Friday, 10 June 2011

JUMP! : Day 5 (Racing with sunset)

Assalamualaikum wbt

Masuk hari ke 5 pengembaraan. So far, pengalaman berbaldi-baldi, ilmu yang entah berapa atom je berbanding dengan ilmu Allah dan sebesen penuh persaudaraan telah saya dapat sepanjang aku kat pantai timur untuk 4 hari. Hari ini, dikala hampir 8 jam dalam bas, saya melawat mak cik saya belah mak yang bekerja sebagai tukang bina bangunan. Bahasa skema nyer, jurutera awam.

Saya tak buat muka kesian. Cumanya, mak cik saya begitu berhati mulia untuk membelanja saya satu malam kat satu hotek badget outskirt of bandar yang saya akan lawati. Oh, happiness dompet saya time tuh

Well, mak cik saya takde la sampai kena ambil cuti sebab saya datang melawat. Lepas saya dicampakkan ke hotel, menunaikan fardhu sebagai seorang hamba, boleh pula saya landing dengan penuh gayanya. Dalam pukul 9 lebih macam tuh, saya terbangun kerana 'panggilan' sarapan dari mak cik.

Sapa kata kota london je ada bas doucle decker

Cuba teka tuh menara apa? hehe..


Ya betul tuan-tuan dan puan-puan, adik, akak, abang! Dari Kota Bharu saya ke Alor Setar, Kedah! Oleh sebab mak cik saya nih seorang yang suka Jalan-jalan cari makan, merasa la saya bersarapan heavy kat sebuah warung besar bernama Kopitiam.

Orang kedah (dan saya rasa applicable untuk orang utara), biasanya akan sarapan heavy. Paling koman pun, nasi putih dengan gulai ikan termenung (ikan kembung). Kedai kopitian nih terletak berhampiran dengan menara Alor Setar dan ia menggunakan dewan sekolah! Actually dewan sekolah ini merupakan bangunan lama Sekolah Convent Alor Setar. So dari biar rotten kat situ, Tokeh kedai menggunakan ruang dewan untuk kedai kopitiamnya. Then dia sewakan pada peniaga-peniaga kecil lain untuk menambahkan variety makanan kat kedai dia. Tokeh ini sekadar jual air je. Memang respect cara dia berniaga.

Sungguh bijak, dari dewan sekolah jadi dewan makan ramai-ramai


Antara gerai yang ada. Seribu macam jenis benda sarapan

The usual drink and not-usual breakfast. Hehehe...


Dalam pukul 11 pagi, saya dicampakkan ke Alor Setar. Ye la kan makcik saya pun kerja. Maka saya pun berkelana di sekitar Dataran Alor Setar menguji kemahiran mengambil gambar di bawah sinar mentari.

Honestly, saya sebenarnya tak nak jauh dari Masjid Zahir yang juga berada di sekitar dataran ni. Bukan apa, karang nak zohor kang, terjauh la pula berjalan. Kan best dapat berjemaah dengan orang tempatan? Boleh la bersenyum-senyuman, bersalam-salaman dengan diorg.

Basically aku masuk je mana-mana galeri dan museum yang ada kat Dataran tuh untuk kill the time dan melarikan diri dari bahang matahari. Panas gak rupa-rupanya Alor Setar. Dan boleh tahan juga susur galur orang kedah nih. Tapi kalau tanya saya balik, sumpah tak hengat sepatah haram pun.

The Kedah Flag

Dataran Alor Setar

Balai Seni Negeri

Angle 3 dalam satu. hehe..

dah lupa nama galeri nih apa.

Masjid Zahir

Masa time tengahari, jalan ada sikit sesak.


Selepas zohor, saya melarikan diri ke City Plaza, Alor Setar. Takde la juga melarikan diri, tapi sebenarnya menunggu 2 orang yang disayangi datang ke Alor Setar sebab masing-masing jauh dari sini. So bila terdampar di Kompleks Beli belah, saya pasti akan cari sanctuary saya yakni kedai buku. hehehe..

Antara pantang larang yang kerap saya langgar adalah pergi ke kedai buku. tak sah kalau keluar tanpa membeli walau sebuah buku. Kekadang sampai beratu-ratus sebab harga buku pun dah mahal. Kenapa pantang? sebab saya kalau lalu je kat depan, kaki saya automatik akan melangkah masuk.

Kubah dalam Masjid Zahir

Suka la masjid nih. walaupun design lama, tapi dia ada presence of special aura. hehehe..

Details of atap balai gong

Menapak gi CP dari dataran

Antara angle atas jambatan

Pekan Rabu, pot orang yg suka shopping memperabihkan duit gaji


Dalam Pukul 4 lebey gituh, Adik Need sampai ke CP dan saya ajak la dia minum teh sambil borak-borak bertanya khabar. Kejap je. Lepas tuh dia kena pulang. Takper takper, yang penting kuality masa, bukan quantity.

Belum sempat punggung saya panas kembali kat dalam kedai buku, Adik Es pula sampai ke CP. Adik Es tuh jauh dari Alor Setar. Namun rezeki saya dan dia hari ini, ada ahli keluarganya yang nak datang Alor Setar. Borak-borak degnan Adik Es sampai ke tahap sesi luahan hati. Terus terlupa nak ambil gambar dia. Sori ye adik Es.. Takper, at least tercapai hasrat saya untuk bertemu dengan adik-adik di negeri asal masing-masing walapun bukan semua.



Panggilan telefon dalam pukul 540 ptg dari mak cik saya menandakan sudah sampainya dia di depan CP dan saya menuju ke Kuala Kedah. Mak cik saya nak bawak saya makan kat hujung dunia. Mungkin orang Alor Setar akan rekemen Laksa teluk Kuchai, tapi bagi mak cik saya,  dia nak bawak saya kampung style. Ternyata yang hebat dan diminati ramai itu tidak memenuhi selera orang ramai. Hanya yang asli, tanpa perasa tambahan yang akhirnya orang cari. (baca balik dua ayat nih dan cuba fikir apa yang saya ingin sampaikan? hehehe)

Komplek maritim. Saya teringat bangunan TnB tepi sungai klang

Ramai gak warga kedah / bukan kedah mai sini mengambil angin pantai, dan membuang angin badan

Masing-masing menunggu laksa... eh! Sunset

Air surut. Waktu yang sesuai untuk para nelayan ke laut. Kenapa? tanya nelayan berdekatan anda.


Masa menunggu laksa kitrg siap, saya menyaksi satu fenomena yang bagi saya agak ajaib lagi pelik!

Maka, ini cue utk soalan post kali ini.. hehehe.. oleh sebab boleh tahan susah dan tak ramai pun nak coba, saya bagi hadiah gempak. Saya jadi photographer anda untuk sehari dengan percuma. Anda pilih hari. Mana tau anda nak kawin tapi takde photographer. Tuptup dapat pulak yang percuma.



Berapa ekor belacak/Mudskipper yg anda lihat di dalam gambar tersebut? Nyatakan apa yang mereka lakukan dan berikan sebab diorg berbuat demikian?

termangu jugak la saya sorg-sorg tepi pantai yang berlumpur tuh memikir apa sebab. Tapi akhirnya dapat jawapan jugak. hehehe Dan berfikir mmg membuatkan kita cepat lapar. ngee~

Warung pakcik nih mcm nak runtuh dah.. tgk laksa dia pun takde daya penarik. Tapi kesedapannya sungguh asli sehingga menjilat pinggan.


Jika 4 hari lepas, saya di pesisiran 'matahari naik', tapi hari ini saya berada di pesisiran 'matahari turun'.Dengan pertama kalinya saya menyaksikan satu benda yang saya kira kita pasti akan terlepas pandang bila berada di Alor Setar. Kes 1, adalah betapa dekatnya sawah padi yang pakai air tawar dengan pantai yang rasanya masin. Rasanya belum ada teknologi manusia yang se'terrer' Allah yang betul² memisahkan laut dan air daratan.

Kes 2 adalah, permainan ilusi. Jika menghadap sawah padi dan dihujungnya adalah matahari terbenam, otak macam kata, 'masih lagi ada daratan selepas pokok itu', padahal sudah laut.



Setelah singgah solat maghrib di sebuah masjid di tengah-tengah bendang sawah, mak cik saya ada membuat visit-drive ke pot-pot menenangkan fikiran dan off-course, tempat makan yang best. hehe..

Oh ye, kat Alor setar nih ada terusan. Terusan wan mat seman kalau tak silap. Panjangnya dari pantai sampai ke... gurun rasanya. Yang menariknya kan, mamat nih actually mengupah perompak/penyamun kat kampung-kampung. Mesti dia cakap 'Dari hangpa semua merompak menyusahkan orang, baik hangpa kija. Nah cangkui!'. Suprisingly diorg nak buat tuh! Itu bermaksud, org-org yang dikira pada otak kita, sampah/menyusahkan orang sebenarnya mahu diterima balik dalam masyarakat asalkan kita sanggup memberi mereka peluang dan memahami mereka...

Kitrg makan malam agak lewat malam tuh. adalah menyinggah di satu restaurant nih yang boleh tahan jugak la makanannya. best untuk gathering ramai-ramai, bermakan-makan riang, berborak-borak. Best kan borak-borak time makan? Dengan lauk yang sedap dan perbualan yang hangat, membuatkan anda terlekat pada kerusi dan kerap kali mengorder air suam. hehehe...


Hari ke-6, saya akan join family saya di satu tempat yang mmpunyai memori bonda yang cukup kuat sampai dia nak lawat tempat tuh tahun ini, dan tempat tersebut juga telah membekaskan satu memori yang cukup kuat sehingga saya rasa saya nak balik rumah.

Nntikan, post Day-6 yang saya pasti anda tidak sanggup membacanya berulang kali.

wallahualam Simon 'Adam' Malik

No comments: