Thursday, 23 June 2011

Agak-agak Bila Dia Boleh Hilang Sabar?

Assalamualaikum wbt

credit



Berapa ramai antara kita yang pernah tengok keadaan di atas?

Bagi peminat lot-of-de-reng, nih mesti gambaran tempat syaitan utama Mordor. Tapi korg percaya tak kalau saya cakap, gambar itu diambil di Chile?

So kalau keadaan diatas tuh secara realitinya wujud, kecut perut kah anda tatkala kalau anda melihat benda yang sama berlaku berdekatan dengan anda sekarang? Sure dah rasa langit nak runtuh and tak semena-mena peluh dingin pun membasahi dahi dan belakang tengkuk. Gerun dan berdebar adakah langit akan terbelah selepas ini..

Bumi yang kita duduk, sedut minyak, buang plastik, bagi karbon monoksida ini telah Allah telah tailor-made untuk sejenis makhluk bernama manusia.  Kalau dibentangkan pasal penciptaan bumi kat sini, mmg anda akan (bukan sahaja) muntah hijau, mabuk kepayang, sakit kepala bahkan demam kekura. Ringkasnya, bila kita keluar sahaja dari perut mak kita dan diazankan oleh bapa kita, kita tak menggeletik macam ikan luar kolam sebab panas sangat.. Or kulit kita terpaksa mengadaptasi sinaran UV yang terlebih sebab takde ozon.



Sebab apa? Kedudukan bumi dengan matahari adalah just nice untuk benda hidup termasuk manusia.. Lu ingat naseb je ke jarak kita dengan matahari 149 million km???



Saya terpanggil untuk menulis pasal hal-yang-kita-terlepas-pandang ; bumi selepas saya melihat gambar-gambar kat link belah kanan nama Boston Big Pictures. Web yang menghimpunkan gambar-gambar besar dan power mengikut tema dan topic. Dan semalam. Topik Cuaca eks-trim

Saya tak tau berapa lama anda wujud dimuka bumi. Tapi at least mesti anda setuju kalau cakap, Malaysia dah panas. Seettuuujjuuu...!!! Bagi yang duduk di Cameron Highland, Bukit Fraser, Kundasang.. mesti dah cakap kurang sejuk kat tempat-tempat tuh. Bagi yang duduk dipantai timur, mesti cakap tengkujuh dah tak menentu dan lagi teruk. Tak tak semena-mena juga kita berkenalan dengan Inche El Nino dan Puan La Nina. Tak tau amende tuh? Sila tanya inche google atau Dr Wiki.


Sampai point nih (kalau anda berjaya baca sampai sini).. sila ambil masa anda untuk click kat Boston Big Picture tuh untuk melihat gambar-gambar yang mengetuk jiwa kita yang kadang kala tertutup akibat dijangkitan kuman Egoisticus maximus.


Udah?



(Tarik nafas...)



Ok, perasan tak yang kejadian yang berlaku yang tahap teruk-teruk, beribu-beribu orang pulang pada Allah,  semuanya berlaku di negara bukan-malaysia?

Ok fine, ada satu gambar masa kes tanah runtuh tuh.. tapi belum sampai tahap menggegarkan jiwa-jiwa doktor akibat pesakit/mayat datang dengan banyaknya dan bertali arus dengan meraung-raung sakit, darah membuak / terpalit,  putus tangan, kembung perut bebiru, mata terkeluar, kepala takde..

Kita sepatutnya bersyukur Allah jadikan Malaysia nih tak bebetul bertenggek atas pusat gempa bumi, gunung berapi, laluan taufan, ribut salji dan sebagainya. Elok je, dengan iklim panas dan lembab sepanjang tahun (dengan kadang² jerebu sebulan dua)

Mungkin kita diuji dengan banjir. Ya banjir... Orang utara, pantai timur dan selatan merasa hampir tiap-tiap tahun. Pantai barat je belum kena lagi. Lu jangan rilek beb!

 Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu? (17:68)

Allah belum uji kita dengan bencana mega macam banjir di pakistan, tsunami acheh dan jepun, gempa di iran, ribut salji di eropah dan lain-lain lagi. Rasanya tak salah kalau nak kata yang warga malaysia nih macam dah naik lemak je. Kita duduk serba aman. Tragedi yang dikira paling teruk adalah tragedi Highland Towers. Selain dari itu..? Mungkin kadar pesakit diabetis, mati kemalangan..

Bukan kata naik lemak pasal banyak makan nasi lemak, tapi kita naik lemak dengan mengambil enteng soal akidah dan keimanan masyarakat. Kelab dibanyakkan, maksiat dimudahkan, yang halal disusahkan, yang betul kata salah, yang salah kata betul. Yang bersuara rasa dia je betul, yang duduk diam disolekkan tak betul. Betul?

Kalau kita rujuk dalam Manual of Life kita, banyak sahaja yang diceritakan nasib kaum-kaum terdahulu yang ingkar pada ajaran nabi mereka. Dan setiap satunya tuh, biasanya buat salah dalam satu dua perkara je..


tak percaya nabi nuh.. banjir..
sodomi.. terbalik bumi
tipu timbang.. angin/guntur kuat.


dan Allah bagi cash tau. Tak dengar cakap nabi, zap! Allah bagi sebijik dan ganti dengan kaum lain.

Kita yang hidup sebagai umat akhir zaman nih? Cecuba kita kekire berapa banyak dosa dan kesalahan kaum dulu ada dalam umat kita?



Allah Maha Sabar dengan kita kan?


tapi sampai bila?


Dan kita yang rasa 'selamat' sebab 'bukan-orang-biasa' nih sebenarnya terselamat jugak? Bukan ke kalau Allah bagi bala tuh, semua kena. Kan?



Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaRanKu? (67:16-17)



wallahualam


Simon 'Adam' Malik




p/s : Eh? tarik nafas je? tak hembus keluar balik?