Wednesday, 15 June 2011

shoka? syoka? atau Suka?

Assalamualaikum wbt


(credit)



Soalan feymes yang biasanya saya akan tanya pada adik-adik yang bakal menerbangkan diri.. 'Nih nak ke France / (isi tempat kosong) sebab nak ke sebab terpaksa?'

Alhamdulillah.. kanak-kanak eh remaja zaman sekarang tahu juga la serba sedikit hala tuju masa depan diorg. Ke tak juga?? Apa pendapat? Adakah mereka sekadar hendak Fly, menikmati gaji bulanan sebagai student dan pulang? Atau mereka mmg betul pursuing apa yang mereka nak jadi kelak mereka tua?

Okeh.. soalan pedas bagi mereka yang sudah menjadi kuli makan gaji punch card hari-hari, Anda minat dengan kerja anda sekarang??

Hah?

Anda nak jadi (isi tempat kosong) tapi sekarang buat masa nih terpaksa jadi (isi tempat kosong)?


Rileks.. cool.. chill... At least anda sudah anda slip gaji, sudah boleh tunggu kenaikan pangkat dan at least, satu jenis hutang di pinggang anda!

Tak dapat apa yang kita suka, satu benda yang rata-rata tidak boleh menerima bila mereka tidak empunya hati yang tabah dan redha dengan keputusan Allah.

Tak pernah saya terlintas melakukan kerja dalam bidang proses dan makanan 5 bulan lepas. Apatah lagi bermain-main dengan nata de coco mentah, bukak tesis orang bookmark sini sana, memikirkan penyelesaian 'kecil dan besar' mesin tuh dan tak kurang juga memperomot mesin-mesin yang diciptakan masa exhibiton.. Mak saya kata, saya patut pow supervisor saya satu 'sijil-beli' dalam bidang nih.. ahaha..

Saya tak tau apa yang Allah rancang untuk masa depan saya. Mungkin saya yang jenis main logik, hanya ambil risiko bila calculation memihak pada diri saya, Allah nak bagi test... test sejauh mana hati dan perasaan saya benar-benar berserah dan benar-benar redha dengan keputusanNya..

a test of uncertainty and suprises..



(credits)



Selama saya masih lagi mengunyah nasi, saya ingat 4 kes kot. Meh saya story-mory ;

kes 1 : Saya punya nak masuk MRSM sampai hantar borang kat pejabat mara KL, supaya saya tahu, borang saya selamat sampai meja pejabat. Akhir cerita? Diorg tak bagi saya langsung sebab kata saya gagal ujian matematik diorg.. Rasa macam nak bako je sebab alasan tak munasabah..

Kes 2 : Saya tak minta pun pergi perancis. Terlintas pun tak pernah. Ye ye je cakap dengan interviewer nak english-speaking country, last-last diorg campakkan saya ke tanah baguette dan fromage itu.. (tapi saya seronok gak kat sna.. hehe)

Kes 3 : Kes yang berlaku sekarang nih.. Elok-elok nak bercakap, bermadu berkasih mesra dengan batu-batu malaysia.. tiba-tiba bermesra dengan makanan, buah, kuih tart nenas, kelapa, dan nata de coco serta segala macam benda IKS (Industri kecil dan sederhana)

Kes 4 : Dilema seorang penchenta... eh? Nih wajib tapis nih! Takper, kes 4 hanya level sahabat je yang boleh tau.. hehehe..

eh? korg dah pernah baca somewhere pasal hal ni? Saya ada cerita ek?

ok takper takper.. nak habis dah nih..

Point dia adalah, setinggi mana kita suka sesuatu perkara itu, walau ia tinggi melangit sekalipun, jika Allah tak izinkan kita dapat, maka tak dapat la. Sebabnya adalah seperti berikut tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)

Ye, kemungkinan benda yang kita suka itu bakal merosakkan diri kita, melupakan kita dengan Allah, mengikis akidah dan iman kita yang sedia nipis macam kulit bawang.. Ye la, takkan Allah rilek je nak biarkan hambaNya menjauhkan diri dan penciptanya? Allah tak pernah menzalimi kita, bahkan kita je yang menzalimi diri kita sendiri.. Semestinya kita percaya, Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri kita dan iman kita. Tinggal kita untuk mencabut rumput-rumput waswas, mengalihkan batu-batu keegoan, dan menjadikan hati kita selapang padang belalang pun letih terbang.

Peringatan pada diri saya yang sesedap rasa menkomplen, ada hikmah untuk setiap perkara yang berlaku.. cuma kes 3 dan 4 belum saya jumpa..Kes 1 dan 2.. erm.. orang yang boleh pillow talk dengan saya je yang boleh tau. Ngehehehe...

Bagi yang sedang menikmati waktu rehat 20 min / lunch / dah balik rumah dah pun, walau keje anda tidak lah anda suka sangat, insyaAllah jika niat kerana Allah, bukan sia-sia kerja tuh kan?

wallahualam

 Simon 'Adam' Malik

4 comments:

nadzwareina said...

salam..
nice entry adam. alhamdulillah dah selamat habis belaja kat france kan? anyway i wonder if u still remember yg dulu kita penah sama2 buat ujian kemasukan ke MRSM kat convent klang. i am confident yg sy nmpak tu awak hehe. Myb awk xprasan sy ada skali kat situ ^__^

Simon 'Adam' Malik said...

@raden : setahun sudah sebenarnya. eh? bukan Kuiz Angkasa ke? tapi kalau kat Convent tuh, ye la kot. haha.. Fikir nak masuk mrsm sampai tak sedar.

nadzwareina said...

kuiz sains angkasa tu ye jugak hehe. i still remember sebab kita buat ujian bertulis tu sama kelas walaupun bnyk je lagi kelas kat convent tu ^_^

Simon 'Adam' Malik said...

@raden : haha.. tak sangka masih awk masih ingat. seriyes dah lupa