Tuesday, 3 May 2011

a world un-laden

Assalamualaikum wbt





semua orang sedang kecoh mengatakannya.

di kedai mamak, bercawan-cawan air suam dipesan. blogger-blogger juga sibuk mengeluarkan pendapat! yang mana blog dah bersawang tetiba je aktif! twitter apatah lagi, duk berkicau dari tadi (ye kot? saya takde twitter..)


the great question of all

where in the world is bin laden? Is bin laden is dead?


jeng jeng jeng..

ada yang mengatakan mati. Ada yang mengatakan tidak. yang kita dapat lihat pelbagi reaksi diseluruh dunia. Yang keras. Yang lembut. Yang cuba memberi pendapat dan tidak ketinggalan, yang tak tau apa-apa cuba memberikan pendapat. Saya jatuh dikategori mana? Yang keempat kot.. hahaha.

Nama Inche laden tetiba popular selepas peristiwa sebelas september 2001. Berita hot kot di kala itu. Effectnyer? Anda lihat la sendiri apa yang terjadi pada dunia selepas itu. (kalau anda perasan la)

sebuah permainan (example : catur) amat mudah dianalisis dari sudut pandang orang ketiga, bukan dari sudut pemain. Setuju?


Buat masa nih kita tak payah fikir jawapan, dia dah mati ke belum. Saya nak anda perhatikan reaksi masyarakat? di mana? di media.. akhbar.. comment status fesbok anda.



Marah? Tak puasa hati? tak percaya?

Mengharapkan masa depan yang lebih aman?

Ke takde reaksi?


Saya sekadar nakk bagi pendapat. Saya rasa, sandiwara 'ketua orang jahat' yang dipegang oleh inche laden sudah ditamatkan oleh sutradara pengatur dunia. 10 tahun pegang watak tuh, masyarakat dah sure bosan kan? So watak itu boleh dimatikan dan boleh digantikan oleh orang lain. Kenapa sekarang? Sebab watak 'ketua orang jahat' perlu dianugerahkan pada orang lain, supaya US boleh meneruskan wataknya sebagai Hero yang menyelamatkan dunia.
Satu persoalan yang saya nak provok. Despite dengan kecanggihan teknology csi, cia dan c c yang ada, diorg terpaksa cari dekat 10 tahun!! kenapa begitu lama sekali? dulu pernah kata diorg berjaya bunuh, tapi tetiba keluar video inche laden masih lagi tersenyum kambing. Kalau macam Syeikh Ahmad yassin ke.. Al-Abdul Aziz Al-Rantisi ke... kejap je arahan bunuh dikeluarkan dan alih-alih diorang syahid ke serang oleh apache israel. Kenapa sampai 10 tahun? Supaya ada alasan nak jajah orang, bunuh orang in the name of democracy?


Ke actually teknologi tuh diorg takde, cuma sekadar nak tunjuk kat tv dan mempengaruhi minda-minda lemah, 'Fuuyoo!! hebat la barat nih! Jom JADI CAM DIORG!'




Dalam mana-mana sandiwara yang anda tengok di kotak-bodoh (baca: idiot-box), mesti ada orang jahat dan orang baik kan? Mana-mana cerita yang takde, sure tak dapat kutipan yang balik modal.

Maka sandiwara itu perlu, bagi Pakcik Sam mengekalkan takhtanyer sebagai penguasa dunia.

Lihat sahaja teknologinya yang mampu mengalah robot-robot decepticon yang lebih maju.
Lihat sahaja, hero-hero yang berhempas pulas di Los Angeles melawan makhluk asing.
Lihat sahaja boneka-boneka mereka yang menggunakan pakaian dan alatan termasyhur dikala menyanyi atau berlakon.
Lihat sahaja sistem perisikannya yang hebat yang boleh menjejaki orang di mana-mana.
Lihat sahaja logo koka-kola dan mekdi yang mampu memberi keriangan dan kekenyangan sementara pada dunia

Anda terkesima dan terkedu melihat kepoweran dia?

Get real mate

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan. (3:196-197)



Melihat gambar-gambar yang di laman web, rata-rata mereka yang kehilangan orang yang dicintai ketika sembilan 11, atau termakan racun minda kerajaan US, menyambut kematian 'ketua pengganas numero uno' dunia.

Ada yang mengatakan yang keganasan akan tetap berterusan.. ada yang mengharapkan keamanan.

One thing for sure, PakCik Sam berjaya menanam pemikiran Islam dan keganasan adalah aur dan tebing dan menjadi Islam yang berpegang pada quran, adalah orang extremist dan menjadi Islam ringan-ringan adalah satu benda yang digalakkan .Maka kempen yang mereka bawa adalah, jangan la jadi muslim yang power, ambillah yang mana benefit pada korg dalam quran, dan tolak mana yang tak best. Bottomline, majority rules!

yang penting gua kaya.. muhahaha

Maka kita yang golongan marhein nih pun, menjalani kehidupan seperti biasa. merasakan apa yang berlaku diluar sana adalah asam garam kehidupan. Nothing big, gaji aku tak terganggu, study aku rileks.
Akhirnya kita pun secara tak sedar menelan bulat-bulat apa yang disuap oleh media sebab kita dah sedia nganga dan kunyah.

Dunia must go on right?

Hold one a sec


His appearances have been carefully timed and aimed, analysts say, at influencing Western public opinion by driving a wedge between citizens and their leaders.
One such video was issued in 2004 - the same year as the Madrid bombings - and days before the US election.
A second surfaced as the sixth anniversary of the 11 September attacks approached, timed to quell rumours that he had been dead for some time. (taken here)

credit 

 laa... ye ke? Inche Trump nak bertanding rupanya.. oh jap jap. Bukan minggu lepas Hamas ngan Fatah dah berdamai ke? Then Gov Mesir bukak sempadan Rafah kan? (apa yg sebenarnya saya nak tny nih? hehehe..)


Jadi, mari kita kembali pada persoalan utama. Inche Laden dah mati ke?

sebagai seorang makhluk Allah yang pasti merasai mati, kemungkinan besar Inche Laden mati. Mati atas serangan tempoh hari? Mungkin y mungkin tidak.

 Eh? sapa sebenarnya Inche Laden ini? Yang aku boleh jawab secara ringkas, dia adalah seorang saudi yang kaya, dibuang ngeri dan menampakkan PakCik Sam melakukan kerja-kerja pengeboman atas nama keamanan.

So rakan permbaca, jika anda seorang yang ingin tahu, mampu berfikir dengan baik dan yang paling penting merasakan ada suatu agenda yg tersembunyi dan ingin tahu dan bertindak. serta masa yang lapang..



type kat youtube.


inianwarhadi... eh silap! Power of Nightmares. satu documentary 3 siries, 1 jam satu siri oleh BBC.

Part 1
Part 2
Part 3

mana pakai unifi, gi download. hehehe..


yang paling penting, anda perlu fokus dan tidak melompat-lompat tengok sebab dia kupas satu-satu fakta.


Harap anda tahu pendirian mana perlu anda pegang dan pihak mana perlu anda sokong dalam hati.


Moga Allah membukakan hati korg.



jangan muntah ye...

wallahualam

No comments: