Wednesday, 8 June 2011

JUMP! : Day 4 (Cabaran 10 jam di Negeri Miss Siti One Expand)

Assalamualaikum wbt

Dari K. Terengganu saya naik ke Kota Bharu Kelantan. Dengan loghat Ganu (yang suprisingly payah nak hilang), saya checked out dan menunggu bas bersama Adik Kaya. Adik Mat tak dapat ikut serta kerana kekangan waktu.

Tapi, mood saya pagi² nih ter'spoil sikit. Bas pukul 830pg, pukul 9 baru bertolak.. Then cakap 2 jam, 3 jam perjalanan baru sampai kat Kota Bharu! Nasib baik lah Adik Kaya yang terlalu baik hati nih, mmbawa bekal yang diberikan oleh ibunya untuk kami berdua. Oh keluarga Kaya, bagaimana hendaknya saya membalas kebaikan korg yang mmberi tumbuh sel-sel badan saya..?

Kuih cucur sambal.



Kuih Mek Comel, secomel nama kuih.


Paling last aku menjejakkan kai ke Kota Bharu adalah pada tahun... erm.. tak ingat. Tapi masa tuh, bangunan yang paling besar dan paling tinggi kat KB hanyalah Hotel Renaissance. Aku rasa, masa nih aku datang KB sebab sepupu aku kahwin. Dan aku rasa masa tuh, aku berumur bawah Form 4.

Turun je aku dari bas, aku dapat rasakan suasana baru! Kut ye pun, mmg patut la ada yang baru.. lebih dari 5 tahun kot. Melampau tahap dewa la kalau sebijik je dengan apa yang aku bayangkan sebelum nih..

Comé sokmo

Sayaa terperasan iklan nih masa stuck dalam jam. Kalau tgk tarikh dier belah kanan bawah, iklan nih wujud sejak tahun 89


Kedatangan kami berdua ke KB disambut oleh adik yang serba macho dan otai serta otak geliga kelapa laut afrika, Adik Far. Tapi ada sedikit slack, dia tak pernah bawa org jalan KB sangat sebab dia sendiri find out yang benda-benda kat KB nih tak interesting.

Konon-kononnya dengan 10 hours Challenge, saya nak redah Pasar Siti Khadijah, gi tengok orang main gasing, buat wau, buat wayang kulit, buat budu... hehehe.. Paling tidak pun solat kat masjid negeri dan gi pasar malam terdekat. Tapi saya nih, tak nak la nak demand lebey². So saya cakap dgn adik Far, 'Lu bawak gua mana yang lu rasa gua patut pergi' (Disklaimer : kami tak pernah berbahasa camni)

So tengahri tuh, Adik Far bawak kitrg gi makan kat kedai Abg Mie yang orang sanggup beratur panjang nak beli nasi.



Nih kadar beratur yang dikire tak panjang, itu dua barisan tuh


Adik Far kata, ramai datang sini sebab nasi dia banyak dan ayam dia besar gabak (tapi sekarang dah kecik sikit), tapi harga 4 iya je (I-ya ataupun sbenarnya Riyal, adalah untuk Ringgit kat kelantan).. sapa tak terbeliak biji mata beb, teruja seperti ditanya sapa nak masuk syurga free!!

Nasi kukus dan ayam goreng yang besar. Slack kurang sayur je


Bila saya beli nasi nih , somehow saya teringatkan akan nasi 'wanggeh' (atau kekadang org panggil nasi dadah di kalangan Staroba) di Ipoh. Entah, ini apak saya cakap la. Boleh tanya Inche Gabbana untuk lebih details. hehe.. Kenapa teringat? Sebab penyampaian lauk yang lebih kurang serupa.

Oh ye.. saya di KB masih lagi (entah macam mana boleh.. mungkin sebab makan masakan dari air tangan org ganu), loghat Ganu.. hahaha!! tapi alhamdulillah, saya masih lagi boleh cope dengan loghat org-org kelantan walaupun kawe nih buké oré kelate. Nak suroh kawe kkecek kelate, sungguh kawe tok tau. (hehehe..jgn risau, saya pakai elgoog translate)

Loghat kelantan, sebagaimana orang-orang luar kelantan perasaan, segala akhiran 'ng' , 'an' , 'am' , akan berukar denga hensemnya kepada 'é'. Contoh macam abé (abang), maké (makan) sié (siam).
Kalau dari segi vocab dan pengguna bahasa pun lain. Yang saya sempat ingat penggunaan perkataan 'belaka'. Contoh : Kami 4 orang dari UPM, doktor belaka'. Belaka mmbawa maksud, semuanya, cam gituh la kot lebih kurang). Ada je lagi vocab-vocab lain yang diddengari, cuma tak masuk kepala otak. hee.. kalau nak tau lebih lanjut, boleh ziarah kawan-kawan anda yang dari kelantan berdekatan anda.

Lepas solat zohor, saya mencadangkan untuk berekreasi di dalam air cond. Adik Far faham benar maksud saya tuh. Maka, kami pun pergi ke Pasaraya Billion. Kami banyak menjauhi bandar KB sebab, sudah menjadi satu lumrah time cuti sekolah, KB akan jadi sangat²²²²² sesak. So sapa nak datang KB, datang masa hari sekolah ye? ^^

Salah satu tempat boling di KB

Org tny, nak baling camne?

Kitrg jawab,baling ikut sesedap rasa


Tapi gaya perlu ada ^^



Dalam suka-suka main boling nih, ada yang boleh di ambil belajar. Walaupun mata kita sentiasa tepat pada pin-pin yang disusun cantik, tapi ia tetap menjadikan anda sebagai Raja Parit/ Longkang. So mana yang silap? Saya kecik-kecik ada la observe kengkawan abg saya main. Akak-akak baling tak serupa baling. Macam letakk je bola boling tuh, tapi strike. Kita punya la hayun, siap gaya kaki silang bagai, ke longkang jugak akhirnya.. Well itu menunjukkan yang, kesilapan balingan, walau dengan darjah yang kecil, in the long rung, bola tuh tersasar juga. Macam dalam hidup nih gak, kalau dari awal kita sudah tersimpang, terbuat khilaf, atau teramik keputusan yang kurang tepat, walaupun kita rasa kecil aja, tapi in the long run, tak dapat strike mahupun spare.. haha ^^

So untuk soalan kali ini adalah 'Perasankah anda akan titik-titik dan panah kecil kat atas lane? Nyatakan kegunaannya dan nyatakn juga target pada/kawasan pin termudah untuk dapat strike?

Soalan senang sangat, kalau dapat jawab, sila jumpa saya di KLCC convention center esok untuk tebus hadiah. hee..~

Selepas selesai bersuka ria dan berpeluh dalam air cond, kami ke rumah Adik En. Destinasi seterusnya, adalah sebuah taman rekresi dekat-dekat KB nih.

Menyinggah rumah Adik En


Ke Taman Tengku Anis


Best juga taman nih, siap ada rusa, merak bagai. Keluasan dia pun boleh tahan gak. Mmg best la gak nak buat bulatan gembira tak rasmi kat sini. hehehe.. Kedudukan taman nih ada agak jauh sikit dan dengar cerita, bila kompleks beriadah kat depan taman nih beroperasi,, saya rasa, tempat nih mesti lagi meriah dengan family-family.

Peta Taman yang serba besar

Bilakah paling last anda mengeluarkan peluh seperti kanak-kanak ini?

Jalan-jalan pusing taman

Mengorat anak rusa

Tapi dapat bapak rusa

Perlu pulang bila langit tetiba macam gelap

Aksi 'Ini kereta aku'


Malam tuh, kami dijemput makan malam di rumah Adik En. Susah-susah aja Adik En nih. Tapi bila dalam rumah Adik En, Adik Kaya menyatakan rasa segan silunya dilayan sedemikian rupa. Saya kata balik, 'Baru skrang hang tau apa yang cek rasa dua ari lepas' (sengaja tulis loghat utara pulak). Boleh bantai gelak riang pulak Adik Kaya nih.

Adik I yang jauh datang dari Ketereh

Memang superb duperb dinner kat rumah Adik En.

Soalan dia tanya lepas amik gambar, 'Ada gaya tak?' ^^

Pencucu Mulut atau Padang Pasir? sila sebut English anda dengan betul (french pun sekali)


Dalam pukul 9 lebih, saya berjaya completekan cabaran 10 jam ke Kelantan. Alhamdulillah.. 10 jam tuh actually adalah tempoh masa saya kat Kelantan sebelum saya bertolak ke destinasi lain! Dalam pukul 10 tepat, saya bid farewell dan setinggi langit terima kasih pada Adik Far dan Adik Kaya. Maka, bas jenis SkyDeck yang saya naiki bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya.

So kemanakah saya pada hari ke 5? Suprise... nak bagi suspend

wallahualam

Simon 'Adam' Malik

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik