Sunday, 5 June 2011

JUMP! : Day 2 ( Dari Kuantan ke K.Terengganu dengan chenta)

Assalamualaikum wbt

29 May 2011 

Niat untuk bangun qiam pada pukul 4 pagi dan melakukannya di pantai, amat teguh. Seteguh mana-mana bangunan yang belum kena gempa bumi dan tanah runtuh. Jam dikunci. Berbunyi. Ajakan dibuat. Tapi ajakan dalam ngigau. Ajak bangun tapi yang mengajak masih baring. Penat kot. Bab ruhi yang Inche Gabbana power pun tak larat. Ye la kan, Inche Gabbana yan drive kereta sampai Pantai Balok nih. Yang kami dua orang nih pula, malu-malu nak mencemar duli Kereta (toot) (toot) Inche Gabbana. Ngeh.

Usai solat subuh berjemaah dan juga tazkirah pendek, kami bertiga sekali lagi ke pantai. Gambar-gambar semalam jelas menunjukkan yang cuaca masa tu dah mula berangin kuat dan serupa macam nak ribut. Tapi malam semalam, setitik pun tak turun. Memang tepat dengan peribahasa, Bila dengar guruh di langit, jangan dicurah air di tempayan .

Menuju ke pantai sekali lagi


Morning Glory di tepian pantai


Banyak benda-benda terdampar kat pantai. Mostly benda mati la. Meaning semalam arus laut sangat kuat sampai ikan dalam laut pun pening dan last-last terdampar tepi laut. Kami bertiga je kat pantai masa time nih sebab yang peserta lain pergi mengisi perut dengan breakfast. Dijanjikan pukul 9 akan bermula Telematch. around 835 baru kami pergi breakfast sebab nak menikmati bayu pantai dan bertungkus lumus berehat. Saya pula bertungkus lumus mengambil seberapa banyak gambar. ^^

Inche Gabbana cuba menyelematkan kelapa hanyut


Umang-umang kat sini cam kecil


Ketam nih dah kojip (baca : mati atau kojol)


Suasana di pantai di pagi hari


Nih namanya 'Ripple Mark'. Kalau anda terjumpa versi batu masa anda ingin buat rumah, itu tanda kawasan tuh pernah jadi pantai suatu ketika dulu.


Mereka menunggu saya yang jauh kebelakang

Perut sedang menyahut panggilan Breakfast

Lepas Breakfast, kami turun tepat pukul 9. Wajib kot! Hidup ini mestilah sentiasa menepati waktu, sebab kalau kita tak menepati waktu, kita tidak menghormati orang yang menepati waktu dan mempunyai jadual masa yang tersusun. Suka ke anda kalau menunggu orang yang berlenggang kangkung padahal dia dah lambat 10 minit? Rasa macam nak rejam dengan buah kelapa je...

Masa turun, alatan telematch belum siap sedia kesemuanya. Bukan nak salahkan pihak resort yang lembab, tapi ada jugak family day yang lain kat resort nih. Maka kami beserta peserta yang lain pun bermain volley ball, bola pantai etc.. Saya? Seperti biasa la.. tak henti-henti snap-snap-snap. (Senyum tunjuk gigi yang sebaris)

Majoriti main bola pantai. Kenapa main bola nih best ek? (jelir lidah)

Antara aksi terbaik Volley Ball pantai

Wakil Marang dengan servis kereta kuda


Inche Gabbana mempunyai obses dengan budak kecil / kanak-kanak
Maka pastikan anak anda berjauhan dengan Inche Gabbana, takut dia culik. (ahahaha gurau je ek akhi? ^^)



Dalam around 30 minit lepas tuh barulah orang-orang hotel yang incharge telematch siap susun alatan nak pakai. Korg ingat lagi sukaneka time-time anda masa sekolah rendah? Well kali ini, dia buat versi untuk orang dewasa. hehe.. To be frank, saya macam... 'Inikah perasaan untuk menjadi peserta telematch ketika family day?' hehe.. Telematch sungguh kelakar. macam-macam perangai keluar. Masa time nih gak lak kadang kala topeng 'control macho' tersingkap. Dah seronok-seronok ketawa kan? Masa nih la yang nak tengok, yang ketawa besar, yang bergurau kasar, yang sama waktu dengannya.. hehe..

Ibrahim mau join juga

Acara melangkah ramai-ramai

Acara lari sambil kepit tiang

Acara boling kelapa

Ibrahim terpegun melihat gelagat org dewasa ketika Telematch


Acara kukur kelapa.. serius tny saya mmg saya tak reti


Acara sambut belon air

Tangan Inche Gabbana yang pantang jumpa budak chumel


Gambar ramai-ramai
Selepas bertarbiyyah sambil berseronok,  around 1130 kitrg balik bilik, mandi², pack dan terus check out around 1230. Semua peserta balik ke arah Kuala Lumpu .. Saya...? JUMP baru sahaja bermula! (senyum sechumel mungkin)

Saya dengan buat muka separa chumel meminta Inche Gabbana yang baik hati untuk menurunkan saya di Bandar Kuantan. Stesen Terminal Makmur lebih tepat. At this point, saya memulakan pengembaraan saya secara solo. Selepas saya memberikan pelukkan ukhwah dan lagaan pipi kasih mesra dengan Q-san dan Inche Gabbana, saya menonong-nonong pergi ke kaunter untuk membeli tiket ke destinasi-destinasi saya (uih.. kenapa ada kata majmuk kat situ?)

Saya sepatutnya lepas beli tiket, berjalan-jalan di bandar Kuantan untuk melihat lebih dekat lagi masyarakt Kuantan. Tapi apa yang saya buat? (sila jangan tiru macam saya), saya boleh duduk kat mamak, mencoret kat buku tulis! Bas 315pm, banyak juga la masa untuk di bunuh (Baca : time to kill). Maybe next time saya explore Kuantan

Around 7pm, saya sampai ke destinasi kedua saya. Kuala Terengganu.

Baru sampai kat Stesen bas Terminal MPKT


Di sana, saya memasang niat untuk melawat Adik Mat dan Adik Kaya. Adik Kaya merupakan 'anak saudara'.. (kenapa inverted coma? Sila tanya Inche yang membawa kereta merah cam ferari). Adik Mat duduk agak jauh dari KT, berbanding dengan Adik Riang yang bebetul ditengah-tengah KT.

Adik Kaya dengan penuh baik hatinya membawa saya pusing-pusing KT untuk mencari budget hotel. Oleh sebab cuti persekolahan.. nak dapatkan hotel kosong? Sangat la tipis.. Lagi-lagi kalau murah. Alhamdulillah.. Allah Maha Pemberi. Dapat juga  Hotel Traveller's Inn, satu malam RM79. Considered murah sebab hanya 5 minit jalan ke pantai.

Adik Kaya mmg baik hati (Sapalah bapak usrah dia.. nak tau jugak apa yang dia bagi makan kat Adik Kaya nih sampai boleh baik macam nih), lepas check-in hotel, dia ajak ziarah rumah dia pula..!  Bila ziarah dan borak-borak dengan family dia, memang tak sah la kan kalau tidak di hidangkan dengan makan malam. Kesian perut saya dan perut adik mat terpaksa menerima makanan-makanan yang di masak oleh seorang ibu dengan penuh kasih sayang. Kenapa kesian? Sebab sedap sangat. Tak sanggup kalau tak habis. Malu? untuk suapan pertama sampai kelima je... hehe..

Masa nih malu nak amik guna kamera beso, maka pakai kamera kecik. hehe


Whats left of semangkuk pengat pisang. Usually org buat petang. Tiba-tiba Mak Adik kaya tergerat hati nak buat lewat petang.


Anyway, sedikit perkongisan pengalaman kat France, kalau kita malu-malu nak makan; kalau makan pun mmg sikit, tuan rumah macam ada impression makanan dia tak sedap atau tak sudi makan. So tak salah kan, kalau saya dengan generous'nya (dan penuh gayanya) untuk makan lauk-lauk yang di sediakan? Well, perlu la kita distingué (bezakan) between ajak-ajak ayam dengan ajakan tulus ikhlas.

Around 11 mlm, mereka menghantar balik  ke hotel. Tapi Kitrg sambung borak... actually more to crash course bahasa org ganu. hahaha!! Habis saya kena gelak dengan orang ganu, sebab cuba tiru cakap. Bunyi macam orang siam diorg cakap. hee~.

Sebelum diorg balik, diorg berjanji nak bawak saya ke suasana pasar untuk mendengar percakap orang ganu. Tapi dah pukul 1 pagi nih! Nak kejar matahari terbit lagi..

So apa akan jadi dengan hari ketiga? Dapat ke saya men'tune'kan lidah saya dalam masa 24 jam?

Nantikan entry hari ketiga ye?

wallahualam

Simon 'Adam' Malik

No comments: