Monday, 6 June 2011

JUMP! : Day 3 ( Di bandar pesisir pantai)

Assalamualaikum wbt

30 May 2011

Memang beruntung orang Kuala Terengganu (KT). Sebaik sahaja subuh, boleh start motor gi pantai. Paling tidak merangkak.. eh! Berjalan ke pantai dan duduk mengadap laut sambil baca almathurat. Mana yang asyik-asyik B dalam subjek Geography, KT terletak kat Terengganu (ini semua orang tahu, kalau tak tau sila sapu arang dari kuali ke muka anda) dan sebenarnya terletak bebetul kat tepi pantai.

Pagi tuh, dengan penuh semangat selepas subuh, saya pun menapak ke arah pantai diiringi dengan pembantu sulit saya, AIME. hehe.. Mana boleh pergi pantai tak bawak kamera..

Langkah di sapa oleh Seri Pagi


Tiada yang lebih indah dari penciptaan peralihan malam-siang dan siang-malam, Maha Suci Tuhan yang Hyper Genius


Sekali lagi, memang beruntung orang-orang yang duduk di KT, atau rumah berdekatan dengan pantai. Sememangnya mereka ada 'terapi' percuma setiap hari dan semangat tidak takut dilambung ombak! Kalau tak masakan mereka berumah di tepi pantai.. (bermadah di situ)

Saya (yang suka-suka hati menggelar diri sebagai orang gunung), mengambil peluang yang diberikan Allah ini untuk menikmati waktu terbitnya matahari di tepi pantai. Masa ini, otak logik saya yang tak henti-henti beroperasi, apakah perbezaan suasana dan tona warna waktu terbit matahari dan waktu terbenam matahri ditepian pantai? Tapi hati saya yang serba taman batu dihiasi kelopak-kelopak winter mengatakan 'Shut up and savour the moment'... Couldn't agree more dear heart. Bukan senang nak dapat suasana macam nih bagi orang-orang darat macam saya.

Savouring the moment alone

Seorang ibu dan anak juga sedang savouring the moment

Sempat pula Aunty nih bertapa..


Burung layang-layang terbang rendah time ni. Serendah capaian tangan. Seronok tengok diorg bemain suka ria diudara (masa ini teringat pengalaman atas bukit near France-Spain border, yang juga banyak burung ini bermain-main diudara) Mungkin sebab hawa pantai dan industri sarang burung layang-layang yang giat naik sekarang ini. Masyarakat sepatutnya bersyukur. Dulu, sup sarang burung layang-layang merupakan salah satu daripada 3 royal dish yang biasanya Maharaja je yang makan! Sekarang nih cam banyak je dipasaran sebab permintaan walau hanya sekadar, air liur seekor burung. Memang tak sia-sia setiap penciptaan Allah kan? Apa lagi dua dish? sila tanya syeikh google. ^^

Lapisan Pasir.. bila menghadapi proses 'diagenese', jadilah dia batuan pasir berlapis cam kek lapis.

Dari dulu sampai sekarang, Istana Pasir saya ber'pesen' mcm nih.


Again, my logical brain worked up. Saya perasan yang pantai ini banyak menghanyut cangkerang dan less hidupan macam umang-umang. Mungkin jenis pantai kot. Pasir di Pantai Batu Burok ini halus tak macam kat Pantai Balok Pahang temph hari. Pasir kat sana sebenarnya lebih halus, sangat halus sampai ke kategori lumpur. Dari kaca mata geologist, butiran yang paling halus adalah lumpur? Kenapa lumpur? Cuba buat experiment, keringkan sepiring pasir pantai dan sepiring lumpur pantai. Dah kering, baru test dengan jari, yang mana lebih halus ek?

Kenapa pula berbeza jenis pantai walaupun dua-dua pantai nih mengadap Laut China Selatan? Itulah la keunikan arus laut yang ditentukan Allah yang secara tak langsung menentukan rezeki dari pantai. (Senyum tunjuk gigi)

Saya mula menyusuri pantai dari hujung pantai kat area kepungan untuk bot nelayan (orang KT tau kot) sampai la Watch Tower yang paling hujung sekali. Tak ramai yang lepak pantai pagi-pagi. Mungkin sebab hari bekerja.

Pantai Batu Burok Signboard


Serius.. saya suka gambar nih

Watch tower paling hujung..

Unsung Heroes : Diarah atau tidak, mereka ini saya doakan kesenangan dan kesejahteraan hidup


Saya kat pantai ini, tidak dapat menahan diri untuk meraba-raba pasir pantai dan meneliti pasir-pasir di tangan saya. Nak cerita kat sini secara detail hanya membuatkan anda berpinar-pinar, muntah hijau lalu menggerak mouse dan beralih blog lain. Secara pendeknya saya tertanya-tanya... Mana datang pasir-pasir nih yang bercirikan batuan asal dari tanah tinggi?

Alang-alang asyik benda-benda knowledge dan logical je saya cerita, Nah! Amik satu Quiz untuk menggerakkan otot-otot otak anda.

'Mengapa setiap kali kita ke pantai, kita mmg automatically rasa damai dan best?' (clue : ada kaitan dengan bunyi)

Sila bagi jawapan dengan reasonnya sekali. Jika anda berjaya untuk memberikan jawapan yang saya kehendaki, anda berhak untuk meneman saya ke langkawi December ini dan saya akan jadi drebar anda sepanjang anda di sana. Jika anda perempuan, biar saya hantar pasukan merisik dulu. wahahaha!!!

*ehem*

Back to story.. Saya pulang ke hotel balik dalam pukul 8 lebih gituh. Belum sempat saya menanggalkan kasut dan meng'on' lampu, Adik Kaya muncul dari belakang memberikan saya sarapan nasi dagang beserta homemade neslo. Serius.. Adik Kaya telah berjaya memalukan hati saya tapi terisi perut saya

Saya tak hengat pula nama kuih kat belah kiri tuh.. Tapi nasi dagang dia mmg superb, thx Adik Kaya!


Around pukul 9 lebih, saya bersama-sama Adik Mat yang baik hati menjadi drebar dan Adik Kaya meneroka lembah ketidaktahuan KT (padahal saya sorg je yang tak tau). Seingat saya, paling last saya datang KT masa tahun 2003. Kalau otak yang serba tua ini tak menipu tuannya sendiri..

Saya ke Pasar Payang dengan cabaran 'Paham ka Anda dengan Loghat Ganu?' Eheh.. saya Pass! weee~ Hasil dari penelitian, bahasa ganu bukanlah penambahan -ng seperti Jong Makang Ikang Petang Karang. Serius.. anda bukan sahaja mendedahkan pekung anda yang busuk itu, bahkan memalukan orang yang sedang membaca post ini sekarang..


Pasar Besar Kedai Payang : Pot wajib untuk kaki dan kepala shopping.

Tingkat bawah jual barang makanan

Banyak produk yang diproses dari hasil laut. Tapi ada juga yang mentah ^^

Singgah di sebuah gerai kuih

Tingkat atas menjual cenderahati dan pakaian khususnya kain batik.



Bunyi cam 'ng' yang ditambah kat hujung perkataan seperti ikan, pinggan dan sebagainya bukankah 'ng'. tapi dia bunyi 'ng' yang tidak ditekan dan lembut Plus plus, diorang juga mempunyai vocabulary yang tersendiri macam gocoh (gaduh), ye dok? (ye tak?) ock? (kan?), samah ( 50 sen ), sek aku (kitrg) dan macam-macam lagi! Ada satu perkataan sampai sekarang aku susah nak sebut yakni jerak (kubur), sebab saya sebut bunyi jerak (jerat).. Susah nak bunyikan dengan menulis tau.

Aku tak ingat nama kuih nih, tapi stail dia macam kuih abuk-abuk dari melaka cuma takde kelapa parut. Eh, tak ingat pulak kelapa parut dalam ganu.. Nyo Parut ek? hahaha!

Kuih lapis versi Ganu dan Kopok yang boleh dimakan begitu saja


Suprisingly, sampai je tengahari, saya sudah mula berpelat Ganu. Wah! Lupa tempat asal you! Terambil prinsip ayam masuk kandang kambing mengembek. Seronok apa mengenali masyarakat lain? Kita rasa kita dah kenal lama sebab duduk bawah satu negara padahal tidak. Sama seperti kita dengan orang yang kita rapat. Dah bebetul kenal? tau yang mana dia alergik makan? saiz kasut dia? Apa yang mana dia suka? Gaya cakap dan perkataan yang dia selalu guna? Tak hengat??!! Anda fail secara epik sebagai sahabat dunia akhirat!

Panjat Bukit Puteri yang berhadapan dengan Pasar Payang

Ada tinggalan sejarah rupanya kat atas

Uih, boleh nampak taman bunga dalam Istana Pertabalan

Adik Kaya berjaya candid dari belakang..


Kami sempat untuk Zohor berjemaah di Masjid Tengah Tunku Zaharah. Masa saya sampai KT zaman muda-kekanak, saya teruja dengar, Masjid Terapung. Cam rasa Peerrgghh!! walaupun dah besar ni, kita tahu ia merupakan tiang dalam air.. So, a very long awaited wish untuk sujud di dalam masjid ini termakbul.. alhamdulillah..

Nama manja masjid nih, Masjid Terapung tanpa pelampung (gurau je ek org ganu? hehe)


Masjid ini terletak di kawasan Ibai, yang juga berdekatan ada tempat piknik yang ala-ala macam luar negara. Tak tipu tuan-tuan dan puan-puan! Nanti bebila anda datang bersama keluarga dan 'keluarga', gi situ buat piknik dan tengok, rasa macam over the sea tak? ^^

Menuju ke Pot lepak / piknik. Jalan kaki from masjid pun boleh sebenarnya

Ada juga yang tabah dan tekun menjala tetengah hari buta

Ni kawasan cetek. Abang nak kemana tuh?

Stail. Redup. Keunggulan.


Muka-muka kelaparan sebenarnya nih. hehehe


Waktu tengahri kami, kami penuhkan dengan memburu makanan-makanan wajib-try, sambil menikmati suasana KT yang agak panas berdesing. Seperti biasa, perbualan di dalam kereta main peranan ok? Apa yang main peranan? Sendiri faham la ek

Adik Mat bagitau yang restaurant Norazila yang berdekatan dengan masjid ada 4 cawangan, semuanya dalam Terengganu. Lebih mengagumkan yang cawangan pertama diorg sudah beroperasi dekat 100 tahun! Chapeau! (Baca : Tabik la). Saranan saya, sila datang pada lewat petang kerana restoran ini akan mempunyai lebih banyak variety.

Sup yang Kay-Ey-Double-U! Tak sangka orang ganu bubuh perut lembu dalam sup. ^^


Sudah diisi 'minyak', Kami ke Kg Losong Hj Su untuk mmbeli kopok (ganu stail of keropok). Di sini yang famous sampai masuk tv adalah Mak Jah. Tapi Adik Mat kata rasa dah sedikit kurang. Serius.. lidah Adik Mat macam orang tua, tahu je yang mana yang pakai lebih sagu. Lidah saya rasa ok je. hehehe..
Oh ye, jika anda hendak mmborong kopok,, sila buat demikian pada hari terakhir anda di KT. Adik Kaya (yang juga mmpunyai lidah yang particular bout kopok), kata rasanya dah kurang bila kita rebus balik bila nak kasi hilang lendir. Kopok biasanya akan berlendir bila disimpan terlalu lama. Kopok dijual biasanya yang besar singgit, yang kecil 5 batang singgit.Selain kopok, ada juga dijual makanan ringan dari hasil laut yang lain.


credits to Adik Kaya yang mengambil gambar² berikut







Kemudian kami membuat drive and visit TTI (Taman Tamadun Islam). Mahal nak masuk. Better pergi terus kat masjid sebenar dan solat di dalamnya... Walaupun lagi mahal, tapi lagi berbaloi.. Kawasan ini dulu merupakan pulau sungai, dan di bangunkan unuk menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Alangkah bestnya jika kita benar-benar berada di hadapan Al-quds sekarang..

Masjid Kristal. Ambil gambar buat syarat je. hehehe..


Dari sini, kami ke Seberang Takir untuk mencari ICT. Bukan Information and Communication Technilogy, tapi Ikan Celup Tepung. hehehe.. Pada mulanya, kami memasang niat untuk minum Jus buah gelas besar untuk menghilangkan dahaga, tapi kedai masih lagi tutup pula. Masa nih around 330 ptg. Then selepas melakukan lawatan sambil driving berdekatan dengan 'Le famous Stadium Runtuh', Adik Mat membawa saya ke kedai ICT.

