Monday, 16 May 2011

Re-Emerge

Assalamualaikum wbt

------------------sila kerat disini------------------


Serius. Aku dah fikir masak-masak.


I'm scrapping akupenglipur

So lepas nih, akan ada re-post semula cerita-cerita akupenglipur ke dalam wotpog.
Nasib akupenglipur..? erm.. Mungkin aku privatekan je kot. Sayang dah tulis banyak tetiba nak padam..

Eheh.. Maka dengan menyahut seruan saya sendiri (boleh tak? =p ), saya me'repost' Cerpen bertajuk Pisang Berangan Kelapa Sebatang! ( yang mana yang pernah baca, abaikan entry ini. Cuba buat masakan baru ke apa ke..)

Enjoy~
 --------------------sila kerat disini-----------------


Di sebuah kampung nun jauh di ceruk di pendalaman, terdapat sebidang tanah dimiliki oleh Haji Kamal. Segala jenis pokok dan tumbuhan pak haji ini tanam. Pokok rambutan, pokok manggis pokok buah naga. Itu belum masuk lagi pokok mempelam, ciku dan belimbing besi.
Tidak cukup dengan pokok buah-buahan tempatan, sayur-sayuran juga pak haji ni tanam. Berbudi pada tanah sememang ada hasil.

Namun dalam banyak-banyak pokok yang Haji Kamal ini tanam, ada sedahan pohon kelapa di depan kebunnya. Tingginya, cukup tinggi untuk membuatkan juara pemanjat kelapa untuk berasa gayat. Buahnya jangan cerita banyaknya. Entah berapa buah kereta yang renyuk atapnya akibat dihempap buah kelapa tua dari pohon kelapa sebatang ini. Maklumlah, sebenarnya, dialah pohon yang paling senior di kebun Haji Kamal nih.

Suatu hari yang agak tenang, dia cuba berbual denga pokok pisang berangan yang baru sahaja ditanam oleh Pak Haji beberapa hari lalu.

'Pisang, bagi aku kaulah pokok yang paling malang dalam dunia.' kata kelapa dengan nada sedikit angkuh.

Pisang yang pada awalnya tenang melengggok-lenggokkan daunnya mengikuti bayu angin tiba-tiba berhenti lalu dia mendongak dan bertanya.

'Oh ye?Kenapa kau cakap macam tuh wahai kelapa? Mak serumpun aku tak pernah pula menyesal hidup.'

'Ish.. ish.. Kasihan aku tengok nasib kau. Kau tu, bila masa boleh berbuah dua kali? Bila dah berbuah esok lusa, bersiap sedia untuk tumbang le..' nada angkuh kelapa makin menjadi-jadi.

Merah padam pisang mendengar kata-kata pedas kelapa. Nasib baik tumbuhan berwarna hijau. Jika tidak terserlah kemerahan si pisang berangan.

'Bagus juga bila tau bila kita mati. Boleh lah bersiap sedia. Minta maaf apa yang patut.. Buat amal apa yang patut. Lain la kalau dah jenis tak sedar diri. Harap hidup je tinggi melampai.' jawab pisang dengan selamba.

Kelapa terasa dengan jawapan Pisang. Lalu dia membalas.

'Hei pisang! Akulah pokok paling banyak berjasa dengan manusia tau! Daun aku guna utk buat ketupat. Hah, buah aku orang minum airnya. Siap ada isi lagi. Sabut kelapa orang buat bahan bakar. Umbut aku diorang buat makan, tombol pun orang makan. Apa lagi? Santan wei!Kau tau tak santan tu on demand time hari raya?' bersungguh kelapa membalas.

'Eleh, kalau kau tau kau boleh banyak berbakti, buat apa kau menyombong nak meninggi lampai? Lagi menyusahkan orang adalah!' Sindiran pisang tepat mengena kepada Sang Kelapa.

'Jealous la tuh! Wei, kau apa je boleh buat? Sekadar balut nasi lemak dengan bagi buah je kau boleh buat.'

'Ala, kau je yang tak tau yang sebenarnya kita orang pernah berbakti besar pada rakyat malaysia tau'

'Apa benda?'

'Daun kita orang ganti kain kapan time jepun dengan batang kita orang boleh buat benteng kalau todak nak serang!'

Terbahak-bahak kelapa ketawa. Jika tidak kerana akar serabut kelapa yang mencengkam tanah dengan kuat, sudah tentu dia sudah merebahkan diri di jalan raya dan berguling-guling di atas jalan raya sambil ketawa.

Ternyata darjatnya lebih besar dari pokok pisang. Dia puas mengenakan pisang dengan membuatnya marah. Memang jadi kebanggaan kelapa untuk menjadi pokok yang paling banyak berbakti.

'Dari kau ketawakan aku, baik kau istigfar dan minta maaf kat aku. Kau tuh bukannya tau bila masa nak tumbang'

'Rileks la, dahan aku kuat lagi nih. Kau bukannya boleh lari mana pun. Sebelah aku je. Bila kau dah berbuah, aku minta maaf la' kelapa membongkak.

'Tu la, dah cukup tinggi lampai tapi rabun. Haji Kamal datang bawa kapak berdiri bawah kau pun kau tak sedar!


'Alamak...'


-Tamat-


Moral : walaupun kita sudah banyak menyumbang dan berjasa, jangan kita meninggi diri dan lupa yang kita boleh mati bila-bila masa! ^^

2 comments:

Anonymous said...

oho...
say, santan pokok kelapa yang sangat berbakti tu in return menbuat tinggi kolesterol dlm badan manusia n in d end menjadi antara penyumbang utama kematian rakyat malaysia
(eh,ade kaitan x??)

Simon 'Adam' Malik said...

ada kaitan kot. agaknya sebab tuh kot Haji Kamal tebang pokok kelapa tuh..^^