Friday, 17 June 2011

Jom Pecah Otak : Siri 2

Assalamualaikum wbt

Sebagaimana yang dijanjikan, muncul sudah siri 2 untuk Jom Pecah Otak untuk bulan ini. Tukar style?? tidak sama sekali mahupun dua kali. So, teka-tekinya mengeluarkan bunyi macam nih :.... (embek?)

Ramli seorang peniaga burger yang berjaya. Dia memerlukan 20 minit utk memasak sekeping daging burger, yakni 10 min utk setiap permukaan. Piring ajaibnya yang melakukan tugas memasak hanya dapat memuatkan 2 keping daging burger sahaja dalam satu-satu masa. Kiranya, untuk memasak 4 keping daging burger, dia memerlukan 40 minit lah kan?

 Suatu hari, Ramli mendapati gas dapurnya hanya dapat memberikan api selama 30 minit sahaja lagi sebelum gasnya put-put habis dah... Dalam masa yang sama, hanya tinggal 3 keping daging burger sahaja lagi sebelum habis stok. Macam mana nih...? Dia mahu memasak ketiga-tiga keping dan tidak mahu ada baki burger yang tidak masak sepenuhnya utk hari esok

Soalannya, logikkah hasrat ramli itu dan jika logik, nyatakan bagaimanakah caranya

Habuan kali ini, set makan tengahari Rojak mee dan cendol depan Uniten beserta tapaw Sirap bandung Legend. Jika anda menang, anda boleh bila-bila utk tebus hadiah ini dengan saya. Seriyes nih. Pemenang adalah yang paling pantas dan betul

 Jika anda dapat jawab, anda mmg penjual burger yang terrer-ist. Selamat mencoba~!


Simon 'Adam' Malik


p/s : Kepada En Adi, yakni Main House Puzzle Master, sila jgn jawab soalan nih sebab anda mmg tau jawapannya. hehe ^^

2 comments:

Inche gabbana said...

Logik.

Jawapannya camni.

Mula-mula masak 2 keping daging burger, kita namakan kepingan A dan B. Selepas 10 minit, keluarkan kepingan daging A dan masak pulak kepingan daging B sebelah satu lagi sambil memasak kepingan daging C.

Selepas minit ke-20, keluarkan daging B yg sudah masak 2-2 belah, masak bhg sebelah lagi daging C dan masak pulak bhg daging A yg tak masak tadi.

So by minit ke-30, ketiga-tiga daging sudah berjaya dimasak.

Amcm..? Bila mau belanja rojak dan cendol uniten..?? hihihi.. ;)

Simon 'Adam' Malik said...

uiikkkss???

inche gabbana yang selama ini menjadi silent reader, terus bersuara kerana nakkan cendol dan rojak free???

ahahha...!!

Ya, betol wahai inche gabbana! nnti anta kena datang area serdang.. takpun ana tapaukan on the day that i see u.

hee~