Yang cantek nih adalah Airport


Mula-mula saya ingat dia nak buat lawak nak hantar saya gi Airport, rupa-rupanya ada jalan belakang ke kedai ini dari Airport.
Dan masa sampai kat kedai kecik nih, rahang saya jatuh bergolek-golek. Lauk lauk dari laut yang digoreng, di jual melambak macam pisang goreng dan diratah begitu saja! Kalah Gardenia dik non oi!

Menuju ke kedai ICT

Masa memula sampai, aku cam terkejut

Bukan sekadar ikan goneg

Minum petang kami, ganu stail

tak singgah. Rugi betol. Sotong yang di sumbat dengan beras pulut.



Pantai di Seberang Takir lebih popular dari Pantai Batu Burok keranan anginnya yang lebih menderu. Bila kami nak pulang semula ke KT, orang dah mula ramai untuk menikmati ICT sambil membiarkan muka disapa angin dari Laut China Selatan.

Saya kembali ke hotel dalam pukul 6 lebih.. Niat nak pusing-pusing KT dengan berjalan kaki nak tengok lights, tapi lepas pack-pack barang dan mandi dan baring kejap sambil-sambil menggerakkan sel-sel otak. KT ini, kalau diuruskan dengan baik dari segi kemudahan transport, penduduknya khusus generasi muda mempunyai intergreti dan pegangan yang kukuh, KT boleh setanding dengan bandar Nice, france. Tak perlu pacak pub, kelab malam, konsert terbuka.. cukup sahaja dengan mengekalkan corak asli masyarakat Terengganu yang di 'dye' kan dengan warna yang paling baik yang pernah kita tau yakni islam, dan direntangkan dengan penuh bangga di bawah sinar cahaya. Kenapa perlu lembu menjadi ayam tatkala ayam masuk kandang lembu? bukankah ayam perlu menguak untuk memudahkan komunikasi

Duk-duk fikir.. boleh tertidur plak.. then around 11 terbangun sebab perut menggendangkan gendang kelaparan. Dalam keadaan separa sedar saya ke 7-E untuk beli sarapan esok dan oblong burger yang saya kire paling spesel yang penah saya jumpa.

Hotel yang saya duduk. Nih masa tengah tunggu burger

Oblong burger versi Ganu stail. Thorbaek!


Esoknya, saya akan ke negeri Cik Siti Wan Kembang pula dengan 'cabaran 10 jam.'

Apakebenda 'Cabaran 10 jam'? nntikan entry yang seterusnya..

wallahualam

Simon 'Adam' Malik

12 comments:

Anonymous said...

bunyi ombak plus angin sepoi2 bahase mmg masyuk habes ! ahaa

Anonymous said...

All those places that you went to.. semua I baru pegi last summer!

masruddin rahmat said...

bestnyerrr adam jalan². huhu

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous : bunyi ombak tuh dah betul, cuma tak cukup penjelasan 'kenapa bunyi ombak?', cuba lagi ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous II : best kan Malaysia? tak yah gi jauh².. Malaysia ada keunikan tersendiri

Simon 'Adam' Malik said...

@mas : Seronok melawat adik² di negeri asal diorg. Dah asyik diorg je kne pergi program, sekali sekala kenalah kita pergi pada diorg, tak gituh mas? ^^

Anonymous said...

@simon 'adam' malik

sbb bunyi dia come and go, tak pernah stop. let say someone pegi pantai sebab ada problem,at least dia rasa something yg mendamaikan jiwa even problem still tak settle^^

confirm tak dpt ikut trip, haha!

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous : 'sebab bunyi dia come and go'... tuh dah dekat dah tuh! cuma buat connection dengan pernafasan manusia je (bagi clue abis dah nih!)

Anonymous said...

@simon 'adam' malik

bes pulak jwb soalan..
come and go, kita exhale n inhale sama je macam ombak yg come and go tu ke guane?

nnt la pegi pantai, br boleh feel, peh!

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

alahai.. dah dekat dah.. saya bagi je la terus.

bunyi ombak come and go tuh sama kita manusia exhale dan inhale masa tidur! kan masa kita tidur adalah point paling tenang.

kalau tak caya, duduk kat sebelah org yang tidur dan pernafasan dier kuat. then bayangkan bunyi pantai, sama tak? ^^

Anonymous said...

@simon 'adam' malik

'time kau tido td bunyi tenang je, macam ombak!'

hehe^^

OK wassalam

Simon 'Adam' Malik said...

-_-"