakang atuknya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka melaung qamat dengan perlahan dan orang-orang lain bergerak-gerak seperti meluruskan barisan.

Samad agak terpinga-pinga. Pak cik tua dikirinya menarik Samad dengan perlahan merapatinya. Rapat dan lurus. Macam tenteralah!

'Allahuakbar'

Samad ikut sekali mengangkat takbir. Ekor matanya sentiasa melihat atuk. Dan pastinya Samad akan mengikut gerak langkah atuknya.

Atuknya mula membaca surah al-fatihah. Macam mak cakap. Sedap. Tanpa Samad sedari matanya tertutup menikmati alunan bacaan quran. Samad sememangnya tidak tahu surah mana yang atuknya sedang bacakan mahupun maksud tapi dia terasa seperti ada suatu aura yang membelai lembut jiwanya.

'Allahuakbar'

Terjaga dari lamunan, Samad mengikut gerak atuknya untuk rukuk. Konsentrasinya menikmati alunan suara atuknya terputus. Matanya kembali melihat atuknya melaui ekor. 'Jap, nak baca apa nih?' getis hatinya.

Sehingga sujud terakhir dia mengikut atuknya. Pada rakaat pertama, ketika sujud semestinya dia tidak dapat mengintai atuknya. dia rasa dia patut kembali mengintai bila atuknya habis melafazkan allahuakbar. Dia perasaan yang kadang-kala atuknya memanjangkan perkataan 'Allah' itu.

Kali ini sujudnya lama. dia tidak tahu apa yang menyebabkan atuknya sujud begitu lama. Samad mula menguap. Terasa mengantuk. Masih menunggu 'arahan' bergerak dari atuknya. Dalam sujud itu, Samad berfikir.

'Nak jadi cam atuk lah baca alquran sedap... Atuk kuat leh jaga kambing... Atuk boleh naik basikal dengan betul.... Nanti Samad pun.... nak diri... depan.. ma...cam...'

Tanpa Samad sedari dia tertidur dalam sujudnya.


-tamat-


Soyok : tempat ala-ala bangsal terbuka dan tempat melepak


Simon 'Adam' Malik

Monday, 18 July 2011

Shoot-Out Frenzy

Assalamualaikum wbt

Bloodline : ReVive (fam reunion)


Floria 2011 : Magic of The Night


Floria 2011 : Day challenge


... durian...?


Saya mmg suka amik gambar.. dari saya reti pegang camera..
Pantang ada peluang untuk mengambil gambar.. saya pasti akan ambil gambar..
4 hari lepas.. saya melepaskan gian mengambil gambar... setiap hari..


menakjubkan bukan bila satu saat dalam kehidupan diabadikan di diatas sekeping gambar?



Simon 'Adam' Malik


p/s : suka mengambil gambar, tapi kurang suka gambar diri diambil atau ditayangkan.. ehehehe..

Sunday, 17 July 2011

Photo : Making Chili Paste


It was the first time i joined a photo trip with pros
This photo was given a thumbs up from them
I black and white it to make it look nostalgic
It is a man processing chilis to make it into paste.

Photography Outing at KL

Location : Wet Market near Chow Kit, Kuala Lumpur

A day before Ramadhan 2011

Jom pecah otak! Siri 3

Assalamualaikum wbt







Alhamdulillah, masuk sudah siri 3 dan kali ini, anda diberi peluang sekali lagi untuk merebut ganjaran sebagaimana Inche Gabbana lakukan bulan lepas!


Teka tekinya berbunyi..


Seorang pekebun hendak memulakan bisnez menanam pokok limau. Untuk permulaan, dia ada 10 biji benih limau.

Oleh sebab dia nak berjaya jadi tokeh limau, maka dia pun selak-selak buku panduan menanam pokok limau.
Dikatakan yang , pokok limau hanya akan tumbuh maksimum jika ditanam 4 pokok dalam satu batas. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. (ini sekadar teka teki, tiada fakta seperti ini secara reality)

Selain fakta yang agak mengarut itu, dalam satu-satu kebun limau, hanya ada boleh 5 batas sahaja, tak boleh lebih tak boleh kurang. (nih mmg serius mengarut)

Pekebun ini dah pecah otak nak pikir camne nak tanam. sebab dia nak habiskan kesemua biji benih itu apa masa yang sama sambil mengikuti arahan-arahan di dalam buku tuh..


So, anda semua dikekehendaki mencari solusi utk pekebun ini...


Ganjaran : Memandangkan kita nak puasa dah, Hadiah kali ini merupakan buka puasa bersama dan tanggungan penuh juadah buka puasa di pasar malam. Bagi mereka yang berjauhan, anda boleh 'collect points' dan tebus ganjaran anda bila-bila masa anda berjumpa saya. Kalau anda perempuan.. bab buka puasa bersama tak dapat kecuali saya hantar pasukan merisik dulu. hehehe..




Simon 'Adam' Malik

Saturday, 16 July 2011

Guna.Pasti.Sesat -Part 2-

Assalamualaikum wbt





Post sebelum ini, kita mmbincangkan pasal GPS yang memudahkan serba sedikit warga kota untuk ke kenduri kahwen mahupun ke rumah sedara-mara. Dan di akhir artikel, subjek 'point of reference' diutarakan dan bagaimana para pelayar mengetahui mana arah tujuan mereka.

Namun demikian, bila system GPS itu tidak dihapdet, GPS boleh dikire sebagai penyumbang kepada kesesatan di jalanraya. Lagi-lagi pulak kalau dia guna grid lama, atau kadar ketepatan dia adalah 500m.. Penah je member sampai masuk hutan GPS dia bawak.. Tak pun GPS anda seperti video diatas.. Boleh kena cancer hati sebab terlalu sakit hati.


Dalam ayat alquran dalam post sebelum ini, ayat tersebut mengajak kita untuk merenung langit, sebab langit mempunyai bintang untuk dijadikan penunjuk arah. Kita dalam zaman nih, kenal 3 biji bintang berderet je yang diberi nama Orion's Belt. Betelgeuse ka, Sirius ka.. Bellatrix ka.. sure kita tak kenal. Anda tny saya, saya sendiri tak pasti bintang yang mana sebab bentuk diorg sebijik je macam bintang lain, cuma cerah tak cerah...


Betapa unggulnya pemerhati langit zaman dulu, diorg mengetahui yang mana tidak, yang mana tetap kedudukant. Maha suci Tuhan yang menciptakan, Dia bagi kita North Star. Bintang yang menunjukkan arah utara, dan dia tak bergerak-gerak sepanjang malam. Mana nak carik? Leh tanya Prof Google.


credit



 Jap, takkan sesat di bandar, nak guna bintang gak? Buang tebiat ke apa? Kalau anda mmg tahu mana bintang yang muncul kat mana pada pukul brapa, anda tahu juga kedudukan kan? Mcm kedudukan matahari pada siang hari.. kita tau mana timur mana barat kan?


Nih yang nak masuk benda yang saya cukup bengang dengan GPS... Dia menyebabkan kita tak sedar landmark yang ada / jalan mana kita lalu. So bila kita nak pergi tempat yang sama, kita jadi tak tau sebab tak sedar jalan mana yang kita lalu sebelum nih. Pernah berlaku ke tak pernah berlaku? Nak pi ke tempat yang pernah pi, boleh tak tau (bukan tak ingat) jalan.


Tau tak anda, pak cik pak cik driver taxi di new york, mmpunyai IQ dan mental power yang hebat? Sebab diorg ingat jalan, dan saraf otak diorg macam superhighway sebab akan calculate route, masa, jarak dan cari jalan alternatif kalau satu-satu jalan itu ditutup. Itu belum lagi perkongsian ilmu dengan pelbagai lapisan orang yang dia bawak saban hari.


credit


So, di kala anda pergi ke mana-mana selepas ini, pastikan anda mengidentify landmark yang agak-agak comman di jalan itu. Banugnan tinggi / menara tinggi adalah contoh yang bagus. Saya tau, kaki kita best tekan minyak dan driving laju² anda tak boleh nak menoleh-noleh...


Tapi tak salah kan sambil-sambil kita drive kita tau kedai tuh, kedai nih.. restauran tuh.. bank ini kat jalan-jalan yang kita lalu. Plus, anda akan mendapat otak yang power, sihat dan kuat insyaAllah. ^^


Selain itu, landmark juga dapat menentukan kedudukan anda dan mana kedudukan tujuan anda. Sebagai contoh.. Anda hendak ke selatan, tapi selat melaka berada di kiri anda. Logik tak untuk anda teruskan perjalanan?


Pernah terfikir tak, macam mana para sahabat zaman rasullullah menentukan arah kiblat dengan tepat atau pergi ke suatu tempat? Wallahualam, mungkin diorg ada kompas. Tapi saya rasa, diorg menggunakan landmark bukit bukit / matahari untuk menentukan arah kedudukan.

Amik 10 min tengok video mantap bawah nih..



Saya pakai GPS ke tak?

Tak kecuali beberapa perkara iaitu travelling ke bandar yang tak pernah pergi waktu lewat malam dan bandar KL. Seriyes.. saya lebih rela menapak dari stesen pasar seni sampai masjid jamek sebab jalan sehala, sesak dan orang double parking... hehehe...

Kebiasnanya, kalau saya nak pergi memana, tak kisah la drive or jalan kaki, saya kan tengok google map dulu.

Orang kata google map tak tepat. Hah! GPS pun tak tepat kan? Itu la gunanya anda identify landmark guna satelite view. On /off kan items on road untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas. Somehow kan, bila anda dah travel tempat-tempat baru dengan guna google map, we can build our own map inside our mind. So tau la mana nak exit, jalan cilok dan sebagainya..

Oh ye, bila malu bertanya, mmg la anda sesat.

Rajin-rajin la berenti kat stesen minyak dan minta direction. That's what i usually do. Tak pon, tanya kat makcik jual pisang goreng. Dapat juga membantu mak cik tuh meniaga.. hehehe...

Yup, tak semena-mena kita bercakap dengan stranger dan meter 'aku dan hanya aku', boleh la turun sikit insyaAllah.  Percaya atau tidak yang kemajuan teknology sedikit sebanyak mengurangkan interaksi antara manusia. Bukan itu sahaja, diorg macam lupa yang wujud manusia lain di sekeliling. Tengok sahaja bila kita pegang stereng. Tetiba level penting diri uth mencanak² naik.

Akibatnya manusia hidup lebih kepada sangkaan-sangkaan serta syak wasangka. Tak rasa best ke kita berinteraksi kembali sesama manusia?

Akhir kata.. kalau nak jalan memana, kita perlukan reference untuk sampai destinasi dengan selamat dan mudah. Dan bukan ke hidup ini satu perjalanan? Perjalanan perlukan reference kan? Allah dah bagi quran dah sebagai our reference / map untuk sampai ke destinasi yang kita tuju.

Mana ada GPS selain quran yang boleh bagitau jalan ke syurga..   kalau ada tuh, Guna.Pasti.Sesat!


wallahualam


Simon 'Adam' Malik

Friday, 15 July 2011

Guna.Pasti.Sesat. - Part 1 -

Assalamualaikum wbt




Apa yang terlintas dalam otak anda yang serba geliga itu?


Ilmu bomoh untuk meraih undi menyeru duit?
Tangkal pelindung supaya tikam tak mati tolak bala?

Nak je saya tulis pasal benda-benda khurafat yang sedia maklum berakar umbi kentang dalam masyarakat. Actually, nak tulis pasal sesuatu yang saya sendiri beri jolokan Guna.Pasti.Sesat. Rasanya belum ada yang beri jolokan ini memana..

Yaaa...! Tuan-tuan dan cik puan sekalian. Nama sebenarnya ialah Global Positioning System atau secara ringkas Guna.Pasti.Sesat (GPS)

Sebelum anda semua mengetahui saya agak anti dengan GPS, meh saya open story sikit macam mana GPS nih berfungsi.

Anda tau Bumi nih lebih kurang sfera kan? Orang-orang bijaksana zaman dulu telah menciptakan koordinaat longitude dan latitude untuk menentukan kedudukan kita atas map.

Time moved fast, berkat ilmu Allah yang diberikan pada kita yang bergelar manusia nih, kita dapat menghantar satelit-satelit di luar atmosfera bumi. So secara tak langsung dapat bird view dari bumi kan? Maka lebih mudah untuk mengetahui kedudukan dengan adanya mesin yang boleh lihat dari atas. Ringkasnyer, dengan minimum 4 bijik satelit, kita dapat tau kedudukan kita kat mana secara tepat.



Ok, macam mana pula Mak cik Tom Tom tau camne nak pegi destinasi kalau pada asalnya GPS sekadar bagi kedudukan?

This is where enters the weakness of GPS...

Kuli cacai syarikat pemetaan kerajaan dan swasta di sesuatu tempat tuh perlu, start engin kereta, pasang kat atap kereta mesin positioning yang separa sfera bersaiz agak besar, kemudian dia kena lalu setiap jalan, lorong, lebuhraya yang ada. So mesin positioning tadi emits dan record kedudukan GPA every single second ketika kereta sedang bergerak atas jalan raya

So bila diorg ke balik pejabat; filter punya filter; susun punya susun data-data yang diorg dapat, maka wujudlah satu record informasi yang boleh diguna pakai oleh syarikat-syarikat GPS seperti Mak Cik Tom Tom dan sebagainya.

Camne dia cari direction tuh, dia punya sistem kira ala-ala connect-the-dots. Sebab tuh la, kalau terlepas junction, dia boleh kira balik dari lokasi tuh ke destinasi. Teruje je kan..? Tu yang sampai anda yang rasa, kalau tak Guna.Pasti.Sesat.

Itu kalau system informasi diorg tuh selalu update, siap ada lokasi stesen minyak, hotel bagai..

Cuba kalau system tuh tak diupdate? muncullah ayat-ayat feveret seperti;

Unable to find location

atau

Error, unable to calculate route to destination.

jengjengjeng.. mulalah tangan anda mencapai telipon kesayangan anda dan mula spam kat kawan-kawan anda atau calling member minta direction.

Cuba masa tuh abis credit atau takde bateri.

Menangis tepi jalan kah anda?

Jadi mari kita kembali kepada assolah.. the old school style.  Meh selak Quran jap,

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui. (Al - An'am : 97)

Pedoman / petunjuk. Nak tau apa ruh pada perkataan nih?

hah? apa dia?

ya betul... reference / Point of reference.

Kalau di atas map, point of reference nih biasanya 'you are here' kat mana-mana shopping komplek. So senang la anda nak gi cari surau / tandas kan? Memudahkan kita nak navigate ke mana²

So dalam ayat tuh, Allah jadikan bintang-bintang  point of reference untuk para pengembara dan para pelayar. ketika di malam hari.

Jap, chop, wait semenet.

Kalau malam, berjuta bintang kot kat langit. Kalau nak jadikan satu bintang as a point of reference semalam, sure ke kita tengok bintang yang sama hari ini? Plus, bumi nih berputar dengan paksi yang condong sikit dan semestinya berputar mengikut orbit.

So secara tak langsung, kedudukan bintang semalam tak sama dengan bintang hari ni, kan? kan?


Camne pulak nak apply dengan kita yang tengah sesat nih? (di tangan handset abih credit, muka dah risau giler sebab dah rasa sesat)


pening dah....


eh eh.. bersambung la pulak


Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 12 July 2011

Le temps

Assalamualaikum wbt

credit

Gerak hati nih benar merasakan apa yang akan berlaku minggu ini.
Kesempitan pasti datang selepas kelapangan.
Dikala pala otak, giat memikirkan post berantai yang oh-some, banyak pula benda lain yang datang..

Semalam bila menghadiri watcha-na Tee yang dianjurkan oleh NGO di Shah Alam.
Boleh pulak saya nampak pentas tuh ada dua.. dan kepala-kepala  ahli panel bersinar macam tiang lampu..
Tengok balik nota.. entah apa yang saya tulis... tertidur dengan mata terbuka..
namun alhamdulillah.. selamat pulang ke rumah semalam...

minggu nih setiap malam perlu berada diluar rumah..
bermula dengan malam semalam dan hari ini
terpaksa drive pulang ke Klang atas kecuaian diri sendri.. tak effesyen langsung..
Esok ada interbiu di tengah kota Kolumpo
dan esoknya ada...
kemudiannya ada...
and then ada..


chop!






awat banyak noh songeh?



redah je la... ^^



doakan yang thorbaek.. insyaAllah..

Simon 'Adam' Malik
 

Monday, 11 July 2011

Please wear your real eyes, open your real ears.

Assalamualaikum wbt




sejauh mana lagi penipuan yang boleh diorg tabor.. Hak pasti menghancurkan yang batil.

Nuff said


Simon 'Adam' Malik

Sunday, 10 July 2011

Dasar pelestarian pertanian.. ( jap, lestari tuh amende?)

Assalamualaikum wbt


Dalam pada hari jumaat 8 julai, saya memasang niat untuk merebut air-time percuma di bandar KL pada hari esoknya atau, dapat menanggalkan daki di kulit sebab ada air pancut. tetiba bonda mengeluarkan titah yang pendek via es-em-es

diperlukan di Kampung besok.



Jarang benar dapat msg seringkas lagi direct dari bonda. Sure hal besar..

Memang besar..

Rupa-rupanya bonda ingin meneruskan 'projek bersama' di kampung yg tertangguh sejak 3 tahun lepas, dan saya sebagai pembersih semak dan penggali lubang kubor.



Kalau korg ada terbaca post zaman 2008, Rambutan, di situ saya ada bagitau mengenai niat untuk menanam anak pokok rambutan. Tangguh punya tangguh, saya dah abis belajar setahun dah, baru nak tanam.

Banyak dah saya tulis pasal kampung saya, cuma tak buat as a main theme dalam artikel. ehehe..

Saya dari kecik, punya seronot teruja balik kampung nih especially time raya. haha.. Masa kecik mmg la hanya reti have fun dan tak sedar akan kepenatan driving, mengharung jem dan gigilan tangan bayar tol dan minyak.

Somehow kan, saya tengok adik beradik bonda, tak kisah pun balik selalu. Ye la, suasana kampung yang serba aman damai, langit membiru, daun menghijau, sungai mengalir, ayam berkokok, orang menyapa, kenduri bersama, mana ada kat bandar..




InsyaAllah, by Ogos mereka akan kekuningan


Mantis yg solat Praying mantis yg super besar..Animal also pray, have u pray?




Masa balik itu hari, ada sorg pakcik saya (yg balik ke kampung juga) ada ajak hang-out gi kenduri dengan dia. Ef-wai-ai, pakcik tuh adalah hated-uncle masa saya kecik-kecik sebab suka sakat saya.. huhu... beso nih lepak je la kan? hehehe..  Oh ye, lawak/cara cakap uncle saya nih, kalau tak biasa, mmg tak tahan dan boleh kecik hati. Tahap lawaknya seperti berikut.

Sepupu saya bertanya ' Abah, kalau Man buat macam nih, agak-agak ikan cukup oksigen tak?'

Abahnya jawab, 'Cuba ko masukkan kepala ko kat dalam. Kalau boleh nafas, ok  la tuh.'



Hahaha!! Saya gelak besar bila teringat kes nih. Mmg obvious yang family bonda agak kasar dan LO-UD.. Dah negeri tuh pun orang selalu kait lawak sarcasm plus kasar. Masa kat kenduri tuh, ada budak tanya, anak ke? Dia lepak buat muka dan jawab 'Eh bukan. Nih anak cina nih!' (wahaha!!)

Bonda saya pernah cerita yang abang ipar saya terkejutz bila first time balik raya kat sini. Siap tanya akak, diorg mmg cakap stail macam tuh ke?' Takper, sekarang nih dia dah ok dah.. hhehe


Pohon kedua yg baru di tanam. Yang rimbun kat belakang tuh, apak tanam suatu ketika dulu..


Balik ke kampung dengan bonda, mesti ada crash course benda-benda pertanian. Ala yang simple-simple je. 2 tahun lepas, bonda mengajar meng'trim' pokok sambil petik rambutan. Tahun nih, menanam. Besok lusa.. ntah.. lom tau lagi.

Masa nak masuk rumah balik, saya pergi la ke pohon yang buahnya ada yg masak awal. Beza tau rasa buah rambutan yang hampir masak, dan yg betul-betul optimum masak.

Dalam tangan saya pantas memetik buah, mulut tak behenti-henti membersihkan isi dari biji, otak saya rancak berfikir...

Memetik buah yang belum betul-betul masak, biasanya pada pekebun yang kurang sabar untuk mengecap hasilnya. Membiarkan buah sampai terlebih masak, biasanya pada pekebun yang pemalas.

Di alam kehidupan nih, kita mungkin ada apprentice dan satu hari apprentice kita itu perlu melakukan tugas yang kita biasa buat (kalau tak, tak ambil sebagai apprentice). Tapi bila timenya kita tahu yg dia dah matang dan ready to take stand alone?

Tercepat... tak optimum dan tak dapat hasil yg kita inginkan.
Terlambat.. alamat susah nak survive sebab tak reti berdiri sendiri. Pun tak optimum gak

So guane?

Cuba anda fikir-fikirkan sambil makan durian rambutan.



Simon 'Adam' Malik

Saturday, 9 July 2011

Bersih dari kaca mata diorg...

Assalamualaikum wbt


For sure hari ini ramai yang melekat depan kaca Tv bila prime time, utk tengok apa yang berlaku di ground zero. Mana tau kalau kot-kot dapat air time free kat tv. 3 saat pun jadi la. Tetiba bonda bersuara untuk memula cerita,

eh, you nak tau apa reaksi murid-murid I kat sekolah? Bonda bertanya pada apak yang serba orang putih dirumah..

apa benda?

I tanya, siapa antara korang yang ada tshirt bersih, angkat tangan?'

ada sorg murid I jawab, Cikgu, baju saya dah basuh semalam cikgu. Bersih kan la cikgu bila dah basuh?

'Sorang murid I lagi cakap; Cikgu, saya tak faham la soalan cikgu'

I cakap, bagus la kamu semua, pemikiran kamu masih bersih!



I rest my case..

p/s : Bonda merupakan guru pendidikan khas mengajar pelajar² yang mempunyai masalah mental dan pembelajaran


Simon 'Adam' Malik

Thursday, 7 July 2011

Kiddies Around Me

Assalamualaikum wbt

Sarah

Sofia


Qisya and Qaisara



Senyuman kanak-kanak adalah yang paling ikhlas
Tawa kanak-kanak adalah satu melodi yang paling menyenangkan.
Permintaan kanak-kanak benar-benar tulus dari hati.


Pernah satu hari, semasa perjalanan untuk ke bas stesen. Dalam kereta, seorang budak kenit nih duduk sebelah berzikir dekat 10 minit dari pintu rumah 'Tak nak Uncle balik..' tanpa henti.. (dengan nada mendayu-dayu serta merayu-rayu)

Selang beberapa jam sebab berhenti minum dan sebagainya.. Budak itu kembali berzikir. Kali ini lain pula zikirnya.. 'Nak Uncle tinggal sini...' (dengan nada simpati dan merayu-rayu)

Hati mana yang tak cair nak oooiii!! (mata pak cik sudah mula bergenang)

Mmg nak diikutkan hati rasa nak stay je, tapi perlu pulang ke Serdang untuk kembali bekerja dan melakukan tugas-tugas priority

Nasib baik anak orang.. Kalau anak sendiri tak tau camne punya bergejolak perasaan bila nak turun dari kereta.


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Ali Imran : 14)


Simon 'Adam' Malik

Wednesday, 6 July 2011

Wedding Kami : The Story

Assalamualaikum wbt



Masa nih dejah 6 kot.




'Wei, kau kawan (toot) masa tadika ek?'



Itulah soalan pertama yang saya dapat dari Hasan atau nama kiutnya Odin, bila saya tukar kelas masuk kelas dia masa darjah 3. Masa tuh, sekolah agama kitrg buat streaming tergempar, then entah macam mana saya ditukar kelas dan terpaksa duduk dekat sebelah mamat nih.

Post ini merupakan story yang dijanjikan dari post Wedding Kami bulan lepas. hehehe..

Sepanjang darjah 4, saya banyak spend time dengan Odin. Dah member duduk sebelah.. Darjah 5 ngan 6, saya lain kelas dengan member saya nih.

Realitynya, kitrg berlainan sekolah harian, hanya di sekolah agama je kitrg jumpa. Bila time rehat, lepak sesama. hehe..

Persahabatan kitrg berterusan masa time sekolah menengah walaupun sekolah berlainan. Tapi kitrg dua akan meet up sometime. kalau tak kongsi game, gi cyber cafe (oh zaman jahiliyahku)

Ada sekali tuh, saya ajak dia beraya kat rumah. Bonda seperti biasa melakukan interrogation secara halus. Ruper-rupernya ;

'Laaa... kamu anak Cikgu (toot) rupanya....'

Betapa keciknya dunia. Selama ini saya berkawan dengan anak kawan mak saya rupanya ketika mak masih lagi mengajar budak-budak normal...

Reunion 08.



Masuk alam pasca SPM - Alam universiti, Friendster menjadi platform kami berhubung. Hasan yang merupakan anak sulung terulung dalam family, lebih cepat mematangkan diri berbanding saya nih. wahaha..! Oh ye, masa sekolah menengah lagi dia dah tunjuk minat pasal benda-benda IT nih.

Dia Start from scratch. Diploma-Degre tanpa amik PTPTpu. Maka dia dengan tabahnya belajar sambil bekerja.

Setiap kali balik summer, mesti akan jumpa dengan dia. Kecuali pada tahun 2009, saya selalu sangat takde kat rumah sebab ke sana ke mari sampai tak sempat jumpa dia.

Tahun lepas, spynetwork  informer saya bagitau ada suatu benda yang besar akan berlaku. Lalu saya menyakat dia pada malam tuh jugak.



'Hello member, informer aku kata ko nak tunang. betul ke?'

'Shhhshh!! Sedara aku pun tak tau lagi. Sapa informer ko nih???'




Perbualan seterusnya adalah sejarah...

Dan bulan April tahun ini, dia call saya untuk jadi saksi alamat tetap utk borang nikah. Saya dengan rasa happy giler nak tolong dia. Member sekolah nak kawen.. Mana tak teruja! Dah la lama tak jumpa, alih-alih nak kawen dah.

Malam bila saya jumpa dia tuh, saya tanya macam-macam kat dia. Nak tau jugak siapa orang yang bertuah tuh.

So bagi mengelakkan rasa flat dan buhsan para pembaca, biar saya tukar jadi dialog pulak.



'Siapa nama isteri kau?'

(ttoooooottt)

'Oooo.. yang facebook dia tuh nama Fina Fedora tuh ek? Tapi aku dengar dia lagi tua dari kita. Berapa umurnya?'

'4 tahun lagi tua
'

(uhuk, hati aku tersedak jap)

'eh? aku tengok dalam facebook tuh, kecik je orangnya. Tak expect pulak lagi tua sebegitu.'

'Aah somehow fizikal dia tak menggambarkan umur dia'

So macam mana kau boleh tetiba nak kawen nih? Masa aku tau ko nak tunang pun aku dah terkejut dah'

Aku pun tak expect secepat nih. Tapi nih yang nama rezeki bila kita dah tau bila kita dah ready.'

'oooo.. Tapi takkan la tetiba nak kawen out from the blue. Dah plan masa couple ke?'

'Kitrg tak couple pun'

(UHUK!!! Hati saya tersedak lagi kuat untuk kali kedua)

'Pergh, respek sama lu bro...'

Then ada slight pause jap

'Tapi aku still teruja macam mana kau boleh tetiba nak ambil keputusan nak kawen. Bleh citer?'

'Masa tuh, dia ada minta tolong aku untuk tolong ayah dia buatkan something. Aku kan freelancer. Bab-bab cari makan lebih nih, mmg kerja aku. Then camne entah, bapaknya tanya aku, apa hubungan aku dengan dia'
ok, jantung saya tetiba berdebar.

'Apa ko jawab'

'Aku jawab kenalan dan kawan'

'oh....'

'tapi aku cakap yang aku niat nak memperisterikan dia suatu hari nanti'


'Ko cakap dengan apak dia macam tuh???'

'Aah'

'Wa respek sama lu brooo!!!!'



Seriyesly, masa nih buka hati saya je yang bersedak, buah pinggang, pankreas dan juga kelenjar pituitari jugak bersedak!

Saya rasa begitu terpukul, bagi terkena 107 combo hits.


kerana terlalu malu dengan insan bernama Hasan nih. Saya rasa macam nak keluar dari kereta pada masa tuh jugak dan lari sambil memekup muka!

Dia bukan insan yang lahir dari bulatan gembira, mahupun terlibat dalam bulatan gembira... tapi dia empunya hati dan perasaan yang begitu teguh sekali untuk berhadapan dengan cabaran perkahwinan sambil-sambil rebut pahala dengan isteri..

Saya study luar negara, dapat sponsor lagi.. Dia local dan kerje sendiri tapi Dia begitu teguh berdiri dan proud mempertahan iman dan menyahut seruan berBaitul muslim tanpa ragu-ragu.

Dan, alhamdulillah, Ahad lepas, Hasan selamat diijabkabulkan dan memulakan hidupnya sebagai seorang ketua rumah, syeikh, rakan dan teman hidup kepada isterinya, insyaAllah

Doakan kesejahteraan rumah tangga Hasan bin Abu Bakar, limpahkanlah keberkatan ke atas mereka dan lahirkanlah generasi-generasi islam terulung dari mereka. Amin..







Simon 'Adam' Malik

Reveal : Final Year (Part 3)

Assalamualaikum wbt

Kali ini direct to the point, takde belok-belok. Post kali ini  insyaAllah menceritakan Kes 2 yang berlaku semasa saya field trip pada akhir tahun. Walaupun di sempadan France-Spain, tapi berlainan dengan tempat tahun lepas.


Biasanya bila time trip nih, kitrg 3 orang terpaksa menyiap-sediakan mental. No meat or makanan yang mengenyangkan selama 8 hari. Sebab itu la apa yang saya lalui untuk trip terdahulu.


Tuan tempat homestay a.k.a tukang masak mengetahui yang kami bertiga nih special meal, ikan dan veggies sahaja. Non-alcool ni viande (non alcohol and meats). Kitrg minta prof kitrg bagitau awal-awal.


So, masa dinner pada malam pertama tuh, kami bertiga duduk kat satu corner kat hujung meja panjang. Kire kawasan khas la di mana wine pun tak letak kat situ.


Masa serving entrée (pembuka selera), tukang masak datang beramah mesra dengan kami. Tanya asal usul kitrg.. sebab dia pernah je duduk kat area-area south-east-asia nih jual perabot. Then bila dah tua, dia sambung niat dia bukak homestay dan jadi tukang masak. hehe..

Then dia tanya, kamu tak makan daging nih sebab diet, budaya atau faktor religion?

Kami cakap la faktor religion sebab kami islam.

Boleh pula dia angkat suara sekejap;


Awat hangpa tak habaq awai²? chek masak ayam utk kawan-kawan hang pakai ayam halal!

proudly Halal. Double meaning iklan nih.. hehe.. (credit)


Terkejutz besar kitrg. Tapi dalam hati saya macam ada rasa was-was sikit la. Then dia cakap yang lepas nih dia akan try masak tanpa hidangan tanpa alcohol. Kalau ada pun, dia takkan campur periuk.

Eh?? apasal pulak dia tau bab tak leh campur periuk?

Baru terperasan, yang ada rantai salib kat celah-celah baju dia.. oooo... ahli kitab yang bebetul punya ahli kitab rupernya.. padan la..

Bila borak-borak dengan dia,, mmg dia agak memahami akidah islam dan soal makan utk kitrg nih dia amat concern. 

Yang kelakarnyer kan, masa keesokkan hari, tetiba dia tunjuk saya keratan kotak ayam halal yang dia baru beli. Agaknya dia perasan kot muka saya was-was semalam. heheh.. ni yang payah bila tak reti cover muka nih..

Basically, rata-rata masyarakat france lebih gemar membeli ayam dan daging halal sebab lebih bersih dan tak cepat busuk. Ye la, pernah prof kitrg cerita kat kitrg yang macam mana ayah dia nak bunuh ayam buat lauk. Patahkan tengkuk dulu, tebuk lubang kat dada dan gantung terbalik sampai darah habis keluar..

Well, mmg la nampak kejam kan sembelih nih. Tapi saya rasa korg boleh google kajian-kajian yang dilakukan pasal binatang kena sembelih.

Ingat lagi masa memula sampai, kalau nak beli product halal kat kedai halal je ada. Tapi beberapa tahun lepas tuh, supermarket-supermarket dah start ada section halal untuk pengguna. Ye la kan, bila ada demand, ada lah perniagaan.

Dan rupa-rupanya, bila saya nak balik France itu hari, baru product halal diperluas sampai ke tahap fast food pun! argh! tensi betul. Dah nak balik baru kedai Quick yang burger dier super besar (plus kalau student, buy 1 free 1) tuh jadik halal.. Well tak semua outlet la. Tapi masa diorg launch first halal quick, tak sampai malam daging burger diorg habis... huhu..


credit



Ok, back pada pak cik tukang masak nih.

Bila malam ketujuh kitrg kat sana. Dia ada buat story telling sikit kat kitrg semua dalam dewan mengenai asal usulnya. Biasalah orang yang berumur, bila berhadapan dengan generasi muda, diorg akan bercerita pasal zaman silam.

Dia bagi mukadimah pasal cerita Da vinci code. Ala.. yang pasal nak cari Holy Grail dan bloodline tuh.. then entah camne dia menceritakan yang dulu area nih adalah pemerintahan orang Catalan. Catalan ini maksudnyer yang asli atau pure. Masyarakat catalan claim yang diorg yang paling asli mengikuti bible. Diorg duduk di kawasan antara spain dan france.

Selepas kejatuhan Kerajaan Islam di Andalus, Spain kembali dikuasai oleh orang-orang spain. Masyarakat Catalan ini hidup sebagai kerajaan yang berbeza dengan spain tapi bernaung di bawah pemerintahan spain.
Pak cik ni cakap yang hidup diorg makmur sebab beri hutang tak kenakan riba², perempuan dihormati dilayan sebagai seorang manusia bukan satu alat oleh lelaki dan sebagainya.

In the same time, France yang masa tuh dibawah penguasaan Roi Soleil (Gelaran raja agung), Louis ke 14. Dia mmg bersaing dengan kerajaan Spain di selatan dan Holy Roman Empire di Timur dan dengki dengan kemakmuran musuh-musuhnya.

France-Spain War (credit)



Suatu hari, dia mengambil  keputusan untuk terlibat Perang 30 tahun Europah dan memulakan campaignnya dengan menyerang Spain di Selatan. Masa tuh, Louis melakukan penghapusan etnik orang-orang catalan dan kebanyakannya terpaksa berundur jauh ke dalam spain. 

Perang-punya perang, treaty punya treaty.. wilayah catalan pun hilang... cuma orang dan juga bahasa je tinggal.

Somehow ini menjawab persoalan kenapa dia begitu menghormati agama Islam. Persoalan kolam berbentuk kolah yang saya jumpa di Rouffiac tahun lepas juga terjawab. Dan padanlah loceng church diorg jenis terbuka yakni nampak locengnya dan seni binanya mmg lain dari tipical french-style.

Then dia ada cerita la yang selepas peristiwa Isa disalib, kebanyakan pengikut setia lari ke sini dan menyimpan rahsia bloodline dan 2, 3 harta suci di wilayah Catalan. Tapi semuanya hilang masa Perang dengan French.

Sejauh mana kesahihan? Wallahualam...

-------

Sebagai tukang masak, pak cik nih sangat mementingkan kepuasan tetamu. Selalu jugak dia datang singgah ke meja kami dan kekadang tolong serve kan juga.

Now, masuk sudah kisah yang diitunggu²..

Saya tak ingat dinner yang keberapa, tapi sebelah saya duduk seorang member yang sangat open dan direct.

Saya tak ingat masa tuh entrée atau plat principal (main plate), tapi masa tuh, yang lain diberi makan hirisan sausage khinzir ala catalan yang biasanya serve cold.

So dengan selambadaknyer dia offer saya nak rasa, saya cakap la tak mau.

Then muncul soalan, 'Kenapa kamu follow al quran to the word'

Seperti biasa, saya awal-awal cakap yang saya mungkin explain tak tepat sebagai lacking of vocab, tapi saya choba.

Lepas, tuh saya mengatur langkah awal dengan kembali bertanya 'Apa maksud kamu follow to the word?'

Dia balas, Follow dari cover to cover. Bukan ke quran tuh telah diturunkan lama dulu. So logik ke pakai zaman sekarang?

Sebelum korg punya otak meletop nak balas apa kat member nih, perlu diingatkan yang member ni atheist. So sebarang bahas dari quran dan hadis mmg diorg takkan caya punya. In their mind is only logik.

Sebelum saya  cakap apa-apa, saya bagi dia analogy dulu.

seorang engineering mencipta sebuah kereta / mesin. Untuk memudahkan sebarang repair atau penggunaan yang optimum, kena lah follow manual kan?

So disini, Allah adalah pencipta manusia, dan bagaimana nak hidup sebagai seorang manusia, telah digaris di dalam manual of life yakni quran. Jadi saya percaya yang apa jua yang diperintahkan di dalam alquran thats the best thing to do to live as a human. So walaupun dia sudah lama diturunkan tapi ia tetap akan sesuai sampai hari kiamat, sebab ia untuk semua manusia.


credit


Utk semua manusia? dia terkebil kejap tapi tangan dia pantas je makan apa yang ada atas pinggan dia.

Saya yang terpaksa berhenti kejap makan sebab nak bercakap punya hal, pun menjawab.

Yup, untuk semua. Nabi terdahulu dan kitabnya adalah untuk kaumnya. tapi quran nih adalah untuk semua.


Termasuk saya? Abih tuh kenapa masih ramai lagi yang tak tau pasalnya? mmber tuh tanya lagi. Masa nih orang depan saya dah mula berminat dengan apa yang kami borak.

eh ben, chuis en train de te dire non? (lah... bukan saya tengah bagitau nih?)

Dia diam balik. Saya yang penat ketuk batu belum hilang dan perut berkerak-kerok lapar, makan sikit.

Then dia bersuara, 'Tak, pendapat saya, hidup nih perlu live life to the fullest, test semua benda dan buat semua benda tanpa sebarang larangan. So saya still tak nampak mana logiknya dengan tak makan khinzir or tak minum arak nih membantu menjalani kehidupan macam manusia.

Saya senyum..

Haa.. dalam quran ada state apa tujuan kita manusia diciptakan. Setiap benda yang Allah cipta ada tujuan.

Masa nih dalam otak saya terlintas satu bab kat Kitab Tauhid karangan Zindani yang suruh tengok pada makanan.

Macam makanan yang kamu makan nih, kamu tak rasa ia mmg untuk kamu? Buah zaitun yang datang dari mana, salad nih.. Masa dia tumbuh, sudah tuhan takdirkan benda-benda nih menjadi makan malam kamu hari ini..

Masa nih, dua orang sebelah mmber nih dan orang depan punya mmber kiri sudah mula memasang telinga.

Kamu boleh fikirkan tak berapakah kebarangkalian utk buah zaitun dalam pinggan ini sampai kepada kamu?

sangat-sangat sedikit dia jawab..

Tapi ia tetap sampai kepada kamu kan? Semuanya telah diatur oleh Tuhan dan kehebatanNya perlu kita tunduk padaNya.

Dia diam lagi.

Saya gelojoh sangat. Saya tembak lagi. Ini kesilapan besar saya..

Ok, sperma lelaki ada berapa juta? berjuta-juta bukan? Ok berapakah kebarangkalain untuk sperma yang menjadikan kamu, berjaya untuk menembusi ovum ibu kamu? Sangat sedikit bukan?

Kali ini dia ada point nak jawab.

Sedikit. Tapi mungkin saya akan muncul dalam keluarga yang berlainan... (dan seterusnya saya tak ingat apa yang katakan sebab member-member yang duk dengar tadi mula bersuara dan masuk campur)

This time. Saya yang mengunci mulut.

Ni la bila handle orang yang pandai sangat nih.

Oh ye, knowledge-knowledge di France kadang kala dibincangkan sampai tahap boleh menggegarkan akidah.

Saya selama kat sana subcribe majalah Science & Vie. Masuk jilid tiga saya dah macam takut nak baca.
Jilid 3 masa tuh membincangkan pasal takdir dan kebarangkalian. Bila saya duk baca, mmg saya bebetul nak muntah.

Terus saya down, depress dan mengundurkan diri dalam selimut. Lepas tuh, jilid-jilid yang seterusnya tetap sampai kat rumah, tapi masih lagi belum buka lagi... siap bawak balik Msia..

Saya tengok-tengok la juga tajuk highlight.. Ada Beyond Death la, Time, God...Eeeii.. kalau foundation tak cukup kukuh mmg bergegar.

Tengok la bila saya rasa saya dah ready, saya akan kembali membaca majalah tuh balik.




eh.. eh..


dah habis dah?


Voila voila untuk Final Year. Secara tak langsung Siri Reveal menutup tirainya. hehe..

InsyaAllah segala yang saya kongsikan dalam siri ini dapat dimanfaatkan untuk kita beersama, mana-mana kesalahan pendapat, atau tak kena gaya penyampaian.. sori la ek? ^^


wallahualam

Simon 'Adam' Malik

Monday, 4 July 2011

Reveal : Final Year (Part 2)

Assalamualaikum wbt
credit




Bila masuk tahun akhir nih, alhamdulillah French saya, agak boleh bertutur dengan baik lah.  Mungkin dah kurang makan nasi dengan kari dan asyik makan roti baguette dan keju.. hehehe.. Pernah dengar orang bagi tips nok kecek kelate, demo maké budu dulu?

Basically, suasana di France mmg memaksa saya bertutur walau serangkak mana french saya sekalipun. Dari membeli daging di kedai, memesan teh, atau di bilik darjah sekalipun, kesemuanya French. Mau tak saya yang dibesarkan di alam serba english nih kaget, panik dan depress pada awal pengajian. English mmg tak pakai langsung kat sini.. huhu..

So part akhir ini adalah klimaks pertembungan akidah, antara seorang muslim, warga kristian dan atheist.




Kes 1

Bila saya pindah ke Besançon pada Year 2, saya duduk bertiga. Dan kami begitu setia sekali untuk kekal sampai Final year duduk kat rumah pakcik tuh. (Malas nak pindah-pindah sebenarnya).

Suatu hari, Doorbell rumah berbunyi. Jarang sekali kami menerima tetamu sebab kami yang selalu menjadi tetamu di rumah orang! (wahahaha).

Kalau ada yang nak lawat pun, timing yang serba tak kena.

Saya yang duduk kat bilik hujung nih pergi la membuka pintu tanpa tengok kat peep-hole. Bukak je, saya nampak ada 2 orang aweks remaja perempuan berdiri depan pintu. Seorang mmg french dan sorg lagi asian-french. Saya dah la tak susah nak cover muka, mmg muka masa tu jelas terkejutz ungka. Terkejut sebab yang biasa jadi tetamu adalah lelaki.

'Bonjour. est-ce que Izd est là' ( Good day. Is Izd home?)

'Chuis desolée. Il est pas là (I'm sorry, he's not home)

Housemate yang diorg cari tuh mmg takde rumah. Dia gi main badminton kat bandar. Dalam hati saya, sejak bila pula kawan aku nih rembat awek French. Dua orang pulak tuh!

Ok, kedatangan diorg actually nak jumpa kawan saya tuh nak borak-borak inter-religion sambil menghirup teh boh dan cicah biskut kering. Dia ajak juga saya join member saya tuh bila ada masa.

Well, masa nih saya amat mengkelatkan muka sebab.. saya rasa territory saya dah kena breach dengan anasir luar yang sememangnya tidak mau! Tapi takkan saya nak cakap kedatangan diorg tidak diingini..

Saya tak jemput diorg masuk pun sebab saya mmg tak nak diorg masuk. (kejam tak?) Ye la, takkan nak ajak diorg masuk ke rumah bujang kot? Nak mampos? So perbualan dalam 5 minit tuh semuanya di depan pintu rumah.

On that very day.. Rumah kitrg kena mark. Kena mark dengan pasukan dakwah kristian.

Peristiwa nih berlaku pada 2009 sehingga kami keluar dari rumah tuh pada Final year. Diorg tak henti-henti menghantar 2 orang ke rumah kami. At least sebulan sekali.

Ada sekali tuh diorg datang masa saya balik rumah kejap nak solat. Saya agak mmg diorg. So saya tak bukak. Plus masa tuh mengejar masa nk solat. Nnti terlepas bas, naya masuk kelas lambat

Adalah beberapa kali yang saya dan rakan-rakan dalam rumah tak bukak pintu sebab dah tau timing diorg nak datang. Dan benda nih kitrg ada utarakan pada mereka yang lebih berpengalaman. Kami bukan sengaja tak nak berkomunikasi tapi masalah bahasa dan vocab yang sesuai menyebabkan mereka boleh salah faham kalau borak...

Itu alasan kitrg

In the end..  kitrg tetap salah, sebab tak powerkan french..

So ada la sekali tuh saya berani membuka pintu. Tetap 2 orang, remaja french yang sama dan seorang lagi orang lain. Dia tetap nak jumpa Izd. Then adalah la dia bukak ayat dalam bible pasal fate dan sebagainya. Saya masa tuh nak attack balik macam payah. Maka saya buat muka selenge, 'ooooo' angguk-angguk buat paham. Dah jenis malas nak communicate kan? hehe..

angguk je, takde geleng-geleng..

Well, diorg ada bagi pamplet yang akhirnya kami jadikan alas periuk panas (.. seriyes kami kejam...). Ada pasal benda saintifik yang dalam bible ada dan dsb..

Pada pertembungan yang lain, dirog sampai ajak pergi convention. Ni la masalah bila jadi peramah nih. Hahaha.. Masa tuh diorg borak pasal pemakaian masyarakat French yang membimbangkan. Saya masa tuh happily la kata setuju dengan pandangan dia dan bagi pendapat saya juga. Ambik kau sebijik.


Dan masa pertembungan terakhir, adalah pada bulan May kalau tak silap. Masa tuh time nak maghrib. Diorg hantar pasangan suami isteri pulak, dan salah sorg tuh, muka macam orang asia tengah.

Masa tuh, diorg still nak jumpa Izd. wahaha.. Diorg ada juga la borak-borak dengan saya pasal Islam dan kristian tapi, masa nih jawapan-jawapan saya lebih menunjukkan saya proud to be a muslim.

Dah la masa tuh, tengah pakai t-shirt yang kitrg design sendiri. Gambar barisan Pawn putih  tengah sepak king hitam dan ada tulisan 'J'suis Individu Muslim' (I'm individu muslim). Perkataan J'suis tuh dari jauh nampak macam Jesus. So dalam kelam-kelam senja tuh, makcik tuh tegur tshirt saya. Tersalah pandang kot sebab dia ingatkan Jesus Individu Muslim.. hehehe..

Lepas tuh kami tak pernah dapat lawatan diorg. Lagipun, masa bulan Jun, dekat 3 minggu saya takde kat rumah berjalan ke sana ke mari.

Nak cakap kat sini yang diorg tak putus asa datang ke rumah kitrg. Lepas tuh siap hantar pelbagai jenis orang yang diorg rasakan sesuai dan senang nak trigger borak. Macam aweks remaja perempuan utk guys, asian dengan asian, or masa pertembungan terakhir tuh, (saya rasa) a person yang converted from islam.

Diorg mmg bersungguh.. selalu je nampak dalam bas, pendakwah-pendakwah kristian. Pakai kot ada name tag yang kekadang ada lambang salib or red rose.

Dalam pada diorg aktif, actually diorg risau... ramai je remaja diorg yang meninggalkan agama diorg dan jadi atheist...


Kes Selingan



Mungkin korg rasa yang saya nih jenis closed-doors bila masuk bab inter-religion punya hal. Cuma masalah bahasa yang menyebabkab saya susah nak explain what really from the heart nak cakap.

Allah ada bagi saya peluang sekali untuk menchoba dalam bahasa saya sendiri..

Masa tuh saya melawat adik-adik. Sekali tuh ada la sorg mmber nih (kita panggil dier inche Ai, bleh?) datang lepak rumah yang sama. Saya datang nak masakkan untuk adik-adik, alih-alih Inche Ai yang terkenal sebagai chef terulung di kalangan kami pun nak join sekali. Nak tau apa yang kami diconjure di dapur. Leh tengok kat post Gourmand.

Lepas kitrg makan-makan tuh, entah macam mana saya boleh cakap-bantal (baca : pillow talk) dengan Inche Ai. Borak pasal kristian and islam sampai ke suboh.

Masa nih saya yang banyak tanya. Pasal trinity la..fahaman-fahaman dalam kristian dan sebagainya. Dia pun ada tanya saya jugak benda benda dalam islam nih. Antara yang saya ingat penggunaan kalimah Allah, dan juga Islam nih ada mewarisi dosa tak?

Sebenarnya dia sendiri ragu-ragu dengan agama die sendiri. Di Sarawak, dia selalu bertanya soalan-soalan pedas kepada rakan-rakan churchnya. Sebagai contoh, isu tak boleh minum wine dalam bible.. tak makan khinzir or haiwan dua alam yang juga ditulis dalam bible..

Dia siap tunjuk saya lagi dalam web, ayat yang mana...

Dia pernah kongsi yang hampir semua penganut kristian bergantung sepenuhnya pada paderi untuk memahami bible, sebab orang biasa dikatakan tak cukup ilmu untuk memahami bible.

So generasi muda yang berfikiran advance nih, pun amik la initiastif sendiri untuk korek sana sini dan find out banyak benda yang serba tak kena dengan apa yang dikatakan.. Well, it happened in one of my geo batch..

Inche Ai pernah sekali tuh, shout kat Fb dia tentang surah ar-Rum.. Dia amat teruja dengan sebab turunnya surah ar-rum.. Dia kata, sepatutnya orang kristian tengok kat surah nih...

Malam perbicangan tuh juga saya ajak dia convert. Tapi dia enggan.

Dia kata, kalau dier convert, nnti mmber-mmber church dia akan jauhi dia, so islam takkan sampai kat diorg sebab diorg akan pulau kan dia. So dia rasa better dia sentiasa bagi ragu-ragu kat diorg. Dan bila sampai masanya dia nak convert, dia akan convert bersama kawan-kawannya.. Dalam pada itu dia akan sentiasa tengok video-video inter-religion talk..

Saya memang nak follow up dia selalu tapi, diri ini memang tak cukup tenaga nak cater semua orang.. Last last, saya biarkan pada masa untuk menentukannya..

Doakan hidayah dititup dalam hati Inche Aidan Wayne yang setahun lebih muda dari saya.. amin..


Kes 2

Sebelum saya mula citer...

(jap, saya scroll atas balik...)


cam dah tulis panjang je... larat ke nak baca lagi? hehehe..


Ok ok, saya rasa kes 2 nih saya citer dalam part 3 bleh? Hee~

Perpun saya bagi mukadimah dulu..

Bagi sesapa yang dah baca siri cari batu adventure yang saya ke sempadan france-spain, setiap akhir tahun saya akan keluar cari batu di foreign terrain selama 8 hari gituh.. dan selama itu juga saya hidup sebumbung dengan warga french..

So suatu dinner, mmber yang duduk sebelah saya cakap.

'Tu veut gouter?' (kau nak rasa?). tangan kirinya tengah pegang pingan penuh dengan hirisan sausage khinzir dan tangan kananya tak sabar nak bubuh atas pinggan saya.

Tuan empunya tempat makan macam marah la dengan member saya sebab tak menghormati saya.

dia balas.. 'ala.. mana tau dia nak rasa..'

then tak sampai berapa minit, dia tanya saya soalan yang cukup pow-kedepow!,

Kenapa kau follow islam to the word by word?'

nak tau apa yang saya jawab?

Dalam saya begitu asyik menerang, dekat 5 orang menyerang saya bertubi-tubi..

nntikan... hehe..



Simon 'Adam' Malik