Tuesday, 14 June 2011

JUMP! : The Conclusion -edited version-

Assalamualaikum wbt

post nih diedit dengan penambahan satu pengajaran..
terhengat masa terbaca komen pertama post nih..

ok, pendek dan manis (baca : short and sweet)


Di kala saya sedang tempoh berehat di dalam makmal logi pemprosesan makanan nih, saya nak habiskan menulis pengajaran ketika saya melompat, eh? JUMP!  Secara pendeknya dan ringkas, apa yang saya sempat belajar sepanjang saya ke kuantan-kuala terengganu-kota bharu-alor setar-penang, travelling yang orang fikir paling gile, tapi sebenarnya boleh je buat.

  • Apabila duduk menunggu bas, atau kawan anda.. sila penuhi masa anda dengan apa jua jenis bacaan. paling tidak pun  nota kosong dan sebatang pen, tulis la apa-apa yang anda terasa nak tulis asal bermanfaat
  • Bila anda menjadi co-driver, sila jadi orang yang supportive (lakukan secara sesuai dengan jenis pemandu; kalau aggresif, sila buat lawak aggrasif). Yang paling penting, pemandu tak boring. Borak la benda-benda yg boleh membuat korg mengenali antara satu sama lain dengan lebey rapat, tak gituh?
  • Kalau mengambil keputusan utk time-out dan gi vacation, buat cara pergi vacation. jangan heret kerja anda yang gembira terperam dalam pejabat, masam mencuka muka orang lain nanti
  • Senyum-senyum dan senyum! jadikan muka kita nih selesa dilihat bukan kelat. secara tak langsung anda mengeluarkan aura gumbira. kalau bas lambat pun, anda mampu untuk bersabar dan pemandu tak kena marah dengan anda.. mana tau dia lambat sebab ke tandas ke apa ke...
  • Rancang penggunaan duit. Yang paling best anda bawak cash je dan kad bank anda anda tinggalkan kat umah. sure terketaq-ketaq nak overshopping.
  • Bagi tuan rumah, pastikan anda tau mana pot makan yang best / nak di lawati untuk anda bawa tetamu kalau tetamu tuh mmg niat nak jalan la dengan anda. kalau kut ye pun nak lawat anda je, at least lepak taman atau ke pasar malam sudah cukup syarat ^^
  • Rancang perjalanan hari dengan baik, kalau tak anda boleh super kelam kabut. Vacation yang patut release tension terus jadi hyper-tension.
  • Solat jemaah di masjid/ surau berdekatan. sangat kurang adil kalau anda assume masyarakat itu begitu-begitu atau begini-begini perangai, padahal anda hanya berkomunikasi di kedai makan atau di kaunter hotel.
  • Pastikan vacation itu cukup untuk anda dan family. Personally, 3 hari 2 mlm adalah tak cukup sebab hari pertama anda penat travel dan hari terakhir anda travel balik. Masuk kerja bermoodkan takde mood
  • Jangan jeoprodize (betul ke eja nih?) objektif luangkan masa dengan kehendak anda. Mana tau anda nak ke lain dan sorg lain nak ke lain, last-last mencuka atau ada yang rasa hak mereka tidak ditunaikan.
  • jangan pandang rendah dengan info-info pengangkutan / hotel di malaysia. Ada je jadual perjalanan bas, harga dan sebagainya.. kalau tak, saya susah nak plan JUMP! nih..
  • Bawa perakam video atau kamera. rakam detik detik paling syok untuk diingati atau dibahan secara berjemaah. Kalau teringat di kala kat tempat kerja, sure org ingat anda kurang vitamin B compleks tersengih sorang-sorang depan pc.
  • ambil masa untuk memberhentikan dimensi masa dan ruang, untuk memperhatikan kejadian alam. kadang-kala kita sendiri terlepas pandang keunikan pasir yang terlekat kat kaki kita.
  • >>> saya terperasan, walaupun kita sesama orang malaysia, orang islam dan hanya berbeza beberapa kilometer, loghat bahasa sudah bertukar! beza kelantan dengan kedah 10 jam drive je!! Actually ini berlaku kat mana-mana negara pun. Rambut sama hitam, makan nasi gak.. loghat lain-lain.. tapi bersatu ketika membaca alfatihah dalam solat.. wonders..
  • Last but not least...jika anda rasa dunia nih penuh dengan makanan yang serba serbi sedap dan pemandangan yang serbi serbi indah... nih dunia je wei, belum syorga lagi... err.. dah check harga tiket masuk syurga?


Simon 'Adam' Malik

5 comments:

Puding Karamel said...

Menarik ^^
belajar wajah dan culture orang tu yang paling menarik, kita semua sangat berbeza wpon sesama malaysian.
n another thing that i noted, DSLR is definitely way cooler than digital camera, but its handy!
n yg paling mahal is, dgn blajar dr masyarakat, dan alam, we get to know the creator much better, if only we choose to do so...
jzkk atas perkongsian.can't wait 4 my jaulah nex week.kene buat tema jugak ni.

Simon 'Adam' Malik said...

@puding karamel :

mmg betul, setiap masyarakat ada keunikkan mereka yang tersendiri, dan kita rasa kerdil je yang Allah buat macam-macam jenis manusia kat bumi nih

pasal DSLR tuh.. kena tahan berat. baru pakai 4 bulan sebenarnya. dulu masa pakai digital cam selalu amik mode manual sblm pakai dslr. and suprisingly, some pics digicam lagi best dari dslr!

selamat berjaulah

Anonymous said...

thumbs up! (lebih pun tadehal)

teringat pulak lagu hikmah kembara.
btw, keunikan pasir yang terlekat kat kaki tu memang br terfikir, subhanallah.

Anonymous said...

...sambung sat izin laluan

nak btolkan sket boleh? ayat kat header tu 12:108 ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous : astagfirullah.. tak terperasan pulak yang selama nih salah. Sudah dibetulkan, jzkk tegur ^^