Friday, 24 June 2011

Beyond limitation

Assalamualaikum wbt


Post santai. Randomness untuk minggu ini dikala mengharungi liku-liku dan warna kehidupan.




Kes 1 :


Semasa saya nak upload gambar untuk post 'Agak-agak sampai bila Dia boleh bersabar', saya menghadapi masalah kedegilan blogger. Sampai post tuh terpaksa postponed selama beberapa jam. Sebab saya fikirkan, mungkin internet di kawasan makmal nih tengah slow. Bila pulang lewat malam tuh, saya pun korek punya korek apa masalah.. Rupanya dah sampai limit gambar.. padan lah..

So saya terpaksa la padam gambar-gambar yang saya kira boleh dipadam. Ye la, kalau salah padam, mau tak keluar gambar tuh lagi terutama untuk post-post dah lama. Nak padam je semua.. ada satu masalah lain plak..

Kan external saya dah Allah tarik keupayaan dia. Gambar-gambar kat sepanjang kat France tak dapat mempamerkan diri walaupun masih wujud dalam bentuk bytes. So gambar-gambar yang ada dalam blog nih je yang tinggal untuk bagi sikit-sikit memory sepanjang kat france...





Kes 2 :

Saya terkejut. Serius terkejut. Post bulan nih mencecah jumlah terbanyak sepanjang saya terlibat dalam arena persilatan blog. Paling akhir saya capai jumlah nih adalah pada tahun pertama saya berpindah ke blogger.

Ternyata maha busynya saya semasa di University dulu.. padahal ketuk batu je..

tapi ingat... 'Sempit' sentiasa mengintai-ngintai dikala kita rilek di waktu lapang..

Begitu juga kematian.

Kes 3 :


Dijangkitan oleh sejenis microb yang bernama Letihaqu ngantuc. Inche Gabbana pun ada menghadapi masalah yang sama katanya. Saya rasa saya kena weeekend lepas dan kemuncaknya adalah pada isnin malam. Malam tuh saya tak boleh tidur sebab macam ada benda yang mengganggu fikiran saya secara subconciously. Termenung saya sekejap atas katil. Lepas dah tau apa, saya hamburkan perasaan di atas Microsoft word. Hanya Allah je tau apa yang saya tulis.

Bagus juga terganggu sleeping pattern nih.. boleh bangun qiam... hehe.. Tapi part yang tak syoknya adalah first time melentokkan kepala atas meja lab minggu nih. Biasanya kalau saya letih sangat, saya tak sedar dah landing atas katil dan tertidur dengan lampu bilik terbuka. Terbangun sure macam terpinga-pinga' kenapa dah atas katil?'

Tapi bersyukur juga sebab belum kena patogen Penatogil maximus. Kena masa zaman saya masih lagi robot time spm. Tertidur dengan mata terbuka tapi tangan still bergerak menyalin nota. Bila sedar tak tau bahasa apa yang saya tulis...

Amat bahaya bila driving...








Kes 4 :

Suka paw roti pak usu

Si Sofia sudah kembali tersenyum dan ceria !! Sepanjang akak aku mengambil exam di UK sebab belajar secara jarak jauh, grumpy je memanjang budak kenit tuh. Bila maknya balik kelmarin, kemain lagi hepi dia. Budak kecik umur dua tahun pun tahu rindu dan bad mood tau. Tolong gak la Abang Ipar aku tuh. Ye la takkan dah merempat secara free, tak sensitip nak tolong dia..

Tapi kesian gak la. Esok dan ahad akak aku on call. Baru je sofia nak bergumbira dengan maknya, kan sofia kan?~




Kes 5 :


Bahana siri pecah otak. Semasa dalam perjalanan pulang bersama inche gabbana dan 2 yang lain, kami hampir sahaja hilang title keikhwahan kerana teka-teki yang melawakkan hati yang keluar secara bertubi-tubi. Saya la yang paling banyak terkena.. T_T

Semestinya bila menghadapi hari yang men'tension'kan urat tengkuk anda, bila jumpa dengan rakan-rakan dari bulatan riang mahupun konferens riang, ketensionan itu luntur bagai kotoran degil yang dikelorok dengan kelorok. hee.. suka~

' Terima Kaseh WotpoG!! ' : Inche gabbana dengan habuan Jom Pecah Otak Siri 2



Kes 6 :

Saya akan ke destinasi rahsia pada hari Sabtu pagi dan pulang semula ke Serdang pada ahad malam. Eh, bukan hal yang menyebabkan orang lain menyebut 'Mabruk Akhi!'. Tapi hal-hal yang tidak boleh disebut secara open disini.. ehehehe.. So kalau ada post baru esok, itu saya schedule ek? Saya takde berotband.

Moga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik, insyaAllah


wallahualam


Simon 'Adam' Malik

Saya nak musafir nih, ada sesapa nak pesan doa?

7 comments:

Puding Karamel said...

salam,out of randomness, nak tanya
ttg ilmu geology
gunung kinabalu tu gunung berapi tak aktif is it?kalau frequent small quake in sabah can induce dia jadi aktif ke?

Simon 'Adam' Malik said...

wasalam

sori reply lmbt sebab bermusafir.

honestly, saya tak tau pasal geology malaysia, tapi europah saya tau.. hehe..

selepas melakukan sedikit pembacaan, gunung kinabalu tuh bukannya gunug berapi sebab takde traces of it.

tak tau la kalau recent discoveries, mmbolehkan ia dikire sebagai gunung berapi tak aktif.

ok, katakan, kinabalu adalah g.berapi tak aktif. keaktifan sebuah gunung berapi tuh bergantung pada magma kat dalam tuh. biasanya gegaran yang dirasai sebelum letusan tuh actually daripada pergerakan magma dalam gunung berapi yang tak sabar-sabar nak keluar tuh.

so basically itu yang saya tau la.

terpanjang pulak..

wallahualam

Simon 'Adam' Malik said...

*tertinggal penjelasan detail*

kirenya nak cakap yang earthquake tidak activate gunung berapi. earthquake tuh adalah pergerakan drastik kerak bumi atau pergerakan, drastik magma.

dua-dua nih hasil daripada induksi haba daripada manteau bumi.^^


eh! terdetail pula, sori pada sesapa yang sudah bulau biji mata.. huhuhu... (peluh)

Puding Karamel said...

iya,sempat bulau bijik mata.but still understandable ^^
ttg kinabalu tak aktif tu dengar org ckp je,x tergoogle la plak utk carik kesohehan brite.sory.

siriyes ingatkan plat bumi yg bergerak2 leads to magma expulsin -_-"

jzkk atas info.

Simon 'Adam' Malik said...

wa iyyaki

err.. cari dalam buku sebenarnya. nak cari dalam google cam susah nak jumpa.


takper, nnti akan diceritakan dalam label 'dongak kepala' entah berapa lama lagi, insyaAllah

Puding Karamel said...

akhirnya...tergoogle jugak!
tp x tau reliable ke x
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_Pengguna:HAMMOJA
and got few yg macam less reliable

anyway, jzkk for entertaining this matter

i'll be anticipating ^^ bebila pon la

Simon 'Adam' Malik said...

macam tak reliable je.. sebab wiki.. hehe..

buku yang saya baca itu hari bertajuk Geological Evolution of SEA by Charles S.Hutchison, 1996 (2nd edititon), publish by Geological society of malaysia.

eh, dah macam line reference dah.

thx. tak ramai yang berminat dengan batu sebenarnya. ^^