Saturday, 7 May 2011

Selingan menjeling sampai terjuling

Assalamualaikum wbt



Amaran kawan : post ini bertemakan peribadi. jika anda mengharapkan fakta atau benda-benda membasah jiwa, sila abaikan post ini




Ok, cukup buat sekalian kalinya saya berceloteh macam tertelan kaset pasal batu sampai korang pening kepala (cuba ulang semula ayat dua kali lebih pantas). Entry ini ditulis sejurus saya meroyan mengenai REE tempoh hari. Orang kata, batu itu tidak berperasaan so buat apa nak bermesra denganmya. Oh, kami warga geologist sentiasa mengalirkan air mata tatkala mendengar/melihat kisah hayat seketul batu yang kami ketuk dilereng-lereng bukit. Tidak kurang juga makhluk Allah yang berjaya menjadi fossil di dalamnya. dan kemudiannya kami jumpa dan mendengar/melihat cerita mereka. lalu menitis air mata kami kembali.


monsieur simon, ne cherche pas. Les lecteurs vous attendent votre sujet (inche simon ,jgn cari pasal. para pembaca sedang menunggu)

*batuk batuk* ok.. ok..


Pernah tak anda terfikir yang anda... erm.. how to say this... silap pilih.. pasa.. eh! silap pilih! noktah!

Saya sentiasa akan bertanya pada adik-adik baru yang saya jumpa (biasanya di kolej-kolej la), dengan muka selambadak, tak berperasaan, 'Nih amik course sekian-sekian nih sebab suka ke sebab nak fly?'

Bukan apa, ia terjadi pada diri saya suatu ketika dahulu. (ada masa lapang boleh baca The Dream)
Ye la, masa tuh saya diberi dua choice je, either terbang ke France (which saya tak minta ke sana) dan satu lagi adalah matrik gopeng.

Berkat susunan Allah, kerana Allah sebaik-baik perancang, saya di france mengalami satu simptom yang org biasa panggil gila-meroyan-sebab-melawan-arus-perdana tapi di kalangan geng-geng yang sekufu,simptom itu adalah  menjadi orang super saiya. Ini hasil dari renjatan pemikiran pada sel-sel otak saya pada suatu malam yang keramat, di mana masa tuh saya tak minta pun ke bilik itu,

credit 


ok, bila saya pulang dengan segulung ijazah geologist ( yang dalam french ditulis License Terre et Environment, tapi lidah melayu menyebut, Lesen Terrer), sayang dua ribu ke empat ribu kali sayang, sikit pun saya tak berpeluang untuk membayar hutang sponsor secara bekerja. Maka terjebak la saya dalam bidang Food and Proses di mana ia berbeza dengan geo seperti langit dan bumi. Tapi akhir-akhir ini, saya ada tercium bau peluang untuk bekerja dalam bidang saya.

*jap, nak pakai ayat sastera boleh*

Di kala waktu itu, seluruh jiwaku meronta-ronta untuk menggerakkan setiap otot badan untuk memohon pekerjaan ini. Surat CV. Salinan itu ini. Ya! Aku sanggup buat sekarang! Bahkan Aku sanggup menghantar terus ke ruang pejabat syarikat itu. Namun hati kecilku berkata, 'Duhai badan, tidakkah kau kasihankan diriku ini? Sanggupkah kau membiarkan aku kelaparan selama 7 bulan kau di dalam hutan. Kau akan bekerja selagi ada ruang masa, yakni setiap hari, di bawah terik mentari dan lampu makmal? Duhai badan, setelah kau biarkan aku lapar, bagaimana pula hati-hati di luar yang kau juga biarkan kelaparan?'

*ok, tukar mode normal*

Zass. Saya tak tau nak kata apa. Lapangan ilmu alam yang saya belajar, sentiasa saya kaitkan dengan Allah walau pengajarnya adalah atheist. Bahkan, pada permulaan kelas, Allah menjentik hati saya tentang kehebatannya. kisah ini terjadi masa kuliah pertama Biology (ye, kami ada blaja bio utk 1 sem). Masa tuh prof sedang bagi lecture. Bila sampai satu fact tuh, tiba-tiba ruang masa di sekeliling saya berhenti, ada lampu spotlight atass saya, dan background ada suara choir.  Saya rasa saat-saat oh-some masa itu sebab fact yang prof tuh bagi, saya ada terbaca dalam alquran beberapa hari sebelum tuh. Lalu bermulalah kisah,  setiap kali saya pergi ke kelas, belajar, panjat bukit, ketuk batu, lukis batu, baca map, redah selut selama 3 tahun merupakan ruang, tempat dan masa ZEN saya mengenali tuhan.

Tapi balik malaysia.. Allah menghalang saya untuk pergi lebih jauh.. mungkin kerana memberi saya peluang untuk sekeping hati ini tidak kering dan mati. Serius.. Saya tak tau nak bayangkan perasaan ini camne. nak nanges pun ada sebab takde siapa yang paham. Rakan yang sealiran seperti sudah fallen... bagaimana saya nak menggambarkan perasaan ini ek?  Dia macam love-hate situation. atau perasaan diluah mati mak ditelan mati bapak. atau perasaan menyayangi sesuatu itu tapi demi sayangnya itu, dia harus lepaskan (wah! bermadah inche simon kita hari ini)

Cerita biasa jika jumpa tepi pantai, tapi luar biasa jika jumpa di puncak gunung


Kalau nak diikutkan, akhir bulan ini, merupakan ulang tahun saya mendapat Lesen terrer ini. Kenapa sampai setahun boleh ada dilema ini? Sebab rentetan kes saya begitu unik sekali dan saya percaya Allah tailor-made it untuk menguji saya. Memang hampagas-tahap-gaban-la kalau saya mempersoalkan takdir ini pada yang Maha Bijaksana. Saya yakin mesti ada hikmah sebagaimana saya terjumpa hikmah saya ke France walaupun saya tak mintak.

*tarik nafas..hembus perlahan-lahan*.. Jika anda ingin tahu apa plan saya lepas ini.. Well, saya berniat nak sambung masters di ukm. Geological Engineering. Separuh Civil separuh geo. Bonda ada sindir sket berkata 'ke arah batu juga kamu?'... nak buat camne, dah saya suka. (kenapa tak sambung dari dulu, or sambung kat france je terus). Saya dah kata dah.. kes saya... unik...

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)

Dan di kala menunggu bermulanya kisah baru bulan sept (insyaAllah, doakan saya dapat), Allah bagi pelaung bekerja sebagai RA (Research Asst) kat UPM under Food and Process Dept. Apa kaitan batu dengan makanan. Believe it or not, saya pun tak percaya saya boleh tercebor dalam bidang ini. Berkat aura-aura dari bulatan gembira, saya dapat mengasimilasikan diri dengan baik, dapat award masa pertandingan tempoh hari dan supervisor ajak sambung master. Alhamdulillah.. tapi saya cam menolak walaupun saya mampu buat.

benda mcm pau ini merupakan nenek moyang landak laut dan tapak sulaiman (credit)


Bagi yang memebaca post The Dream, impian dulu disimpan dihujung hati kerana Geology akhir sudah berjaya di'imprint dalam DNA saya. dalam kereta saya ada buku geology utk saya baca dan kadang-kala saya akan bawak buku pasal mineral. Lihat sahaja bagaimana reaksi saya pasal REE tempoh hari.. huhu..  Namun, saya still nak pergi LIMA, dan bunyi engin jet membuat saya high.

Kalau nak diikutkan hati masa time saya masih lagi menyarung cloak-of-darkness, boleh je saya buat pilihan berdasarkan mana lagi beneficial. but then, berkat bulatan gembira, keputusan tidak boleh berdasarkan kepentingan diri.. huhu.. Bahaya cloak-of-darkness nih. Bila-bila masa je boleh terjahit sendiri di atas baju takwa yang sedia lusuh dan jarang dibaiki..



Dan dalam tempoh saya mengagau-ngagau, saya ada juga cuba untuk merungkaikan jurus-terkunci (baca: sealed technic) di dalam DNA saya. (sori meraban jap). Maksud saya, saya cuba untuk men'trigger kebolehan yang bonda dan apak wariskan dalam gen. Maka wujudlah project-project yang terdapat di bawah kaki blog ini. Saya percaya atas keizinan Allah juga kebolehan ini sampai ke saya.



Tapi blog akupenglipur tuh dah macam tak jalan dah.. saya sentiasa tak jumpa waktu untuk bebetul duduk dan tulis cerita walaupun sudah berfile-file ringkasan novel dan cerpen dalam laptop ini.. asalnya project tuh adalah pecahan dari wotpog. Nampaknya, terpaksa dicantum semula dengan wotpog balik.. tak tau la.. Serius, saya tak tau mana nak fokus.. blog ini atau menulis cerita. Bak kata bonda, menulis cerita perlu imaginasi dan tak kesah anak bini.. haih..Tapi arituh saja je lah masuk pertandingan yg suka², dapat la juga something kan, alhamdulillah (link)

dapat la jugak duit poket sikit..


Saya juga sedang mengilatkan kebolehan mengambil gambar. Photography ini sejak azali lagi, tapi sekarang nak gi untuk next level yakni perlu pandai pict editing.. Oh ye, kat france juga saya develope jurus.. eh! kebolehan baru yakni mengedit video.. tuh yang kira-kira semua sampai 3 project sekali gus. kat bawah nih video terbaru la, tapi saya buat cekai-cekai je..  gambar terbaru bulan nih belum upload.. sebab belom sempat edit.. hehehe..





nak diikutkan benda-benda nih saya memang kena tahu buat walaupun sebagai seorang geologist. Keje RA nih pun kene buat gak (except menulis utk RA, hehe). So akhirnya benda yang saya boleh buat menjadi saya suka buat, dengan syarat ada masa la. Sure korg geleng kepala kan? Saya pun tak tau nak pergi celah mana. Dalam menunggu tawaran yang sesuai, saya memang aim nak sambung masters sekarang

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,  (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (94:5-6)

Akhir kata, saya dapat simpulkan yang manusia (ke saya sorg je), ada benda yg kita like-to-do, able-to-do dan fated-to-be, dan biasanya kita ada menghadapi conflict of interest

Saya pasti anda tidak menghadapi masalah ini kan sebab anda kan mantopp ^^

wallahualam

9 comments:

Anonymous said...

g luck!

Anonymous said...

love what u do...
whatever u r fated to do
n always strive for excellency in whatever u do
bukankah sebaik2 muslim adalah yg bermanfaat utk org lain?
wallahu a'lam
[2:216]

masruddin rahmat said...

sabar ye adam ^^

Simon 'Adam' Malik said...

anonymus : trimas

Simon 'Adam' Malik said...

anonymus : jazzakallahukhair. akan diingati dalam hati sepanjang waktu insyaAllah

Simon 'Adam' Malik said...

@mas : huhu..adakalanya kesabaran itu perlu dihamburkan dengan kata-kata. merci mas ^^

NHS Manchester said...

kalo sebut pasal batu, suka tengok/baca balik dalam quran apa yang Allah sebut tentang batu...memang nangis...huhu...

p/s: teringat pernah sembang pasal batu dalam quran dengan student petroleum engineering di manchester...

Simon 'Adam' Malik said...

@ NHS : cam kenal je.. nih yang baru beli kereta arituh ke? hehehe..
btol btol! mmg boleh tangkap leleh.

NHS Manchester said...

eh, bukan2...(sambil buat tak tahu..)

saya hanyalah pusat servis kesihatan kebangsaan di manchester...huhu....