Thursday, 30 June 2011

Reveal : Year 2

Assalamualaikum wbt


Year 2 bermula dengan rentapan pokok jahiliyah yang sangat besar yang akarnya sangat-sangat dalam.

Apa benda? ok ok.. Masa memula sampai di Malaysia, hati ini resah gelisah tidak menerima takdir dan jalan yang Allah dah berikan. Dalam sebulan tuh, mmg retaliates habis. Berhari-hari mencurah hati dengan bonda. Kesian bonda, bertambah risau dia.

Namun, di kala kelam kabut dan perasaan tak tenang itu, di hujung minda berkata, 'Rilek bro, kita tempuh je. Kata keras bro!'

So entah macam mana, hati ini pergi ke kedai buku mencari-cari buku yang sesuai. Takdirnya saya jumpa dengna buku Dr Daniel pasal Quran dari teropong saintifik (eh, betul ke tajuk nih?). Niat nak menang Nobel Prize (pergh!!) tuh masih ada lagi masa tuh. So macam nak teroka bidang geo dari kaca mata islam la. Well, islam versi kaca mata saya la, where solat-solat juga.. perangai lebih kurang... (dush)

Tanggal 17 ogos, a day before saya fly balik ke France, Allah rentap satu pokok yang sangat besar di hati ini. Terkejut besar sampai sebulan baru terasa pedihnya. Frust menonggeng weii !!

Again, Allah nak ready kan saya untuk something big. Saya mmg tak sedar sampai lah final year. So saya masa nih banyak berlaku kes tarik-tali, terumbang ambing, takde pendirian macam lalang yang melentok kiri dan kanan.



Kehidupan di Bandar Besançon dan student uni mmg lain. Masa nih, tahap language saya cuma dapat faham apa yang orang cakap. Time lecture saya masih tulis dalam bm or english. Kalau nak express or bebual panjang mmg tak reti. Saya pasti dan bersungguh-sungguh mengelak perbualan yang panjang dan meleret-leret. Maka saya bawa perwatakan pendiam dan laju je berjalan. (Sure korg tengah bantai gelak or muntah hijau sebab tak percaya). Kat France , mereka sangat bangga dengan bahasa mereka dan mereka tidak mahu berbahasa inggeris walaupun mereka mampu.


Buku Dr Danial tuh saya tak habis baca, maka saya bawa ke France. Benda-benda yang dia ulas, sikit sebanyak meniup serba sedikit ruh untuk saya bersabar dengan dugaan sebagai seorang muslim di negara orang. Buku ini juga menggerakkan hati saya untuk mengambil tahu maksud benda yang saya baca dalam al quran. Sebab masa tuh nak mencari-cari ayat-ayat mengenai kuasa Allah terhadap alam dan sains.

Dan semestinya saya rasa best giler-meletup-gempak-habis-tak-ingat, bila ayat yang saya baca tuh, tetiba muncul dalam dewan kuliah as teory or fakta. Tapi, i keep it to myself la tak bincang dengan prof or rakan-rakan lain sebab:
i) saya malas nak bercakap
ii) kesemua prof dan batch geo merupakan atheis dan darwinism

Maka muncullah perkataan 'wotpog' yang ditulis di atas sekeping A4 di sebalik pintu bilik saya di sana. Bila orang tanya, saya sekadar senyum dan cakap, self reminder.




Nak solat mmg susah. Either kitrg rushing balik rumah then naik bas balik gi kelas, or solat dalam kelas kosong. Solat jumaat jangan cerita. Kelas start pukul 130. Selalu jer burn. Bila cuti sekolah, baru rasa best solat jumaat.


Kenapa tak fight tukar timing? Ok.. Kitrg 3 orang dari Colmar adalah Malaysian pertama untuk masuk bandar Besançon sebelum lambakan bakal-bakal cikgu french di campus bandar. Kitrg 3 orang kat Main Campus. So kalau nak diikutkan cuma kitrg 3 orang je orang Malaysia kat Université de Franche Comte.


So semua perangai dan sikap kitrg menjadi perhatian la. Maka 3 orang nak lawan 1 batch orang perancis yang nak balik cepat on friday; mmg kitrg takde suara.


Bagi saya, takper.. Ni negara orang where islam adalah minority. Masa nih saya menghargai detik menjadi seorang muslim. Boleh je saya ambil pendiri peduli-hape-aku dan menanggalkan iman yang dibesarkan secara budaya ini.


Pernah sekali tuh, mmg dah nak cross the border. Pergi tengok fireworks kat London masa new years eve. Siap tanya mmber-mmber apa benda buat kat dalam club malam. Tergerak nak melangkah mmg ada. Astagfirullah. Masa tuh tinggal pintu je yang menjadi pemisah antara diri saya dan dunia serba hitam likat.


Berat sungguh masa tuh. Last-last saya batalkan niat saya. Lalu pada hari yang sama, saya membuka akaun blogger untuk menghamburkan segala perasaan kat situ. Kire buat private diari la. Masa tuh bukan wotpog belum lagi muncul as blog but as reminder sebelum keluar pintu bilik. Maka Wotpog berjaya menyelit menjadi salah satu label untuk blog tuh. (jeng jeng rahsia sudah terbongkar!)


Tarikan towards the light mmg ada gak, cuma rasa half-hearted. Towards darkness lagi banyak dan setiap hari. Cuma, sikap pendiam dan agak tidak bersosial sebab tak mau berbahasa agak menyelamatkan keadaan. Ajakan pergi club setiap kamis malam jumaat mahupun datang lepak umah member sentiasa ada. Tapi dah saya malas nak berbahasa french kan? So lantak pi la.


Lagipun dah biasa melakukan benda secara solo. Sejak sekolah menengah lagi. Dari keluar jenjalan sampai la bab makan. Takde member nak teman makan? Makan solo pun okeeyy ^^


Situasi tarik menarik berterusan sampai bulan akhir bulan 5. Masa tuh ruh semangat baru sudah ditiup. Cuma kefahaman dan hala tuju mungkin tak jelas. Sekadar mencuba area baru la katakan. Masa sekolah dulu mana ada bulatan gembira ke, baca quran ramai-ramai ke, zikir pagi petang ke.. So ini macam opportunity saya la nak merasa 'hidup jadi super baik' bak kata orang. Tapi dah niat dah, bila terasa macam lain macam or, takde hala tuju, terganggu kehidupan normal or dah buhsan angkat kaki cabut je la kan masa tuh.


Maka, apa yang mencantikkan lagi perubahan diri ini dan bagaimana pula saya mengdaptasinya dengan di kalangan masayarakat?

Next episode la pulak...



Simon 'Adam' Malik

Wednesday, 29 June 2011

Reveal : Year 1

Assalamualaikum wbt


Bila tengok junior-junior yang fly tempoh hari, saya mula la berawangan flash-back pengalaman 4 tahun kat sana.. Bila saya selak-selak blog saya nih. tak banyak yang benar-benar reveal kehidupan saya kat sana. tambahan pulak masa saya year 1 france, saya belum bersilat dalam blogger nih. Masa tuh pakai friendster punya blog.


So siri kali ini, saya nak dedahkan event-event penting di mana haq bertemu batil... erm.. rasa cam ganas. ok, collision course between faith, science and religion. Baru cool sikit bunyi nyer.







Year 1


Batch kami seramai 9 orang dengan penuh gayanya ditempatkan di sanctuary gereja selama 3 bulan. Terkujat tak anda? Rileks2.. ginih.. patutnya kitrg dapat terus rumah, tapi entah camne, mungkin masa tuh admin kat france tak biasa dengan student Malaysia, kitrg terpaksa menumpang kat asrama gereja kat bandar Colmar ( remark : Bukan colmar bukit tinggi ek?)


Tak terkejut sangat masa tuh sebab diri ini pun sekolah kat Missionary school sampai spm. So agak biasa la dengan suasana-suasana yang ada seperti salib di sana sini dan sebagainya.


Cuma agak tak best la, every sunday, bunyi loceng kang kung kang kung, duk bunyi je sampai tengahari. Oh, Mass diorg ramai orang tua je yang datang. Kitrg fikir normal sebab kat Colmar nih pun banyak orang tua je. Orang tua versi sihat ye? Umur 80 still power naik bas sensorg. Masa nih belum lihat benda dengan mata hati...


Father gereja nih, begitu baik layan kitrg. Bawa jenjalan tengok parade la. Naik bukit la... Bagi buah la. Kira macam sesi menyentuh hati la nih. Ye la. Macam kat sekolah dulu, Catholic club mmg nampak aktif giler. Projek tuh, projek nih. Kebajikan tuh kebajikan nih. Siap ada guitar dibawa ke hulu ke hilir. Mana la jiwa rumaja nih tak berminat. Persatuan Agama Islam? No futher komen.


Pernah satu kali tuh, dia buat majlis apa ntah. Diorg jemput kitrg turun makan. Ada ayam panggang dan dia claim halal. Kitrg macam, err... ragu-ragu disitu. So tak makan kitrg. hehehe...  Masa nih diorg takde la nak cakap-cakap pasal religion diorg or nak buat perbualan manja between religion. French masih tahap tadika lagi. Bazir air liur diorg je diorg hujah pepanjang kat kitrg yang muka blurr tak paham.


Tapi ada satu benda yang sedikit sebanyak saya terfikir. Awat Father nih tak ruper macam Father ek? Pakai seluar 3/4, lari-lari kejar anak, buat lawak... boleh pula seluar terlondeh sekali tuh... Saya budget dalam movie tuh, yang tahap menjaga title ke'Father'an nya itu. So mulalah sesi perbandingan dengan situasi di malaysia yang agama rasminya Islam.. Cam biasa lah perbualan kedai kopi tergantung tiada konklusi kukuh.


Throughout the years kat Colmar, iman ini diuji dengan peluru-peluru dugaan. Tidak kurang juga dengan hirisan halus jahiliyah. Kelas kitrg masih lagi dikalangan orang Malaysia je. So bila 'Rehat 20 min' tuh, kitrg akan biasanya solat beralaskan kertas mahjong pakai buang



Ha.. masa ambil wuduk, tak boleh generosly bukak air macam kat malaysia, sebab tandas diorg takde lubang kat lantai. Masa nih la, kitrg belajar, basuh kaki dalam sinki. Ye la kan.. masa tuh, mana tau ada rukhsah khuf.. Pernah kitrg kena tegur, sebab menjadikan bilik air berair. Hahaha.. budaya orang..


Masa tahun preparation language nih la, agent agent taghut (melampau giler) , prof language kitrg suruh kitrg asimilasi dengan budaya orang perancis. Perlu salam dengan semua orang tak kisah jantina. Kalau dah kawan, perlu laga pipi pompuan bila menegur.


Saya masa tuh , bab salam boleh terima lagi. Masih lagi menyarung cloak-of-darkness. Tapi bab laga pipi tuh saya tak selesa. Dah dibesarkan sekolah semua lelaki kot. So saya ambil pendekatan conservertif dengan datang kelas lambat, kurang bercakap dan berperibadi yang boleh orang kata agak shombong. Bukan apa, kang pindah jerawat yang tengah banyak nih, baru tau. wahahaha.


Yang bebetul kitrg lelaki rasa terganggu adalah solat jumaat. Kelas mula balik pukul 230, yang biasanya angkat takbir dalam pukul 2. Jarak masjid Colmar dengan tempat belajar agak jauh. Kitrg yang begitu sengkek tak beli basikal nih, biasanya akan ambil saf paling belakang. Lepas je bagi salam, meluru kitrg keluar untuk kejar bas dalam pukul 210 gituh. Kalau terlepas, kena bekejaran ke bas stesen lain pulak untuk bas 215. Aduss.. seksa benar time tuh.

Skill baru : Kejar bas (credit)




Pengalaman setahun ini (pada masa tuh), saya anggap satu seksaan jiwa dan dugaan paling tak cool dalam hidup saya. Saya tak minta gi france pun! Awat aku ke sini jugak? Balik summer lepas abis preparation year, balik dengan wajah penuh depress dan tak puas hati. Susah hati bonda saya tengok saya masa tuh.


Well, sebagaimana yang saya kata tadi. Saya masa nih masih lagi diulit jubah kegelapan dan susah untuk melihat perkara dengan mata hati.  Allah sebaik-baik perancang. Dia mmpunyai rancangan tersendiri untuk saya.

So apa yang berlaku pada tahun 2 sehingga berlakunya anjakan paradigma? Next time..





Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 28 June 2011

Yesterday

Assalamualaikum wbt






Yesterday

Speechless
Seeing those tears
Yet some still smiling
Praying
Hoping

They took their fated step
Toward a fateful adventure
Let the heart open to the map
Guide of the truth for sure

Yesterday was a reminder
Emotions of those years
Fated path years i wonder
Changing fear to truthful cheer

My fated step had long ended
Its their time to fly
Here, begins a chapter of mine
There, just let their turn to shine




Puitis yang serba tak power tuh, adalah dedikasi kepada junior² baru yang baru sahaja fly malam semalam.
Satu benda yang aku rasa Allah nak tunjukkan aku satu benda adalah.. diorg fly exactly the same date yang saya fly tahun 2006.

Saya tak fikir pun nak pi negara keju tuh. Dah la jenis susah nak belajar language baru. Depress je. Tapi, Allah sebaik-baik perancang, Dia tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya dan Dia sentiasa berikan yang terbaik untuk kita sebab Dia sahaja yang benar-benar mengenali kita luar dan dalam.

Serius. Kalau bukan Allah gerakkan hati ini untuk terbang juga, banyak benda yang serba mantop, cool, awesome tidak akan saya pelajari dengan mata hati.


Thank you Allah..


Simon 'Adam' Malik

p/s : Batch ke france masih lagi mengekalkan dominasi kromosom y,

Monday, 27 June 2011

Wedding Kami

Assalamualaikum wbt


seperti tertera lagi bersuloh cap Everedi, anda semua dijemput untuk click kat link yang saya dah super besau kan






mohon doa korg, pesanan dan nasihat korg semua untuk memudahkan proses dan menambahkan lagi keberkatan majlis, insyaAllah.




Simon 'Adam' Malik






.
.
.
.










Kenapa anda scroll sampai bawah sebelum click link tuh? Ingat saya bergurau ke apa?



.
.
.
.





hehe.. sedap juga bergurau ala-ala inche gabbana nih. Bukan apa saya saje nak share invitation card kawen kenalan rapat saya yang saya rasa sangat²²²²² chomel!


'An interactive, geeky, eco-friendly wedding invitation'


Dah kedua-duanya dari bidang IT... hahaha..

Kenapa saya sampai buat entry diorgnyer wedding padahal ada je sahabat yang kawen ahad lepas saya tak tulis? Sebab .. ada penglibatan saya dalam proses dan juga cerita yang menarik disebaliknya yang boleh menyebabkan inche gabbana yang macho-hati-keras tuh boleh menanges teresak-esak sampai menutup muka, berlari-lari bersama angin dingin dan daun kering berterbangan. (giler exagerate)

Cerita mengenai Odin @ Hasan Abu Bakar, insyaAllah saya akan kongsi selepas weekend nih, insyaAllah. Sbb gambar saya dengan dia masa darjah 4 ada kat umah. hehehe..

So minta korg para penyinggah wotog untuk mendoakan pelamin-to-be nih kesejahteraan, keberkatan, masing-masing menjadi individu muslim yang baik dan melahirkan generasi yang soleh dan solehah.


Amin..


Simon 'Adam' Malik


p/s : bukan ke berdoa untuk orang yang kita tak kenal dan orang tuh tak tau adalah satu perbuatan yang super cool?

Saturday, 25 June 2011

Anda empunya 1 jam 33 minit?

Assalamualaikum wbt


Tengok tajuk sket... macam duration movie je...

Well, nak dipendekkan cerita dan penjimatan masa dari bebelan panjang lebar,

ye mmg satu movie.

Movie yang keluar tahun 2009, yang ditayangkan secara percuma untuk semua orang, serentak dalam TV, wayang, internet dan sebagainya.

Sayang.. orang Malaysia mesti tak tau pasal movie percuma nih...Satu benda yang contrary dengan sifat orang kita yang pantang dengan perkataan percuma.


Movie ini adalah 100 peratus fakta dan takde CGI.


Pelakon untuk watak jahat dalam cerita ini adalah manusia, dan hero juga adalah manusia.


Nih teaser.. Sori sebab bukan HD. Senyapkan playlist saya kat sebelah tuh, dan tengok teaser

Link untuk tengok kat youtube untuk keseluruhan movie, ada kat bawah sekali. (HD tau, jangan memain)







Kat bawah nih adalah link untuk tengok full movie kat youtube, bertajuk HOME.

http://youtu.be/jqxENMKaeCU

Kalau tak boleh, carik kat youtube, homeproject atau Home Yann Arthus Betrand.

So click dekat link, sabar sikit sampai bar tuhpenuh.. sambil² tuh bacalah quran ke... masak nasi ke.. hafal hadis ke.. Bila dah penuh, siapkan secawan kopi, pop corn, cikedis serta biskut kering dan ambil posisi paling selesa untuk layan movie sebagai mana anda layan movie.


Sila tonton dengan mata hati. Full-Stop




 Simon 'Adam' Malik

bebila senang saya akan kongsi pengajaran dari movie nih insyaAllah

Friday, 24 June 2011

Beyond limitation

Assalamualaikum wbt


Post santai. Randomness untuk minggu ini dikala mengharungi liku-liku dan warna kehidupan.




Kes 1 :


Semasa saya nak upload gambar untuk post 'Agak-agak sampai bila Dia boleh bersabar', saya menghadapi masalah kedegilan blogger. Sampai post tuh terpaksa postponed selama beberapa jam. Sebab saya fikirkan, mungkin internet di kawasan makmal nih tengah slow. Bila pulang lewat malam tuh, saya pun korek punya korek apa masalah.. Rupanya dah sampai limit gambar.. padan lah..

So saya terpaksa la padam gambar-gambar yang saya kira boleh dipadam. Ye la, kalau salah padam, mau tak keluar gambar tuh lagi terutama untuk post-post dah lama. Nak padam je semua.. ada satu masalah lain plak..

Kan external saya dah Allah tarik keupayaan dia. Gambar-gambar kat sepanjang kat France tak dapat mempamerkan diri walaupun masih wujud dalam bentuk bytes. So gambar-gambar yang ada dalam blog nih je yang tinggal untuk bagi sikit-sikit memory sepanjang kat france...





Kes 2 :

Saya terkejut. Serius terkejut. Post bulan nih mencecah jumlah terbanyak sepanjang saya terlibat dalam arena persilatan blog. Paling akhir saya capai jumlah nih adalah pada tahun pertama saya berpindah ke blogger.

Ternyata maha busynya saya semasa di University dulu.. padahal ketuk batu je..

tapi ingat... 'Sempit' sentiasa mengintai-ngintai dikala kita rilek di waktu lapang..

Begitu juga kematian.

Kes 3 :


Dijangkitan oleh sejenis microb yang bernama Letihaqu ngantuc. Inche Gabbana pun ada menghadapi masalah yang sama katanya. Saya rasa saya kena weeekend lepas dan kemuncaknya adalah pada isnin malam. Malam tuh saya tak boleh tidur sebab macam ada benda yang mengganggu fikiran saya secara subconciously. Termenung saya sekejap atas katil. Lepas dah tau apa, saya hamburkan perasaan di atas Microsoft word. Hanya Allah je tau apa yang saya tulis.

Bagus juga terganggu sleeping pattern nih.. boleh bangun qiam... hehe.. Tapi part yang tak syoknya adalah first time melentokkan kepala atas meja lab minggu nih. Biasanya kalau saya letih sangat, saya tak sedar dah landing atas katil dan tertidur dengan lampu bilik terbuka. Terbangun sure macam terpinga-pinga' kenapa dah atas katil?'

Tapi bersyukur juga sebab belum kena patogen Penatogil maximus. Kena masa zaman saya masih lagi robot time spm. Tertidur dengan mata terbuka tapi tangan still bergerak menyalin nota. Bila sedar tak tau bahasa apa yang saya tulis...

Amat bahaya bila driving...








Kes 4 :

Suka paw roti pak usu

Si Sofia sudah kembali tersenyum dan ceria !! Sepanjang akak aku mengambil exam di UK sebab belajar secara jarak jauh, grumpy je memanjang budak kenit tuh. Bila maknya balik kelmarin, kemain lagi hepi dia. Budak kecik umur dua tahun pun tahu rindu dan bad mood tau. Tolong gak la Abang Ipar aku tuh. Ye la takkan dah merempat secara free, tak sensitip nak tolong dia..

Tapi kesian gak la. Esok dan ahad akak aku on call. Baru je sofia nak bergumbira dengan maknya, kan sofia kan?~




Kes 5 :


Bahana siri pecah otak. Semasa dalam perjalanan pulang bersama inche gabbana dan 2 yang lain, kami hampir sahaja hilang title keikhwahan kerana teka-teki yang melawakkan hati yang keluar secara bertubi-tubi. Saya la yang paling banyak terkena.. T_T

Semestinya bila menghadapi hari yang men'tension'kan urat tengkuk anda, bila jumpa dengan rakan-rakan dari bulatan riang mahupun konferens riang, ketensionan itu luntur bagai kotoran degil yang dikelorok dengan kelorok. hee.. suka~

' Terima Kaseh WotpoG!! ' : Inche gabbana dengan habuan Jom Pecah Otak Siri 2



Kes 6 :

Saya akan ke destinasi rahsia pada hari Sabtu pagi dan pulang semula ke Serdang pada ahad malam. Eh, bukan hal yang menyebabkan orang lain menyebut 'Mabruk Akhi!'. Tapi hal-hal yang tidak boleh disebut secara open disini.. ehehehe.. So kalau ada post baru esok, itu saya schedule ek? Saya takde berotband.

Moga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik, insyaAllah


wallahualam


Simon 'Adam' Malik

Saya nak musafir nih, ada sesapa nak pesan doa?

Thursday, 23 June 2011

The Bishop

Assalamualaikum wbt

credit


Sudah lama saya tidak menulis untuk label ini. Lebih 3 tahun dah rasanya. Masa tuh saya tetiba berhenti menulis atas kekangan waktu dan terlalu banyak assignments, tugas serta jawab yang perlu ditanggung.

Plus, huraian mengenai unit ini telah lama dalam brain head (baca : kepala otak). Cuma huraian dan pengajaran mengenainya, saya rasa saya belum layak untuk beri pada korg semua. Maka terbantut dan terperam la label ini sehingga ke hari ini...



Bishop, adalah lambang tukang jaga bab keagamaan dalam sistem pemerintahan zaman-zaman pakai pedang dan perisai besi.  Secara tak langsung dia macam penasihat, pengiring dan juga barua terdekat raja.

Dibayangi oleh keadaan tersebut, dalam game catur, setiap pemain diberi sebanyak 2 biji Bishop. Satu di sebelah unit King dan satu lagi disebelah unit Queen. Pergerakan unit ini adalah secara diagonal. Maka secara tak langsung, Bishop yang duduk di atas petak hitam, hanya boleh bergerak dalam petak hitam sahaja sepanjang hayatnya dalam permainan. Begitu juga sebaliknya untuk Bishop di atas petak putih.






Secara logiknya, 1 Bishop hanya sentuh 32 petak daripada 64 petak chess.  Sebagai contoh , Bishop di petak putih hanya cover 32 petak putih je (Kenapa? Dah ada 32 petak putih je atas papan chess..)

Tsabat betul dia di atas jalan hidupnya..

Bishop juga sama sifatnya seperti unit-unit yang lain (kecuali Knight), yakni dia tidak boleh melangkau unit lain mahupun menabrak sesuka hati rakan-rakannya di atas medan tempur. Secara amnya, jika struktur permainan pemain menghalang laluan Bishop, maka dia tidak dapat menyerlah dengan baik semasa permainan. Akhirnya dia rasa kesepian, disisih lalu jatuh futur flat berdepek di atas medan. Kesian..






 Namun bagi si Bishop, dia tidak boleh assume awal-awal yang pemain tidak pandai menyusun strategi. Kemungkinan dia disusun untuk second line of attack, atau main pillar of defense. Waima pun (pergh, tak sangka boleh muncul kosa kata nih!), semangat yang tidak luntur, berterusan dan percaya akan sang pemain adalah wajibul. Kalau tak mmg, dia sendiri yang menyisihkan diri. Bukan sebab pemain ^^




Nilai Bishop adalah sebanyak 3 point sahaja; sama dengan Knight. Dia lebih sesuai dan afdal digunakan untuk permanian secara open game.

Ok, Open game ini adalah jenis permainan yang tidak mempunyai struktur catur yang padat dan fokus di bahagian tengah-tengah board. Orang yang biasa menggunakan pendekatan direct confrontation,tak suka pening-pening tahap spacecop gaban, suka cara permainan sebegini.

Close game pula adalah jenis permainan yang sebaliknya, dimana unit Knight mempunyai advantage. Permainan jenis ini adalah satu cara / keadaan pemainan yang memecahkan saraf-sarf otak kerana masing-masing licik untuk predict langkah dan perasaan pemain lawan. So kalau tak fokus, sungguh-sungguh, memang akan sure kalah sebab ditipu dan disebat cukup-cukup. (Tak begitu En Adi?)



Personally, saya dibesarkan secara close game. Bila open game nih, ada rasa kaget sikit walaupun secara realitinya saya suka orang direct dengan saya. ngehehehe..

Orang yang bercadang untuk bermain dengan cara open game, dia perlu sayang lebih kedua-dua Bishopnya walaupun point dia tadi tak setinggi mana. Macam tangan la, mana boleh tepuk pakai sebelah tangan? (kalau anda boleh, sila buktikan dan saya akan belanja Resipi Rahsia). Kerana apa? Kerana dengan 2 Bishop, pemain lebih menguasai permainan.



Kiranya, dengan pairing Bishop (seperti gambar diatas), pemain dapat mengcover lebih banyak area berbanding dengan hanya 1 Bishop, which is an added advantage for long range defense and offense. Bak kata omputih, 2 heads better than 1.

So kalau dengan hanya 1 bishop sahja, walaupun (dan hanya mungkin), dia boleh berjuang habis-habisan , tetapi dia sebenarnya tak banyak memberi sigfinificant yang besar kerana ketiadaan partnernya yang satu lagi.
Bishop di petak putih, takkan faham kehidupan Bishop di petak hitam dan begitu juga sebaliknya. Kehidupan diorang atas medan hanya berselisih tapi tak pernah bertembung bersua muka. Tapi lihat sahaja kepoweran diorg dua, apabila hand in hand berjuang di medan tempur.

So takkan la kita nak biarkan diri kita bishop keseorangan tanpa partner. Walaupun dia ada rakan lain seperti Castle, Pawn tapi korg rasa hidup kita dia terisi sepenuhnya ke tak?



One Bishop just one, Pairing Bishop just awesome



wallahualam



Simon 'Adam' Malik


(rasanya ramai kot yang tersengih sebab faham apa yang saya nak sampaikan secara subliminal.. hehehe.. ye saya tau saya belum layak kupas sebenarnya..)

Photo : Final Ride to Singapore


It was my second time to Singapore, but the first time using the rail service.
The Tanjong Pagar Station were going to be terminated.
So I decided to take the final-weekend ride there.
No suprise, a lot of photographer.
I took the freedom to stand at the door duirng the ride from Johore Bharu

Location : Singapore

End of June 2011

Agak-agak Bila Dia Boleh Hilang Sabar?

Assalamualaikum wbt

credit



Berapa ramai antara kita yang pernah tengok keadaan di atas?

Bagi peminat lot-of-de-reng, nih mesti gambaran tempat syaitan utama Mordor. Tapi korg percaya tak kalau saya cakap, gambar itu diambil di Chile?

So kalau keadaan diatas tuh secara realitinya wujud, kecut perut kah anda tatkala kalau anda melihat benda yang sama berlaku berdekatan dengan anda sekarang? Sure dah rasa langit nak runtuh and tak semena-mena peluh dingin pun membasahi dahi dan belakang tengkuk. Gerun dan berdebar adakah langit akan terbelah selepas ini..

Bumi yang kita duduk, sedut minyak, buang plastik, bagi karbon monoksida ini telah Allah telah tailor-made untuk sejenis makhluk bernama manusia.  Kalau dibentangkan pasal penciptaan bumi kat sini, mmg anda akan (bukan sahaja) muntah hijau, mabuk kepayang, sakit kepala bahkan demam kekura. Ringkasnya, bila kita keluar sahaja dari perut mak kita dan diazankan oleh bapa kita, kita tak menggeletik macam ikan luar kolam sebab panas sangat.. Or kulit kita terpaksa mengadaptasi sinaran UV yang terlebih sebab takde ozon.



Sebab apa? Kedudukan bumi dengan matahari adalah just nice untuk benda hidup termasuk manusia.. Lu ingat naseb je ke jarak kita dengan matahari 149 million km???



Saya terpanggil untuk menulis pasal hal-yang-kita-terlepas-pandang ; bumi selepas saya melihat gambar-gambar kat link belah kanan nama Boston Big Pictures. Web yang menghimpunkan gambar-gambar besar dan power mengikut tema dan topic. Dan semalam. Topik Cuaca eks-trim

Saya tak tau berapa lama anda wujud dimuka bumi. Tapi at least mesti anda setuju kalau cakap, Malaysia dah panas. Seettuuujjuuu...!!! Bagi yang duduk di Cameron Highland, Bukit Fraser, Kundasang.. mesti dah cakap kurang sejuk kat tempat-tempat tuh. Bagi yang duduk dipantai timur, mesti cakap tengkujuh dah tak menentu dan lagi teruk. Tak tak semena-mena juga kita berkenalan dengan Inche El Nino dan Puan La Nina. Tak tau amende tuh? Sila tanya inche google atau Dr Wiki.


Sampai point nih (kalau anda berjaya baca sampai sini).. sila ambil masa anda untuk click kat Boston Big Picture tuh untuk melihat gambar-gambar yang mengetuk jiwa kita yang kadang kala tertutup akibat dijangkitan kuman Egoisticus maximus.


Udah?



(Tarik nafas...)



Ok, perasan tak yang kejadian yang berlaku yang tahap teruk-teruk, beribu-beribu orang pulang pada Allah,  semuanya berlaku di negara bukan-malaysia?

Ok fine, ada satu gambar masa kes tanah runtuh tuh.. tapi belum sampai tahap menggegarkan jiwa-jiwa doktor akibat pesakit/mayat datang dengan banyaknya dan bertali arus dengan meraung-raung sakit, darah membuak / terpalit,  putus tangan, kembung perut bebiru, mata terkeluar, kepala takde..

Kita sepatutnya bersyukur Allah jadikan Malaysia nih tak bebetul bertenggek atas pusat gempa bumi, gunung berapi, laluan taufan, ribut salji dan sebagainya. Elok je, dengan iklim panas dan lembab sepanjang tahun (dengan kadang² jerebu sebulan dua)

Mungkin kita diuji dengan banjir. Ya banjir... Orang utara, pantai timur dan selatan merasa hampir tiap-tiap tahun. Pantai barat je belum kena lagi. Lu jangan rilek beb!

 Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu? (17:68)

Allah belum uji kita dengan bencana mega macam banjir di pakistan, tsunami acheh dan jepun, gempa di iran, ribut salji di eropah dan lain-lain lagi. Rasanya tak salah kalau nak kata yang warga malaysia nih macam dah naik lemak je. Kita duduk serba aman. Tragedi yang dikira paling teruk adalah tragedi Highland Towers. Selain dari itu..? Mungkin kadar pesakit diabetis, mati kemalangan..

Bukan kata naik lemak pasal banyak makan nasi lemak, tapi kita naik lemak dengan mengambil enteng soal akidah dan keimanan masyarakat. Kelab dibanyakkan, maksiat dimudahkan, yang halal disusahkan, yang betul kata salah, yang salah kata betul. Yang bersuara rasa dia je betul, yang duduk diam disolekkan tak betul. Betul?

Kalau kita rujuk dalam Manual of Life kita, banyak sahaja yang diceritakan nasib kaum-kaum terdahulu yang ingkar pada ajaran nabi mereka. Dan setiap satunya tuh, biasanya buat salah dalam satu dua perkara je..


tak percaya nabi nuh.. banjir..
sodomi.. terbalik bumi
tipu timbang.. angin/guntur kuat.


dan Allah bagi cash tau. Tak dengar cakap nabi, zap! Allah bagi sebijik dan ganti dengan kaum lain.

Kita yang hidup sebagai umat akhir zaman nih? Cecuba kita kekire berapa banyak dosa dan kesalahan kaum dulu ada dalam umat kita?



Allah Maha Sabar dengan kita kan?


tapi sampai bila?


Dan kita yang rasa 'selamat' sebab 'bukan-orang-biasa' nih sebenarnya terselamat jugak? Bukan ke kalau Allah bagi bala tuh, semua kena. Kan?



Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaRanKu? (67:16-17)



wallahualam


Simon 'Adam' Malik




p/s : Eh? tarik nafas je? tak hembus keluar balik?

Monday, 20 June 2011

Jasamu dikenang

Assalamualaikum wbt




Kisahnya bermula pada tahun abg saya masih lagi di alam sekolah menengah. Saya nih pulak adik manja abang. Mengendeng je mana dia pergi. Satu malam saya ngendeng follow abang saya pergi keluar jalan-jalan dengan senior abang saya di La Salle dulu. Maka kenal la saya dengan super-senior saya yang beza dengan saya 9 tahun, Abg Jenal

Tapi masa tuh macam tak ambil kisah la sangat pasal keterikatan hati. Yang penting perutku kenyang dan dapat keluar jalan-jalan (dan juga dapat lari dari buat extra kerja sekolah kat rumah.. hehehe) Kecik lagi kan masa tuh.. Then it came to one peculiar case.. tahun 2006 :

Pada hari Abg Jenal melangsungkan perkahwinan, dia talipon saya yang masa tuh menjadi Tok Siak yang setia menjaga rumah sensorang sebab parents gi Haji.

'Ko buat apa arini? Boleh tolong Abg Jenal tak?'

'Tolong apa?'

'Jadi pengapit abg Jenal. Nnti Abg Jenal datang rumah jemput. kenduri tengahari nih'

'????'

Macam orang kata, selebihnya adalah sejarah. Orang ingat saya adik Abg Jenal dan saya available untuk jadi sasaran kedua/ketiga.. Walhal saya benar-benar menjadi orang luar masa tuh, satu ruh manusia pun tak kenal dalam majlis tuh kecuali yang tukang kahwen yang saya duk kipas-kipas time bersanding..!


Itu cerita lama. Sekarang Abg Jenal sudah beranak dua. Dan dia sekeluarga kerap kali menjemput saya untuk turun JB bebila senang. Kira mmg dah macam family dah, walaupun saya tak jadi adik ipar dia pun. Menyelamatkan keadaan punya hal. Sampai ke hari ini, saya sekeluarga masih lagi have a good term dengan family Abg Jenal. Dan semalam, dengan izin tuhan, kitrg bertiga bersua muka sekali lagi di kenduri kawen adik abg Jenal

Orang dah kata muka kitrg dah macam adik beradik dah



Nak cakap kat sini yang, apabila kita tolong orang a favor, atau selesaikan masalah orang (walaupun kita rasa macam heleh-remeh-temeh), kadang-kala ia meninggalkan kesan mendalam dalam hati seseorang selain dapat menjalin hubungan silatrurahim dengan orang yang kita kurang kenali sebelum ini. Ye la, macam case saya, mestilah segan tuh ada kan? kena berdiri tepi pengantin, orang pandang dan sebagainya. Tapi kalau fikir balik.. lantak pi la apa hang nak pikiaq, at least dapat makan free..

Bukan nak kata, kita mengharap nasi free, tempat tinggal free atau apa-apa giveaway yang free dari orang yang kita tolong tuh.. Bah kan sebenarnya Allah bayar balik budi kita tuh berkali ganda harga asal termasuk bunga-bunganya sekali!

Drp Abu Hurairah r.a. b'kata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Siapa yg memudahkan satu kesusahan dunia seorang Muslim, Allah akan memudahkan satu kesusahan pd hari kiamat. Dan brg siapa yg membantu seseorg dlm kesulitan, Allah akan mempermudahkan org itu di dunia dan di akhirat."


Di kala kita hidup dalam masyarakat yang mementingkan diri dan berdaya-angkuh, nilai murni untuk tolong orang dah jadi nilai bertahap extetika dan antik. Orang appreciate tapi nak milik segan. Kerap kali kita dengan suara-suara dan bisikan pendengki yang direjam ;




'Hidup zaman sekarang nih, jangan baik sangat. Kalau tak dipijak orang, ditipu orang!'


La... tak salah kot nak angkat punggung bagi makcik yang bongkok 3 siap bawak cucu untuk duduk dalam LRT... Paling tidak pun kemas sikit pinggan lepas makan, kutip sesikit makanan atas meja lepas tuh letak tray..Tak pun, tahan pintu utk bagi orang belakang tak susah² nak tolak pintu yang sedia berat..


Poyos budget bagos nak mampos?



Kalau gituh, kita yg mmg sedia keluar dari perut mak kita bercap islam nih kalah habis-habisan dengan orang europah yang rata-rata tak percaya tuhan pun. Mana nak letak muka weeii??


Ada satu hadis nih yang begitu popular sekali bila nak masuk Ramadhan saya nak kongsi,

Dari Abu Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (saw) : Tiap-tiap anggota dari manusia tertanggung atasnya bersedekah pada tiap-tiap hari yang terbit matahari. Engkau berlaku adil antara dua orang adalah sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki untuk menaiki kenderaannya atau menolong mengangkat barang-barangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik adalah sedekah, dan tiap-tiap langkah engkau pergi sembahyang adalah sedekah, dan engkau membuang bahaya dari jalan juga sedekah.
(Hadis Riwayat Muslim)

Kalau korang perasan, ruh hadis nih adalah tolong manusia lain. Diawalnya 'saiznya' tolong agak significant, tapi  diakhir itu, 'buang bahaya dari jalan'... benda kecik yang selalu kita terlepas pandang.

Kalau semua diantara kita macam nih kan best? Kurang sikit orang penting diri kat dunia nih..


credit


Bila digandingkan dengan hadis pertama yang saya kongsi tadi, sebenarnya Allah dah bagi cukup 'chan' untuk kita sehari-hari untuk kumpul pahala untuk masuk syurga. Siap ada bonus tau! Bonus perhubungan antara manusia yang dapat dijalin dengan baik. So, bonus nih, jadi berbonus-bonus lagi la kan?



Jom jadi orang-suka-tolong-orang-tanpa-dipinta!



wallahualam

p/s : untung jadi cikgu yang tolong didik anak bangsa.. takpun doktor yang tolong ubat sakit orang..

Simon 'Adam' Malik

Saturday, 18 June 2011

Kehadapan Tuanku Ayahanda..

Assalamualaikum wbt

Tuanku Ayahanda atau lebih mesra dipanggil 'apak' dikalangan kami, empunya kisah tersendiri dengan diri saya.

Dulu masa saya kecik², around tengahari apak pasti akan balik makan tengahari setelah di waktu paginya dia mencabut gigi orang di hospital gomen berdekatan. Lepas makan, sure nampak dia tidur.. So sekali tuh, masa tadika, perlu tulis 'About my dad'. Saya dengan penuh rileks dan bersahaja menulis, 'Hobi bapa saya adalah tidur'.. wahaha~ Dah besar baru tahu kenapa apak mengambil waktu untuk melelapkan mata time tengahari.

Masa kecik², selalu juga menendang bola dengan apak, walaupun apak bukan lah kipas-susah-mati sukan nih. Masa kecik² main ikut flow je bola nih.. Asyik kena jadi keeper je.; malas dah.. Bila dah berkecimpung dengan arena bola-bakul (basketball), pernah juga la duel dengan apak. hee.. Sekali je, lepas tuh dah tak nak dah..hee..

Selain duel benda fizikal, selalu juga duel mental dengan apak. Dari kecik sampai la nak terbang ke France, seminggu at least sekali mesti berentap Chess dengan apak. Tak suka lawan dengan dia, sebab kalau kalah mesti kena gelak evil dengan apak.. Benci dan sadis sungguh.. Tapi nak buat camne, sebelum merampas tahkta Taiko Chess dari En Adi, kena la lawan naib juaranya dulu..

Apak mendidik kitrg.. Word yang mudah.. Keras. No no! Bukan fizikal, tapi psyko dan pressure. Kire macam stail singa campak anak dier kat tebing jurang, dan suruh naik tapi hanya guna kuasa mental. ahaha!! Tapi satu benda yang saya rasa saya sangat terhutang budi dengan apak adalah, cara dia mendidik kami camne nak jadi ekonomi handalan sejak dari kecil lagi...

Actually, apak adalah sorg yang memiliki otak economics, angka, saham, graf dan segala macam benda yang Inche Gabbana selalu mengadap. Tanya je, hujung jari dia je... Belum lagi bab peta dan cari jalan. Baginda bonda begitu konfiden sekali dengan apak kalau nak pergi ke tempat yang tak pernah pergi. Tak perlu GPS, sebab apak adalah walking GPS, teleskop hubble, land satelite, piring astro dan macam-macam lagi..

Tapi kerja sebenar dia adalah tukang repair rahang orang kalau pecah kemalangan ke.. gigi tahap hancur gaban ke.. dan seangkatan dengannya. Kehidupan On Call dia mmg tak yah cerita la.

Despite macam mana sekali pun, apak tetap apak kami.

So, rasanya aku belum lambat nak wish apak aku.. (macam dia baca blog aku) dan juga bapa-bapa dan juga 'bapa-bapa' bulatan gembira di luar sana, Selamat Hari Bapa!! (amaran : Bapa ayam tidak tergolong dengan mana-mana bahagian tadi)

Saya dari tahun ke tahun nak share video yang chumel kat bawah nih. So, I save it untuk Father's Day. Suka lirik dia sebab dicipta dari perspektif budak umur lima tahun. Seriyes saya jatuh cintan bergolek-golek bila terdengar lagu nih.  Enjoy~



Walaupun saya tahu Tuanku Ayahanda mmg tak bukak blog saya yang picisan ni, tapi saya still nak wish gak.. Mana tau tetiba dia bukak kan? hee~


HAPPY FATHER'S DAY



Simon 'Adam' Malik

Friday, 17 June 2011

Jom Pecah Otak : Siri 2

Assalamualaikum wbt

Sebagaimana yang dijanjikan, muncul sudah siri 2 untuk Jom Pecah Otak untuk bulan ini. Tukar style?? tidak sama sekali mahupun dua kali. So, teka-tekinya mengeluarkan bunyi macam nih :.... (embek?)

Ramli seorang peniaga burger yang berjaya. Dia memerlukan 20 minit utk memasak sekeping daging burger, yakni 10 min utk setiap permukaan. Piring ajaibnya yang melakukan tugas memasak hanya dapat memuatkan 2 keping daging burger sahaja dalam satu-satu masa. Kiranya, untuk memasak 4 keping daging burger, dia memerlukan 40 minit lah kan?

 Suatu hari, Ramli mendapati gas dapurnya hanya dapat memberikan api selama 30 minit sahaja lagi sebelum gasnya put-put habis dah... Dalam masa yang sama, hanya tinggal 3 keping daging burger sahaja lagi sebelum habis stok. Macam mana nih...? Dia mahu memasak ketiga-tiga keping dan tidak mahu ada baki burger yang tidak masak sepenuhnya utk hari esok

Soalannya, logikkah hasrat ramli itu dan jika logik, nyatakan bagaimanakah caranya

Habuan kali ini, set makan tengahari Rojak mee dan cendol depan Uniten beserta tapaw Sirap bandung Legend. Jika anda menang, anda boleh bila-bila utk tebus hadiah ini dengan saya. Seriyes nih. Pemenang adalah yang paling pantas dan betul

 Jika anda dapat jawab, anda mmg penjual burger yang terrer-ist. Selamat mencoba~!


Simon 'Adam' Malik


p/s : Kepada En Adi, yakni Main House Puzzle Master, sila jgn jawab soalan nih sebab anda mmg tau jawapannya. hehe ^^

Thursday, 16 June 2011

Bulan Darah (baca : Blood Moon)

Assalamualaikum

Wei korg, tahu ke semalam kecoh satu dunia ada gerhana bulan???
Ehh?? korg seronok tidur sambil peluk bantal busuk korg??

Korg rugi untuk melihat fenomena satu dekad sekali untuk berlaku!!!




 Pagi tadi ( i mean pagi-pagi ek?) berlaku gerhana bulan yang mencipta rekod paling lama. Kebiasaannya, bulan yang berada di bawah bayangan bumi, akan bercahaya oren. Tapi kali ini, oleh sebab terdapat debu debu dari gunung berapi yang meletus baru baru ini, bulan bertukar menjadi Bulan Darah, yang mana kalau bebetul berdarah, byk Bank Darah dan hospital dah tadah dengan besen serta baldi.

Kejadian alam yang julung-julung kali Allah tunjukkan pada manusia nih, bukan lah petanda orang mati, feng shui tak bagus, pintu ke alam jin terbuka atau maharaja fliza turun dari langit. Bukan dan bahkan bukan!

Diriwayatkan oleh Abu Musa Al Asy 'ary bahawa Rasulullah S.A.w bersabda

"Bahawasanya tanda-tanda ini (gerhana) Yang Allah kirimkan, dijadikan sesuatu darinya bukanlah kerana mati seseorang atau kerana lahirnya. Tetapi Allah Aza wa Jalla mengirimkan buat mempertakutkan hamba-hambaNya dengan tanda-tanda itu. Maka apabila kamu melihat sesuatu darinya bersegeralah menyebut Allah, berdoa dan beristigfar."  ( Bukhari dan Muslim)


Paling last saya tengok gerhana bulan adalah sebelum tahun 2003..  Tahun 2000 kot,. Masa tuh mak yang kejutkan untuk sama-sama tengok kat luar rumah. Tapi saya yang mamai-mamai tuh keluar, tak sampai 3 minit terlentuk kat tiang. hahaha.. Maka semalam saya dengan penuh semangatnya  bangun utk melihat sendiri gerhana nih.

Bangun bangun juga, pukul 2 tuh bangun nak tengok yang part awal. Dapat tengok then baring balik. Yang total gerhana.. bangun juga.. bangun untuk matikan alam. Tapi ruh saya je yang bergerak tengok. Badan dan kepala sambung tidur.. ahaha.. Bila terbangun pukul 540, bulan ada kat tepi tingkap tersenyum simpul dan gerhana masa tuh nak habis.. Melepas lagi.. haha.. Takper internet ada.. Lagipun semalam cloudy.. (eceh.. nak sedapkan hati)

macam nih ye adik-adik, gerhana bulan berlaku (credit)

Menakjubkan tak fenomena ini? Anda kata biasa je? Eh hello, gerhana bulan nih berlaku bila bulan purnama je tau. Berapa kali sangat bulan purnama (ok, saya tau sebulan sekali). Macam mana pula dengan kedudukan matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari? Berapa kali seminggu pulak? hehehe..

Bagi saya fenomena yang kita dapat predict dan lihat adalah hasil daripada matematical wonders. Only formula and figures, kita dapat tahu bila ia akan berlaku. Well, kita hanya boleh predict. Tapi yang bagi tengok adalah Allah. Kalau Allah tak ciptakan, cahaya tidak boleh tembus objek legap dan ia menghasilkan bayang-bayang, mmg tak merasa kita nak tengok gerhana bulan nih!

Bercakap pasal bulan, ada dua-tiga benda yang kita selalu terlepas pandang pasal bulan, walaupun kita duk mengendap bulan at least 2 kali setahun bila nak raya.

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan Bulan, masing-       masing dari keduanya beredar di dalam garis orbitnya. (21:33)

  • kita tau, yang matahari, bumi dan bulan ada orbitnya sendiri. Bumi keliling matahari, bulan keliling bumi (yg secara tak langsungnya keliling matahari gak). Betapa precise'nya Allah, bulan tak pernah tetiba kecik giler, tetiba besar giler. Err.. boleh bayang ke apa yang saya nak cakap nih.
    • >> Bagi  korg bayangan. Sediakan 3 org, A B dan C. A berdiri diam². B lari-lari keliling A dalam bulatan sempurna. Now C perlu lari lari keliling B dengan bulatan sempurna gak! Try buat bila anda ada masa lapang, boleh tak buat? 
Tak boleh buat? Allah jadikan bulan boleh buat ^^

  • Merujuk fenomena tadi, ada satu benda yang kita terlepas pandang. Selain, orbit, matahari, bumi dan bulan juga berputar pada paksinya... Tapi kita kat bumi, dapat lihat satu permukaan bulan je dari dulu lagi kan? Gempak-meletup tak ilmu Allah?
    • >> Eksperiment yang saya bagi tuh, anda suruh ketiga-tiga org tuh berputar. Kire B dan C kene berlari sambil berputar. DAN C, bila dier berputar, dia kene mengadap B je, tak leh pandang tempat lain! (Amaran : Pihak penganjur perlu sediakn baldi utk sesapa nak  muntah)
Tak boleh buat? Allah jadikan bulan boleh buat ^^
  • Kita tau juga, yang matahari berjuta-juta (lemon) kali ganda saiznya dengan bumi. Apatah lagi dengan bulan. Awat masa berlaku Gerhana Matahari pulak, elok-elok je bulan dapat tutup matahari? Now let your brain cells ponder on this. hee~

"Matahari dan Bulan beredar mengikut perhitungan"  (55:5)

Kita patut rasa takjub dengan kehebatan Allah. Itu baru angkasa, belum lagi engineering wonders macam gunung atau medical wonders macam badan manusia.. Subhanallah.. Allahuakbar..

So bagi mereka yang merasa melepas (seperti saya), Allah bagi kita peluang kali kedua tahun nih untuk tengok gerhana bulan penuh pada 10 december 2011, insyaAllah~

Blood Moon, 15 June 2011 (credit)


 wallahualam


Simon 'Adam' Malik

credit
https://www.facebook.com/notes/pertubuhan-ikram-malaysia/gerhana-penuh-bulan-16-jun-2011-tanda-kebesaran-dan-keagungan-allah/214290981944558


http://en.wikipedia.org/wiki/June_2011_lunar_eclipse

Wednesday, 15 June 2011

Layan video musim entah ke berapa

Assalamualaikum wbt


tengok dan dapatkan point. Kalau tak dapat point, sila kembali ke bangku sekolah.



Quoting dari seorang akh


>>>  Reminder² mcm ni kita akan usually buat² tak perasan, sbb it points out benda yg kita sepatutnya buat (tapi still malas nak buat).. kalu reminder² yg kita boleh tunding² jari kat orang lain, dan rasa cam dah bagus sbb orang lain lagi kurang bagus, usually akan jadi favourite kita.. tul dak?




Simon 'Adam' Malik

shoka? syoka? atau Suka?

Assalamualaikum wbt


(credit)



Soalan feymes yang biasanya saya akan tanya pada adik-adik yang bakal menerbangkan diri.. 'Nih nak ke France / (isi tempat kosong) sebab nak ke sebab terpaksa?'

Alhamdulillah.. kanak-kanak eh remaja zaman sekarang tahu juga la serba sedikit hala tuju masa depan diorg. Ke tak juga?? Apa pendapat? Adakah mereka sekadar hendak Fly, menikmati gaji bulanan sebagai student dan pulang? Atau mereka mmg betul pursuing apa yang mereka nak jadi kelak mereka tua?

Okeh.. soalan pedas bagi mereka yang sudah menjadi kuli makan gaji punch card hari-hari, Anda minat dengan kerja anda sekarang??

Hah?

Anda nak jadi (isi tempat kosong) tapi sekarang buat masa nih terpaksa jadi (isi tempat kosong)?


Rileks.. cool.. chill... At least anda sudah anda slip gaji, sudah boleh tunggu kenaikan pangkat dan at least, satu jenis hutang di pinggang anda!

Tak dapat apa yang kita suka, satu benda yang rata-rata tidak boleh menerima bila mereka tidak empunya hati yang tabah dan redha dengan keputusan Allah.

Tak pernah saya terlintas melakukan kerja dalam bidang proses dan makanan 5 bulan lepas. Apatah lagi bermain-main dengan nata de coco mentah, bukak tesis orang bookmark sini sana, memikirkan penyelesaian 'kecil dan besar' mesin tuh dan tak kurang juga memperomot mesin-mesin yang diciptakan masa exhibiton.. Mak saya kata, saya patut pow supervisor saya satu 'sijil-beli' dalam bidang nih.. ahaha..

Saya tak tau apa yang Allah rancang untuk masa depan saya. Mungkin saya yang jenis main logik, hanya ambil risiko bila calculation memihak pada diri saya, Allah nak bagi test... test sejauh mana hati dan perasaan saya benar-benar berserah dan benar-benar redha dengan keputusanNya..

a test of uncertainty and suprises..



(credits)



Selama saya masih lagi mengunyah nasi, saya ingat 4 kes kot. Meh saya story-mory ;

kes 1 : Saya punya nak masuk MRSM sampai hantar borang kat pejabat mara KL, supaya saya tahu, borang saya selamat sampai meja pejabat. Akhir cerita? Diorg tak bagi saya langsung sebab kata saya gagal ujian matematik diorg.. Rasa macam nak bako je sebab alasan tak munasabah..

Kes 2 : Saya tak minta pun pergi perancis. Terlintas pun tak pernah. Ye ye je cakap dengan interviewer nak english-speaking country, last-last diorg campakkan saya ke tanah baguette dan fromage itu.. (tapi saya seronok gak kat sna.. hehe)

Kes 3 : Kes yang berlaku sekarang nih.. Elok-elok nak bercakap, bermadu berkasih mesra dengan batu-batu malaysia.. tiba-tiba bermesra dengan makanan, buah, kuih tart nenas, kelapa, dan nata de coco serta segala macam benda IKS (Industri kecil dan sederhana)

Kes 4 : Dilema seorang penchenta... eh? Nih wajib tapis nih! Takper, kes 4 hanya level sahabat je yang boleh tau.. hehehe..

eh? korg dah pernah baca somewhere pasal hal ni? Saya ada cerita ek?

ok takper takper.. nak habis dah nih..

Point dia adalah, setinggi mana kita suka sesuatu perkara itu, walau ia tinggi melangit sekalipun, jika Allah tak izinkan kita dapat, maka tak dapat la. Sebabnya adalah seperti berikut tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)

Ye, kemungkinan benda yang kita suka itu bakal merosakkan diri kita, melupakan kita dengan Allah, mengikis akidah dan iman kita yang sedia nipis macam kulit bawang.. Ye la, takkan Allah rilek je nak biarkan hambaNya menjauhkan diri dan penciptanya? Allah tak pernah menzalimi kita, bahkan kita je yang menzalimi diri kita sendiri.. Semestinya kita percaya, Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri kita dan iman kita. Tinggal kita untuk mencabut rumput-rumput waswas, mengalihkan batu-batu keegoan, dan menjadikan hati kita selapang padang belalang pun letih terbang.

Peringatan pada diri saya yang sesedap rasa menkomplen, ada hikmah untuk setiap perkara yang berlaku.. cuma kes 3 dan 4 belum saya jumpa..Kes 1 dan 2.. erm.. orang yang boleh pillow talk dengan saya je yang boleh tau. Ngehehehe...

Bagi yang sedang menikmati waktu rehat 20 min / lunch / dah balik rumah dah pun, walau keje anda tidak lah anda suka sangat, insyaAllah jika niat kerana Allah, bukan sia-sia kerja tuh kan?

wallahualam

 Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 14 June 2011

JUMP! : The Conclusion -edited version-

Assalamualaikum wbt

post nih diedit dengan penambahan satu pengajaran..
terhengat masa terbaca komen pertama post nih..

ok, pendek dan manis (baca : short and sweet)


Di kala saya sedang tempoh berehat di dalam makmal logi pemprosesan makanan nih, saya nak habiskan menulis pengajaran ketika saya melompat, eh? JUMP!  Secara pendeknya dan ringkas, apa yang saya sempat belajar sepanjang saya ke kuantan-kuala terengganu-kota bharu-alor setar-penang, travelling yang orang fikir paling gile, tapi sebenarnya boleh je buat.

  • Apabila duduk menunggu bas, atau kawan anda.. sila penuhi masa anda dengan apa jua jenis bacaan. paling tidak pun  nota kosong dan sebatang pen, tulis la apa-apa yang anda terasa nak tulis asal bermanfaat
  • Bila anda menjadi co-driver, sila jadi orang yang supportive (lakukan secara sesuai dengan jenis pemandu; kalau aggresif, sila buat lawak aggrasif). Yang paling penting, pemandu tak boring. Borak la benda-benda yg boleh membuat korg mengenali antara satu sama lain dengan lebey rapat, tak gituh?
  • Kalau mengambil keputusan utk time-out dan gi vacation, buat cara pergi vacation. jangan heret kerja anda yang gembira terperam dalam pejabat, masam mencuka muka orang lain nanti
  • Senyum-senyum dan senyum! jadikan muka kita nih selesa dilihat bukan kelat. secara tak langsung anda mengeluarkan aura gumbira. kalau bas lambat pun, anda mampu untuk bersabar dan pemandu tak kena marah dengan anda.. mana tau dia lambat sebab ke tandas ke apa ke...
  • Rancang penggunaan duit. Yang paling best anda bawak cash je dan kad bank anda anda tinggalkan kat umah. sure terketaq-ketaq nak overshopping.
  • Bagi tuan rumah, pastikan anda tau mana pot makan yang best / nak di lawati untuk anda bawa tetamu kalau tetamu tuh mmg niat nak jalan la dengan anda. kalau kut ye pun nak lawat anda je, at least lepak taman atau ke pasar malam sudah cukup syarat ^^
  • Rancang perjalanan hari dengan baik, kalau tak anda boleh super kelam kabut. Vacation yang patut release tension terus jadi hyper-tension.
  • Solat jemaah di masjid/ surau berdekatan. sangat kurang adil kalau anda assume masyarakat itu begitu-begitu atau begini-begini perangai, padahal anda hanya berkomunikasi di kedai makan atau di kaunter hotel.
  • Pastikan vacation itu cukup untuk anda dan family. Personally, 3 hari 2 mlm adalah tak cukup sebab hari pertama anda penat travel dan hari terakhir anda travel balik. Masuk kerja bermoodkan takde mood
  • Jangan jeoprodize (betul ke eja nih?) objektif luangkan masa dengan kehendak anda. Mana tau anda nak ke lain dan sorg lain nak ke lain, last-last mencuka atau ada yang rasa hak mereka tidak ditunaikan.
  • jangan pandang rendah dengan info-info pengangkutan / hotel di malaysia. Ada je jadual perjalanan bas, harga dan sebagainya.. kalau tak, saya susah nak plan JUMP! nih..
  • Bawa perakam video atau kamera. rakam detik detik paling syok untuk diingati atau dibahan secara berjemaah. Kalau teringat di kala kat tempat kerja, sure org ingat anda kurang vitamin B compleks tersengih sorang-sorang depan pc.
  • ambil masa untuk memberhentikan dimensi masa dan ruang, untuk memperhatikan kejadian alam. kadang-kala kita sendiri terlepas pandang keunikan pasir yang terlekat kat kaki kita.
  • >>> saya terperasan, walaupun kita sesama orang malaysia, orang islam dan hanya berbeza beberapa kilometer, loghat bahasa sudah bertukar! beza kelantan dengan kedah 10 jam drive je!! Actually ini berlaku kat mana-mana negara pun. Rambut sama hitam, makan nasi gak.. loghat lain-lain.. tapi bersatu ketika membaca alfatihah dalam solat.. wonders..
  • Last but not least...jika anda rasa dunia nih penuh dengan makanan yang serba serbi sedap dan pemandangan yang serbi serbi indah... nih dunia je wei, belum syorga lagi... err.. dah check harga tiket masuk syurga?


Simon 'Adam' Malik

Monday, 13 June 2011

panggilan yang terjawab?

Assalamualaikum wbt

sedang asyik tengok-tengok komen dan balasan komen.. tetiba ada seseorang call.. paling last saya bercakap dengan dia.. raya tahun lepas... Cikgu Tusyen math..

Pada awal perbualan lebih tertumpu arwah Daniel.. Masa tuh cikgu saya nih bebetul berada depan kaabah bila saaya msg dia mengenai hal daniel.. So dia baru balik dan menelefon saya.. entah masuk salah masuk jonction camne, boleh lak keluar soalan yang hangat ditanya pada orang bujang di musim kenduri.

entah macam mana gak, keluar soalan ' awak tahu kan anak cikgu (toooot) suka giler dengan awak?' zass-zass-zass. Kisah lama dah menusuk-nusuk jiwa bagai katana yang dihayung. saya pun jawab 'cikgu.. itu kisah lama kot.. cikgu pun perasan kan masa majlis arituh'... akhirnya saya berjaya mengesamping serangan terakhir dengan penuh cermat...

Tapi boleh pula ,semua cerita dari kiri dan kanan ketika saya menjadi anak murid keluar dari tempayan budu.. Aduh.. orang dah la mood bersedih hati minggu nih.. mengalir pulak luka lama.. cepat! bagi saya morphin dan jahit pendarahan saya!

tapi masa bahagian terakhir perbualan.. cikgu saya nih banyak bagi kata-kata nasihat.. kata kata semangat..kata yang yang menusuk jiwa.. Tau-tau je saya sedang down-ganda-dua.. Nak tau apa yang cikgu saya cakap tetiba? 'Saya nih kan cikgu awak, dan awak tu anak murid saya. Saya dah masak dengan awak dan saya kenal luar dalam hati awak'

Apa yang nak saya katakan kat sini adalah.. sejak dua tiga hari nih, saya terasa down dari segi perasaan.. tak tau apa pasal. Nak kata saya moon-come, saya nih jantan tulen makcik! Just... tetiba down.. tringatkan kisah-kisah silam ketika saya masih lagi menyarung jubah kegelapan... dan juga ketika.. ketika... erm.. tak per.. abaikan..


Point nak cakap kat sini adalah..  Allah seperti hendak memujuk saya menerusi cikgu.. Benar dalam quran menyebut..

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (50:16) 

rasa relieve sikit lepas tamat perbualan dengan cikgu. Feeling better for tomorrow...? InsyaAllah..

p/s : cikgu saya ada cakap, 'Kenapa kamu tak suro saya doa depan kaabah supaya kamu dapat isteri yang baik??' Saya jawab ' Ya Allah cikgu! Takkan la saya nak minta time-time saya tengah bagitau yang Daniel meninggal?? tak kene tempat!' (peluh.. ini adalah gurauan kasar anak murid dan cikgu, sila jangan ambil teladan)

 Simon 'Adam' Malik

JUMP! : Day 7 (the other part of the cover)

Assalamualaikum wbt

Setiap sesuatu, tak kisah la benda hidup ke.. pengalaman ke.. mesti ada pengakhiran. JUMP! sudah masuk hari terakhir. Kalau biasanya, bila hari last, kita akan rasa ' alaaa... dah hari last ke?' namun bagi saya.. aku nak cecepat pulang dan peluk bantal busuk aku.. (eee....)

Sebagaimana yang dijanjikan, saya akan selitkan pengalaman hari ke 6 dalam hari ke 7. oleh sebab, otak saya yang serba perasantan nih kata, ramai pembaca dah buhsan dengan JUMP nih, bila la Inche Simon nih nak benar-benar kembali ber'potpet macam orang tertelan tape. Maka saya tunjuk gambar je la ek, tuan-tuan dan puan-puan serta adik akak abang.

Sempat singgah ke Pesta Bunga

Bonsai-bonsai yang dipertandingkan

Pelik.. apa la famous sangat bunga mati nih? (Bunga Kemboja)

Orchid.. sapa amik botanic, mesti kata pokok nih unik

Ada orang nak makan ke benda nih?

Kami meratap perjalanan kamu ke perut kami

Ni belangkas bagi mereka yang tak pernah nampak.


Family sayur. Siyes, saya sangat pelik orang tak makan sayur

Batu Feringgi at night

Day 7



 Final day.. waktu tengahari tuh baru saya tahu yang vacation keluarga kali ini adalah untuk menyambut anniversary. Saya dah tua bangka baru tau.. ahaha.. begitu insentitipnya saya. Diorg tak bagitau! Hish.. bukan salah saya..

Meluangkan masa dengan keluarga secara berkualiti mmg suatu benda yang kita sentiasa terlepas pandang di kala kita sudah mengenal hutang kereta, hutang rumah, lampin anak serta kenaikan gaji dan pangkat. Rasa macam tak cukup je masa, dan kalau balik jumpa pun sekadar macam hi hi bye bye. Saya exagerate? Eh, cerita betul nih sedara/sedari!

Spending time... the best way adalah di meja makan. Tak caya? Kenapa ada certain family begitu menitik beratkan makan malam bersama? Qdq je cara lain.. borak-borak dalam kereta.. shopping barang sesama.. Aslakan ada perhubungan dua hala. kita sama-sama bercakap. Cara yang paling teruk dan saya rasa ramai je orang buat, tengok tv bersama/ wayang... seriyes saya rasa itu adalah pembaziran masa yang paling tidak bergaya. Anda sekeluarga hanya duduk depan tv, tv memandang anda dan kadanng kala seorag tuh sibuk main sms. kan? kan?

Kami lepak di sini

Sehingga butiran yang terakhir, kerana zaman dulu orang pastikan sebiji pun tak tertinggal

Masa untuk pulang


Petang tu, bonda suruh saya pulang ke Klang pada hari sabtu bersama ayahanda. Tapi saya berkeras untuk pulang pada hari ke 7 nih walhal, ipoh merupakan destinasi terakhir JUMP!

Punya nak balik sangat, saya sanggup memilih bas selepas tiket train ETS habis dijual. Yang ada pukul 2 pagi
itupun sampai KL central. sapa pula nak ambil saya kat sana..?

Dua tahun lepas sudah jalan ipoh, tapi boleh je la revisited


Saya gamble untuk beli tiket bas yang perjalanan Klang-Ipoh sangat la tak banyak. Last-last beli je yang sampai shah alam yang time beli ada 15 min je lagi seblum bas bergerak. Balik je la dengan Ayahanda ari sabtu, mesti korg fikir. Entah, saya begitu berkeras nak balik.. entah kenapa.. mungkin sebab.. mungkin sebab.. kerja kot (haha.. ni alasan yang terlintas)

Heh.. kita hanya merancang.. Allah yang menentukan.. so di kala post ini berakhir, habis sudah kronlogy JUMP! dan pena yang seterusnya adalah pengajaran yang saya dapat kutip/pungut sepanjang menjadi musafir di tempat orang.. Bertahan ye para pembaca. nnti saya akan kembali meletop-keboom-kepow!

wallahualam

Simon 'Adam' Malik

Saturday, 11 June 2011

JUMP! : Day 6 ( In memory of...)

Assalamualaikum wbt

Satu nasihat-kawan hendak saya beri. Pastikan timing seharian anda tidak anda ubah walaupun waktu cuti.
So kalau dah elok-elok bangun pukul 530, sila bangun pukul 530. kalau tak, bila anda kembali pada jadual asal, anda dah susah nak bangun pukl 530.
Terjadi pada saya? ye. Bukan yang negative part, but positif part la. hehe.

Hari ini saya akan bertemu dengan family saya di destinasi  yang seterusnya. Diorg dalam perjalanan dari Ipoh. Anak diaorg yang sorg nih memandai-memandai jalan dulu dan meet up at final destination.



Sebelum naik bas, yang frekuensinya setengah jam satu dan harga tiket hanya 9,9hengget, mak cik saya membawa saya pergi makan roti-jala kuah durian. hehe.. Jalaan kat kedai nih begitu halus dan rangup sekali bila dikunyah. Kuah kari diorg pun mantap yang menyentap injap jantung.

Perjalanan dalam satu jam setengah, dan saya pun duduk kat tepi jalan menunggu family saya mengutip saya ( baca : pick up)

So pergi mana saya nih? Biar gambar-gambar kat bawah memberi bayangan dan gambaran destinasi yang seterusnya.












ya betul!! Saya join family saya di Pulau Pinang!

Well, kenalah juga tunaikan hak diorg kan? Dah spend time dengan warga-warga riang, kenalah juga spend time dengan family juga. Rasa macam nak sepak je kalau ada yang kata 'ada program family.. hissh.. rasa tak best sungguh diorg kacau kehadiran ke konferens/bulatan riang'. Bukan apa, sampai bila nak bagi diorg tak faham pendirian kita.... Its true, agak penat bila kita terpaksa buat kage bunshin (shadow clone) untuk membolehkan kita berada dia dua tempat dalam satu masa.. Tapi itu adalah harga awal yang kita sendiri terpaksa bayar dalam kita nak kasi family kita faham..

Nnti post lain la tulis pasal hal nih..budget post dibaca oleh ramai orang....

Bonda mahu melawat Bukit bendera yang dia katakan sudah 20 tahun dia tak pergi. ooh yeeh! Paling last diorg pegi, masa tuh separuh dari saya dalam mak saya, dan separuh lagi dalam bapak saya. er.. faham ke?









feast your eye para engineer sekalian.


Sekali lagi, elakkan tempat tumpuan pelancong ketika cuti sekolah kalau anda malas hendak beratur panjang. Tapi kekadangkan kalau beratur dua org, boleh borak sampai tak hengat dunia alih-alih dah sampai depan kaunter! secara tak langsung masa kualiti terlabur di situ.. Oh ye, bila ke tempat tumpuan pelancong, pastikan bawak MyCard dan student card kalau ada. Kalau tak anda kena charge normal price.. yang saya rasa tak munasabah langsung.





Nampak bandar Penang


Ada tempat makan kat atas.

ABC istimewa (baca : Special Mixed-ice.. eh? betul ke nih?)



Kat atas saya terperasan sesuatu kat atas nih.. ada juga kuil hindu kat seblah masjid.. Otak saya yang serba tak reti nak duduk diam nih cakap, biasanya mana-mana religion pasti akan cuba bina tempat ibadat kat tempat-tempat tinggi. Nak mudah menggapai langit kot.. kecuali beberapa tokong kat ipoh yang boleh duk pula dalam gua..

Bab menggapai langit tuh kan.. actually kita umat islam boleh je buat walaupun dalam rumah, minimum 5 kali sehari. Perintah wajib solat, Rasullullah ambil secara direct dari Allah. Penghubung-berkelajuan-tinggi-kalah-unifi diantara hamba dan Allah dari bumi. Kalau buat tinggi-tinggi.. menyusahkan orang dari bawah nak pergi naik atas adalah.. (peluh..)

Bila nak turun, around pukul 2 gituh, saya menerima sms dari seorang kenalan. Shocking.. Semua happinesss dari makan abc tadi terus lenyap hilang macam biskut chipsmore. Saya rasa masa tuh gak saya nak balik.

Apakan daya.. masa dengan family perlu saya teruskan.. kalau saya balik drive sendiri pun, belum tentu dapat kejar.. So pengalaman hari ke 6 nnti saya ceritakan dalam hari ke-7. nnti tak kena mood..

sekian..

*******

Dia bukan kawan sekolah. Saya kenal dia pun masa Tusyen math di salah sebuah rumah di Taman sri Andalas. Masa form 4, dia banyak duduk di sebelah kiri saya memandangkan saya duduk paling kanan hujung untuk senang mencapai basikal bila pulang.

Form 5, dia selalu duduk di sebelah kanan saya. Sebab saya dah memandai duduk kat tengah. Selain dari bersaing siapa cepat siapkan math, kitrg selalu fight, sapa dapat bermain pen dengan jari paling pantas dan paling lawa acrobatik. (ala.. yang duk pusing² / flip pen kat celah jari tuh..). Di kala ini, baru saya tahu yang dia anak kawan bonda.

Tamat spm, saya terputus hubungan dengan dia. Cuma kadang-kala rezeki terjumpa dengan dia masa solat jumaat bila balik summer. 

Kami tak pernah lepak mamak sama-sama, mahupun saya belanja dia. Masa raya tahun lepas, saya ada ajak dia serbu rumah cikgu tusyen math. Dapat la borak dengan dia. Dia seorang yang berbahasa lembut, percakapannya teratur. Kemudian sebulan lebih lepas tuh, saya terserempak dgnnya di tingkat 3 JJ bukit tinggi klang selepas saya tamat shift ptg kerja di Big Apple.

Itu lah kali terakhir saya berjumpa dengan arwah.

Dia meninggal akibat pendarahan otak kerana kemalangan. Benar orang kata, bila dah hilang baru nak kerindu-rinduan.

Tapi bukan itu yang menyebabkan hati saya berbekas. Tapi kejadian kemalangan, tempat arwah meninggal, merupakan tempat saya lalu lalang sehari-hari. Saya super terkilan sebab saya kat Penang.. teringin saya nak iring arwah sampai melaka...

Macam mana saya nak sampaikan perasaan ini pada anda... ok.. Katakan anda doktor yang berkhidmat di sebuah hospital. Takdirnya pada suatu hari, anda berjaya tidak mendapat on call bulan itu dan anda pun keluar bercuti di tempat yang jauh.

Sampai di tempat percutian, seorang sahabat anda yang rapat kemalangan bebetul di simpang traffic light nak masuk hospital tuh, dan dirawat di unit ICU di mana unit itu bebetul berada di sebelah department anda. Bila anda dapat sms, for sure anda akan terfikir.. family dia takde kat hospital.. nak buat suprise visit aku ke?
Akhirnya dia pulang pada Allah, dan kebumikan di kampung halamannya.

Anda rasa terkilan/melepas bukan? Jika anda tak cuti, at least anda boleh iringi arwah walau masa tuh tangan kita penuh dengan kes-kes patient. Bila anda balik, for sure anda akan terbayang-bayang, perasaan melepas ini lebih hebat dari terlepas train nak pergi konferens riang.

Sedih.. Saya tak sempat nak berkongsi kegembiraan dan mengajak ke bulatan riang-ria dengan arwah..

Ya Allah kau ampunilah dosa  Ahmad Danial b Syamsul Bahri, Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya, mudahkanlah dia ke syurga dan tempatkan dia diantara orang-orang yang soleh..amin..

al-fatihah..



Simon 'Adam' Malik