Saturday, 4 June 2011

JUMP! : Day 1

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, semalam selesai JUMP!, dan saya pun balik ke rumah. Walaupun agak kelam kabut pada saat-saat terakhir, tapi saya bersyukur juga kerana selamat sampai ke rumah dan baring di atas tilam yang setia semenjak saya hijau di sekolah rendah lagi. hehe..

So dalam semingggu dua ini, saya akan banyak menceritakan pengalaman saya ketika JUMP! serta berkongsi sedikit sebanyak info yan saya dapat. So, this is my travelog during JUMP! Enjoy, insyaAllah.

********************************************
Day 1, 28 May 2011 : Heading to the East Coast



Siapa tak suka travelling? Siapa tak suka sila keluar dari bilik anda dan tampal papan kenyataan diluar rumah, 'Saya tak suka travelling'. Sila sertakan gambar sekali.

Bersama Bag Pack yang baru (Deuter; 45+10, air contact), dan juga topi fisherman kegemaran saya, maka saya pun dengan senang hatinya, 'Mak.. tolong hantar gi Komuter boleyyy..?' (saya membulatkan mata dan memaniskan suara)

Bila lagi nak mintak mak hantar kan?Ngehehe


Saya perlu ke stesen Wangsamaju untuk bertemu dengan Inche Gabbana dan Q-san. Sebelum pukul 2 kalau boleh. Konon nak naik bas jer gi Pasar Seni, but then sebab fikir hari pertama cuti sekolah, tentu orang banyak on the road. Suprisingly, orang tak ramai kat dalam komuter walaupun masa tuh train pukul 12 tengahari! Saya expect kena himpit-himpit macam sardin sambil mengepit beg yang serba gabak berisi muatan-muatan baju dan serba satu macam benda. Even dalam Putra LRT pun.. which i found it kinda miracle. Benar.. Bila Allah hendak mempermudah sesuatu, mudah sahaja bagi Dia kerana Dia Maha Kuasa.

Masa dalam Putra, Inche Gabbana call dan bagitau 'Tuan hamba, hamba ingin menyampaikan berita kepada  tuan hamba. Tempat kita ketemu di tukar hendaknya. Jumpa hamba di Stesen Kelana Jaya' (amaran : kami tidak pernah menggunakan bahasa ini secara realiti)

Saya terlebih awal. Janji pukul 2. Ye saya tepat 20 minit sebelum pukul 2. Namun, Q-san ada masalah dan terpaksa datang lambat. Maka bersawanglah saya, menunggu kedatangan mereka berdua which it was a good thing though. Saya banyak perhatikan gelagat malaysian people. Masa driving.. Masa menunggu.. kikiki... Mungkin mereka melihat saya seorang remaja/pemuda yang buat bag packing duduk lepak kat tangga dengan ada earphone di telinga sambil minum slurpee.

Dah dekat pukul 3 barulah kami memulakan perjalanan kami ke Kuantan. Actually bukanlah Kuantan. Nak lebih tepat, Pantai Balok. Celah mana Pantai Balok nih? Erm.. dia yang dekat laut, pantai dia ada pasir dan ada pokok ru sikit.  (ahahaha!!) Near Beserah, Pahang.

Sekarang sudah mudah ke Kuantan sbb ada Highway baru

Sticker kereta Inche Gabbana

Pemandangan luar mmg masyuk. Subhanallah...


Sebenarnya, kami nih warga datang lewat konvoi besar-besaran. Saya dan Inche Gabbana mmg terkenal dengan sikap kenakalan-tak-jahat. hehehe.. Bukan lah.. Kami bertiga ada hal masing-masing so tak dapat nak join awal. ^^










Dalam pukul 645 baru kami sampai kat destinasi kitrg. oh ye, kalau berjalan jauh, mestilah ada ada sesi 'u keep mine, i keep urs'.. ahahaha!!! sesi sharing maring rahsia. Oleh itu saya tau rahsia inche gabbana mengenai (toot). Jangan risau, dia pun tau pasal saya punya juga. Sebab itu kadang kala penting untuk kita mengambil time out. Supaya kita boleh menenangkan balik mana yang berkocak, meredakan balik mana yang bergoyang dan membetulkan mana yang terbelit.






Kitrg dapat bilik 218, mengadap laut. Petang tuh jugak kitrg turun pantai. Nasib baik ada peserta akhwat dan pengguna pantai yang lain, maka kami pun menjaga macho kami. Kalau tak, dah lama jerit-jerit 'PANNNTTAAAIIII!!!' sambil berlari dengan penuh gaya ke arah laut bagai orang yang bertahun tak jumpa pantai, ahahaha!!!

Pemancing pantai
















After solat maghrib dan bacaan almathurat,  kita makan malam dalam dewan. Kami bertiga rasa sungguh... minority sebab kami bujang. hehehe.. Dan kami bertiga mempunyai tendancy untuk stick together sebab rasa tak selamat bila solo.. al maklum lah kan,  bahasa dan gaya bujang amat berlainan dari yang dah berkahwin. hehehe..



Malam tuh ada parenting talk. Maka kami bertiga terasa begitu terasing sekali sebab tak masuk mana-mana kategori pun. Program remaja.. umur dah terlebih. Program pasangan bahagia.. kitrg belum kahwin lagi. Haha! bukan kami tension sebab invisible pressure nih. Inche gabbana yang serba kebal bab kahwin nih, lepak je. Saya pun entah macam mana rilek jer sepanjang slot pasangan bahagia tuh. First time kertas yang yang diberi, penuh. Penuh dengan lukisan. hehehe..

Malam tuh dalam pukul 12 gak kitrg tidur. Kitrg ada niat nak bangun qiam kat pantai dan feel ke'awesome'an hening malam dan ketenangan ombak pantai.

Dapat ke kitrg bangun? Tunggu entry untuk hari kedua.. hee~


wallahualam


Simon 'Adam' Malik

No comments: