Tuesday, 31 May 2011

Cerpen : Surat

Assalamualaikum wbt

*****

‘Biar betul tak boleh hantar nih ?’

‘Betul Encik, kami tak boleh hantar surat nih’

Hanif agak kecewa dengan jawapan kakak yang duduk di balik cermin kaca itu. Kakak itu juga memandang Hanif dengan mata yang agak kecewa kerana tidak dapat membantu.

Hanif mengukir senyuman tawar yang berlalu sambil mengambil kembali surat yang dihantarnya.  Sambil menghela hafas dengan kembali duduk di ruang menunggu pejabat yang  dipenuhi hanya beberapa orang.

Hanif merenung kembali sampul surat yang berwarna putih itu. Kedengaran nombor giliran seterusnya dipanggil. Harapannya berkecai. Surat ini merupakan harapan terakhirnya untuk berhubung dengan penerima surat. Sudah sekian lama dia ingin berhubung. Dia tidak ingat kali terakhir dia bercakap-cakap dengannya mahupun mengingatinya walaupun sedetik. Ternyata melanggar sumpah setianya bersama untuk sentiasa mengingatinya kerana sibuk dengan kerja seharian.

Hanif mengeluh lagi dan membetulkan kedudukannya lalu bersandar dan melunjurkan kaki meregangkan otot kakinya. Pejabat yang boleh memuatkan lebih kurang 40 orang pelanggan dalam satu-satu masa agak dingin sekali berbanding dengan cuaca hangat diluar.

Pemikirannya kembali teringat akan janji-janjinya dahulu. Memang benar, Hanif yang bekerja sebagai seorang jurutera tidak punya masa kosong. Kerja perlu diselesaikan dengan penuh komitmen dan tidak kira apa. Hasil titik peluh pula digunakan untuk berjoli sakan kononnya menenangkan jiwa yang tertekan.

Hanif tersentak sedikit mendengar nombor giliran pelanggan dipanggil. Matanya mengikut pelanggan itu  sehinggalah dia sampai di hadapan kaunter. Pelanggan itu memberikan salam kemudian memberikan senyuman ikhlas kepada pegawai di belakang kaunter. Di tangannya juga terdapat surat.

Mata Hanif terus memerhati urusan pelanggan itu. Tidak sampai lima minit, pelanggan itu selesai urusan lalu beredar keluar dengan perasaan gembira. Hanif mula berasa cemburu dan tidak puas hati mengapa suratnya tidak boleh dihantar. Hanif mengambil langkah drastic. Surat ini mesti sampai ke destinasinya. Dia bangkit lalu terus ke arah kaunter yang dia pergi mula-mula tadi tanpa kisah akan giliran pelanggan lain.

‘Cik, awak baik cakap betul-betul. Surat ini memang tak boleh hantar ke?’ nada Hanif mula berbunyi marah.

Kakak yang bertudung merah jambu yang agak labuh berserta broche yang agak besar terkejut munculnya Hanif.

‘Minta maaf Encik. Permintaan encik memang kami tidak boleh tunaikan. Memang betul tugas kami adalah untuk menghantar segala surat tak kira destinasinya. Tapi..’

‘Tapi apa ?!’ bentak Hanif yang sudah meluap marah tanpa memberi peluang langsung kakak itu menghabiskan ayat.

‘Tapi, penerima surat tu. Encik boleh hubungi dia akan tingkat 2, bilik paling hujung sebelah tandas. Tak perlu tunggu giliran pun kalau ada orang lain dalam bilik tu’

‘Laaa… kenapa tak cakap awal² ?’ suara Hanif mula rendah.

Kakak itu mula mengukirkan senyuman lalu menambah,

‘Nanti bila berhubung dengan dia, luahkanlah apa yang terbuku dihati ek? Sebab bab² macam ni, encik tak perlu guna perkhidmatan orang ketiga macam kami. Terus je hubungi dia’

‘Baiklah.. kalau macam itu saya pergi sekarang..’ kata Hanif lalu beredar kearah tangga pejabat menuruti apa yang diberitahu kakak itu.

Salah seorang pegawai yang bertugas dengan meja kakak itu bangkit mendekati lalu bertanya,

‘Apa halnya ?’

‘Seorang hamba Allah yang ingin mengadu hati..’ jawabnya sambil memandang sampul putih bersetemkan RM1 yang di atas kirinya tertulis ‘Permohonan Maaf’ dan beralamatkan ‘Allah’.

tamat

Simon 'Adam' Malik

6 comments:

Puding Karamel said...

SANGAT MENARIK !!!
sangat suke drama yang plot die twisted in the end (just manner of expressing..walaupun bukan drama, dan bukan twisted pon)
Sweet and touching.
erm...dia baru convert ye,pakai surat bagai?

safiyyah said...

nice! suka jalan cerita. tapi kalau buat panjang lagi it gonna be awesome!

Simon 'Adam' Malik said...

@puding karamel : err.. masa tulis cerita nih, tak terlintas plak yang dia nih baru convert. Actually penyampaian cerita ni nak menyentuh, apa jua permohonan dan hasrat kita, kita 'contact' direct dengan allah, tak perlu guna orang tengah.

Simon 'Adam' Malik said...

@safiyyah : Ini antara cerita pendek yang pernah tulis dulu. ada juga nak tulis novel, or cerpen bersiri.. tapi mesti separuh jalan sebab kekangan waktu. T_T

Anonymous said...

Salam.

a very good short tazkirah :) tqvm!

i share,boleh?tq! :)

Simon 'Adam' Malik said...

wasalam

alhamdulillah, idea dtg dari allah.

boleh, silakan